rph organ pernafasan haiwan

5
Rancangan Pengajaran Harian Sains KSSR Kelas : Tahun 4A1 Bil. Murid : 33 orang Tarikh : 22/3/2015 Masa : 11.15 – 12.15 tengahari (60 minit) Tema/Tajuk : Sains hayat/ Proses hidup haiwan Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 3.1 Mengetahui organ pernafasan haiwan Standard Pembelajaran : 4.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan bagi haiwan melalui pemerhatian haiwan sebenar atau pelbagai media iaitu: - Paru-paru contoh kucing, burung, buaya, katak, paus - Insang contoh ikan, berudu, ketam, udang - Kulit lembap contoh katak, cacing - Spirakel contoh lipas, belalang, rama-rama, beluncas 4.1.2 Menyatakan terdapat haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan seperti katak. Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti 4 organ pernafasan haiwan beserta contoh haiwan dengan betul. 2. Menyatakan 2 jenis haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan dengan betul.

Upload: nur-farhanim

Post on 22-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sains 4

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Organ Pernafasan Haiwan

Rancangan Pengajaran Harian Sains KSSR

Kelas : Tahun 4A1

Bil. Murid : 33 orang

Tarikh : 22/3/2015

Masa : 11.15 – 12.15 tengahari (60 minit)

Tema/Tajuk : Sains hayat/ Proses hidup haiwan

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat

3.1 Mengetahui organ pernafasan haiwan

Standard Pembelajaran :

4.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan bagi haiwan melalui pemerhatian

haiwan sebenar atau pelbagai media iaitu:

- Paru-paru contoh kucing, burung, buaya, katak, paus

- Insang contoh ikan, berudu, ketam, udang

- Kulit lembap contoh katak, cacing

- Spirakel contoh lipas, belalang, rama-rama, beluncas

4.1.2 Menyatakan terdapat haiwan yang mempunyai lebih daripada satu

organ pernafasan seperti katak.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Mengenal pasti 4 organ pernafasan haiwan beserta

contoh haiwan dengan betul.

2. Menyatakan 2 jenis haiwan yang mempunyai lebih

daripada satu organ pernafasan dengan betul.

Aktiviti P&P :

1. Murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang dibuat oleh guru.

2. Secara berkumpulan murid mengenalpasti organ pernafasan bagi setiap

haiwan yang diberikan.

3. Murid membentangkan hasil kerja mereka di dalam kelas.

4. Murid menyanyikan lagu berdasarkan lirik yang telah diberi

5. Membuat refleksi

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui haiwan mempunyai organ pernafasan

untuk hidup.

Kemahiran Saintifik : KPS- memerhati, meramal, menginferens,

Page 2: Rph Organ Pernafasan Haiwan

berkomunikasi

Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, banding beza, menjana idea

Sikap Saintifik dan nilai murni : Sifat ingin tahu, kerjasama, disiplin, tolak ansur.

EMK : kreativiti dan inovasi

Sumber P&P : ikan dalam bekas kaca, gambar, video lagu

Pentaksiran:

B2D8E1 - Mengenal pasti organ-organ pernafasan bagi haiwan

B2D8E2 - Menyatakan haiwan yang mempunyai lebih dari satu organ pernafasan

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran :

Fasa/ Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Orientasi

(5 minit)

Aktiviti: Demonstrasi

T.Q: Apakah yang akan berlaku jika ikan ini diletakkan didalam bekas yang tiada air?

T.Q: Bagaimana cara ikan bernafas?

1. Guru menunjukkan seekor ikan yang masih hidup di dalam bekas balang kaca.

2. Guru membuat demonstrasi dengan mengeluarkan ikan di dalam bekas tersebut dan diletakkan di dalam bekas yang tiada air.

3. Murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang dibuat oleh guru.

4. Murid membuat perkaitan demonstrasi tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari ini.

KB: menjana idea, membanding beza.

KPS: memerhati, berkomunikasi

Pencetusan Idea

(15 minit)

Mari bersoal jawab

Peparu - kucing, burung, buaya, pausInsang - ikan, berudu, udang, ketamKulit lembap - katak, cacingSpirakel - lipas, belalang, rama-

1. Murid ditanyakan soalan, adakah semua haiwan mempunyai organ pernafasan yang sama seperti ikan?

2. Murid menyenaraikan contoh haiwan dan organ pernafasan haiwan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

3. Guru membuat penerangan tentang tajuk pengajaran pada hari ini.

KB: menjana idea

KPS: Memerhati, berkomunikasi, meramal

SSNM: Sifat ingin tahu

Sumber: LCD projektor

Page 3: Rph Organ Pernafasan Haiwan

rama

Penstrukturan Idea

(25 minit)

Aktiviti berkumpulan

Menamakan organ pernafasan haiwan.

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan sampul yang mempunyai gambar-gambar haiwan.

3. Secara berkumpulan murid diminta mengenalpasti organ pernafasan bagi setiap haiwan tersebut.

4. Murid menampal gambar haiwan tersebut di atas kertas sebak mengikut jenis organ pernafasan haiwan.

5. Hasil kerja setiap kumpulan ditampal dihadapan kelas dan wakil daripada setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja mereka.

6. Guru akan membincangkan jawapan daripada setiap kumpulan bersama-sama dengan murid.

KB: menjana idea

KPS: Komunikasi, memerhati, mengelaskan

EMK: Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran: B2D8E1B2D8E2

Aplikasi

(10 minit)

Fikirkan!

Ikan paus mempunyai peparu yang besar boleh menahan nafas yang lama didalam air. Ia juga akan timbul dipermukaan untuk menghirup udara.

1. Murid ditanyakan soalan:

T.Q: Organ pernafasan paus adalah sama seperti manusia iaitu menggunakan organ peparu. Tetapi kenapa manusia tidak boleh hidup didalam air seperti paus?

2. Murid diberikan masa untuk fikirkan soalan yang diajukan oleh guru.

3. Setiap kumpulan perlu memberikan jawapan mereka.

KB: menjana idea, banding beza

KPS: Komunikasi

Nilai Murni: Menghargai kekuasaan Allah

Refleksi(5 minit)

Aktiviti: Nyanyian

Lagu haiwan

1. Murid diberikan lirik lagu haiwan bernafas.

2. Murid menyanyikan lagu

KB: menjana idea

KPS: komunikasi

Page 4: Rph Organ Pernafasan Haiwan

bernafas yang diubah lirik daripada lagu asal sahabat - najwa latif

tersebut mengikut lirik yang telah diberi dan muzik yang dimainkan.

3. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan pengajaran pada hari ini.

Nilai Murni: Mensyukuri nikmat kebesaran Allah