risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita

2
AURAT KITA MARUAH DIRI KITA Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis. Diantaranya firman allah s.w.t : "Dan katakanlah kepada perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka... Melalui dalil ini, jelaslah bahawa islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah an-nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup. Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logoknya hujjah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan. Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. PENGENALAN AURAT Dari segi bahasa arab , aurat itu bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syarak islam pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain. KAWASAN AURAT LELAKI Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya. Dalil tersebut berdasarkan Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud: Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga. KAWASAN AURAT PEREMPUAN Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud) DOSA PENDEDAH AURAT Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punduk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) www.dakwahpdf.blogspot.com

Upload: ahmad-junaidi-mohamad-said

Post on 30-Jun-2015

81 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita

AURAT KITA MARUAH DIRI KITA

Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau

perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan

hadis.

Diantaranya firman allah s.w.t : "Dan katakanlah kepada perempuan-

perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada

memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan

tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan

tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa

mertua mereka,atau anak-anak mereka...

Melalui dalil ini, jelaslah bahawa islam amat mengambil berat terhadap

masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci

sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah an-nur tadi, dan lebih daripada

itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita

berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.

Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh

dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logoknya hujjah itu. Ini

kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh

diijtihadkan. Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu

adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk

menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu.

PENGENALAN AURAT

Dari segi bahasa arab , aurat itu bererti aib atau sesuatu yang memalukan.

Menurut istilah syarak islam pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang

wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.

KAWASAN AURAT LELAKI

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah

bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang

lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak

antara pusat dan lututnya.

Dalil tersebut berdasarkan Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang

diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:

Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan

bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

KAWASAN AURAT PEREMPUAN

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu bakar

pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak

kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup

umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini —

sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

DOSA PENDEDAH AURAT

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.

bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya

itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai

buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang

berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan

mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar

punduk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat

akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan

demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian

pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup

aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis

sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian

perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

www.dakwahpdf.blogspot.com

Page 2: Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita