mahram aurat wanita
DESCRIPTION
AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINAبسم ال الرحمن الرحيمTRANSCRIPT
الرحيم الرحمن الله بسم
AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA
Matlamat membincangkan ini: Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan
hukumnya Anda faham konsep pergaulan, hukum dan
dalilnya Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi Anda tahu hukum pergaulan silang jantina
mahram Anda tahu hukum pergaulan sejantina wanita Anda tahu hukum pergaulan sejantina lelaki
ISI KANDUNGAN TAJUK NI
Bahagian Pertama: Aurat Konsep aurat Hukum menutup aurat dan dalil Aurat lelaki, dalam dan luar solat Aurat wanita, dalam dan luar solat Aurat pandang sentuh
Bahagian kedua: Pergaulan silang jantina Konsep pergaulan Hukum bergaul silang jantina Hukum pergaulan sejantina
BAHAGIAN PERTAMAAURAT
KONSEP AURAT
Beberapa maksud aurat: Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia
terdedah Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila
ia terdedah Bahagian tubuh manusia yang wajib
ditutup dan dilindungi dari perhatian orang lain.
HUKUM MENUTUP AURAT DAN DALIL
Hukum menutup aurat adalah wajib, tiada khilaf Dalil wajib menutup aurat:
وال فروجهن ويحفظن ابصارهن من يغضضن للمؤمنات وقلعلى بخمرهن وليضربن منها، ظهر ما إال زينتهن يبدين
النور ) (31جيوبهن يدنين المؤمنين ونساء وبناتك ألزواجك قل النبى أيها يا
األحزاب ) جالبيبهن من (59عليهن النبى على دخلت عنها الله رضى بكر أبى بنت أسماء إن
:) أسماء ) يا ص الله رسول وقال فأعرض رقاق ثياب وعليهاهذا إال منها يرى أن يصلح لم المحيض بلغت إذا المرأة إن) حديث ) وكفيه وجهه إلى وأشار وهذا،
AURAT LELAKI DAN WANITA
Aurat LELAKI: Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut Luar solat:
Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut Satu pandangan Mazhab Hanafi: seluruh tubuh
Aurat WANITA: Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh
kecuali muka dan tapak tangan Luar solat: secara umum sama dengan aurat dalam solat,
namun ada perbezaan berdasarkan dengan siapa perempuan itu beraurat:
AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
Maksud tapak tangan: pergelangan, kekura dan tapak tangan hingga kehujung jari.
Dalil aurat wanita; semua ayat dan hadis di atas
AURAT SESAMA WANITA ISLAM
Semua anggota di antara pusat dan lutut.
Haram dedahkan anggota antara pusat dan lutut sesama wanita Islam.
Tidak haram dedahkan anggota dari pusat keatas dan dari lutut ke bawah.
Setakat berketang dada sesuai dalam masyarakat dan budaya Melayu.
AURAT WANITA ISLAM DENGAN WANITA BUKAN ISLAM
Ada tiga pendapat: Majoriti: seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan. Hujjahnya: Bimbang wanita bukan Islam dedahkan aurat wanita
Islam kepada lelaki bukan Islam. Malikiyah: anggota antara pusat dan lutut, dengan
syarat wanita bukan Islam itu berakhlak mulia Syafi`iyah: selain dari anggota yang pada
kebiasaannya terdedah semasa wanita melakukan kerja ruman: kepala, tengkok, leher, tangan hingga ke pangkal lengan, kaki hingga ke pangkal betis.
Sebab khilaf: khilaf dalam mentafsir ungkapan أو31نسائهن al-Nur:
Kalau ‘perempuan mereka’ dalam ungkapan ini termasuk muslimah dan kafirah, aurat muslimah dengan kafirah sama dengan aurat sesama muslimah
Jika khusus bagi wanita Islam sahaja aurat muslimah dengan kafirah tidak sama dengan aurat sesama muslimah
Pendapat pilihan: pendapat ketiga. Hujjah: pendapat pertama menyusahkan,
pendapat kedua menjatuhkan marwah muslimah, pendapat ketiga paling sedarhana dan sesuai dengan masyarakat Malysia yang multy agama, tidak menjatuhkan marwah muslimah
AURAT WANITA ISLAM DENGAN MAHRAM
Mahram:orang yang haram dikahwini Lelaki mahram terbahagi dua
Mahram kekal: Sebab nasab: bapa dan keatas, anak dan ke bawah,
saudara seibu sebapa dan sebapa dan seibu dan kebawah.
Sebab susuan: orangnya sama dengan senasab. Sebab persemendaan: mertua, anak tiri jika telah
setubuhi ibunya Mahram semantara:
Sebab persemendaan: ipar, biras, bapa saudara suami, ibu saudara isteri, kakak dan adik ibu mertua
Berbeza agama.
Aurat dengan mahram kekal: Hanbaliah,Malikiah: selain anggota yang
terdedah semasa wanita bekerja dirumah; kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke pangkal lengan dan kaki hingga ke pangkal betis.
Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut Hanafiah: anggota antara pusat dan lutut
Aurat dengan mahram sementara: Jumhur: seluruh badan kecuali muka dan
tapak tangan Mahram sementara atau keluarga bukan
mahram adalah ajnabi.
AURAT WANITA DENGAN KANAK-KANAK
Maksud kanak-kanak: yang belum memberi perhatian terhadap aurat wanita.
Aurat wanita dengan kanak-kanak bergantung kepada keadaan kanak-kanak itu: Belum mumaiyiz: tiada aurat Mumaiyiz belum ada syahwat: anggota antara pusat
dan lutut Mumaiyiz ada syahwat:
Ajnabi: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan Mahram kekal atau sementara: seperti di atas
AURAT PEREMPUAN TUA
Aurat perempuan tua. Perempuan tua: yang tiada lagi rangsangan
seks; merangsang atau dirangsang Pada dasarnya aurat perempuan tua seluruh
badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi diberi rukhsah membuka kepala dengan syarat tidak bertabarruj.
Hujjah rukhsah: يرجون ال الالتى النساء من القواعدبزينة متبرجات غير ثيلبهن يضعن أن جناح عليهن فليس نكاحا
النور ) عليم سميع والله لهن خير يستعففن (60وأن
Syarat muka dan tangan boleh didedahkan
1. Muka dan tapak tangan tidak dihias dan mekap melampau, kerana:
1. Muka dan tangan boleh didedahkan dalam keadaan biasa, hiasan dan mekap sederhana
2. Muka dan tangan boleh didedahkan atas alasan haajah, tiada haajah pada perhiasan dan mekap melampau
3. Berhias dan mekap berlebihan itu sendiri membawa fitnah.
2. Pendedahan itu tidak membawa fitnah, ia membawa fitnah dengan perhiasan dan mekap melampau dan wanita terlalu cantik
BILA WANITA DITUNTUT MENUTUP MUKA
Wanita dituntut menutup muka kerana: bimbang fitnah, wanita terlalu cantik, masyarakat terlalu rosak
Fitnah; apabila wanita dilihat dengan syahwat Masyarakat rosak dinilai dengan:
Qarinah yang wujud dalam masyarakat Penilaian masyarakat terhadap yang bermarwah dan
tidak bermarwah Sensitiviti masyarakat terhadap marwah dan
kehormatan Kuat longgar pegangan agama masyarakat Akhlak (buruk,baik) yang mendominasi masyarakat
APAKAH KAKI WANITA AURAT
Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku lali, tumit, kekura dan tapak kaki hingga kehujung jari.
Hanafi dan sesetengah Maliki: bukan aurat, kerana kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam ayat: منها ظهر ما .semuanya dikira anggota zahir , إال
Syafi`e: aurat, kerana aurat dalam dan luar solat sama, kaki aurat dalam solat.
Hanbali: aurat, kerana hadis: درع في المرأة تصلي هل : تغطى سابغا كانت إذا نعم قال إزار؟ عليها وليس وخمار
قدميهظهور Yang rajih: aurat, tapi dimaafkan bagi yang tabiat
kerjanya mendedahkan kaki.
AURAT PANDANGLELAKI PANDANG AURAT WANITA
Ada beza aurat pandang dan aurat sentuh 4 mazhab sepakat haram melihat anggota aurat
silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak, aman fitnah atau tidak. Ada kalangan Hanbaliah berpendapat makruh
pandang muka dan tangan wanita sekalipun tanpa syahwat
Boleh pandang silang jantina kerana jadi saksi, hakim, darurat, rawatan perubatan walaupun ke dalam faraj
MELIHAT PEREMPUAN TUA
Perempuan tua: yang tidak lagi merangsang dan terangsang seksnya.
Pandang fuqaha’ berbeza: Syafi`e dan Maliki: haram lihat anggota aurat, sama
dengan perempuan muda Hanafi: boleh lihat anggota yang boleh lihat pada
perempuan mahram: muka, kepala, rambut, telinga, tengkok, dada, payu dara, tangan, betis hingga kebawah
Hanbali: boleh lihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah sewaktu wanita dirumah: kepala, tengkuk, tapak tangan hingga ke pangkal lengan dan pangkal betis hingga ke bawah
MELIHAT AURAT KANAK-KANAK
Maksud kanak-kanak: yang belum lagi meransang dan tidak teransang seksnya.
Hanafi, Syaf`ie, Hanbali: boleh lihat termasuk faraj
Beza perempuan tua dan kanak-kanak Kanak-kanak belum ada pengalaman seks Perempuan tua sudah berpengalaman, jadi,
perempuan dirujuk kepada kaedah استصحاباألصل
MELIHAT AURAT WANITA DISEBALIK CERMIN LUT SINAR,
DALAM AIR JERNIH DAN BAYANG DALAM CERMIN
Hanafi: haram lihat aurat wanita ajnabiyah di sebalik cermin lutsinar, dalam air jernih, harus melihat bayang dalam cermin,
Hujjah perbezaan: Yang dilihat dalam cermin hanya bayang wanita bukan jasadnya.
Jaafari: haram jika ada syahwat, harus jika tiada syahwat.
Zaidi: harus, ada syahwat atau tidak. Komentar: `illah diharamkan elak fitnah, `illah ini
wujud dalam 3 keadaan ini, kita cenderong mengatakan haram dalam semua keadaan.
HUKUM MELIHAT GAMBAR
Silang jantina ajnabi harus lihat gambar menutup aurat Silang jantina haram lihat gambar bogel, dengan syahwat
atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat. Suami isteri halal saling melihat gambar bogel dengan
syahwat atau tidak Lelaki haram lihat gambar wanita hanya menutup
anggota antara pusat dan lutut, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat harus tanpa syahwat
Wanita harus lihat gambar lelaki tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat
MELIHAT FILEM SILANG JANTINA
Boleh lihat filem silang jantina tutup aurat Boleh lihat filem suami isteri tanpa tutup aurat Lelaki haram lihat filem wanita hanya tutup anggota
antara pusat dan lutut dengan syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat.
Wanita boleh lihat filem lelaki hanya tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat.
Haram silang jantina ajnabi lihat filem bogel, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat mengatakan boleh tanpa syahwat.
MELIHAT ADEGAN SEKS
Single X: Dalam filem: harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat Orang, dalam kaca lut sinar, air jernih, bayang dalam
cermin : haram dengan syahwat atau tidak. Double X: haram dengan syahwat atau tidak, filem atau
lainnya. Triple X: haram dengan syahwat atu tidak, dalam filem
atau lainnya Semua kelas: boleh kerana darurat dan hajat Suami isteri: boleh lihat adegan sex sendiri, filem atau
lainnya
WANITA MELIHAT AURAT LELAKI
Hanafi: haram melihat aurat lelaki; anggota antara pusat dan lutut
Maliki: harus melihat anggota yang harus dilihat lelaki pada wanita mahram dengan syarat tanpa syahwat
Pendapat asah Mazhab Syafi`ie: boleh lihat selain anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat dan aman fitnah
Boleh lihat aurat lelaki kerana darurat dan haajat.
PANDANG SEJANTINA LELAKI
Boleh melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syakwat
Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak
Boleh melihat anggota aurat kerana darurat dan haajat.
PANDANG SEJANTINA LELAKI LEMBUT
Lelaki lembut: lelaki yang berperawakan wanita (pondan)
Sebahagian Syafi`ie: harus melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat
Sebahagian lain: haram dengan syahwat atau tidak
Harus kerana darurat atau haajah
PANDANG SEJANTINA WANITA MUSLIMAH
Hanafiyah, Malikiyah, Syafi`iyah: harus lihat seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat.
Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak
Harus melihat kerana darurat atau haajah.
PANDANG SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH
Muslimah lihat kafirah: harus seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut.
Kafirah lihat muslimah; khilaf: Boleh lihat muka dan tapak tangan sahaja, kerana aurat
muslimah denga kafirah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Boleh lihat anggota selain anggota antara pusat dan lutut, kerana aurat muslimah dengan kafirah anggota antara pusat dan lutut.
Boleh lihat anggota yang biasa terdedah sewaktu wanita bekerja dirumah, kerana inilah aurat muslimah dengan kafirah
Pendapat pilihan: ketiga, sederhana, sesuai dalam masyarakat multi agama, tidak menyusahkan.
AURAT SENTUHSENTUH SILANG JANTINA AJNABI
Hanafi, Maliki, Hanbali, Syafi`ie: haram sentuh seluruh anggota wanita, aurat dan bukan aurat, alasan: Harus lihat muka dan tapak tangan kerana haajah,
tiada haajah menyentuh muka dan tangan wanita dalam muamalat
Sentuhan itu sendiri merangsang syahwat Syarat kedua-duanya masih muda, bukan tua
dalam konsep yang telah dijelaskan di atas.
SENTUH SEJANTINA LELAKI
Boleh sentuh anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat
Haram sentuh anggota aurat dengan syahwat atau tidak
Boleh sentuh anggota aurat, termasuk zakar kerana darurat atau haajah.
Kes-kes haajah telah dijelaskan
SENTUH SEJANTINA LELAKI LEMBUT
Pendapat ulamak tidak dapat dikesan mengenai kes ini
Namun boleh qiaskan kes ini dengan pandangan mereka dalam kes pandang lelaki cantik lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat, kerana sentuh lebih merangsang syahwat
:. haram atas qiyas aulawi
SENTUH SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH
Pendapat ulamak tidak dapat dikesan dalam kes ini
Namun barangkali boleh qiyaskan kes ini dengan kes sentuh lelaki lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat atas dasar qiyas aulawi أعلم والله
KES-KES LUARBIASA PANDANG SENTUH
Dalam keadaan luar biasa (darurat dan haajah) silang jantina ajnabi boleh lihat dan sentuh anggota aurat, termasuk faraj, malah ke dalam faraj, syarat tanpa syahwat
Ada pendapat mengatakan harus sekalipun dengan syahwat
Kes-kes darurat dan haajah: jadi saksi, kadi atau hakim, urusan muamalat, rawatan perubatan, perkahwinan
TELANJANG Berbogel di hadapan orang lain haram,
hujjah: seorang lelaki memikul batu……Baginda
perbetulkan tindakan itu Berbogel dalam khalwat juga ditegah,
dalilnya: Hadis: الناس من منه يستحى أن أولى فالله
Boleh, tetapi makruh mandi bogel dalam bilik Boleh, tetapi makruh mandi bogel suami isteri
TELANJANG DALAM SELIMUT
Haram sejantina lelaki dan sejantina perempuan telanjang dalam selimut Hadis: وال الواحد الثوب فى الرجل إلى الرجل يفضى ال
الواحد الثوب فى المرأة إلى المرأة تفضى Hanbaliyah berpendapat makruh telanjang
dalam selimut sejantina Hadis ini juga dalil haram sentuh anggota
aurat tanpa alas dengan anggota selain tangan
SUARA WANITA BUKAN AURAT
Jumhur ulamak termasuk Jaafari: suara wanita bukan aurat, lelaki boleh dengar suara wanita, wanita tidak wajib sembunyikan suaranya dari lelaki
Hujjah: Para sahabat dengar suara para isteri Rasulullah
untuk mendapatkan hukum syarak Hadis Ummu`Athiyah: أن علينا فقرأ الله، رسول بايعنا
يدها .... إمرأة فقبضت النياحة، عن ونهانا بالله نشرك الأسعدتنى وقالت: أجزيها فالنة أن أريد ثم وأنا فذهبت ،
رجعت
Dialog antara Umar dengan sahabiyah mengenai isu menghadkan mahar
Semua peristiwa ini menunjukkan wanita mengeluarkan suara dan didengar lelaki
Lelaki haram mendengar suara wanita yang disertakan rentak dan irama, sekalipun membaca Quran, kerana takut fitnah
Lelaki haram dengar suara wanita jika ada kemungkinan dia tergoda atau terfitnah
Wanita juga haram mendengar suara lelaki jika tergoda dan tidak aman fitnah
WANITA MENGANGKAT SUARA
Suara wanita yang tinggi adalah aurah, sebab itu wanita ditegah melaungkan azan, azan perlukan laungan yang kuat
Hukum ini jelas, yang penting mempastikan kadar mana suara itu telah dianggap tinggi dan kuat
Penentuan mungkin dibuat berdasarkan: Penilaian `urf dan `adah Khidmat pakar menentukan frekuensi (hertz)
suara yang telah dikira tinggi dan kuat
TEGAHAN MENIKMATI SUARA WANITA
Hanbaliyah,Syafi`iyah, Malikiyah: lelaki haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya, kerana suara mampu merangsang syahwat dan kerana bimbang fitnah
Ada pendapat mengatakan harus jika aman fitnah, tanpa syahwat
PERCAKAPAN WANITA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH
Nas syarak berkaitan: فيطمع بالقول تخضعن فالاألجزاب ) معروفا قوال وقلن مرض قلبه فى (32الذى
Wanita dilarang bercakap dengan suara yang sengaja dimanja-manjakan dan dengan cara yang merangsang mereka yang hatinya berpenyakit
Dilarang bercakap perkara munkar dan lucah Boleh bercakap dengan cara dan nada yang
normal, bersabit dengan perkara yang diharuskan, perkara makruf
TABARRUJ
Tabarruj: wanita memperagakan kecantikan, pakaian dan perhiasan dengan tujuan menarik perhatian lelaki dan merangsang keinginan mereka (fahamkan definisi ini)
Nas syarak: ( أحزاب األولى الجاهلية تبرج تبرجن وال33) Tabarruj zaman jahiliah: wanita membuka muka,
memperagakan perhiasan dan kecantikan mereka Tabarruj zaman kini sudah mengatasi tabarruj
jahiliah, Baginda istilahkan sebagai ،كاسيات.”tidak berpakaian, telanjang“ عاريات
TABARRUJ YANG DIHARAMKAN
Tabarruj diluar rumah, berhias bukan untuk suami
Mendedahkan muka dan perhiasan dengan tujuan memperagakan kecantikan kepada lelaki
Bersolek dan berhias melampau Menggunakan alat-alat kosmetik bukan untuk
suami Mempercantikkan rupa paras dengan
membentuk alis, bibir dan lainnya bukan untuk suami
FESYEN-FESYEN PAKAIAN JUGA TABARRUJ
Ciri pakaian wanita: Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak
tangan Longgar tidak menampakkan susuk tubuh Tidak nipis sehingga menampakkan kulit Bukan pakaian untuk bermegah Tiada unsur memperagakan Tidak menyamai pakaian lelaki
Pakaian berfesyen mempunyai ciri memperagakan adalah tabarruj
Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan tabarruj
PERHIASAN DIRIJUGA TABARRUJ
Maksud perhiasan disini: sesuatu yang dijadikan wanita perhiasan diri
Perhiasan ini juga tabarruj jika mengandungi unsur memperagakan
Nas syarak: األحزاب ) األولى الجاهلية تبرج تبرجن (33وال النور ) منها ظهر ما إال زينتهن يبدين (31وال (... النور لبعولتهن إال زينتهن يبدين (31وال
Ayat pertama melarang menunjukkan perhiasan Ayat kedua melarang menunjukkan perhiasan
kecuali kepada suami dan… (lihat sambungan ayat)
BERHIAS YANG DIBENARKAN
Berhias dan memakai perhiasan setakat memenuhi fitrah wanita bukan tabarruj
Berhias harus, malah digalakkan, kecuali perhiasan yang diharamkan
Berhias sunat bagi isteri yang bersama suaminya
Antara berhias yang dibenar dan digalakkan: Mencabut bulu ketiak, bulu tundun, mengandam
misai, berkhatan, memotong kuku, Kata penyaer: × واجب والختان تحلق والعانة الشارب وتقص إلبط انتف
JENIS PERHIASAN
Bukan perhiasan diri: Diperbuat daripada logam; emas, perak, suasa,
tembaga dan lainnya: emas diharamkan bagi lelaki dan perempuan
Diperbuat selain dari logam: kulit, tulang, kayu, tembikar dan lainnya; harus digunakan lelaki dan perempuan
Perhiasan diri selain pakaian: Diperbuat daripada logam; emas,perak,suasa,
tembaga dan lainnya:emas haram dipakai lelaki Semuanya harus dipakai perempuan
Perhiasan diri dalam bentuk pakaian: Pakaian yang bukan dijadikan perhiasan;
menepati ciri pakaian wanita Islam: boleh dipakai Pakaian itu sendiri dijadikan perhiasan;
difesyenkan, dilabucikan, disulam dan lainnya Boleh dipakai sekiranya ia pakaian dalaman
dan luar jika tiada unsur tabarruj Tidak boleh dipakai dan dikira tabarruj jika:
Fesyennya menzahirkan susuk tubuh Dihias berlebihan sehingga memenuhi ciri tabarruj Cara pemakaiannya memang bertujuan tabarruj Dipakai bukan untuk tatapan suami
Beberapa kesimpulan: Secara prinsipnya berhias diharus dan digalakkan Berhias untuk SUAMI harus malah disunatkan
dalam apa bentuk sekalipun Berhias YANG DITEGAH ialah yang berunsur
tabarruj, diluar rumah dan bukan untuk suami Kebanyakan pakaian, cara berpakaian dan solekan
wanita hari ini telah melebihi tahap tabarruj, ia telah sampai peringkat عاريات كاسيات،
Tegahan tabarruj bertujuan الزريعة menutup سدruang-ruang keburukan: rangsangan seks
BAHAGIAN KEDUAPERGAULAN
SILANG JANTINA
MAKSUD PERGAULAN Gaul: Bahasa Arab; khalata خلط Pergaulan: Bahasa Arab; ikhtilat اختالط Maksudnya: bercampur silang jantina dalam
satu (1) tempat, berlaku pandang memandang, komunikasi, interaksi dan percakapan.
Ia melibatkan 3 orang dan lebih, bukan 2 orang, 2 orang dikira khalwat.
Fokus perbincangan: pergaulan silang jantina ajnabi
Ajnabi: yang halal berkahwin, sekarang @ akan datang, setelah terhapus halangan.
HUKUM PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI
Hukum asal pergaulan silang jantina ajnabi adalah HARAM.
Pengharaman ini tidak sabit dengan nas soreh صريح (langsung dan tepat), tetapi sabit secara tak langsung melalui hukum-hukum lain yang dikhususkan kepada wanita.
HUJJAH PENGHARAMAN PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI
1. Larangan musafir tanpa mahram
2. Haram berkhalwat silang jantina ajnabi
3. Wanita tidak wajib solat berjamaah
4. Wanita tidak wajib perang jihad
5. Wanita tidak wajib solat Jumaat.
6. Hukum khusus wanita melakukan haji
7. Tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki.
1. LARANGAN MUSAFIR TANPA MAHRAM
Maksud Hadis (kata Nabi Muhammad): “perempuan jangan musafir kecuali bersama mahram”.
Hadis ini secara langsung haramkan wanita musafir tanpa mahram.
Secara tidak langsung ia melarang pergaulan silang jantina ajnabi, kerana tanpa mahram perempuan akan bergaul dengan lelaki ajnabi semasa musafir.
2. LARANGAN BERKHALWAT SILANG JANTINA AJNABI
Maksud hadis: “lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali bersamanya ada mahram”.
Maksud hadis: “lelaki tidak harus berkhalwt dengan perempuan kecuali bersama mahram”.
Hadis-hadis ini secara langsung haramkan khalwat, secara tidak langsung haramkan ikhtilat, kerana ikhtilat juga sejenis khalwat
3. PEREMPUAN TIDAK WAJIB SOLAT JAMAAH
Solat jamaah di masjid hanya digalakkan ke atas lelaki, ada pendapat mengatakan diwajibkan.
Perempuan tidak wajib, malah tidak digalakkan solat jamaah di masjid,
Wanita diharuskan solat di masjid, tetapi solat di rumah lebih afdal bagi wanita.
Keharusan ini terikat dengan syarat: izin suami/wali, tidak memakai wangian, tidak campurgaul dengan lelaki di masjid.
PENGHUJJAHAN
Syarat-syarat wanita boleh berjamaah di masjid, kedudukan wanita dalam saf, dibelakang kanak-kanak mengisyaratkan pergaulan silang jantina ajnabi ditegah.
Logiknya, apabila dalam solat yang suasana taqwanya amat tinggipun ikhtilat ditegah, maka diluar solat, yang suasananya jauh lebih tidak taqwa, ikhtilat lebih ditegah, atas dasar qias aulawi.
Kesimpulan penghujjahan ini Pengharaman pergaulan silang jantina ajnabi
dirujuk kepada nas melarang wanita bergaul dalam satu saf solat dan persyaratan lain bagi keharusan wanita solat berjamaah di masjid.
Boleh bergaul silang jantina ajnabi bergantung kepada syarat wanita boleh solat berjamaah di masjid.
Pergaulan silang jantina ajnabi hanya boleh dengan bersyarat: mematuhi hukum dan adab syarak
4. WANITA TIDAK WAJIB PERANG JIHAD
Aisyah pernah minta izin turut serta dalam perang jihad, Rasulullah saw tidak izinkan.
Komentar al-Battal( الyالبط): wanita tidak wajib jihad kerana mereka wajib berhijab dan dilarang bergaul dengan lelaki.
Logiknya, apabila dalam suasana perang yang amat kritikal pun wanita ditegah bergaul, maka di suasana lain yang tidak kritikal pun pergaulan lebih ditegah.
5. WANITA TIDAK WAJIB SOLAT JUMAAT
Fuqahak sepakat wanita tidak wajib solat Jumaat, kerana sibuk urusan rumah dan kerana larangan bergaul dengan kaum lelaki.
Hukum ini menjelaskan pergaulan silang jantina dalam solat Jumaat ditegah, oleh itu wanita tidak wajib solat Jumaat.
Logiknya, apabila dalam solat jumaat pergaulan ini ditegah, maka di luar solat Jumaat ia lebih ditegah, berdasarkan qias aulawi.
6. HUKUM KHUSUS WANITA TUNAI IBADAT HAJI
Rasulullah saw arahkan Ummu Salamah tawaf di belakang kaum lelaki
Fuqahak berpendapat wanita tawaf jauh dari kaabah
Al-Karamani berpendapat: Rasulullah arahkan Ummu Salamah tawaf jauh dari lelaki kerana itulah sunnah wanita semasa tawaf jika lelaki ramai
7. TEGAHAN WANITA BERJALAN SEIRING DENGAN LELAKI
Hamzah Bin Usaid al-Ansari meriwayatkan sewaktu Rasulullah keluar dari masjid dan melihat wanita campur aduk di jalan Baginda bersabda: تحققن أن لكن ليس فإنه ، استأخرن
الطريق بحافات عليكن ، lalu kaum الطريقwanita beredar ketepi dan menyusuri tepi dinding bangunan sehingga ada pakaian mereka yang tersangkut kedinding.
Hadis ini jelas melarang pergaulan silang jantina ajnabi.
KAEDAH اإلباحة األشياء فى األصلTIDAK BOLEH PAKAI
Telah dinyatakan tiada nas soreh haramkan pergaulan silang jantina ajnabi.
Namun demikian kaedah di atas tidak boleh digunapakai bagi mengatakan hukum asal kes ini adalah harus, kerana telah ada nas yang tidak secara langsung mengharamkannya.
Keharusan mutlak kes ini sudah tidak ada lagi.
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA DARURAT
Pergaulan silang jantina ajnabi kerana darurat diharuskan.
Contoh: bergaul kerana melindungi wanita yang bersendirian dalam perjalanan.
Kaedah: تبيح المحظورة الضرورة Erti darurat perlu diketahui dahulu
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA HAAJAH
Pergaulan silang jantina ajnabi kerana haajah syar`iyah diharuskan.
Kaedah: الضرورة منزلة تنزل الحاجة Keharusan ini dengan syarat: mematuhi
hukum syarak dan adab-adab Islam.
KES-KES HAAJAH MUAMALAT: jual beli dan lainnya Tugas HAKIM: Zahiri wanita boleh jadi hakim
semua kes, Hanafi boleh dalam kes bukan hudud. Hakim perlu bergaul.
Jadi SAKSI: وامرأتان فرجل رجلين يكونا لم فإن Tugas KUATKUASA: `Umar lantik al-Syifa’
jawatan hisbah. Beri khidmat kepada tetamu dengan kehadiran
suami: kIsah isteri Abu Usaid beri khidmat kepada Rasulullah pada jamuan perkahwinan mereka.
Menghormati tetamu: kisah lelaki Ansari sanggup layan tetamu Rasulullah, isterinya turut sama beri layanan.
Menaiki kenderaan awam kerana urusan perlu Menunggu giliran rawatan hospital awam atau
suasta. Jihad fi sabillah: sahabiyat turut serta beri
khidmat rawatan dan logistik cth: dalam perang (darurat)
Dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan: sahabiyat turut berada dalam majlis bersama Rasulullah
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI MENGIKUT ADAT KEBIASAAN
Pergaulan silang jantina ajnabi dalam majlis teradat seperti walimah, mesyuarat, majlis rasmi, sambutan peristiwa tertentu dibolehkan dengan syarat: Menjaga adab-adab dan hukum islam Menutup aurat, tidak tabarruj,merundukkan
pandangan, bercakap dengan suara normal. Tiada percampuran melampau sebagai
mengamalkan kaedah الزريعة سد
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA BELAJAR
Kes rujukan: satu ketika sahabiyat mempertikaikan kaum lelaki lebih banyak masa bersama Rasulullah dan banyak peluang mendapat ajaran agama. Mereka meminta Rasulullah saw menentukan satu masa khusus untuk wanita. Bagindapun menentukannya.
Ada dua penafsiran terhadap kes ini sehingga memutuskan dua hukum yang berbeza:
Note: Mari belajar bersungguh-sungguh
1. Rasulullah telah mengasingkan majlis
lelaki dan wanita kerana tidak boleh bergaul semasa belajar. Oleh itu bergaul kerana belajar tidak boleh
2. Rasulullah pisahan majlis bukan kerana tidak
boleh bergaul semasa belajar, tetapi kerana kaum wanita tidak banyak peluang bersama Rasulullah atas tabiat tugas masing-masing, mereka perlu majlis khas. Oleh itu brgaul kerana belajar adalah harus dengan syarat seperti dijelaskan di atas
BERSALAMAN SILANG JANTINA
Isu ini berlegar di sekitar tiga bentuk nas syarak: Hadis Rasulullah saw yang saling
bertentangan; ada riwayat nyatakan Baginda ambil bai`ah wanita dengan berjabat tangan, ada riwayat nyatakan dengan mulut sahaja
Berbeza tafsiran keatas ungkapan ظهر ما إال ,apakah anggota yang dikecualikan ,منهاbolehkah dilihat dan disentuh
Berbeza tafsiran keatas ungkapan المستم أو apakah semata-mata sentuh atau النساءsentuh dengan syahwat
RUMUSAN PERBINCANGAN
Bersalaman silang jantina ajnabi: Pendapat pertama: haram, dengan syahwat atau
tidak, aman fitnah atau tidak Pendapat kedua haram dengan syahwat, harus
tanpa syahwat Lihat dengan syahwat haram sentuh lagi haram Sentuh mahram dengan syahwat haram sentuh ajnabi
dengan syahwat lagi haram Pendapat ketiga; mesti dibataskan kerana haajat,
antara keluarga terdekat sahaja, sebolehnya tidak diluaskan kepada yang lain bagi tujuan
الزريعة سد
Mengelakkan syubhat dan tindakan berjaga-jaga
Lebih baik bagi yang warak tidak memulakan bersalaman dengan silang jantina ajnabi, jika orang lain memulakan boleh sambut, mungkin disitu ada haajat atau adab untuk memelihara marwah orang, terutama jika dalam majlis rasmi atau dalam khalayak yang bukan dibawah kawalan kita
Komentar: elakkan yang syubhat untuk kebaikan
ZIARAH PESAKIT SILANG JANTINA
* Ada nas syarak tidak membezakan lelaki dan perempuan, antaranya: فعده ..... مرض وإذا المريض .... وعودوا حتى الجنة خرفة فى يزل لم المسلم أخاه عاد إذا المسلم إن
... يرجع ممشاك : وطابت طبت السماء من مناد ناداه مريضا عاد من
منزال الجنة من وتبوأت فلم : مرضت آدم ابن يا القيامة يوم قال وجل عز الله إن
: : أما قال ، ؟ العالمين رب وأنت أعودك كيف قال ، تعدنىعدته لو أنك علمت أما ، تعده فلم مرض فالنا عبدى أن علمت
؟ عنده لوجدتنى
Ada yang jelaskan wanita ziarahi lelaki, antaranya:
األنصار من المسجد أهل من رجال الدرداء أم عادت قالت : عنهما، الله رضى وبالل بكر أبو عك المدينة الله رسول قدم لما
تجدك؟ : كيف بالل ويا تجدك كيف أبت يا فقلت عليهما فدخلت : الرحمن عبد أبا يا فقالت موته مرض عند مالك بن كعب مبشر أم زار
مبشر إبنى على سالمى إقرأ Ada nas jelaskan ajnabi ziarahi wanita,
antaranya : أردت لعلك لها فقال الزبير بنت ضباغة على الله رسول دخل
: : واشترطى حجى فقال وجعة، إال أجدنى ال والله فقالت الحج، Rasulullah saw menziarahi Ummu al-Saib dan
bersabda : قالت ترتعدين؟ أى تزفزفين السائب أم يا مالك : بنى خطايا تذهب فإنها الحمى تسبى ال فقال الله، بارك ال الحمى
الحديد خبث الكير يذهب كما آمد Ibn Abbas minta izin menziarahi Aisyah, setelah
diizinkan dia berkata: : اتقيت إن بخير قالت تجدك؟ كيفالله : شاء إن بخير فأنت قال ، تعالى ..... الله
RUMUSAN
Semua nas ini menunjukkan tiada halangan ziarahi pesakit silang jantina
Semasa ziarah semua hukum syarak dan adab susila syarak mestilah dipatuhi
Jika yang diziarahi rakan sekerja elok jika ziarah secara berkumpulan atau suami isteri
Tiada makna kita tidak menziarahi pesakit silang jantina sedangkan kita mengharuskan pergaulan silang jantina semasa sihat, bukankah pesakit lebih berhak diziarahi dan mendapat belaian?
PERGAULAN SILANG JANTINA KELUARGA BUKAN MAHRAM
Sebenarnya isu ini tidak perlu dibincang lagi kerana ia sudah dibincang dalam tajuk pergaulan silang jantina ajnabi
Tajuk ini diasingkan kerana banyak kekeliruan dalam masyarakat tentang status keluarga bukan mahram, ia seolah-olah dianggap sama dengan keluarga mahram
Telah dijelaskan maksud mahram dan ajnabi Telah dijelaskan mahram kekal dan mahram
sementara serta sebab-sebabnya
Secara terperinci keluarga bukan mahram ialah: Senasab: mulai dari sepupu dan kebawah,
dua pupu dan kebawah dan seterusnya keluarga yang terjauh
Keluarga susuan: mereka yang kelihatan semacam keluarga susuan, tetapi bukan susuan, contoh: Ali, Karim, Yusuf adik beradik, Yusuf menyusu kepada Ramlah ibu kepada Melati, Mawar dan Melor. Yusuf haram nikah dengan semua tiga beradik perempuan itu, tetapi tiga beradik itu halal nikah dengan Ali dan Karim.
Persemendaan: adik ipar, kakak ipar, abang ipar, isteri ke 2,3,4 abang ipar, biras, isteri bapa saudara, suami ibu saudara, anak tiri perempuan yang ibunya belum disetubuhi, adik beradik tiri dan lainnya yang dalam keluarga persemendaan
Keluarga angkat: anak angkat dan kebawah, bapa angkat dan keatas, bapa saudara angkat dan kebawah, ibu sausara angkat dan kebawah, adik beradik angkat yang tidak jadi saudara sesusu dan ke bawah
Oleh kerana keluarga bukan mahram adalah ajnabi maka hukum hakam berkaitan mereka dalam keluarga adalah sama dengan hukum ajnabi: hijab dan aurat, aurat pandang dan sentuh, pergaulan silang jantina, perkahwinan dan lainnya.
Anggapan bahawa mereka sama dengan keluarga mahram adalah salah
Masyarakat mesti perihatin terhadap masalah ini.
PENUTUP Apa yang dibentangkan ini sangat
ringkas, memadai untuk penjelasan masalah sahaja, baik jika ada inisiatif menambah perincian.
Diharap pembentangan ini dapat membantu tugas anda.
Semoga mendapat keberkatan Allah.بالصواب أعلم والله