rph linus kumpulan 10

6
Mata Pelajaran : Matematik Kelas dan Masa / bilangan murid : 3 Kreatif / 9.00 pg – 10.00 pg / 25 orang Tajuk : Nombor Bulat dalam lingkungan 10 000 Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Nombor Bulat dalam lingkungan 10 000 Standard Pembelajaran : 1.7 (i) (a) (b) Objektif Pembelajaran ; Pada akhir pembelajaran murid dapat: a) Menganggar bilangan objek yang munasabah dengan menyatakan kuantiti b) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan menggunakan perkataan ‘lebih daripada’ dan ‘kurang daripada’ Objektif Pembelajaran (Murid Linus /Tidak Menguasai K10-K11); K10- keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik atau sebaliknya. K11- keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Diakhir pembelajaran murid dapat : 1) menganggar bilangan objek yang munasabah dengan menyatakan kuantiti yang sedikit 2) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan mengunakan perkataan ‘banyak’ atau ‘sedikit’ Aktiviti : 1. guru meminta murid menganggar objek dalam balang

Upload: jas-rieno

Post on 23-Jun-2015

322 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Page 1: Rph linus   kumpulan 10

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas dan Masa / bilangan murid : 3 Kreatif / 9.00 pg – 10.00 pg / 25 orang

Tajuk : Nombor Bulat dalam lingkungan 10 000

Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk : Nombor Bulat dalam lingkungan 10 000

Standard Pembelajaran : 1.7 (i) (a) (b)

Objektif Pembelajaran ;

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a) Menganggar bilangan objek yang munasabah dengan menyatakan kuantiti

b) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan menggunakan perkataan ‘lebih daripada’ dan ‘kurang daripada’

Objektif Pembelajaran (Murid Linus /Tidak Menguasai K10-K11);

K10- keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik atau sebaliknya.

K11- keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Diakhir pembelajaran murid dapat :

1) menganggar bilangan objek yang munasabah dengan menyatakan kuantiti yang sedikit

2) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan mengunakan perkataan ‘banyak’ atau ‘sedikit’

Aktiviti :

1. guru meminta murid menganggar objek dalam balang

2. Murid diminta untuk membanding dan seterusnya menyusun gambar dari yang paling kecil kepada yang paling besar.

3. Murid memenuhkan 3 buah bekas tersebut dengan guli dan membilang jumlah guli yang digunakan.

4. Guru mengeluarkan 1 bekas lain dan minta murid menganggar berapakah guli yang dapat diisi.

Page 2: Rph linus   kumpulan 10

5. Guru menayangkan slaid. Bimbing murid menganggar bilangan objek dengan munasabah.

6. Tekaan paling tepat menerima sebalang gula-gula untuk dikongsi bersama.

BBB : Kad situasi , lembaran kerja

EMK : TMK

BBB : bekas, guli, gambar, balang, gula-gula

Penilaian pembelajaran dan pengajaran : Lisan dan lembaran kerja.

Penilaian P&P/Pentaksiran : B3D1E2 ( KSSR)

Refleksi :

30/35 orang murid dapat menganggar bilangan objek dan menganggar bilangan objek yang munasabah dengan menggunakan perkataan ‘lebih daripada’ dan ‘kurang daripada’. 5 orang lagi perlu diberi perhatian dan latihan tambahan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Persediaan (Set induksi 10 minit)

1. Guru menunjukkan 1 balang penuh berisi gula-gula2. Guru ambil segenggam gula-gula dan soal murid

- “Cukupkah jika saya beri kepada semua orang di dalam kelas ini?”- Murid respon- Tanya sebab atas respon murid- “pada pendapat kamu, jika 1 balang ini dibahagikan, cukup atau tidak?”- “kamu rasa berapakah bilangan gula-gula di dalam balang ini?”- Terima apa saja jawapan murid dan tanya mengapa jawapan berbeza- Guru memperkenalkan tajuk ‘menganggar’ dan perkataan ‘anggar’, ‘menganggar’, dan

‘anggaran’

Imaginasi (15 minit)

1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar.

Page 3: Rph linus   kumpulan 10

2. Murid diminta untuk membanding dan seterusnya menyusun gambar dari yang paling kecil kepada yang paling besar.

3. Panggil murid secara rawak untuk menyusun.

Perkembangan (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 buah bekas berbeza saiz dan sejumlah guli.3. Murid memenuhkan 3 buah bekas tersebut dengan guli dan membilang jumlah guli yang

digunakan.4. Bimbing murid untuk buat kesimpulan bekas kecil lebih kurang isinya daripada bekas besar.5. Guru minta murid menyatakan jumlah isian jika 1 guli mengandungi/mewakili nilai tertentu:

contoh 5. Minta murid membilang dalam gandaan berlainan.6. Guru mengeluarkan 1 bekas lain dan minta murid menganggar berapakah guli yang dapat

diisi.7. Ulang dengan bekas lain.8. Guru menayangkan slaid. Bimbing murid menganggar bilangan objek dengan munasabah.

Tindakan (10 minit)

1. Murid diberi lembaran kerja2. Murid menjawab

Kesimpulan (5 minit)

1. Murid meneka/menganggar bilangan gula-gula dalam balang.2. Tekaan paling tepat menerima sebalang gula-gula untuk dikongsi bersama.3. Terapkan nilai murni.

Page 4: Rph linus   kumpulan 10

NAMA : ______________________________________________________KELAS : ______________

A) Anggarkan bilangan objek dalam rajah di bawah.

1. 2.

B) Tuliskan ‘lebih daripada’ atau ‘kurang daripada’.

1.

2.

AKTIVITI MURID TIDAK MENGUASAI K10 DAN K11

NAMA : ______________________________________________________KELAS : ______________

A. Anggarkan bilangan objek dalam rajah di bawah. Padankan.

200 biji gula-gula

A

B

100 ekor semut

A B

A ________________________B

A ________________________B

A

B

BA

Page 5: Rph linus   kumpulan 10

B. Tulis perkataan ‘lebih daripada’ atau ‘kurang daripada pada ruangan yang diberikan.C.

SEDIKIT

SEDIKIT BANYAK