laporan majlis pelancaransambutan hari tandas...

50
LAPORAN MAJLIS PELANCARANSAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGASAN TAHUN 2014 22 NOVEMBER 2014 DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Dirasmikan Oleh: YBHG. DATO’ SERI ARPAH BINTI ABDUL RAZAK Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Mewakili YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Penganjur Bersama :

Upload: hoangthu

Post on 18-Jul-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN MAJLIS

PELANCARANSAMBUTAN

HARI TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT KEBANGASAN

TAHUN 2014 22 NOVEMBER 2014

DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dirasmikan Oleh:

YBHG. DATO’ SERI ARPAH BINTI ABDUL RAZAK

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(Mewakili YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Penganjur Bersama :

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN M/SURAT

1)

Laporan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat

Kebangsaan Tahun 2014

2

2) Lampiran 1 : Aturcara Program 7

3) Lampiran 2 : Jawatankuasa Induk (Tugas & Tanggungjawab)

9

4) Lampiran 3 : Bilangan Kehadiran Peserta Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014

14

5) Lampiran 4 : Teks Ucapan YB Menteri KPKT 16

6) Lampiran 5 : Teks Ucapan YB Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak

Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan, Negeri

Sembilan

28

7) Lampiran 6 : Senarai Pemenang Pertandingan

Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia

Peringkat Kebangsaan 2014

33

8) Lampiran 7 : Senarai Pempamer 37

9) Lampiran 8 : Gambar 41

2

LAPORAN

SAMBUTAN HARI

TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT

KEBANGSAAN TAHUN

2014

3

LAPORAN

SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah secara rasmi mengisyitiharkan

tarikh 19 November sebagai Hari Tandas Sedunia. Pihak PBB sangat memberi

tekanan kepada isu sanitasi awam ini kerana mengikut kajian mereka,

dianggarkan lebih 2.5 bilion atau 35.7% daripada 7 bilion penduduk hari ini masih

tiada akses kepada tandas.

Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan merupakan sebahagian

daripada program Kempen Tandas Bersih yang dilaksanakan oleh Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan setiap tahun bermula

pada tahun 2010. Pada tahun ini kita masih mengekalkan tema sambutan tahun

lalu iaitu `Tandas Kita; Bersih, Selasa dan Ceria’. Bersesuaian dengan tema

tersebut, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan berpendapat usaha untuk mewujudkan tandas awam yang bersih,

selesa dan selamat perlu diteruskan, malahan dipertingkatkan sehingga

keseluruhan masyarakat sedar bahawa menjaga dan menggunakan tandas

dengan betul bukan sahaja penting dari segi kesihatan tetapi ianya juga ada

kesan terhadap jati diri dan maruah kita sebagai bangsa yang maju dan

bertamadun.

Bersempena dengan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan

Tahun 2014 , Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Pertandingan

Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan. Sebanyak Dua Belas

(12) kategori tandas awam telah dipertandingkan. Pertandingan ini bertujuan

untuk memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan

4

pemilik-pemilik tandas awam di atas usaha dan inisiatif mewujudkan tandas yang

bersih, selesa dan selamat untuk digunakan.

Maklumat berkaitan penjagaan kebersihan tandas awam juga disampaikan

kepada orang awam melalui pameran dan demonstrasi dari beberapa agensi

kerajaan dan swasta. Sebanyak 20 booth pameran dari 16 agensi/jabatan telah

dibuka sepanjang sambutan berlansung.

1.1 PERANCANGAN PROGRAM

Tajuk : Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia

Peringkat Kebangsaan Tahun 2014

Tarikh : 22 November 2014 (Sabtu)

Lokasi : Dataran Sri Kemang,

Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Perasmian oleh : YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

(Mewakili YB Menteri Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Tema : Tandas Kita: Bersih, Ceria dan Selesa

Kumpulan Sasaran : Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta

Kumpulan Sokongan dari Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Pihak

Berkuasa Tempatan, Lain-lain Kementerian/Jabatan

Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi

swasta yang terpilih.

1.2 OBJEKTIF PROGRAM

1.2.1 Hari khas memperingati Hari Tandas Sedunia yang disambut pada 19

November setiap tahun supaya manusia menghargai tandas yang

merupakan keperluan harian di dalam hidup.

5

1.2.2 Sebagai pencetus Kempen Budaya Tandas Bersih di peringkat

Kebangsaan dan Pihak Berkuasa Tempatan selaku ‘lead agencies’

menjalankan kempen yang berkaitan di kawasan seliaan masing-masing.

1.2.3 Memberi maklumat kebersihan dan kesihatan kepada orang awam melalui

pameran dan promosi kesihatan mengenai tindakan dan langkah

pencegahan yang boleh diambil oleh masyarakat bagi mengurangkan risiko

kesihatan/jangkitan yang berpunca dari keadaan tandas yang kotor.

2.0 STRUKTUR PERLAKSANAAN PROGRAM

2.1 Lampiran 1 menunjukkan aturcara program Majlis Pelancaran Sambutan

Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Senarai

Jawatankuasa Induk (tanggungjawab dan bidang tugas) Majlis Pelancaran

Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 adalah

seperti di Lampiran 2.

2.2 Satu Program Senamrobik FIT Malaysia telah diadakan di sebelah pagi

sebelum Majlis Pelancaran berlansung. Program tersebut telah dihadiri

seramai 300 peserta dari pelbagai agensi kerajaan sekitar Port Dickson,

Negeri Sembilan dan kakitangan Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2.3 Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan

Tahun 2014 ini telah dihadiri seramai Satu Ribu Dua Puluh Lima (1025)

orang peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi swasta seperti

di Lampiran 3.

2.4 Teks ucapan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan seperti di Lampiran 4 dan Teks Ucapan Aluan Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaaan Tempatan, Negeri Sembilan Darul Khusus seperti di Lampiran

5.

2.5 Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Anugerah Tandas Bersih

1Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 merupakan salah satu

agenda dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat

Kebangsaan Tahun 2014. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh

YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

6

dan Kerajaan Tempatan. Senarai pemenang untuk tahun 2014 seperti di

Lampiran 6.

2.6 Sebanyak Enam Belas (16) agensi kerajaan/swasta telah bersetuju

menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas

Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014. Pameran berlangsung bermula jam

9.00 pagi hingga 4.00 petang melibatkan Dua Puluh (20) booth pameran.

Senarai agensi yang mengambil bahagian seperti di Lampiran 7.

2.7 Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia

Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 adalah seperti di Lampiran 8.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan

Tempatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson dan Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan Majlis

Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Adalah diharapkan program yang julung kali diadakan di luar dewan ini dapat

memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang awam berkenaan langkah-

langkah penjagaan dan budaya tandas awam bersih.

Disediakan oleh:

Urusetia

Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014

Tarikh: 12 Disember 2014

7

LAMPIRAN 1:

ATURCARA PROGRAM

8

Lampiran 1

ATURCARA PROGRAM

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tarikh : 22 November 2014 (Sabtu)

Masa : 7.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Dataran Sri Kemang

Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

MASA PROGRAM

7.00 pagi : Senamrobik FIT Malaysia

8.45 pagi : Ketibaan Dif-Dif Kehormat dan Para Jemputan

9.20 pagi : Ketibaan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

: Nyayian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan oleh

YB Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Sembilan Darul

Khusus

: Ucapan Perasmian oleh

YB Datuk Abdul Rahman bin Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

: Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat

Kebangsaan 2014.

: Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Anugerah Tandas Bersih

1Malaysia 2013

: Lawatan ke Projek Tandas “Public Service Delivery Transformation

(PSDT)” dan Tapak Pameran.

: Sidang Media

: Jamuan Ringan

12.00 tengahari : Majlis Bersurai

: Persembahan Pentas oleh Persatuan Buskers dan MPPD Buskers

9

LAMPIRAN 2:

JAWATANKUASA

INDUK (TUGAS DAN

TANGGUNGJAWAB)

10

Lampiran 2

JAWATANKUASA INDUK (TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS) MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PENASIHAT

YBhg. Datin Maziah binti Adnan Ketua Pengarah JKT

PENGERUSI BERSAMA

YBrs. Ir. Zainal Abidin bin Sa’idun Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) JKT

YBhg. Dato’ Ab. Khalid bin Mat

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

PENYELARAS YBrs. Dr. Hasnah binti Bibon

Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran, JKT

PENGURUSAN ACARA (FLOOR MANAGER) Haji Rosnani bin Ab. Hamid

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kesihatan Persekitaran, JKT

BIL JAWATANKUASA KECIL MPPD DAN PEJABAT SUK

NEGERI SEMBILAN TERMA RUJUKAN

1 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL JEMPUTAN & PENDAFTARAN, PENGINAPAN URUSETIA Tn. Haji Rosnani bin Ab. Hamid, BKS/JKT

En. Ahmad Hashim bin Bakar, MPPD

Urusetia kepada ahli jawatankuasa induk/kerja.

Menyediakan maklumat sokongan dan perantara.

Menyediakan surat jemputan kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Perumahan.

Menyediakan surat jemputan kepada SUK Negeri/ Datuk Bandar/ YDP.

11

BIL JAWATANKUASA KECIL MPPD DAN PEJABAT SUK NEGERI SEMBILAN

TERMA RUJUKAN

Mengenalpasti peserta pameran.

Menyediakan surat jemputan kepada peserta pameran.

Menyediakan buku aturcara.

Menyediakan deraf ucapan aluan dan perasmian.

Urusan pendaftaran.

Berhubung dengan Pejabat Kesiahtan berkenaan penyediaann kemudahan perubatan.

Menguruskan penginapan urusetia.

2 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PENTAS & GIMIK PERASMIAN Ir. Tn. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, BKB/JKT

En. Ahmad Fairul bin Ibrahim, MPPD Memastikan segala kemudahan di pentas seperti rostrum, PA System dan lain-lain tersedia.

Menyediakan perhiasan bunga.

Menyediakan kelengkapan kerusi/meja.

Kerusi VIP.

Menyediakan backdrop.

Mengkoordinasi pentas dan gimik.

Menyediakan Pengerusi Majlis & Pembaca Doa.

3. PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PROMOSI MEDIA Pn. Norazah binti Muhamad Azha, UKK/KPKT Pn. Ashila binti R.Azmi, BKS/JKT

Pegawai Perhubungan Awam MPPD PRO SUK (Setiausaha Akhbar)

Membuat promosi di radio dan TV

Wawancara di TV Selamat Pagi Malaysia

Wawancara Majalah/Suratkhabar

Wawancara di radio

Topik pagi di radio

4. PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PROMOSI WEB DAN ICT Puan Mahani binti Saron, ICT/JKT

Pn. Hanis Huzaira binti Abd. Hanan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan , Unit Kerajaan Tempatan, SUK Negeri Sembilan En. Ahmad Fairul bin Ibrahim, MPPD

Membuat promosi melalui laman web JKT dan KPKT.

12

BIL JAWATANKUASA KECIL MPPD DAN PEJABAT SUK NEGERI SEMBILAN

TERMA RUJUKAN

5 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL SAMBUTAN & PROTOKOL Pn. Hazura binti Hamzah,BKP/JKT Pn. Asiah binti Omar, Bahagian Dasar/JKT Pn. Aminah binti Abdul Rahman, Bahagian Perundangan Teknikal/JKT

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Unit Protokol, Pejabat SUK Negeri Sembilan En. Ahmad Fairul bin Ibrahim, MPPD

Menyediakan tagging untuk tempat duduk VIP.

Memastikan susun atur VIP adalah dalam kedudukan protocol yang betul.

Memastikan ‘flow’ aturcara mengikut ketetapan protocol.

Mendapatkan senarai nama kehadiran VIP dari Jawatankuasa 1.

Mengendalikan rehersal

Menyediakan usherer

Menguruskan sambutan VVIP/VIP

6 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PENGANGKUTAN DAN PERALATAN Pn. Naizatul Azlinda binti Anuar, BKP/JKT

En. Mohd Zaki bin Yahya, MPPD Menyediakan kenderaan kepada urusetia untuk membawa barang-barang dan perkakasan alat.

Mengambil gambar/rakaman video.

7 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN Pn. Nurulakmar binti Mohd Yusof, BKP/JKT

- Menguruskan hal-hal kewangan seperti LO kepada pembekal (mengikut masa & peraturan kewangan semasa yang ditetapkan)

8 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL LALULINTAS DAN KESELAMATAN En. Rizam bin Ahmad, BKS/JKT

En. Hafizi bin Jamil, MPPD En. Rozi bin Ithnin, MPPD

Memastikan keselamatan VVIP/VIP dan jemputan.

Mohon MPPD bekerjasama dengan Polis (traffic flow).

Parking (tunjuk arah)

9 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PAMERAN DAN PERSIAPAN

En. Mohammad Mohaiyidin, MPPD Tn. Haji Husin bin Harun, MPPD

Rekabentuk tempat pameran.

Menguruskan tapak pameran untuk peserta pameran dan juga booth KPKT.

13

BIL JAWATANKUASA KECIL MPPD DAN PEJABAT SUK NEGERI SEMBILAN

TERMA RUJUKAN

TAPAK Tn. Mohd Nazeri bin Salleh, Bahagian Fasiliti/JKT

Mendapatkan dan menyediakan bahan-bahan pameran.

Pemasangan bunting/banner.

Persiapan khemah.

10. PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN MAKANAN Tn. Haji Suhaili bin Haji Sirun, BKS/JKT

Pn. Siti `Aisyah binti Abu Bakar, MPPD

Pemilihan Katerer.

Penetapan Menu

Kebersihan (check up)

Seating Table dan Kerusi (2 VIP dan 98 Normal)

Memastikan makan minum tersedia mencukupi oleh caterer yang dilantik sepanjang majlis berlangsung.

Makanan untuk urusetia.

11 PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN ATB1M 2014 (HADIAH) Pn. Vishalini a/p Arumugam, Korporat/JKT

En. Hafizi bin Jamil, MPPD Menguruskan tempat duduk para pemenang Anugerah ATB1M 2014.

Menguruskan penyampaian Anugerah ATB1M 2014.

12. PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL HIBURAN PENTAS & SENAMROBIK En. Rajendran a/l Kobalu, BKS/JKT En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, BKS/JKT Cik Nadya Suria binti Mohamad Salleh, BKS/JKT Cik Kayrul Hidayah binti Mansor, BKS/JKT

Cik Juwita binti Abdul Jalil, MPPD Urusan senamrobik

Pertunjukan pentas

Menguruskan persembahan pentas KPKT Buskers dan sebagainya.

14

LAMPIRAN 3:

BILANGAN

KEHADIRAN PESERTA

MAJLIS PELANCARAN

SAMBUTAN HARI

TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT

KEBANGSAAN 2014

15

Lampiran 3

BILANGAN KEHADIRAN PESERTA

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

BIL AGENSI/ORGANISASI BILANGAN

KEHADIRAN

1. Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

30

2. Majlis Perbandaran Port Dickson 70

3. VIP & Lain-Lain Kementerian 26

4. Kerajaan Negeri Sembilan 35

5. Jabatan Kerajaan Daerah Port Dickson 15

6. Pihak Berkuasa Tempatan 140

7. Pemenang Pertandingan Anugerah Tandas

Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013

169

8. Panel Penilai Pertandingan Anugerah Tandas

Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013

18

9. Pempamer 32

10. Media 30

11. Persembahan dan Kebudayaan 50

Peserta Senamrobik 230

12. Urusetia 100

13. Lain-lain 80

JUMLAH KESELURUHAN 1025

16

LAMPIRAN 4:

TEKS UCAPAN

PERASMIAN

YB. MENTERI KPKT

17

Lampiran 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB DATO’ ABDUL RAHMAN DAHLAN

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN

SEMPENA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS

SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

DI DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON

22 NOVEMBER 2014

DI

DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

PADA 22NOVEMBER 2014

18

YB Dato’ Haji Jalaluddin Haji Alias

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan

Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan

YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YBhg. Datin Maziah Adnan

Ketua Pengarah

Jabatan Kerajaan Tempatan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YBhg. Dato’ Mohd Khalid Amat

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Port Dickson

Merangkap Pengerusi Bersama Majlis Pelancaran Sambutan Hari

Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014

Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Jabatan dan Agensi

Datuk-Datuk Bandar, Para Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Daerah

19

YBhg.Datuk-Datuk, Datin-Datin

Para pengamal media dan hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat

Pagi dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita

berhimpun pada pagi yang bersejarah ini untuk meraikan Sambutan Hari

Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan untuk tahun 2014. Saya percaya

kehadiran kita pada pagi ini membuktikan bahawa kita semua

sememangnya komited untuk mewujudkan tandas awam yang bersih,

selesa dan selamat di Malaysia.

2. Seperti kita semua sedia maklum, Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (PBB) telah secara rasmi mengisytiharkan tarikh 19 November

sebagai Hari Tandas Sedunia. Dua hari yang lepas pada tarikh tersebut,

banyak negara mengadakan sambutan seperti yang kita lakukan sekarang,

berhimpun memperbaharui azam untuk menangani isu sanitasi tandas

awam.

3. Pihak PBB sangat memberi tekanan kepada isu sanitasi awam ini

kerana mengikut kajian mereka, daripada 7 billion penduduk hari ini,

20

dianggarkan lebih 2.5 billion atau 35.7% masih tiada akses kepada tandas.

Pada tahun 2012, pihak PBB mengumumkan setiap 20 saat berlaku satu

kematian di kalangan kanak-kanak, akibat cirit-birit (diarrhoea) yang

disebabkan tiadanya amalan sanitasi yang baik. Bilangan ini, menurut PBB

adalah melibihi gabungan kematian yang disebabkan oleh aids, malaria dan

demam campak. Kajian terbaru PBB menunjukkan pada tahun 2014

keadaan masih tidak berubah – masih terlalu banyak penyakit dan kematian

akibat sanitasi yang buruk ini. Sempena sambutan Hari Tandas Sedunia

Tahun 2014 ini, World Toilet Organization memberi fokus kepada isu

kesaksamaan dan Maruah (Equality and Dignity) kerana di kebanyakan

negara dunia ke-3 tandas yang baik tidak disediakan dan disetengah

negara pula tandas hanya disediakan untuk golongan tertentu. Ketiadaan

tandas telah menyebabkan ramai gadis malu untuk ke sekolah, di mana

‘open defecation’ atau buang air di tempat-tempat terbuka diamalkan.

Dalam keadaan ketiadaan tandas juga menyebabkan ramai wanita yang

terpaksa membersihkan diri pada waktu malam menyebabkan mereka

terdedah kepada ancaman dan bahaya.

4. Pada tahun ini, kita masih mengekalkan tema sambutan tahun lalu

iaitu ‘Tandas Kita : Bersih, Selamat dan Selesa. Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpendapat

usaha untuk mengujudkan tandas awam yang bersih, selesa dan selamat

perlu diteruskan, malahan dipertingkatkan sehingga keseluruhan

masyarakat kita sedar bahawa menjaga dan menggunakan tandas dengan

betul bukan sahaja penting dari segi kesihatan tetapi ianya juga ada kesan

21

terhadap jati diri dan maruah kita sebagai satu bangsa yang maju dan

bertamadun.

5. Walaupun sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan

mula disambut di negara kita pada tahun 2010, tetapi usaha dan penekanan

kepada kebersihan tandas telah bermula lebih awal lagi. Kempen tandas

bersih telah dianjurkan sejak tahun 1994 lagi. Sejak tahun 2010

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

telah melaksanakan penarafan bintang (Star Rating) bagi tandas-tandas

awam di seluruh negara. Di bawah sistem ini, tandas-tandas yang

disenggara dengan baik dan dijaga bersih akan diberi taraf 5, 4 atau 3

bintang, manakala taraf 2 dan 1 bintang adalah bagi tandas awam yang

kotor. Sehingga kini, 43.7% masih berada di taraf 2 (dua) dan 1 (satu)

bintang dan hanya 4% sahaja tandas awam di negara ini bertaraf 5

bintang.

6. Selain auditan melalui star rating, KPKT juga menganjurkan Anugerah

Tandas Bersih 1 Malaysia sejak tahun 2010. Anugerah ini merupakan satu

pengiktirafan kepada tandas-tandas awam yang bersih di samping ingin

meningkatkan pesaingan sihat dalam menyediakan tandas yang bersih

kepada masyarakat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

22

7. Bagi memastikan tandas-tandas awam kita bersih, selesa dan

selamat, pada pertengahan tahun ini, kementerian telah memperuntukkan

sejumlah RM26.5 juta untuk Program National Blue Ocean Strategy atau

NBOS memperbaiki dan menaik taraf tandas-tandas awam milik PBT

diseluruh negara di bawah program yang dikenali sebagai Program My

Beautiful Malaysia (My BM). Di bawah program ini tandas-tandas yang

rosak diperbaiki, diganti peralatannya dan dinaik taraf. Selain itu,

peruntukan juga disediakan untuk dibangunkan mini landskap atau

menaiktaraf tempat letak kereta. Usaha ini bertujuan mencantikkan tandas-

tandas awam dalam bentuk “the broken glass theory” iaitu apabila

digunakan tetapi mahu ianya juga cantik (beautiful) dengan sesuatu yang

rosak itu diperbaiki dan berada di dalam keadaan sempurna, akan timbul

rasa sayang dan ingin bersama-sama menjaganya. Sebanyak 415 tandas

diseluruh negara diperbaiki di bawah program ini dan kesemuanya

dijadualkan siap sebelum akhir tahun bersih dan cantik selepas ianya

disiapkan.

8. Pada tahun 2014 ini juga, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan

untuk pembinaan tandas-tandas baru di 12 lokasi yang melibatkan 8 buah

negeri. Tandas tersebut dibangunkan menggunakan prototype yang

disediakan oleh JKT bagi memastikan infrastruktur tandas baru dapat

digunakan di semua PBT. Prototype tandas ini telah memasukkan konsep

teknologi hijau dan Sistem Penyimpanan dan Penggunaan Semula air hujan

(SPAH).

23

9. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah

Tandas Bersih 1 Malaysia dan kepada pemilik-pemilik Tandas Awam

bertaraf 5 bintang. Cabaran yang paling utama adalah untuk mengekalkan

kebersihan tandas-tandas yang terpilih ini. Saya harap dipastikan tandas-

tandas yang pernah dinobatkan sebagai pemenang akan sentiasa

disenggara dengan bersih dan kemas dan dijadikan tandas contoh kepada

yang lain. Pertandingan ini telah menunjukkan impak yang positif kerana

selain telah dapat mengenalpasti model-model tandas awam dan kegunaan

awam mengikut kategori masing-masing, ia juga telah berjaya menjadi

pemangkin kepada Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi lain.

10. Pada tahun ini, sebanyak 12 kategori tandas telah dipertandingkan.

Sebanyak 398 penyertaan telah diterima berbanding hanya 98 penyertaan

pada tahun 2013. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis

Perbandaran Sepang dan badan NGO seperti QRAM – Persatuan Bilik Air

Berkualiti, Malaysia, PLUS Berhad, EHOM – Persatuan Pegawai Kesihatan

Persekitaran Malaysia, yang telah menyokong perlaksanaan pertandingan

ini. Juga kepada pihak RTM pula telah memberikan liputan di dalam

beberapa segmen program mereka.

11. Amat malang sekali apabila meninjau tandas-tandas kegunaan awam

24

di masjid dan surau. Kebanyakannya berkeadaan daif, uzur dan kotor.

Apakah umat Islam ketandusan ilmu yang dianggap asas sehingga gagal

meletakkan amal suci menjaga kebersihan di tempat sewajarnya? Kita pasti

mempunyai jawapannya untuk memperbaiki keadaan itu.

12. Saya juga sangat berharap pihak industri yang beroperasi di dalam

kawasan PBT juga boleh membantu usaha-usaha kerajaan dalam

mempertingkatkan kebersihan dan kesihatan awam. Ini merupakan

‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) yang perlu dimainkan oleh mereka.

Mereka boleh mengambil tandas awam terpilih sebagai “Anak Angkat”

mereka.

13. Pihak PBT harus membantu dengan melaksanakan penguatkuasaan

yang lebih berkesan terhadap mereka yang merosakkan harta awam

terutamanya tandas. Dibawah Undang-Undang Kecil Tandas sedia ada ini

mana-mana orang yang didapati melanggar peraturan boleh diarahkan

keluar meninggalkan premis tandas, atau dikenakan tindakan di bawah

seksyen 104 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang boleh didenda tidak

melebihi RM2,000.00 atua penjara tidak melebehi 1 tahun, atau kedua-dua

sekali.

Hadirin sekalian,

25

14. Seperti yang saya nyatakan awal tadi, masalah kita bukan tiada

akses kepada tandas seperti yang berlaku di kebanyakan negara-negara

dunia ketiga. Masalah kita adalah sikap atau attitude orang kita

terhadap penggunaan dan penjagaan tandas itu.

15. Sudah tentulah gambaran yang saya berikan di atas tadi tidak berlaku

di negara kita. Isu di negara kita bukan kerana tiada akses kepada tandas,

tetapi tandas kita kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat

digunakan. Tandas-tandas kita, kebanyakannya bukan sahaja tidak bersih

tetapi tidak selamat digunakan, sinki yang bocor, mangkok tandas yang

pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah diantara mimpi ngeri

tandas di negara ini. Vandalisme tandas-tandas awam begitu berleluasa.

Tandas-tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding

diconteng dan pintu dipecahkan. Perbuatan ini menyebabkan kos

penyenggaraan tandas amat tinggi. Oleh kerana kos ini begitu tinggi,

terdapat PBT yang tidak berupaya untuk membuat penyenggaraan secara

berkala dan tandas-tandas ini menjadi terbiar dan tidak terpelihara.

Memandangkan kos penyenggaran yang tinggi, Kerajaan Persekutuan di

bawah Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

akan mengambil alih urusan pembersihan dan penyenggaraan tandas-

tandas awam daripada PBT. Tarikh pengambilalihan ini akan diperincikan

dan dibincangkan dengan Pihak Berkuasa Negeri dan PBT yang sedia

menerima pakai Akta tersebut.

26

Bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 675, dinasihatkan untuk

memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan-tindakan menyenggara dan

membaikpulih tandas-tandas awam di kawasan masing-masing.

Kementerian juga akan membuat semakan semula bagi TOR projek-projek

BP1 untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan

tandas-tandas awam. Garispanduan dan SOP pembersihan tandas awam

akan disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa.

16. Akhir kata saya juga ingin merakamkan tahniah kepada semua pihak

yang telah menjayakan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat

Kebangsaan 2014, khususnya Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang telah

bertindak selaku Pengajur Bersama Majlis Pelancaran ini. Saya juga ingin

merakamkan terima kasih khasnya kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan

Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan Malaysia di atas

kerjasama mereka. Ucapan Penghargaan Khas kepada Pihak PEMANDU

di atas program PSDT Gov. Transformasi Program.

Dengan ini sukacita saya merasmikan Pelancaran Sambutan Hari Tandas

Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikuam Warahmatullahi Wabaraktuh.

27

LAMPIRAN 5:

TEKS UCAPAN ALUAN

YB PENGERUSI

JAWATANKUASA

BERTINDAK

KESEJAHTERAAN

BANDAR, PERUMAHAN

DAN KERAJAAN

TEMPATAN, NEGERI

SEMBILAN

28

Lampiran 5

TEKS UCAPAN ALUAN

YB DATO’ HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS

PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK

KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN &KERAJAAN TEMPATAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SEMPENA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS

SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

DI DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON

22 NOVEMBER 2014

DI

DATARAN SRI KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

PADA 22NOVEMBER 2014

29

Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Dahlan,

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Yang Berbahagia Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak,

Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

Yang Berbahagia Datin Maziah binti Adnan,

Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan

Yang Berbahagia Dato’ Ab Khalid bin Mat,

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Yang Dihormati Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah,

Pemimpin-Pemimpin Masyarakat yang sempat hadir seterusnya tuan-tuan

dan puan-puan sekalian.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

30

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan

kurnianya kita diberikan kesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Sambutan

Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

Jabatan Kerajaan Tempatan kerana memilih Negeri Sembilan amnya dan

Port Dickson khususnya sebagai tuan rumah Majlis Pelancaran Sambutan

Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada KPKT dan MPPD yang

telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, dan tidak lupa jua kepada

semua pihak yang terlibat di atas usaha dan inisiatif untuk menjayakan

program pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Hari ini kita bersama-sama menyambut satu hari yang eksklusif – hari

tandas sedunia. Umumnya, hari ini disambut pada 19 November setiap

tahun, di seluruh dunia, dimulakan sejak tahun 2001 lagi atas inisiatif

Pertubuhan Tandas Sedunia bagi memupuk kesedaran masyarakat

mengenai budaya tandas bersih.

Sesungguhnya, tiada sesiapa pun di antara kita yang suka kepada keadaan

sekeliling atau persekitaran yang kotor terutamanya keadaan tandas yang

meloyakan, berbau hamis dan penuh sampah sarap di dalamnya. Saya

percaya, walau apa pun didikan dan pegangan agama kita, sudah

31

semestinya setiap ajaran itu turut menitik beratkan kepada kebersihan dan

kesucian. Hadis Nabi yang masyhur marfhumnya ”kebersihan itu adalah

sebahagian daripada iman” yang menjadi tunjang dan nadi kepada konsep

kebersihan dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, Allah swt

berfirman dalam surah At-Taubah ayat 108 yang antara lain menyatakan

bahawa ”sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang

membersihkan diri mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kebersihan itu adalah baik, namun stigma di kalangan kita hanya menerima

konsep ini tanpa mengamalkannya. Masyarakat kini memandang

enteng/remeh isu sanitasi yang sudah dianggap sudah ‘taboo’. Tugas dan

tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dilepaskan sebagai tugas

pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan semata-mata. Pandangan ini adalah

salah. Tidak ada Kerajaan di dunia ini yang boleh membersihkan alam

sekitar jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Sikap ini akan

merugikan masyarakat dan individu kerana tandas adalah salah

kemudahan utama yang digunakan semua pihak. Sikap lepas tangan

seumpama ini menjadi barah dalam masyarakat sekiranya tidak ditangani di

peringkat awal.

Sebagaimana yang diketahui umum, Port Dickson telah diiktiraf sebagai

Pantai Peranginan Negara, Bandar Tentera Darat dan Wellness Zone. Bagi

kawasan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung dan pelancong

kebersihan tandas menjadi salah satu mercu tanda lambang kemajuan

32

pemikiran dan sikap perilaku di sesuatu tempat. Sehubungan itu,

kebersihan tandas awam yang berada pada tahap terbaik selesa dan ceria,

mampu untuk melonjak impak positif ke atas pandangan persepsi

masyarakat luar kepada masyarakat tempatan. Ini adalah selari dengan

tema sambutan iaitu Tandas Kita: Bersih, Ceria dan Selesa. Justeru, semua

pihak haruslah berpadu mengembleng tenaga secara holistik untuk

bersama-sama menjaga kebersihan tempat awam khususnya tandas

awam.

Hadirin sekelian,

Di sini pihak Kerajaan Negeri ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak

Kementerian atas penyaluran bantuan yang menelan belanja sebanyak RM

3.4juta pada tahun ini bagi Projek MyBeautiful Malaysia (MyBM), Projek

Kecil BP1, Projek Transformasi Tandas Awam dan Projek “Public Service

Delivery Transformation Programme (PSDT)”. Peruntukan ini digunakan

bagi menaik taraf tandas sedia ada dan membina tandas baru mengikut

keperluan semasa. Melalui peruntukan dan projek seumpama ini, ianya

sahaja dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada pengguna

yang berkunjung ke Port Dickson.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ini merupakan titik tolak kepada bermulanya episod baru sanitasi

kebersihan tandas. Selepas dari detik ini, saya berharap agar kesedaran

33

masyarakat mengenai peri penting sanitasi kebersihan tandas akan terus

menyemai budaya amalan penjagaan dan penggunaan tandas secara

berhemah dan beretika. Secara langsung, ianya akan mewujudkan

masyarakat sejahtera, persekitaran yang kondusif dan baik, dan dapat

mencerminkan imej negara yang baik di mata pelancong, serta

mempertingkatkan nilai sosio ekonomi negara.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada MPPD dan

KPKT atas penganjuran majlis ini. Besarlah harapan saya supaya budaya

kebersihan dan penggunaan beretika ini tersemai dan sedar akan

pentingnya tanggungjawab bersama - masyarakat dan pihak Kerajaan

dalam menitik beratkan soal kebersihan terutamanya tandas. Sekiranya

semua pihak menjalankan peranan masing-masing, maka saya fikir ianya

boleh dijadikan sebagai daya tarikan Malaysia kepada masyarakat luar. Ini

semua bermula dengan unit kecil iaitu didikan dari rumah. Saya juga

berharap matlamat Tandas Bersih Hidup Sejahtera dapat dicapai selain

memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan pada setiap lapisan

masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabaraktuh.

33

LAMPIRAN 6:

SENARAI PEMENANG

PERTANDINGAN

ANUGERAH TANDAS

BERSIH 1MALAYSIA

PERINGKAT

KEBANGSAAN 2014

34

Lampiran 6

SENARAI PEMENANG ANUGERAH TANDAS BERSIH 1MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

ANUGERAH PEMENANG PBT AMAUN

(RM)

KATEGORI : PIHAK BERKUASA TEMPATAN

(BANDARAYA/PERBANDARAN)

Emas Tandas Awam Taman Awam Marina

Putrajaya, W.P. Putrajaya

Perbadanan

Putrajaya

RM5,000.00

Perak Tandas Awam Taman Komuniti (Fasa II),

Port Dickson, Negeri Sembilan

MP Port

Dickson

RM3,000.00

Gangsa Tandas Awam Taman Cabaran Putrajaya,

W.P Putrajaya

Perbadanan

Putrajaya

RM2,000.00

KATEGORI : PIHAK BERKUASA TEMPATAN

(DAERAH)

Emas Tandas Awam Dataran Tampin, Tampin,

Negeri Sembilan

MD Tampin RM3,000.00

Perak Tandas Awam Tebingan Sungai Batang

Lupar, Serian, Sarawak

MD Serian RM2,000.00

Gangsa Tandas Awam Majlis Daerah Kampar,

Perak

MD Kampar RM1,000.00

KATEGORI : PEJABAT KERAJAAN

Emas Wisma Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar,

Perak

MD Kerian RM3,000.00

Perak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Jabatan Ketua Menteri Melaka

MP Hang

Tuah Jaya

RM2,000.00

Gangsa Jabatan Pembangunan Wanita, Putrajaya Perbadanan

Putrajaya

RM1,000.00

KATEGORI : SEKOLAH MENENGAH

Emas SMK Tuanku Abdul Rahman, Kuching,

Sarawak

DB Kuching

Utara

RM3,000.00

Perak SMK Padang Midin, Kuala Berang,

Terengganu

MB Kuala

Terengganu

RM2,000.00

Gangsa SMK Putrajaya Presint 8 (1), Perbadanan RM1,000.00

35

W.P.Putrajaya Putrajaya

ANUGERAH PEMENANG PBT AMAUN

(RM)

KATEGORI : SEKOLAH RENDAH

Emas SK Merlimau 2, Melaka MP Jasin

RM3,000.00

Perak SK Bandar Tangkat, Johor

MD Tangkak RM2,000.00

Gangsa SK Haji Ismail, Kedah

MB Alor Setar RM1,000.00

KATEGORI : HENTIAN AWAM

Emas Hentian Sebelah Simpang Pulai Arah

Selatan, Perak

MD Batu

Gajah

RM3,000.00

Perak Kawasan Rehat & Rawat Pagoh Arah

Utara, Muar, Johor

MP Muar RM2,000.00

Gangsa Hentian Sebelah Ladang Bikam Arah

Utara, Perak

MD Tapah

RM1,000.00

KATEGORI : KAWASAN PELANCONGAN

Emas Tandas Awam Pantai Buatan Putrajaya,

W.P. Putrajaya

Perbadanan

Putrajaya

RM3,000.00

Perak Tandas Awam Hutan Bandar Mutiara Rini,

Skudai, Johor

MP Johor

Bahru Tengah

RM2,000.00

Gangsa Tandas Awam Pantai Pelancongan

Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka

MP Alor

Gajah

RM1,000.00

KATEGORI : RESTORAN

Emas Restoran Foh San Sdn. Bhd., Ipoh, Perak

MB Ipoh RM3,000.00

Perak Ferringhi Garden Restaurant Sdn. Bhd.,

Pulau Pinang

MP Pulau

Pinang

RM2,000.00

Gangsa Café` ray Of Hope, Ipoh, Perak

MB Ipoh RM1,000.00

KATEGORI : PUSAT BELI BELAH

Emas Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak DB Kuching

Utaran

RM3,000.00

Perak AEON Station 18, Ipoh, Perak

MB Ipoh RM2,000.00

36

Gangsa TIADA

ANUGERAH PEMENANG PBT AMAUN

(RM)

KATEGORI : RUMAH IBADAT

Emas Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang,

Selangor

MP Subang

Jaya

RM3,000.00

Perak Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Ulu

Kinta, Perak

MB Ipoh RM2,000.00

Gangsa Masjid Kariah Serting Tengah, Batu Kikir,

Negeri Sembilan

MD Jempol RM1,000.00

KATEGORI : IPTA/IPTS

Emas Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Tuaran Sabah

MD Tuaran RM3,000.00

Perak Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Alor

Setar, Kedah

MB Alor Setar RM2,000.00

Gangsa TIADA

KATEGORI : STESEN MINYAK

Emas Stesen Minyak Shell Donggongan Bypass,

Kota Kinabalu, Sabah

DB Kota

Kinabalu

RM3,000.00

Perak Stesen Petronas Tun Abang Haji Openg,

Kuching Sarawak

DB Kuching

Utara

RM2,000.00

Gangsa TIADA

37

LAMPIRAN 7:

SENARAI PEMPAMER

38

Lampiran 7

SENARAI PEMPAMER

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

BIL AGENSI/SYARIKAT ALAMAT & NO. TELEFON

1. Majlis Perbandaran Port

Dickson

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Port Dickson

71900 Port Dickson,

Negeri Sembilan

No. Tel : 06-647 3904/ 647 1122

No. Faks : 06-647 4984/ 646 2455

2. Majlis Daerah Tampin Yang Dipertua

Majlis Daerah Tampin

73000 Tampin,

Negeri Sembilan

No. Tel : 06-441 1601

No. Faks : 06-441 3001

3. Ibu Pejabat Polis Daerah Port

Dickson

Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

71000 Port Dickson

Negeri Sembilan

No. Tel : 06-647 2222

No. Faks : 06-647 6724

4. Kementerian Kesihatan

Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3- 7, Blok E3, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

No.Tel : 03-8892 4448

No. Faks : 03-8892 4704

5. Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya

Kompleks Perbadanan Putrajaya

24, Persiaran Perdana

Presint 3,

Wilayah Persekutuan Putrajaya

No. Tel : 03-8887 7026

No. Faks : 03-8887 5024

39

BIL AGENSI/SYARIKAT ALAMAT & NO. TELEFON

6. Pakai Industries Berhad Pakai Industries Berhad

Lot 4, Jalan Paku 16/6

40000 Shah Alam, Selangor

No. Tel : 03-5519 2700

No. Faks : 03-5519 3212

7. Doe Industries Sdn. Bhd. Doe Industries Sdn. Bhd.

No.8, Jalan SS21/39, Damansara Utama

47400 Petaling Jaya, Selangor

No. Tel : 03-7727 8868

No. Faks : 03-7727 7868

8. Adsec (M) Sdn. Bhd. Adsec (M) Sdn. Bhd.

B1-15, 101 Boulevard, Jalan Kenari 5

Puchong Jaya

47170 Puchong, Selangor

No. Tel :

No. Faks : 03-8080 0816

9. Galaxy Group of Companies Galaxy Group of Companies

Global Business & Convention Centre

No.8, Jalan 19/1, Seksyen 19,

46300 Petaling Jaya, Selangor

No. Tel :

No. Faks : 03-7957 7942

10. Propel Berhad Propel Berhad

Level 7, Tower 1, Avenue 7,

The Horizon Bangsar South City

No.8, Jalan Kerinchi,

59200 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-2725 7777

No. Faks : 03-2711 8170

11. PLUS Malaysia Berhad PLUS Malaysia Berhad

Tingkat 6, Persada PLUS

Persimpangan Bertingkat Subang, KM 15

Lebuhraya Baru Lembah Klang

47301 Petaling Jaya

Selangor

No. Tel : 03-7666 4646

No. Faks : 03-7666 4698

40

BIL AGENSI/SYARIKAT ALAMAT & NO. TELEFON

12. Rigel Technology (M) Sdn Bhd Rigel Technology (M) Sdn. Bhd

Wisma Rigel, No.16 & 18, Jalan 3/33B

MWE Commercial Park

6 ½ Miles, Off Jalan Kepong

52000 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-6258 6016

No. Faks : 03-6258 5498

13. Asuwaris Services &

Maintenance Sdn. Bhd.

Asuawaris Services & Maintenance Sdn. Bhd.

No.28, Jalan Tembaga SD 5/ 2C

Sri Damansara Industrial Park

52200 Kepong,

Kuala Lumpur

No. Tel : 03-6275 6298

No. Faks : 03-6275 6291

14. Sinar Bekal Sdn. Bhd. Sinar Bekal Sdn. Bhd.

No.14-1, 1st Floor, Jalan SBC 6,

Taman Sri Batu Caves

68100 Batu Caves

Selangor

No. Tel : 03-6187 6866

No. Faks : 03-6187 6768

15. Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan

Awam (PPSPPA)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (PPSPPA)

Wisma UOA Pantai, Tingkat Mizzanine 2,3 &4

No.11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A)

Peti Surat 12038,

59200 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-2245 9292 / 2245 9556

No. Faks : 03-2245 9394 / 2245 9293

16. Persatuan Bilik Air Berkualiti

Malaysia (QRAM)

Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM)

No.29, Jalan Bandar 2, Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-5519 2700 / 4106 1063

No. Faks : 03-5519 3212 / 4106 1063

41

LAMPIRAN 8:

GAMBAR

42

Gambar sebelum taklimat kursus bermula

SENAMROBIK FIT MALAYSIA

43

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

44

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

45

GIMIL PELANCARAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI

TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

46

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ATB1M 2014, SIJIL

PANEL PENILAI ATB1M 2014 DAN CENDERAMATA PROJEK PSDT

47

LAWATAN KE PROJEK TANDAS PUBLIC SERVICE DELIVERY

TRANSFORMATION (PSDT)

48

LAWATAN KE TAPAK PAMERAN