rph kapal layar

5
Matapelajaran : Dunia Seni Visual Tahun : 3 Anggun Tarikh : 18 Ogos 2015 Hari : Selasa Masa : 12:15 1:15 petang (60 minit) Bidang : Membentuk dan membuat binaan Aktiviti : Origami Tema : Alam Buatan Manusia Tajuk : Kapal Layar Media : Alat : Gunting, gam Bahan : Kertas warna Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh origami, contoh origami kapal layar EMK : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: 1. Mengenal dan memahami teknik dan prinsip asas origami. 2. Murid dapat mengenal bentuk-bentuk asas ketika melipat kertas. 3. Murid akan dapat menghasilkan origami kapal layar dan mengutamakan bahasa seni visual seperti unsur seni dan prinsip rekaan. 4. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi penekanan pada bahasa seni visual. STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan origami 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam membuat origami. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat origami.

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 13-Dec-2015

332 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Kapal Layar

Matapelajaran : Dunia Seni Visual

Tahun : 3 Anggun

Tarikh : 18 Ogos 2015

Hari : Selasa

Masa : 12:15 – 1:15 petang (60 minit)

Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti : Origami

Tema : Alam Buatan Manusia

Tajuk : Kapal Layar

Media : Alat : Gunting, gam

Bahan : Kertas warna

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh origami, contoh origami kapal layar

EMK : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:

1. Mengenal dan memahami teknik dan prinsip asas origami.

2. Murid dapat mengenal bentuk-bentuk asas ketika melipat kertas.

3. Murid akan dapat menghasilkan origami kapal layar dan mengutamakan bahasa seni

visual seperti unsur seni dan prinsip rekaan.

4. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi

penekanan pada bahasa seni visual.

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni yang

terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni dalam

penghasilan origami

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi

penentuan media dan teknik dalam membuat origami.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat

origami.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

seni, dan budaya.

Page 2: Rph Kapal Layar

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat menyatakan unsur rupa, warna serta imbangan pada

Origami.

3.1.1 Unsur seni

3.1.1.1 Rupa –geometri

3.1.1.2 Bentuk

3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder

3.1.2 Prinsip rekaan

3.1.2.1 Imbangan - simetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

3.2.1.1 Alatan – gunting

3.2.1.2 Bahan – gam, kertas a4 berwarna

3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

3.2.2.1 Teknik – lipatan

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,

kefahaman media dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.

3.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak

3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

3.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan

3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Page 3: Rph Kapal Layar

Persepsi Estetik

(Set Induksi – 5 minit)

1. Murid mendengar sebuah lagu

kanak-kanak yang dipasang oleh

guru.

2. Murid menyanyikan lagu kanak-

kanak tersebut.

3. Guru bersoal jawab dengan murid

tentang lagu tersebut.

4. Guru menyatakan dan

memperkenalkan pelbagai jenis

kapal kepada pelajar.

Lagu “Sahabat Selamanya”.

Soalan :

1. Apakah kapal yang

belayar?

Jawapan : Kapal layar

2. Kapal layar belayar

dengan menggunakan?

Jawapan : Angin

BBM : Audio lagu kanak-

kanak, contoh origami kapal

layar yang telah dibuat

Aplikasi Seni

(10 minit)

1. Guru memberi penerangan

berkaitan aktiviti yang akan

dijalankan.

2. Guru menerangkan alat dan bahan

yang akan digunakan untuk

menghasilkan origami kapal layar.

3. Guru menunjukkan contoh kapal

layar teknik origami yang telah

dihasilkan.

4. Guru membuat demonstrasi

membuat origami.

5. Murid mendengar penerangan

guru.

Alat dan bahan : Kertas warna,

kertas lukisan, gunting, gam,

pensil warna

Langkah-langkah :

1. Membentuk kertas segi

empat tepat menjadi segi

empat sama.

2. Melipat kertas membentuk

kapal layar mengikut

langkah demi langkah.

3. Guru membimbing murid

membuat origami kapal

layar.

4. Lukiskan pemandangan di

lautan sebagai latar

belakang untuk menampal

origami kapal layar.

Strategi :

Berpusatkan guru

Penerangan

Pemudahcara

EMK :

Keusahawanan

Kreativiti

Page 4: Rph Kapal Layar

Ekspresi Kreatif

(30 minit)

1. Guru mengedarkan kertas warna

kepada murid.

2. Murid menyediakan alat dan bahan

yang akan digunakan.

3. Murid diarahkan untuk memulakan

proses menghasilkan origami kapal

layar.

4. Murid membuat origami kapal layar

dengan bimbingan guru.

EMK : Kreativiti

Keusahawanan

Nilai Murni : Bersungguh-

sungguh, tekun

Apresiasi Seni

(Refleksi - 10 minit)

1. Murid menunjukkan hasil kerja di

hadapan kelas.

2. Murid membuat apresiasi karya

sendiri dan rakan-rakan dengan

bantuan guru.

Penerapan :

Unsur Seni

Prinsip Rekaan

Kriteria:

Penggunaan alat & bahan

Kemahiran Teknik

Kekemasan

Kreativiti

Penutup (5 minit)

1. Guru membuat rumusan isi

pelajaran dan menerapkan nilai-

nilai murni.

- Merumuskan tajuk dan

menerapkan nilai

Nilai :

Kreativiti

Kebersihan

Berhati-hati

Page 5: Rph Kapal Layar