rph - haiwan

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) – HAIWAN PELIHARAAN Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Prasekolah ________________________________ Kelas : Tarikh : 31 Julai 2013 Hari : Rabu 9.00 am – 9:30 am (30 minit) Masa : Bilangan Murid : 25 orang Tema : Haiwan Tunjang Utama : Haiwan Peliharaan Kesepaduan Tunjang : Menyanyi dengan gerakan Standard Kandungan : BM 3.5 Membaca perkataan BM 4.2 Menguasai kemahiran menulis Standard Pembelajaran : BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan betul BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran ini murid – murid dapat: i. Membaca perkataan yang diajar dengan betul . ii. Mengenal dan menyebut nama haiwan peliharaan dengan tepat. iii. menyalin dan menulis nama – nama haiwan

Upload: sivasakthi-packirisamy

Post on 29-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH - haiwan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) – HAIWAN PELIHARAAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Prasekolah ________________________________Kelas :

Tarikh : 31 Julai 2013

Hari : Rabu

9.00 am – 9:30 am (30 minit)Masa :

Bilangan Murid : 25 orang

Tema : Haiwan

Tunjang Utama : Haiwan Peliharaan

Kesepaduan Tunjang : Menyanyi dengan gerakan

Standard Kandungan :         BM 3.5 Membaca perkataan

BM 4.2 Menguasai kemahiran menulis

Standard Pembelajaran : BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan betul

BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

Objektif  Pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran ini murid – murid dapat:

i. Membaca perkataan yang diajar dengan betul .

ii. Mengenal dan menyebut nama haiwan peliharaan dengan  tepat.

iii. menyalin dan menulis nama – nama haiwan

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal

Penerapan Nilai : Kasih saying dan bertanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, Kad bacaan, Kad suku kata, power point dan . lembaran kerja, carta lagu dan model haiwan

Kosa Kata : ayam, itik, arnab, lembu, kambing

Page 2: RPH - haiwan

iii. Murid pernah melihat haiwan di zoo

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATANAKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

Set induksi(5 minit )

1.    Teka haiwan

1.Guru  memberi salam kepada murid-murid.

2.Guru meminta   murid merasa model haiwan dalam kotak dan teka haiwan tersebut.

3.Guru menanya soalan berkenaan tentang haiwan tersebut.

4.Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini ialah haiwan peliharaan.

1. Murid-murid memberi salam kepada guru.

2.Murid-murid merasa model haiwan dalam kotak dengan teliti.

3.Murid-murid cuba meneka haiwan tersebut.

4. Murid-murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru

BBM :    model haiwan

Nilai murni :    Berdisiplin

Strategi:- berpusatkan murid

Langkah 1(10 minit)

1.Namakan haiwan peliharaan dan bercerita mengenai haiwan tersebut.Contoh :         ayam         lembu          itik         burung

2.Menerangkan ciri - ciri haiwan peliharaan kepada murid.

1.Guru menunjukkan beberapa haiwan peliharaan dengan Power Point slideshow.

2.Bersoal jawab dengan bahasa yang mudah dan menggalakkan murid bercerita.

3.Guru membimbing murid membaca perkataan

1.Murid mengenalpasti haiwan peliharaan

2.Murid bercerita mengenai haiwan peliharaan yang pernah dijumpai.

3.Murid mengeja dan membaca perkataan dengan betul secara kumpulan dan perseorangan

BBM :    Power Point slideshow

Kad gambar

Nilai murni :    Berkeyakinan diri

KBKK :    Memerhati

Penggabungjalinana)Bahasa dan komunikasi

b)   Perkembangan kognitif

Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid-murid ada membela haiwan peliharaan di rumah                         

ii   Murid-murid mengetahui sebahagian daripada nama haiwan peliharaan

Page 3: RPH - haiwan

Contoh :     Ciri – jinak       

Langkah 2(5 minit )

 Pemainan kecil( Menampal ekor’ )

1.Menampal ekor yang betul pada haiwan.

1.Guru memberi arahan supaya murid duduk dalam satu kumpulan

2.Guru memberitahuperaturan-peraturan permainan kecil

1.Murid mengambil giliran menampal ekor pada haiwan yang disediakan dengan mata ditutup.

2. Murid  lain membantu kawan supaya menampal ekor dengan betul.

BBM:         Kad gambar

Nilai murni :    Berkeyakinan diri    Berani

KBKK :    Menghubungkait

Langkah 3(5 minit)

Lembaran kerja

1.Mengisi huruf vokal yang tertinggal pada  gambar dan mewarnakan

1.Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi arahan kepada murid – murid.

2.Guru memantau murid  menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan

1.Murid-murid menyiapkan lembaran kerja.

2.Murid-murid menghantar lembaran kerja mengikut kumpulan masing-masing

BBM:   Lembaran kerja   Kad perkataan   Kad gambar

Nilai murni:   Keyakinan   Rajin

Penggabungjalinan_  Perkembangan fizikal ( motor halus – mata dan tangan)

_  Perkembangan kognitif

Penutup(5 minit )

1.  Penerapan nilai murni

2.  Aktiviti nyanyian

1.Guru menyerapkan nilai murni kepada murid.

2.  Guru memainkan lagu “Pak Mat ada Kebun”.

3.   Guru dan murid-murid menyanyi mengikut irama muzik.

 4.Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini

1.Murid-murid akan menyanyikan lagu dan membuat pergerakan yang betul.

2.Guru  merumuskan isi pelajaran hari ini.

BBM-Video lagu “Pak Mat ada Kebun ”- Carta lagu

-Kecerdasan Linguistik-kecerdasaanmuzik-kecerdasaan Kenestik-kecerdasaan Bahasa

Penerapan Nilai :-Kasih sayang- bertanggungjawab

Page 4: RPH - haiwan