rph mengenal kraf tradisional (anyaman ikan) thn 1

Upload: fakhriyah-said

Post on 17-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PSV

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    1/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    Tahun : 1

    Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

    Aktiviti : Anyaman

    Tema : Alam Semulajadi

    Tajuk : Anyaman Kelarai Mata Bilis

    Masa : 60 Minit

    Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat hasil seni/barang daripada

    anyaman.

    Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi PdP, murid dapat:

    1. Mengenal dan menghargai seni kraf tradisional.

    2. Meningkatkan daya kreativiti dalam penghasilan

    anyaman.

    3. Menghasilkan anyaman tikar dengan teknik yang betul.

    Jenis-Jenis Media : Alatan : Gunting, Pisau, Pembaris, Pensel

    Bahan : Kertas Warna, Gambar Ikan, krayon

    Bahan Bantu Mengajar : klip video lagu ikan kekek, contoh anyaman dan

    slide powerpoint

  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    2/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    STANDARD KANDUNGAN

    1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia

    dan karya seni.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan

    media dan teknik dalam aktiviti seni.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan

    karya seni.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,

    sejarah seni, dan budaya.

    STANDARD PEMBELAJARAN

    4.1 Persepsi Estetik

    Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang

    terdapat pada karya seni.

    4.1.1 Unsur seni

    4.1.1.1 Garisanlurus dan selari

    4.1.1.2 Rupageometri

    4.1.1.3 Jalinantampak dan sentuh

    4.1.1.4 Warna - primer

    4.1.2 Prinsip rekaan

    4.1.2.1 Ritma dan pergerakanritma biasa

    4.2 Aplikasi Seni

    Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan

    teknik dalam aktiviti seni.

  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    3/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan

    karya seni.

    4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

    4.2.1.1 Alatangunting, pembaris, pensel

    4.2.1.2 Bahankertas warna, gambar ikan, krayon

    4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan

    karya.

    4.2.3.1 Teknikanyaman kelarai

    4.3 Ekspresi Kreatif

    Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

    berbahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.

    4.3.1 Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

    bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D

    4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

    4.3.1.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam

    penghasilan karya.

    4.3.2 Memahami teknik dalam penghasilan kraf

    4.3.2.1 Teknikanyaman kelarai

  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    4/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    4.4 Apresiasi Seni

    Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan

    bahasa seni visual.

    4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan.

    4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis

    4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    Set Induksi (5 minit)

    Guru memastikan murid telah bersedia untuk

    memulakan pembelajaran.

    Guru memberikan soalan :

    1. Apakah yang kita gunakan untuk mengalas

    tempat duduk?

    2. Bagaimanakah rupa bentuk tikar?

    Guru dan murid berbincang tentang rupa tikar dan

    kegunaannya.

    Persepsi Estetik (10 minit)

    Guru menunjukkan contoh motif anyaman kelarai

    mata bilis.

    KBKK:

    -menjana idea

    Kelarai mata bilis

  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    5/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar bagi

    menghasilkan anyaman.

    Contoh: mengkuang, pandan dan sebagainya.

    Rujuk: slide 1 powerpoint

    Aplikasi Seni (10 minit)

    Menunjukkan contoh barangan daripada anyaman

    kelarai mata bilis. (ppt anyaman ikan.pptx)

    Bersoal jawab tentang:

    Unsur Senigarisan, rupa, jalinan, warna.

    Prinsip Rekaan ritma dan pergerakan.

    Murid diperkenalkan dengan media atau bahan

    gantian dalam membuat aktiviti ini.

    Guru menunjuk cara membuat anyaman

    kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea

    perancangan proses kerja.

    Ekspresi Kreatif (25 minit)

    Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan

    guru.

    Langkah 1

    - Guru menyediakan tapak anyaman di atas gambar

    ikan dan juga jaluran kertas warna yang telah

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/ppt%20anyaman%20ikan.pptxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/ppt%20anyaman%20ikan.pptxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/ppt%20anyaman%20ikan.pptxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/ppt%20anyaman%20ikan.pptx
  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    6/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]

    digunting mengikut saiz segi empat.

    - Bahan-bahan tersebut diedarkan kepada

    murid-murid.

    Langkah 2

    - Murid melabelkan segi empat secara

    berselang-seli sebelum menampalkan

    kertas warna di atasnya bagi

    menggambarkan seolah-olah anyaman

    sebenar.

    - Murid mengulang aktiviti di atas sehingga

    selesai.

    Langkah 3

    - Murid mewarnakan bahagian sirip ikan, ekor dan

    kepala dengan menggunakan krayon.

    Apresiasi Seni (5 minit) Murid mempamerkan karya seni pada papan pamer.

    Murid menyatakan apresiasi terhadap karya sendiri dan

    juga rakan berdasarkan warna dan rupa.

    Penutup ( 5 minit)

    Guru membuat rumusan tentang pengajaran hari ini.

    Murid menonton klip video Ikan Kekek dan

    menyanyikan lagu ini bersama-sama sebagai penutup

    pengajaran hari ini.

    (Ikan Kekek YouTube.avi)

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/Ikan%20Kekek%20%20%20YouTube.avihttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/Ikan%20Kekek%20%20%20YouTube.avihttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/Ikan%20Kekek%20%20%20YouTube.avi
  • 5/27/2018 Rph Mengenal Kraf Tradisional (Anyaman Ikan) Thn 1

    7/7

    Bidang: Mengenal Kraf Tradisional

    JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]