rozell.docx

21
ROZELL CHONG Tugasan 1: Kedudukan Bahasa Melayu Pada Masa Akan Datang

Upload: rozellchong

Post on 05-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rozell.docx

ROZELL CHONG

Tugasan 1:

Kedudukan Bahasa Melayu Pada Masa

Akan Datang

Page 2: Rozell.docx

1.0 Pengenalan

Sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sudah lama dituturkan oleh

masyarakat yang tinggal di sekitar kepulauan Melayu. Perkembangan pesat

perdagangan di selat Melaka juga telah mengembangkan lagi penggunaan bahasa

Melayu dalam kalangan pedagang dan juga orang asing yang singgah di selat

Melaka pada masa itu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa lingua franca dalam

kalangan pedagang pada masa tersebut. Malah, bahasa Melayu juga dijadikan

sebagai bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu dan bahasa ikhtisas bagi

kerajaan di sekitar kepulauan Melayu. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa

Melayu telah digunakan secara meluas ketika zaman dahulu.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan digunakan

di negara kita oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,

keturunan, bangsa dan agama serta mempunyai bahasa ibunda masing-masing.

Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya berbangga dengan bahasa Melayu dan

sepatutnya memperkasakan lagi ilmu pengetahuan kita dalam penggunaan bahasa

Melayu sebagai rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian, penggunaan bahasa

kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mahupun ketika

berurusan rasmi mampu memartabatkan lagi kita sebagai rakyat Malaysia yang

tinggi semangat patriotiknya dan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, kaum

dan agama.

Sesungguhnya, kedudukan dan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan perlu dipelihara dan tidak boleh dibelakangkan. Hal ini kerana, dimana

dinamiknya dan maju sesebuah tamadun itu, maka bahasa Melayu juga perlu

ditinggikan dan diperkembangkan sehingga menjadi bahasa falsafah yang tinggi.

Tidak lupa juga perkembangan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan

teknologi juga perlu ditingkatkan.

Dalam pasca era globalisasi yang kian memuncak ini sering kita mendengar

meniti bibir ke bibir tentang penggunaan bahasa Melayu yang semakin merosot

dalam kalangan rakyat Malaysia yang moden ini. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris

pula semakin luas dalam kalangan masyarakat. Pada zaman teknologi ini, tidak

dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris adalah penting dan harus dikuasai

kerana diperlukan dalam sains dan teknologi yang canggih.

Namun, kebanyakan masyarakat Malaysia kini alfa terhadap bahasa

kebangsaan dan malu menggunakan bahasa Melayu. Mereka menyalah anggap

bahawa dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan seharian,

mereka adalah tamadun yang lebih maju. Persoalannya, adakah masyarakat

Page 3: Rozell.docx

Malaysia malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu ataupun kurang pengetahuan

dalam penguasaan bahasa Melayu? Apakah kedudukan dan cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh bahasa Melayu?

Page 4: Rozell.docx

2.0 Kedudukan Bahasa Melayu pada masa akan datang

Cabaran-Cabaran bahasa Melayu

i. Persepsi masyarakat tentang bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sedang berhadapan dengan cabaran yang sangat

merunsingkan dengan melihat betapa tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Pertamanya, masyarakat Malaysia kini

tidak mementingkan mutu penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, kebanyakan

masyarakat yang berada seiring dengan kemajuan alaf ke-21 ini sering menggunakan

bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Sesetengah

masyarakat juga beranggapan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul tidak begitu

penting. Malah, ada yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak ada nilai komersialnya

secara antarabangsa.

“… kuasa hegemoni dan instrumen media dan teknologi, bahasa dominan dunia,

iaitu bahasa Inggeris terus melebarkan pengaruhnya dan diterima dengan hati terbuka oleh

warga dunia. Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dikatakan mempunyai nilai

ekonomi dan nilai instrumental. Tanggapan sedemikian menyaksikan golongan elit di

sesetengah negara mulai mengubah dasar bahasa kebangsaan mereka kepada bahasa

Inggeris. Kedudukan bahasa kebangsaan dianggap oleh sesetengah pihak mulai terhakis

dan terpinggir.” (Jeniri, 2009)

Melalui pandangan beliau, masyarakat kini tidak memandang ataupun melihat

kepentingan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita sendiri. Bahasa Inggeris juga

mudah diterima dan senang ditempatkan di hati para masyarakat daripada bahasa Melayu.

Tambahan lagi, masyarakat lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing

iaitu bahasa Inggeris. Malah, ada juga yang meletakkan penguasaan penggunaan bahasa

Inggeris itu sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Perkara ini jelas

menunjukkan bahawa bahasa asing lebih diutamakan daripada bahasa kebangsaan negara

kita. Menurut (Jeniri, 2009), pensejagatan dan imperialisme bahasa Inggeris semakin

mencengkam ke dalam akar budaya dan minda bangsa malah keadaan ini seakan-akan

bahasa Melayu tidak mampu mengambil tempat bahasa Inggeris sehingga pemakai bahasa

Melayu berasa seolah-olah tidak penting untuk mempelajari bahasa itu. Namun hal ini tidak

sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memartabatkan

bahasa kebangsaan kita dan bukannya menjadikan bahasa asing sebagai bahasa

kebangsaan kita. (Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007) telah menyatakan fenomena

Page 5: Rozell.docx

penggunaan bahasa asing dapat menjelaskan antara lain tentang Teori Kepungan Ilmu iaitu

bahasa penjajah yang telah ‘mengepung ilmu’ dan menyebabkan ilmu dan maknanya tidak

sampai kepada rakyat terbanyak. Hanya apabila bahasa sendiri digunakan barulah

kepungan tersebut runtuh dan akan mencetuskan ‘wabak ilmu’ yang dapat membangunkan

rakyat di samping meningkatkan kreativiti sesuatu bangsa yang sekaligus akan memajukan

bangsa dan negara sekalipun tidak dalam sekelip mata. Pandang sahaja ke arah negara-

negara seperti Jepun, Korea dan Perancis yang maju dari segi sains dan teknologi. Mereka

menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa ilmu dan sebagai dasar dalam

memajukan bangsa mereka. Seperti yang telah dinyatakan oleh (Hamdan Azmi Abd. Aziz

dan Noor Rohana Mansor, 2012), mereka tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris

dalam proses pengembangan ilmu. Walau bagaimanapun, bagi mereka bahasa Inggeris

bukanlah segala-galanya. Malaysia juga mampu maju sekiranya masyarakat sedar akan

kepentingan bahasa Melayu dalam memajukan negara dengan meneladani negara-negara

tersebut dengan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang

disanjungi dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan sebagai wadah utama

perpaduan rakyat. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia perlu memadamkan persepsi

negatif terhadap bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga mampu bersaing dan setaraf

dengan bahasa asing.

ii. Pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI).

Bahasa Melayu juga berhadapan dengan cabaran yang mampu menggugat

kedudukan bahasa kebangsaan iaitu pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran

Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem Pengajaran dan Pembelajaran

Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini merupakan nama rasmi bagi salah satu

Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa

kebangsaan atau ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di

semua peringkat pendidikan yang telah dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir

bin Mohamad pada tahun 2003. Namun, dasar ini telah dimansuhkan pada 2012 kerana

tidak menepati kesesuaian dan beberapa faktor yang lain.

Pada permulaan pelaksanaan dasar PPSMI ini, keputusan dasar untuk

melaksanakan PPSMI bertujuan untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains

dan matematik dalam kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah

dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan PPSMI ini juga diharap akan meningkatkan

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. (Amir, 2009) ada menulis dalam

Page 6: Rozell.docx

bukunya tentang anggapan masyarakat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak

sempurna sebagai bahasa utama dalam industri maklumat kerana bukan bahasa

komunikasi global. Namun, apa yang diharapkan tidak seperti yang apa yang dikehendaki

bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Pelaksanaan PPSMI ini telah dikecam

oleh beberapa pihak yang merupakan sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini

bermakna bahawa bantahan yang dilakukan adalah bertunjangkan rasa cinta kepada

bangsa dan keprihatinan akan masa depan masyarakat Malaysia. Selain itu, PPSMI juga

dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar dan mengetepikan martabat bahasa

kebangsaan serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pelaksanaan PPSMI ini jelas menampakkan satu tindakan dasar yang menggugat

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara kita pada masa akan datang.

Dengan pelaksanaan dasar PPSMI ini, bahasa Melayu akan kian terpinggir kerana bahasa

Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini akan

menyebabkan timbulnya masalah-masalah yang akan dihadapi oleh masyarakat semasa

menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara tentang sains dan teknologi. Masalah ini

boleh berlaku apabila seseorang yang hanya menguasai bahasa Inggeris dalam bidang

sains dan teknologi ingin menerangkan bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Seseorang

itu mungkin tidak mengetahui cara untuk menjelaskan bidang sains dan teknologi ini dalam

bahasa Melayu. Maka terjadilah masalah komunikasi antara dua pihak dan hal inilah yang

menjadi faktor kepada kurangnya pengetahuan masyarakat tentang sains dan teknologi di

Malaysia. Malah hal ini jugalah yang menyebabkan bidang sains dan teknologi di Malaysia

masih belum mencapai kemajuan yang diingini. (Abdullah Sani, 2007) ada menyatakan

penduduk bekas jajahan British dan Perancis di seluruh dunia yang meliputi benua Afrika,

kepulauan Hindi dan Pasifik dan lain-lain masih tinggal mundur sehingga kini sekalipun

mereka tetap menggunakan bahasa Inggeris atau Perancis atau kedua-dua bahasa tersebut

iaitu bahasa negara ‘maju’ atau bahasa ‘orang maju’. Oleh itu, kita tidak seharusnya

memandang rendah akan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“…Jepun dan Korea sebagai contoh negara yang menjadi model negara maju di

sebelah timur di samping model negara yang benar-benar memartabatkan bahasanya.

Walaupun pernah mencuba bahasa lain tetapi Jepun cepat sedar dan kembali

mendaulatkan bahasanya sebagai bahasa ilmu.” (Abdullah Sani, 2007).

Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI ini wajar dimansuhkan dan digantikan

penggunaan bahasa Inggeris tersebut kepada bahasa Melayu. Dengan itu, bahasa Melayu

dapat dikekalkan kedaulatannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan. Seperti apa

yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad teks ucapannya ketika pelancaran

Page 7: Rozell.docx

“Gerakan Cintailah Bahasa Kita” pada 1987, badan-badan pembinaan dan pengembangan

bahasa dan institusi-institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting bagi

peningkatan mutu bahasa dan pengembangan penggunaannya dalam pelbagai bidang.

Penyelidikan korpus atau aspek-aspek bahasa, penyeragaman ejaan rumi, pembentukan

istilah sains dan teknologi dan penerbitan telah dijalankan bagi memantapkan aspek-aspek

bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu perlu dimantapkan dan dikukuhkan

lagi penggunaannya dalam pelbagai bidang agar masyarakat Malaysia mampu

merealisasikan impian dalam menjadi negara maju seperti negara timur sesuai dengan

aspirasi Wawasan 2020.

Page 8: Rozell.docx

iii. Penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi

Seterusnya, bahasa Melayu juga berhadapan dengan cabaran dalam menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran di Malaysia. Kita juga telah

dikejutkan dengan penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa semasa berada

dalam urusan rasmi seperti mesyuarat ataupun pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya.

(Abdullah Sani, 2007) menurut beliau dalam bukunya, pencemaran bahasa termasuklah

penggunaan bahasa yang bercampur baur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau

code-switching yang berlebihan. Malah, negara Malaysia juga belum lagi mengutamakan

bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam Perlembagaan negara.

Penghayatan penjawat awam yang hangat-hangat tahi ayam dalam pelaksanaan

peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga

kini juga amat memilukan. Lebih parah lagi apabila baru-baru ini terdapat menteri yang telah

mengemukakan penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa ilmu dalam subjek seperti

matematik dan sains di sekolah yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu. Hal ini akan

perlahan-lahan mengikis kepenggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Oleh

yang demikian, Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati dalam mendaulatkan dan

memperkasakan bahasa Melayu dengan mengadakan seminar-seminar, pembentangan

kertas kerja dan sebagainya bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak

cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk memastikan

bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Buktinya,

Pemegang Kerusi Tun Abdul Ghafar Baba, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, dasar itu

perlu dimansuhkan dengan segera kerana PPSMI terbukti satu kesilapan berdasarkan

sebuah artikel yang dipetik daripada surat khabar Utusan. Hal ini jelas menggambarkan

bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dalam pentadbiran negara. Pada

dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang

termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa

Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Oleh itu, sikap rakyat perlu diubah dalam memastikan

penggunaan bahasa Melayu tetap kukuh bukan hanya dalam bahasa rasmi dan bahasa

ilmu, malah menggunakannya sebagai bahasa seharian agar bahasa tersebut boleh

dikatakan bahasa kebangsaan Malaysia. Tun Dr. Mahathir mohamad juga mengatakan

bahawa beliau sekeras-kerasnya menggesa semua pihak di sektor swasta khususnya

supaya menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka dengan masyarakat Malaysia

sama ada secara lisan mahupun tulisan. Secara umumnya, semua pihak perlu

berkerjasama dalam memastikan penggunaan bahasa Malaysia tetap dimartabatkan.

Page 9: Rozell.docx

3.0 Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa

nama untuk menerangkan kata nama tersebut yang sering digunakan dalam bahasa

Melayu. Menurut Adenan Ayob (2009) dalam buku Bahasa Kebangsaan, kata sendi nama

berfungsi sebagai kata depan bagi sesuatu kata nama. Kata sendi bertugas sebagai kata

yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, merungkaikan penggunaan kata sendi

nama secara umum iaitu dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua

kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan

menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama

pertama. Contohnya: Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.

Kata sendi nama termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,

bagi, hingga, oleh, dengan, sampai, terhadap, sejak, semenjak, demi, dalam, antara,

tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, selain.

Senarai Kata Sendi Nama

Di Ke Dari Daripada Pada

Kepada Untuk Akan Bagi Hingga

Oleh Dengan Selain Sampai Terhadap

Sejak Semenjak Demi Dalam Antara

Tentang Seperti Bagai Umpama Laksana

Page 10: Rozell.docx

Kata Sendi Nama dalam Artikel

1. Kata Sendi Nama Di

Kata sendi nama di merupakan kata sendi nama yang menunjukkan sesuatu tempat

atau keberadaan sesuatu benda atau perkara.

i) Semasa pilihan raya umum di United Kingdom pada Mei lalu, seperti lazim,

parti-parti yang bertanding memperkenalkan manifesto masing-masing.

ii) Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh YouGovl Sunday Times pada

bulan Mac, 76 peratus orang di Britain mahu mengurangkan jumlah kaum

pendatang.

2. Kata Sendi Nama Ke

Kata sendi nama ke menunjukkan tempat atau arah yang akan ditujui.

i) Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur dalam

bahasa Inggeris.

ii) Sesuatu yang kita sepatutnya jangkakan daripada setiap orang yang datang ke

sini.

iii) Parti Buruh pada masa lalu, tetapi juga dianggap sebagai satu langkah untuk

bergerak ke kanan bagi mengimbangi Parti Konservatif.

3. Kata Sendi Nama Dari

i) Santorum berkata bahawa beliau menyokong hak penentuan nasib sendiri

penduduk Puerto Rico dari segi status politik pulau itu.

ii) Bilangan orang yang berpindah ke Britain dari negara lain meningkat lima kali

ganda di bawah kerajaan Buruh sebelum ini.

iii) Nasib wanita yang datang ke United Kingdom dari Asia Selatan sebagai

pengantin dan tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris.

Page 11: Rozell.docx

4. Kata Sendi Nama Daripada

Kata sendi nama daripada ini digunakan untuk menyatakan punca bagi situasi yang

berkait rapat dengan manusia, perbezaan, bahagian tertentu daripada keseluruhan dan

keanggotaan.

i) Miliband mengulangi komitmen parti beliau terhadap masyarakat pelbagai

budaya, iaitu orang daripada “semua latar belakang, semua budaya, semua

agama, boleh mengamalkan kepercayaan mereka, tetapi juga bersama-sama

menempa jati diri bersama.”

ii) James Brokenshire, Menteri Imigresen dan Keselamatan daripada Parti

Konservatif dalam respons mengatakan bahawa Parti Buruh tidak mempunyai

idea baharu.

5. Kata Sendi Nama Pada

Kata sendi nama pada digunakan semasa menunjukkan waktu dan merujuk masa bila

sesuatu kejadian itu berlaku.

i) Makalah itu mencatatkan bahawa pada pertengahan Februari tahun itu,

Latvia mengadakan pungutan suara.

ii) Pada pertengahan Mac 2012, Rick Santorum, salah seorang pencabar utama

dalam pemilihan calon Republikan.

6. Kata Sendi Nama Kepada

Kata sendi nama kepada digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. Kepada

digunakan dalam pelbagai keadaan seperti dalam menyatakan pecahan, perubahan

keadaan dan merujuk kepada manusia.

i) Manifesto yang begitu banyak menjanjikan habuan kepada rakyat langsung

tidak menyatakan usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu, bahasa

kebangsaan sebuah negara merdeka.

Page 12: Rozell.docx

7. Kata Sendi Nama Untuk dan Bagi

Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dan

bergantung pada fungsi tertentu. Terdapat dua fungsi kegunaan kata sendi nama ini.

i) Sejak menerajui Parti Buruh, Miliband agak gemar berkempen untuk bahasa

Inggeris.

ii) Ucapan itu dikatakan menandakan usaha untuk menamatkan tanggapan

bahwa Parti Buruh sebagai lembut terhadap kaum pendatang.

iii) Parti Buruh pada masa lalu, tetapi juga dianggap sebagai satu langkah untuk

bergerak ke kanan bagi mengimbangi Parti Konservatif.

8. Kata Sendi Nama Akan

Kata sendi nama akan digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaannya mesti

didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan.

i) Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk

memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris.

9. Kata Sendi Nama Hingga dan Sampai

Digunakan untuk membawa maksud peringkat had masa, waktu dan tempat. Hingga dan

sampai dapat saling bertukar ganti antara satu sama lain.

Kata sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu

yang memerlukan kata sendi nama hingga dan sampai untuk hadir di dalam ayat

penulis.

i) Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.

ii) Mereka belajar sampai pagi.

10. Kata Sendi Nama Oleh

Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama untuk membawa maksud

menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.

Page 13: Rozell.docx

i) Tinjauan pendapat berasingan oleh YouGov juga pada bulan yang sama

mendapati bahawa 50 peratus Imigresen merupakan isu yang penting yang

mereka dan keluarga mereka hadapi.

11. Kata Sendi Nama Dengan

Kata sendi nama dengan terletak sebelum kata nama untuk membawa maksud

bersama-sama atau berserta. Dengan juga adalah satu kata hubung pancangan.

i) Ketika kempen rancak dengan pelbagai isu dan janji, tidak ketinggalan

tinjauan pendapat yang meramalkan parti yang akan menang, bahasa

walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam manifesto, turut mendapat

perhatian. 

ii) Beliau juga berkata bahawa penting, terutamanya bagi doktor, jururawat, dan

paramedik yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS)

mampu berkomunikasi secara betul dengan pesakit.

iii) Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk

memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris

dengan sebaik-baiknya untuk menjaga pesakit sebelum mereka mula

bekerja.

12. Kata Sendi Nama Tentang

Kata sendi nama tentang digunakan sebagai maksud sesuatu yang tidak umum, dan

biasanya digunakan pada kata nama abstrak.

i) Hundal juga menyatakan pengalamannya tentang nasib wanita yang datang

ke United Kingdom dari Asia Selatan sebagai pengantin dan tidak digalakkan

belajar bahasa Inggeris.

13. Kata Sendi Nama Terhadap

Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan

atau benda. Selain itu, sebagai penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau

benda.

i) Dalam usaha untuk menunjukkan bahawa ketegasan Parti Buruh terhadap

imigresen menjelang pilihan raya, Ed Miliband dipetik sebagai berkata,

Page 14: Rozell.docx

“Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur

dalam bahasa Inggeris.”

14. Kata Sendi Nama Sejak dan Semenjak

Kata sendi nama sejak dan semenjak berfungsi sebagai penanda waktu atau masa dan

digunakan pada hadapan kata nama atau frasa nama.

i) Parti Demokrat Liberal pimpinan Nick Clegg, yang menubuhkan kerajaan

pakatan dengan Parti Konservatif sejak lima tahun lalu, tertumpu pada

ekonomi, alam sekitar, pengangkutan, cukai, penjagaan kanak-kanak,

faedah, pekerjaan, kebebasan maklumat, pendidikan, kesihatan, perumahan,

hak sama, dan demokrasi.

15. Kata Sendi Nama Demi

Kata sendi nama demi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi

untuk menunjukkan maksud tujuan dan kepada siapa perkara itu dibuat. Demi juga salah

satu kata sendi nama yang hampir sama fungsinya dengan kata sendi nama untuk. Kata

sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu yang

memerlukan kata sendi nama demi untuk hadir di dalam ayat penulis.

16. Kata Sendi Nama Dalam

Kata sendi nama dalam digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak

mempunyai ruang atau jarak dan berfungsi sebagai kata arah.

i) “Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk

memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris

dengan sebaik-baiknya untuk menjaga pesakit sebelum mereka mula

bekerja,” tegas Miliband.

Page 15: Rozell.docx

ii) Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur dalam

bahasa Inggeris.

17. Kata Sendi Nama Antara

Kata sendi nama antara digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud

banyak atau pelbagai. Antara tidak sesuai digunakan untuk satu benda atau perkara.

Kata sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu

yang memerlukan kata sendi nama antara untuk hadir di dalam ayat penulis.

i) Pensel, buku dan kertas adalah antara alatan yang perlu dibawah semasa

menduduki peperiksaan.

18. Kata Sendi Nama Seperti, Bagai, Umpama Dan Laksana

Kat sendi nama seperti, bagai, umpama, dan laksana merupakan kata sendi nama yang

bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain kerana mempunyai fungsi yang sama

iaitu memberi perbandingan.

i) Tidak ketinggalan parti kecil, seperti Parti Bebas United Kingdom (UKIP) dan

Parti Hijau.

Kata sendi nama ini juga tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada

sesuatu yang memerlukan kata sendi nama bagai, umpama dan laksana untuk hadir di

dalam ayat penulis.

Page 16: Rozell.docx

Dengan adanya analisis kata sendi nama ini, pengetahuan yang lebih mendalam

dalam kata sendi nama telah diterapkan. Lagipun, hal ini jelas menunjukkan bahawa

terdapat banyak kata sendi nama. Setiap satu kata sendi nama mempunyai cara

penggunaannya yang tersendiri dan fungsinya. Kata sendi nama juga memerlukan kata

nama dan frasa nama selepasnya agar dapat membentuk ayat yang lengkap.