rph pergerakan haiwan tahun 2

6
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2 Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas :Tahun Dua Tema / Tajuk : Sains Hayat / Haiwan Masa : 10.00 – 11.00 pagi ( 60 minit ) Standard pembelajaran : 2.4.1 dan 2.4.3 Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat. 2.4.2 Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat. 2.4.3 Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran FASA Isi Kandungan CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI / CATATAN Orientasi: Set Induksi (5 minit) - Murid mendengar dan menyanyikan lagu Fly-fly Butterfly bersama-sama “Fly, fly, fly the butterfly, In the meadow is flying high In the garden is flying low Fly, fly, fly the butterfly.” BBM: Klip video

Upload: -punggodi

Post on 27-Oct-2015

210 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Pergerakan Haiwan Tahun 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIANDUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2

Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas :Tahun DuaTema / Tajuk : Sains Hayat / HaiwanMasa : 10.00 – 11.00 pagi ( 60 minit )

Standard pembelajaran : 2.4.1 dan 2.4.3Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.

2.4.2 Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.

2.4.3 Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

FASA Isi Kandungan

CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI / CATATAN

Orientasi:

Set Induksi(5 minit)

- Murid mendengar dan menyanyikan lagu Fly-fly Butterfly bersama-sama

“Fly, fly, fly the butterfly, In the meadow is flying highIn the garden is flying lowFly, fly, fly the butterfly.”

BBM:Klip video

Pencetusan Idea(15 minit)

Cara-cara haiwan bergerak

- Guru membawa murid keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenal pasti pergerakan haiwan di persekitaran kawasan sekolah.

Kaedah p& P

Kajian lapangan

KPS : Pemerhatian

Nilai: berani, yakin, berusaha

Page 2: RPH Pergerakan Haiwan Tahun 2

berjalan

merayap

- Murid menceritakan cara haiwan-haiwan bergerak

- Murid A : Katak melompat

- Murid B : Ikan berenang

- Murid C : Burung terbang

- Murid D : Siput mengengsot

- Murid E : Semut merayap

- Murid D : Kucing berjalan

Menjana idea( 20 minit )

Cara – cara haiwan bergerak

- Guru menyediakan kad perkataan (pergerakan haiwan)

- Murid dikehendaki menyesuaikan kad perkataan dengan gambar mengikut cara pergerakan haiwan dan membuat simulasi pergerakan.

Contoh :

- Guru menyoal murid tentang cara pergerakan haiwan

Soalan :1. Bagaimanakah cara burung bergerak?2. Bagaimanakah cara siput babi

BBM : Kad gambar, kad perkataan

BBM : paparan slaid

Kemahiran kinestatik

1.

merayap berenang

mengengsot terbang

melompat berjalan

Page 3: RPH Pergerakan Haiwan Tahun 2

bergerak?3. Adakah katak berjalan? Jelaskan cara katak bergerak.4. Adakah ikan merangkak? Jelaskan cara ikan bergerak.5. Bagaimanakah cara buaya bergerak ?

SOALANSenaraikan nama haiwan yang terdapat dalam gambar tadi dan terangkan cara haiwan tersebut bergerak.

Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.

Penstrukturan semula(15 minit)

Kepentingan pergerakan haiwan

- Murid melihat tayangan video cara pergerakan yang dipelajari.a. Helang menangkap ular.

Video 1

Murid A : Burung helang menangkap ular.

Soalan :- Mengapa helang menangkap ular ?

Jawapan :Helang lapar.

b. Kucing mengejar tikus. Video 2- Murid B : Kucing mengejar tikus

Soalan :Mengapa tikus melarikan diri?

Jawapan :Tikus takut kepada kucing

- Murid menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh haiwan dalam video tersebut.

- Guru menjelaskan kepentingan pergerakan haiwan yang ditunjukkan dalam video.

BBM : paparan slaid

Kecerdasan pelbagai:

Visual ruang

Page 4: RPH Pergerakan Haiwan Tahun 2

Contoh :

1. Helang menangkap ular untuk dijadikan makanan.

2. Tikus melarikan diri untuk melindungi diri dari musuh.

Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.

Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1

BBM : Lembaran kerja

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2

Aktiviti Pengayaan

1 .Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3

- Guru membuat pengukuhan tentang pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan pergerakan haiwan.

2. Murid menjawab soalan kuiz .

BBM : Soalan kuiz

Refleksi(5 minit)

Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan menyanyi serta bersoal jawab.

- 25 orang murid dapat menyatakan cara dan tujuan haiwan bergerak .

- 5 orang murid dibimbing untuk menyatakan cara pergerakan haiwan.

-

BBM : paparan slaid