rph forest school

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Muzik dan Kajian Tempatan Target : 10-12 tahun Bilangan pelajar : 26 orang Tarikh : 23 November 2014 Masa : 60 minit Tema : Manusia dan alam sekitar Tajuk : Muzik dari Sungai dan Tanah Sub-tajuk : 1. Ekspresi kreatif 2. Bentuk Muka Bumi Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Mengetahui kepelbagaian bentuk muka bumi iaitu berfokus kepada lembangan dan tanah pamah serta sungai. 2. Mengetahui kepelbagaian bunyi dalam alam semula jadi seperti bunyi air daripada sungai dan bunyi tanah daripada kawasan tanah yang berdekatan. 3. Memahami bagaimana kedalaman sungai mempengaruhi bunyi atau irama yang terbentuk.

Upload: nur-kareena

Post on 21-Jul-2015

49 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Forest School

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Muzik dan Kajian Tempatan

Target : 10-12 tahun

Bilangan pelajar : 26 orang

Tarikh : 23 November 2014

Masa : 60 minit

Tema : Manusia dan alam sekitar

Tajuk : Muzik dari Sungai dan Tanah

Sub-tajuk :

1. Ekspresi kreatif

2. Bentuk Muka Bumi

Objektif pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Mengetahui kepelbagaian bentuk muka bumi iaitu berfokus kepada lembangan dan tanah pamah serta sungai.

2. Mengetahui kepelbagaian bunyi dalam alam semula jadi seperti bunyi air daripada sungai dan bunyi tanah daripada kawasan

tanah yang berdekatan.

3. Memahami bagaimana kedalaman sungai mempengaruhi bunyi atau irama yang terbentuk.

Page 2: Rph Forest School

4. Memahami kepentingan proses alam semula jadi untuk mengekalkan fungsi setiap bentuk muka bumi seperti kepentingan

hujan kepada aliran air sungai dan tanah.

5. Berupaya mereka cipta muzik yang unik dan kreatif daripada sungai dan tanah.

6. Berupaya menganalisis proses yang terjadi di dalam sungai dan tanah serta kaitannya dengan ekspresi kreatif dalam muzik.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar muzik.

Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru

Kaedah : Bercerita dan belajar sambil bermain

Kemahiran : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menganalisis.

Bahan Bantu Mengajar : Kamera.

Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama.

Page 3: Rph Forest School

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set induksi

(5 minit)

Pengenalan

mengenai

tajuk

pembelajaran

1. Guru memberi salam serta

bertanyakan khabar dan perasaan

murid.

2. Guru mengajak murid untuk

bersama-sama menyanyikan lagu

‘Bukit yang cantik’ selepas

mengedarkan lirik lagu pada

setiap murid.

3. Guru menyoal murid mengenai

apa yang telah mereka lihat

sepanjang perjalanan dan di

sekitar kawasan Sungai Inki pada

waktu tersebut.

1. Murid menjawab salam dan

memberitahu khabar dan perasaan

mereka pada ketika itu.

2. Murid bersama-sama guru

menyanyikan lagu ‘Bukit yang

cantik’ dengan melihat lirik yang

diberikan oleh guru.

3. Murid memberitahu apa yang

telah mereka nampak di

sepanjang perjalanan ke Sungai

Inki dan apa yang mereka lihat di

sekitar kawasan Sungai Inki pada

ketika itu.

Kedudukan pelajar

Pengenalan

(10 minit)

Penerangan

mengenai

ekspresi

kreatif dan

1. Guru menceritakan sebuah cerita

rekaan mengenai ‘Pak Pandir

Sesat di Hutan’.

2. Guru bertanyakan kepada murid

1. Murid mendengar dengan penuh

perhatian cerita yang disampaikan

oleh guru.

2. Murid memberitahu bunyi dan

Kedudukan pelajar

Page 4: Rph Forest School

bentuk muka

bumi melalui

cerita.

bunyi atau bentuk muka bumi

yang terdapat di dalam cerita

tersebut.

3. Guru kemudian menerangkan

mengenai ekspresi kreatif dan

bentuk muka bumi melalui cerita

tersebut.

bentuk muka bumi yang ada di

dalam cerita tersebut.

3. Murid mendengar penerangan

yang dibuat oleh guru mengenai

ekspresi kreatif dan bentuk muka

bumi.

Perkembangan

(20 minit)

Aktiviti

mereka cipta

muzik dari

sungai dan

tanah.

1. Guru membahagikan murid

kepada 4 kumpulan dan meminta

murid duduk di dalam bentuk

bulatan mengikut kumpulan

masing-masing.

2. Guru meminta murid berbincang

dan merancang muzik yang

direka cipta daripada tanah dan

sungai sambil bernyanyi.

3. Guru meminta murid untuk

masuk ke dalam sungai dan

duduk mengikut kumpulan

1. Murid mendengar arahan guru

dan duduk di dalam kumpulan

masing-masing dalam bentuk

bulatan.

2. Murid berbincang dan merancang

muzik dan nyanyian yang akan

direka cipta.

3. Murid masuk ke dalam sungai

mengikut kumpulan masing-

masing.

4. Murid mempersembahkan muzik

dan nyanyian sebagaimana yang

Kedudukan pelajar

Page 5: Rph Forest School

masing-masing.

4. Seterusnya, guru meminta murid

memulakan aktiviti mereka cipta

muzik mengikut kumpulan.

5. Guru merakam video hasil muzik

murid semasa murid melakukan

aktiviti.

telah dibincangkan di dalam

kumpulan.

Penutup

(10 minit)

Pengukuhan

tajuk

pembelajaran.

1. Guru meminta murid untuk

duduk di kawasan yang kering di

dalam kumpulan masing-masing.

2. Guru bertanyakan kepada murid

apa yang telah mereka pelajari.

3. Guru menerangkan kembali apa

yang telah mereka pelajari pada

hari ini.

1. Murid duduk mengikut kumpulan

masing-masing di kawasan yang

kering.

2. Murid memberitahu apa yang

telah mereka pelajari pada hari

ini.

3. Murid mendengar apa yang di

terangkan oleh guru dengan teliti.

Kedudukan pelajar