rotann

2
HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin mencemaskan kita. Dalam usaha hendak membendung gejala yang tidak sihat ini , ada pihak menyarankan hukuman rotan dipraktikkan semula terhadap semua pelajar. Guru perlu diberi kuasa untuk merotan pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Sebenarnya, langkah ini perlu dilaksanakan dengan penuh bijaksana kerana mampu mendatangkan kesan positif dan juga negatif. Merotan memang penting untuk menjinakkan pelajar yang degil dan keras kepala. Sesetengah pelajar memang jahat dan nakal. Tambahan pula, mereka tidak peduli akan nasihat guru. Unruk golongan ini, merotan mungkin akan mendatangkan kesan. Merotan akan mendatangkan kesakitan. Tindakan ini akan membuatkan mereka takut dan tidak berani mengulangi perbuatan jahat mereka. Selain itu, merotan juga akan menyebabkan pelajar berasa malu lalu tidak berani mengulangi perbuatan itu. Jadi, hukuman merotan merupakan pelengkap kepada asuhan ibu bapa. merotan juga berkesan sebagai langkah pencegahan. Sehingga kini, banyak pelajar yang sanggup melakukan kesalahan kerana mereka sedar bahawa guru tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mereka dengan cara merotan. Jadi, ada antara mereka yang berani mencabar kuasa guru dan peraturan sekolah. Merotan akan mendatangkan ketakutan kepada murid sekolah rendah. Lebih-lebih lagi jika hukuman ini diamalkan dikhalayak ramai. pelajar akan berasa takut dan sedar bahawa pihak sekolah memang serius terhadap masalah disiplin sekolah. Sikap gerun dan berwaspada akan menyebabkan pelajar lebih menghormati peraturan sekolah. Merotan menjamin proses pemelajaran berjalan dengan lancar. Pelajar gemar membuat bising di dalam kelas, terutamanya di dalam kelas yang lemah. Akibatnya, proses pemelajaran akan terbantut. Pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran meraka. Sekiranya nasihat guru tidak mendatangkan kesan, maka rotanlah yang dapat mengubah keadaan. Hal ini lebih jelas jika dijalankan di sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah biasanya bersifat aktif dan nakal. Kenakalan murid-murid ini hanya dapat dijinakkan dengan rotan jika jalan yang lain tidak berhasil. Namun begitu, rotan juga boleh disalahgunakan. Guru-guru dilarang menggunakan kekerasan terhadap pelajar. Hanya guru-guru tertentu seperti pengetua, penolong kanan, dan guru disiplin yang diberi kuasa merotan pelajar. Namun demikian, masih ada kes pelajar diterajang, ditampar dan dipukul oleh guru sehingga cedera parah. Ada yang pengsan, lebam, dan hilang pendengaran. Bayangkanlah jika tiada sekatan, nescaya guru-guru yang tidak dapat mengawal perasaan akan menyalahgunakan rotan. Akibatnya perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Upload: cahaya-hidupku

Post on 14-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sdf

TRANSCRIPT

HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAHKemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin mencemaskan kita. Dalam usaha hendak membendung gejala yang tidak sihat ini , ada pihak menyarankan hukuman rotan dipraktikkan semula terhadap semua pelajar. Guru perlu diberi kuasa untuk merotan pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Sebenarnya, langkah ini perlu dilaksanakan dengan penuh bijaksana kerana mampu mendatangkan kesan positif dan juga negatif.

Merotan memang penting untuk menjinakkan pelajar yang degil dan keras kepala. Sesetengah pelajar memang jahat dan nakal. Tambahan pula, mereka tidak peduli akan nasihat guru. Unruk golongan ini, merotan mungkin akan mendatangkan kesan. Merotan akan mendatangkan kesakitan. Tindakan ini akan membuatkan mereka takut dan tidak berani mengulangi perbuatan jahat mereka. Selain itu, merotan juga akan menyebabkan pelajar berasa malu lalu tidak berani mengulangi perbuatan itu. Jadi, hukuman merotan merupakan pelengkap kepada asuhan ibu bapa.

merotan juga berkesan sebagai langkah pencegahan. Sehingga kini, banyak pelajar yang sanggup melakukan kesalahan kerana mereka sedar bahawa guru tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mereka dengan cara merotan. Jadi, ada antara mereka yang berani mencabar kuasa guru dan peraturan sekolah. Merotan akan mendatangkan ketakutan kepada murid sekolah rendah. Lebih-lebih lagi jika hukuman ini diamalkan dikhalayak ramai. pelajar akan berasa takut dan sedar bahawa pihak sekolah memang serius terhadap masalah disiplin sekolah. Sikap gerun dan berwaspada akan menyebabkan pelajar lebih menghormati peraturan sekolah.

Merotan menjamin proses pemelajaran berjalan dengan lancar. Pelajar gemar membuat bising di dalam kelas, terutamanya di dalam kelas yang lemah. Akibatnya, proses pemelajaran akan terbantut. Pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran meraka. Sekiranya nasihat guru tidak mendatangkan kesan, maka rotanlah yang dapat mengubah keadaan. Hal ini lebih jelas jika dijalankan di sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah biasanya bersifat aktif dan nakal. Kenakalan murid-murid ini hanya dapat dijinakkan dengan rotan jika jalan yang lain tidak berhasil.

Namun begitu, rotan juga boleh disalahgunakan. Guru-guru dilarang menggunakan kekerasan terhadap pelajar. Hanya guru-guru tertentu seperti pengetua, penolong kanan, dan guru disiplin yang diberi kuasa merotan pelajar. Namun demikian, masih ada kes pelajar diterajang, ditampar dan dipukul oleh guru sehingga cedera parah. Ada yang pengsan, lebam, dan hilang pendengaran. Bayangkanlah jika tiada sekatan, nescaya guru-guru yang tidak dapat mengawal perasaan akan menyalahgunakan rotan. Akibatnya perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Merotan tidak dapat mengatasi masalah disiplin remaja secara mutlak. Usaha membendung masalah ini memerlukan kesederhanaan dan gabunagan cara yang lain. Bentuk penyelesaian dan hukuman terhadap seseorang pelajar bergantung pada situasi yang berlainan. Kaunseling, kerjasama ibu bapa dan kasih sayang guru penting dalam mengubah sahsiah seorang pelajar. Merotan adalah sebagai tindakan terakhir.