soalan kh thn 6 akhir tahun

Click here to load reader

Post on 26-Nov-2015

41 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENILAIAN AKHIR TAHUN

PENILAIAN AKHIR TAHUNTiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat.

1________________ ialah lukisan yang mempunyai dimensi tinggi, lebar dan panjang.

A. Lakaran

B. Lukisan Projek

C. Lukisan skematik

D. Lukisan bergambar

2. Maklumat yang manakah tidak terdapat di dalam buku idea?

A. Maklumat tentang pernyataan masalah

B. Maklumat dan butiran projek

C. pengiraan kos

D.Nama ibu bapa murid

3. Apakah perbezaan antara kapasitor berkutub dengan kapasitor tidak berkutub?

A. Hanya kapasitor berkutub mempunyai kaki

B. Kapasitor tidak berkutub mempunyai keupayaan menyimpan tenaga elektrik yang lebih

C. Kaki kapasitor berkutub mesti disambung mengikut kekutuban sementara kaki kapisator tidak berkutub tidak perlu disambung mengikut kekutuban

D. Unit sukatan bagi kapasitor berkutub ialah farad dan unit sukatan bagi kapasitor tidak berkutub ialah ohm.4. Apakah simbol bagi komponen yang bertanda Z?

5. Apakah yang harus dilakukan apabila rantai basikal berkarat?

A. Menyapu gris pada rantai

B. Mengganti rantai basikal dengan yang baru

C. melonggarkan rantai

D. Membersihkan rantai dengan sabun

6. Proses kemasan yang menggunakan tepung penyumbat disudahi dengan gosokan menggunakan

A.Berus cat

C. Kertas las

B.Berus syelek

D. Pengikis

7.Bahan terpakai yang sesuai untuk membuat bekas pensel ialah:

A.Selendang

C. Seluar panjang

B. baju kemeja

D. Sarung kusyen

8. Tanda pola pada pola sesuatu artikel dipindahkan ke fabrik dengan menggunakan:

A. Kapur tukang jahit

B. Roda surih dan kertas karbon tukang jahit

C. Jarum peniti

D. Seterika

9. Sayur-sayuran yang mengandungi _____________

Yang penting untuk memudahkan kita membuang besar

A. nutrient

C. pelawas

B. vitamin

D. karbohidrat

10.pilih pasangan yang tidak sesuai

A. Pengorek lubang- alat menggali

B. Pemangkas- alat memotong

C. Pongkes- alat membersih

D. Serampang peladang-alat menggali

11. Pilih faktor pemilihan tapak untuk menanam sayuran yang betul

I. Mempunyai sistem saliran yang baikII. Dekat dengan kawasan penternakan lembu

III. Keadaan tanah adalah rata

IV. Mempunyai kandungan bahan organik yang tinggiA. I dan II

B. I,II dan IV

C. II dan III

D. I, III dan IV

12. Tanaman yang mana tidak sesuai ditanam secara hidroponik?

A. Lobak Putih

B. Bayam

C. Strawberri

D. Kangkung

13.Merumput dilakukan dengan cara-cara yang berikut, kecualiA. menggunakan tajak

B. menggunakan tanganC. menggunakan penggali

D. menggunakan serampang tangan

14. Apakah kemusnahan yang diakibatkan oleh perosak di atas?

A. Merosakkan akar dan merebakkan penyakit akar

B. Menyerang dan menebuk batang dan memakan daun, batang serta akar tanaman

C. Menyedut cecair pokok menyebabkan daun dan buah menjadi layu

D. Memakan anak benih dan juga bunga yang tumbuh

15. Apakah penyebab bagi penyakit akar berbuku?

A. Kulat

C. Bakteria

B. Virus

D. Nematoda

16. Dalam kerja mengendali hasil lepas tuai di atas Y ialah:

A.Memetik

C.Menggred

B.Memotong

D.Mengupas

17.Dalam jualan barang berbentuk komisen, apakah yang dilakukan terhadap barang yang tidak habis dijual?

A. Dipulangkan kepada pembekal

B. Disedekahkan kepada fakir miskin

C. Digunakan sendiri oleh peniaga

D. Dijual dengan harga yang murah

18. Antara pernyataan yang berikut yang manakah bukan perkara yang perlu dititikberatkkan peniaga semasa memilih pembekal?

A. Memilih pembekal yang menawarkan komisen yang tinggi

B. Memilih pembekal yang mempunyai pertalian saudara dengan peniaga

C. Memilih pembekal yang dapat menyediakan barang dalam masa yang ditetapkan

D. Memilih pembekal yang senang dibawa berunding19. Antara yang berikut yang manakah tidak sesuai dijual secara komisen?

20. Kelebihan menjual barang secara komisen adalah seperti yang berikut kecuali

A. Peniaga tidak perlu berhadapan dengan pelanggan

B. Peniaga tidak perlu menghasilkan barang sendiri

C. Peniaga tidak perlu menanggung risiko kerugian akibat barang tidak habis dijual

D. Peniaga tidak pelu menyediakan modal yang tinggi

21. Berapakah keuntungan yang diperoleh peniaga hasil jualan di atas?A. RM39.60

C. RM7.92

B. RM48.00

D. RM31.68

22. Yang manakah bukan tujuan promosi?

A. Untuk memperkenalkan barang kepada pengguna

B. Untuk meningkatkan jualan

C. Untuk mempengaruhi pengguna agar membeli barang

D. Untuk melakukan barang yang kurang kualiti

23. Apakah promosi yang dijalankan di atas?

A. Pameran

B. Demonstrasi

C. Pembungkusan

D. Sampel percuma

Soalan 24 dan 25 berdasarkan gambar yang berikut

24. Apakah Q?A. Nombor kod barang

B Nombor telefon ejen

C Harga barang

D Alamat syarikat

25. Mengapa Q penting?

A Supaya pelanggan tahu keberkesanan barang

B Supaya pelanggan dapat membuat pesanan dengan tepat

C Supaya harga barang dapat ditentukan dengan mudah

D Supaya syrikat pengeluar mudah mengira keuntungan

26. Ciri yang manakah penting bagi seorang jurujual yang membuat promosi?

A Cekap bertutur

B Bijak menipu

C Pandai menyembntikan keburukkan barang

D Hanya mementingkan keuntungan

Soalan 27 dan 28 berdasarkan gambarajah di bawah

27. Apakah kelemahan susun atur barang di dalam kedai di atas ?

A Barang tidak disusun dengan kemas

B Barang tidak disusun mengikut jenis

C Barang yang berat disusun dibahagian atas

D Barang tidak mempunyai tanda harga

28. Mengapa peniaga tidak sepatutnya berbuat demikian?

A Kerana pelanggan tidak akan tertarik untuk memasuki kedai

B Kerana akan membahayakan pelanggan ketika hendak mengambil barang tersebut

C Kerana pelnggan tidak dapat mengetahui harga barang

D Kerana pelanggan sukar untuk mencari barang

29. Dimanakah tempat yang sesuai untuk mempamerkan barang jualan di atas?

A Di atas rak

B Di atas meja

C Di dalam almari

D Di dalam bekas lutsinar

30. Pilih pasangan yang betul

A Ikan segar di dalam tempat berpendingin

B Kamera digital di dalam laci

C Jam tangan di atas pangkin

D Beras di dalam bekas lutsinar

31. Punca-punca risiko adalah seperti berikut, kecualiA berpunca daripada alam

B berpunca daripada modal

C berpunca daripada manusia

D berpunca daripada barang jualan

32. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah risiko yang berpunca daripada manusia?

A Kegawatan ekonomi

B Kejadian tsunami

C Kegagalan menghadapi saingan

D Barang jualan memudaratkan kesihatan pengguna

33. Risiko yang manakah boleh diinsurankan?

A Kebakaran

C Kerugian

B Ribut

D Gempa bumi

34. Antara peniaga yang berikut, siapakah yang paling terjejas sekiranya hujan turun dengan lebat?A Peniaga restoranB Penjual teh tarik

C Pekedai runcitD Penjual aiskrim

35. Langkah yang tidak sesuai untuk mengurangkan risiko adalah dengan

A mempunyai sistem pengurusan dan perancangan yang baik

B meningkatkan mutu barang

C tidak menjual barang yang mahal dan berkualiti

D memilih lokasi perniagaan yang sesuai, strategik dan selamat.

36. Apakah yang harus dilakukan pembeli untuk mengetahui sama ada buah cempedak yang ingin dibeli sudah masak atau belum?

A mencium baunya

B melihat labelnya

C merasa teksturnya

D melihat rupanya

37. Antara pasangan yang berikut yang manakah menunjukkan barang jualan sudah rosak?

A ikan- pejal

B roti-lembut

C biskut-lemau

D sayur- segar

38. ______________ ialah tingkah laku atau amalan baik yang diamalkan peniaga dalam menjalankan perniagaanya.

A Kod peniaga

B Etika peniaga

C Tatacara peniaga

D undang-undang peniaga

39. Apakah etika yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A Etika pembeli terhadap peniaga

B Etika peniaga terhadap pembeli

C Etika jualan secara Islam

D Etika perniagaan mengikut undang-undang

40. Dalam hak pengguna, hak diwakili bermaksud

A Pengguna berhak meminta orang lain membelikan barang untuknya

B Pengguna berhak meminta persatuan pengguna membuat tuntutan bagi pihaknya

C Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa

D Pengguna berhak menikmati alam sekitar yang bersih

SKEMA JAWAPAN

1. B

2. D

3. C

4. C

5. A

6. C

7. D

8. B

9. C

10. D

11. D

12. A

13. C

14. B

15. D

16. C

17. A

18. B

19. D

20. A

21. C

22. D

23. B

24. A

25. B

26. A

27. C

28. B

29. D

30. A

31. B

32. C

33. A

34. D

35. C

36. A

37. C

38. B

39. C

40. B

Membersih-Y-Membungkus menyimpan sementara

Barang Jualan:surat khaba