rph kh thn 4
TRANSCRIPT
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 4 Cemerlang
Tarikh / Hari : 9 Mei 2011 / Isnin
Masa : 11.00 – 12.00 ( 60 minit )
Bilangan Murid : 30 Orang
Bidang Pelajaran / Tajuk : Elektrik Elektronik Komponen elektrik dan alatan tangan
Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :
Kognitif Menamakan dengan betul komponen eletrik dari segi simbol dan fungsinya. Mengenal pasti tiga alatan tangan elektrik dan fungsinya dengan betul.
Psikomotor Menggunakan alatan tangan elektrik dengan cara yang betul.
Afektif Melibatkan diri secara aktif sewaktu melakukan aktiviti menggunakan alatan tangan. Mengamalkan sikap bertolak ansur sewaktu aktiviti menggunakan alatan tangan.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengetahui kegunaan tenaga elektrik.
Alat Bantu Mengajar : Kad bergambar, bahan maujud seperti komponen elektrik dan alatan tangan, buku teks dan lembaran kerja.
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi(3 minit)
Memperkenalkan kegunaan tenaga elektrik. Tenaga elektrik digunakan untuk
menggerakkan perkakasan elektrik. Arus elektrik terbahagi kepada dua
iaitu arus terus (AC) dan arus ulang alik (DC).
1. Guru menunjukkan kad bergambar perkakasan elektrik seperti radio, kipás, seterika dan lampu.
2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar seperti :
a) Cuba namakan alatan elektrik dalam gambar .
b) Tenaga apa yang digunakan untuk menggerakkan peralatan ini .
3. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
1. Murid menjawab mengikut gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Jawapan murid ialah tenaga elektrik.
Penyoalan seluruh kelas
Langkah 1(20 minit)
1. Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa tenaga yang lain seperti :
a) Tenaga habab) Tenaga cahayac) Tenaga bunyid) Tenaga kinetik (gerakan )
1. Guru menerangkan kepada murid bahawa tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain.
2. Guru bertanyakan perkakasan elektrik yang ada di rumah murid dan bentuk tenaga yang dihasilkan oleh perkakas tersebut. Contohnya :
1. Murid menyatakan bentuk tenaga lain yang dihasilkan daripada peralatan elektrik yang terdapat di rumah mereka.
Aktiviti berpusatkan guru (penerangan )
Soal jawab lisan
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Komponen elektrik banyak digunakan dalam perlatan elektrik seperti :a) Mentolb) Bateric) Suis
3. Bahan lain yang digunakan dalam pemasangan litar seperti wayar, pemegang bateri dan pemegang mentol.
Pengering rambut – tenaga haba
Penghawa dingin – tenaga gerakan
3. Guru menunjukkan komponen elektrik yang akan dipelajari.
4. Menerangkan simbol dan fungsi komponen tersebut.
5. Mengedarkan lembaran kerja 1.
2. Murid-murid mendengar penerangan guru.
3. Menjawab soalan lembaran kerja 1. Lembaran kerja 1
Langkah 2(20 minit)
1. Alatan tangan dan kegunaannya.
a) Penjalur wayar – menjalurkan dan memotong wayar
b) Pemotong sisi – memotong wayar atau dawai
c) Gerimit – menebuk lubang pada permukaan lembut
d) Pemutar skru rata – membuka dan memasang skru kepala rata
e) Pemutar skru philips – membuka dan memasang skru kepala philips.
1. Guru menunjukkan alatan tangan kerja elektrik. Meminta murid menamakan alatan tersebut
2. Demontrasi guru cara menggunakan alatan tangan tersebut dengan cara yang betul.
3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk melakukan aktiviti penggunaan alatan tangan
1. Murid menamakan alatan tangan yang ditunjukkan.
2. Murid menjalankan aktiviti penggunaan alatan tangan dalam kumpulan.
Soal jawab lisan
Kerja amali penggunaan alatan tangan(Aktiviti kumpulan )
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Langkah 3(12 minit)
Menjawab lembaran kerja 2
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2.
2. Perbincangan jawapan
1. Murid-murid menjawab soalan lembaran kerja 2.
Aktiviti berpusatkan murid
Penutup(5 minit)
Rumusan
Tenaga elektrik penting kepada manusia.
Melancarkan urusan seharian. Komponen elektrik dan alatan tangan
yang digunakan dalam kerja elektrik.
1. Soal jawab secara lisan 1. Murid -murid menjawab soalan yang diberikan.
Penyoalan keseluruhan kelas
Refleksi: _______________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________________

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 2
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 4 Cemerlang
Tarikh / Hari : 16 Mei 2011 / Isnin
Masa : 11.00 – 12.00 ( 1 jam )
Bilangan Murid : 30 Orang
Bidang Pelajaran / Tajuk : Elektrik Elektronik Membuat Penyambungan Litar
Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :
Kognitif Membezakan di antara lukisan bergambar dan lukisan skematik Menterjemahkan lukisan skematik
Psikomotor Membuat penyambungan litar elektrik berdasarkan lukisan bergambar
Afektif Melibatkan diri secara aktif dan menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengenalpasti komponen elektrik dan cara menggunakan alatan tangan dengan betul.
Alat Bantu Mengajar : Komponen elektrik seperti mentol, suis, bateri, alatan tangan, lembaran kerja
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi(3 minit)
Memperkenalkan litar elektrik1. Guru meletakkan satu
projek litar elektik di dalam sebuah kotak.
2. Meminta murid-murid meneka apakah barangan dalam kotak tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan yang diberi dengan isi pelajaran hari ini.
1. Murid memberikan jawapan mereka.
Penyoalan seluruh kelas
Langkah 1(20 minit )
Litar elektrik Litar ialah sambungan antara satu
komponen dengan komponen yang lain.
Lukisan projek membantu kita dalam membuat penyambungan litar elektrik.
Ada 2 lukis projek iaitu :
1. Lukisan bergambar Menggunakan gambar sebenar
2. Lukisan skematik Menggunakan simbol
komponen
1. Guru menerangkan maksud litar.
2. Untuk membuat pemasangan litar, murid perlu merujuk kepada lukisan projek.
3. Guru menerangkan cara menterjemah lukisan skematik berpandukan kepada lukisan bergambar.
1. Murid mendengar penerangan guru.
2. Guru membimbing murid menterjemahkan lukisan skematik.
3. Murid menterjemahkan simbol yang terdapat dalam lukisan skematik.
Penyoalan seluruh kelas
Berpusatkan kepada guru
Aktiviti individu menjawab kertas lembaran kerja 3.
Langkah 2(25 minit ) Penyambungan litar elektik 1. Guru membahagikan
murid kepada 5 kumpulan.
2. Guru meminta murid menterjemahkan lukisan bergambar.
1. Satu kumpulan murid mengandungi 6 orang ahli.
2. Murid-murid mendengar penerangan guru.
Berpusatkan guru
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Guru menerangkan cara penyambungan litar elektrik dibuat.
3. Murid-murid membuat penyambungan litar elektrik satu mentol.
Pembelajaran kooperatif
Langkah 3(8 minit ) Pengujian projek litar elektrik
Menguji litar adalah penting untuk menentukan semua komponen dipasang dengan betul dan berfungsi.
1. Guru mengarahkan murid untuk menunjukkan hasil kerja kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta membuat pengujian projek
1. Murid-murid menunjukkan hasil kerja yang sudah siap.
2. Setiap kumpulan diminta membuat pengujian litar.
3. Murid membuat penambahbaikan sekiranya projek mereka tidak berfungsi.
Pembelajaran kooperatif
Penutup( 4 minit ) Rumusan guru
Pemyambungan litar boleh dibuat berpandukan kepada lukisan bergambar dan lukisan projek.
1. Guru membuat rumusan.
2. Bersoal jawab secra lisan bersama murid-murid.
3. Murid-murid diminta menyiapkan nota di muka surat 54 (buku teks KH)
1. Murid-murid mendengar penerangan guru.
2. Menjawab soalan yang diberi oleh guru
3. Mengemas bengkel.
Refleksi: _______________________________________________________________________________________________________________________
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 3
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 4 Cemerlang
Tarikh / Hari : 23 Mei 2011 / Isnin
Masa : 11.00 – 12.00 ( 1 jam )
Bilangan Murid : 30 Orang
Bidang Pelajaran / Tajuk : Elektrik Elektronik Litar Siri dan Litar Selari
Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :
Kognitif Menyatakan secara lisan maksud litar bersiri. Menyatakan secara lisan maksud litar selari.
Psikomotor Menggunakan tangan tangan dengan cara yang betul. Membuat pemasangan litar dua mentol dalam litar siri dan litar selari.
Afektif Melibatkan diri secara aktif dan menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah membuat penyambungan litar elektrik dengan menggunakan satu mentol dalam pembelajaran yang lalu.
Alat Bantu Mengajar : Slaid powerpoint, alatan tangan (bahan maujud), set komponen elektrik dan lembaran kerja.
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi(3 minit)
Pengenalan Litar Siri dan Litar Selari 1. Guru menunjukkan litar elektrik satu mentol yang telah dibuat oleh murid pada pembelajaran yang lalu
a) Apakah nama litar yang cikgu tunjukkan ini .
2. Guru menunjukkan litar elektrik dua mentol dan bertanyakan perbezaan dengan litar yang pertama.
3. Guru mengaitkan jawapan yang diberi dengan isi pelajaran hari ini.
1. Murid-murid
memberikan jawapan mereka :
a) Litar elektrik satu mentol.
b) Litar elektrik dua mentol.
Penyoalan seluruh kelas
Langkah 1(10 minit)
Langkah 2
1. Litar siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui satu laluan sahaja.
2. Litar selari ialah litar yang membolehkan arus elekrik mengalir melalui lebih daripada satu laluan.
Membuat pemasangan litar siri dan litar selari.
1. Penerangan guru dengan menggunakan slaid powerpoint.
2. Soaljawab secara lisan untuk mengukuhkan pemahaman murid.
1. Guru membahagikan
1. Murid meneliti perbezaan pemasangan komponen dalam litar siri dan litar selari.
2. Murid-murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
1. Setiap kumpulan
Berpusatkan guru.
Penyoalan seluruh kelas.
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 30 minit ) murid-murid kepada 5 kumpulan.
2. Guru memberikan dua set litar elektrik kepada setiap kumpulan.
3. Murid-murid diminta merujuki buku teks di muka surat 56 – 59 dan lukisan bergambar bagi memudahkan pemasangan komponen.
mengandungi 6 orang ahli.
2. Ketua mengambil alatan tangan dan set litar daripada guru.
3. Membuat pemasangan litar dalam kumpulan.
4. Setiap kumpulan akan menghasilkan dua set litar iaitu litar siri dan litar selari.
Pembelajaran Kooperatif (Berpusatkan murid )
Langkah 3( 10 minit )
Pengujian projek litar elektrik
Menguji litar adalah penting untuk menentukan semua komponen dipasang dengan betul dan berfungsi.
1. Guru mengarahkan murid untuk menunjukkan hasil kerja kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta membuat pengujian projek
1. Murid-murid menunjukkan hasil kerja yang sudah siap.
2. Setiap kumpulan diminta membuat pengujian litar.
3. Murid membuat penambahbaikan sekiranya projek mereka tidak berfungsi.
Pembelajaran kooperatif
Penutup( 7 minit ) Rumusan guru 1. Guru membuat rumusan
dengan memberikan beberapa soalan secara lisan.
1. Beberapa orang murid menjawab soalan yang diberi oleh guru.
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah.
3. Mengarahkan murid mengemas bengkel.
2. Menjawab lembaran kerja sebagai kerja rumah.
3. Bekerjasama membersih dan mengemas peralatan yang digunakan.
Lembaran kerja 4
Refleksi: _______________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 4
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 4 Cemerlang
Tarikh : 13 Jun 2011 / Isnin
Masa : 11.30 – 12.00 tgh ( 30 minit)
Bilangan Murid : 30 Orang
Bidang Pelajaran / Tajuk : Elektrik Elektronik Perbezaan antara litar siri dan litar selari
Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :
Kognitif Membezakan antara litar siri dan litar selari.
Psikomotor Menjalankan ujikaji untuk mencari perbezaan di antara litar siri dan litar selari.
Afektif Melibatkan diri secara aktif dan menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah membuat pemasangan litar siri dan litar selari dalam pembelajaran yang lalu.
Alat Bantu Mengajar : Set litar siri dan litar selari, borang pemerhatian dan buku teks, set soalan kuiz
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi(3 minit)
Litar siri dan litar selari1. Guru menunjukkan set
litar siri dan set litar selari. Kemudian, guru menyoal murid.
b) Apakah nama litar yang cikgu tunjukkan .
c) Adakah kedua-dua litar ini sama.
2. Guru mengaitkan jawapan yang diberi dengan isi pelajaran hari ini.
2. Murid memberikan jawapan mereka.
a) Litar siri dan litar selari
b) Tidak
Penyoalan seluruh kelas
Langkah 1(15 minit)
Langkah 2
Perbezaan di antara litar siri dan litar selari
Perbezaan di antara litar siri dan selari
1. Guru memberikan set litar siri dan litar selari kepada setiap kumpulan.
2. Guru mengedarkan borang pemerhatian kepada ketua kumpulan dan diminta mencatat dapatan yang diperoleh.
3. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti pemerhatian seperti yang terdapat dalam buku teks muka surat 60.
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Menjalankan aktiviti pemerhatian mengikut arahan guru.
3. Mencatat dapatan yang diperoleh dalam borang pemerhatian.
Inkuiri induktif terbimbing dalam kumpulan
RPH (KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 7 minit ) Litar siri
- Nyalaan mentol tidak terang.- Arus tidak mengalir sekiranya
satu komponen rosak.- Mentol tidak menyala apabila satu
lagi mentol dikeluarkan.- Kecerahan mentol bertambah
malap sekiranya satu mentol lagi ditambah pada litar siri.
Litar selari- Nyalaan 2 mentol sama terang- Arus masih boleh mengalir
walaupun satu komponen rosak.- Mentol masih boleh menyala
walaupun satu mentol dikeluarkan.
- Kecerahan mentol tetap sama walaupun satu lagi mentol ditambah.
1. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan yang diperoleh secara rawak.
1. Ahli setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan secara rawak.
Memberi penerangan
Penutup(5 minit)
Rumusan Litar siri ialah litar yang
membenarkan arus elektrik mengalir melalui satu laluan sahaja.
Litar selari ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu laluan.
1. Guru merumus isi pelajaran pada hari ini dengan memberikan soalan kuiz secara lisan
2. Meminta murid menjawab soalan latihan dalam buku teks muka surat 63 sebagai kerja rumah.
1. Murid-murid mengukuhkan pemahaman mereka sewaktu menjawab soalan kuiz.
2. Murid-murid mengambil perhatian akan kerja rumah yang perlu dibuat.