anda ditanya

29
Anda Ditanya “Perkenalkan Diri Anda….” “Perkenalkan Diri Anda..” Wah, kacangnya soalan…. Ya.memang amat mudah soalannya… Tapi, adakah anda mudah menjawabnya…ok, mari kita baca di bawah ini: Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”. Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan ”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya. Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI. Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi. Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah: 1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya:)

Upload: baiduriregina

Post on 24-Jun-2015

943 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anda Ditanya

Anda Ditanya “Perkenalkan Diri Anda….”

“Perkenalkan Diri Anda..”

Wah, kacangnya soalan….

Ya.memang amat mudah soalannya…

Tapi, adakah anda mudah menjawabnya…ok, mari kita baca di bawah ini:

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan

pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.

Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan

anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila

ditanya soalan

”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-

olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda

sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang

anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA

APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.

Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel

penemuduga tadi.

Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:

1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada

rahsianya:)

2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda

mohon..Jangan sekadar teori saja.

Page 2: Anda Ditanya

3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja.

Kerja sambilan pun tidak mengapa…

Sekian saja dari saya….

Dalam topik berikutnya, saya akan bincangkan mengenai calon simpanan

memandangkan banyak persoalan mengenainya….TUNGGU..dalam masa terdekat..

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga

bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya

terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya

juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,

manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja

kerajaan ini. Cuti banyak!”

Page 3: Anda Ditanya

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja

swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor

awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini.

Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini,

bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan

adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam

adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya

kerana saya dapat berbakti kepada negara,

bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan

yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan

minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan

lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari

keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang

amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di

sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat

diterima sebagai seorang penjawat awam dan

seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga

akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan

ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang

kerja yang diceburi dengan adanya seminar,

bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak

lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang

tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal

menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan

Page 4: Anda Ditanya

saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu

pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari

kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan

dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat

menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di

sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat

saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata

”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi

bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang

kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang

berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan

kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam

semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –

kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti

tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan

lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya

untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika

anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan

sebelum ini.

” Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan

menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang

sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin

juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh

panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Page 5: Anda Ditanya

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda

cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti

anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji

diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat

sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab

soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut

dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya

rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA

tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama

juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah

tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan

ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang

tepat yang diberikan oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik

soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil

berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Page 6: Anda Ditanya

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran

menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari

penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah

yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap

keyakinan dan jati diri yang jitu, serta

berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu

menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan

baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan

boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk

mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya

mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan

saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang

yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana

setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan

merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya

berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG

ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang

berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara

untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian

ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon

terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk

jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari

apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga

kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Page 7: Anda Ditanya

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah

kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita

berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang? 2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang? 3. Cerita sedikit tentang diri anda. 4. Apakah yang dapat memotivasikan anda? 5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan

anda? 6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan? 7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami? 8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-

orang bawahannya. 9. Apakah kelemahan-kelemahan anda? 10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda

sebenar? 11. Mengapakah patut kami memilih anda? 12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda. 13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda. 14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana

anda membuat persediaan untuk mencapainya? 15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan. 16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda. 17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan.

Mengapa? 18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda? 19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under

pressure) 20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat

mengatasinya. 21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu? 22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda? 23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda? 24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya? 25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa? 26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau

universiti? Mengapa? 27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti

kokurikulum? 28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa? 29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda? 30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Page 8: Anda Ditanya

perkenalkan diri anda 

Apa yang korang patut jawab adalah:

i.bagitau nama penuh..jangan bagi nama Scientific masa kat Universiti lak..ii.Bagitau umur (lebih spesifik bagi skali tarikh lahir bulan omputih ngan bulan islam..dan bagi hari sekali..sbb nie nampak korang sgt detail org nya..so credit laa bagi korang)..iii.Bagi tau asal kat mana..(kalau kena sekampung ngan panel temuduga..emm..kang dah dpt lagi kredit nie..)iv.Education background korang..Start dari SPM,Diploma ker..Matric ker..hinga ke Degree atau Master ataupun PHD..tapi korang jgn lak cerita sejak korang tadika..nanti kena gelak...v.Then korang cerita laa kenapa korang nak jadi PTD...

INFO: Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti Tinggi Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Memperkasakan Insitusi

Page 9: Anda Ditanya

Pengajian Tinggi Mempergiatkan Pengantarabangsaan Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi Teras Pertama: Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti - Meneruskan pengambilan pelajar ke IPTA menerusi sistem meritokrasi berdasaarkan akademik dan kokurikulum. Satu mekanisme disediakan bagi memberi peluang kepada memilih pelajar sendiri. - Menyediakan piawaian laluan kemasukan ke IPT bagi menggalakkan fleksibiliti kursus dan kemasukan terbuka dan pada masa sama meningkatkan penawaran program pembelajaran jarak jauh dan e-pembelajaaran di politeknik dan kolej komuniti. Menambah bilangan tempat belajar di IPTA termasuk program francais dengan kolej bersekutu dan pada masa sama menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. - Menyediakan kriteria dan mekanisma kemasukan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat pelajar. - Menyedikan mekanisme pengiktirafan Prior Learning Experience bagi menggalakkan lebih ramai pelajar matang mengikuti pengajian di IPT terutama IPTS yang menawarkan kursus secara pendidikan jarak jauh dan kemasukan terbuka.

Teras Kedua: Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. - Memberikan fleksibiliti kepada Jawatankuasa Kurikulum IPT yang mempunyai wakil industri menggubal kurikulum kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan, berinovatif dan bersifat antarabangsa. -

Page 10: Anda Ditanya

Menubuhkan Pusat Pengembangan Kurikulum Pengajian Tinggi peringkat Kementerian yang dianggotai pihak industri, perdagangan dan perniagaan, institusi latihan dan penyelidikan dan badan professional. - Mengiatkan penggunaan ICT bagi semua kursus di IPT termasuk pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran dan pembangunan perisian kursus serta penilaian kursus secara dalam talian.

Teras Ketiga : Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi - Meneruskan program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Skim Hadiah Latihan Persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti bagi menambah bilangan kritikal penyelidik di peringkat sarjana dan Ph.D. - Mengekalkan bilangan penyelidik terbaik di IPT melalui pemberian pengiktirafan, dorongan, insentif dan motivasi kepada penyelidik tekun dan berdedikasi, membenarkan penyelidik menyimpan hak bersama hak intelek terhadap hasil penyelidikannya dan terus mendapat sebahagian besar daripada royati penyelidikan yang dikomersialkan. - Memantapkan Universiti Penyelidikan ke arah satu tahap yang lebih tinggi dan global dengan menggiatkan program penyelidikan pasca-siswazah dan pasca kedoktoran.

Teras Keempat: Memperkasakan Insitusi Pengajian Tinggi - Memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan terus menuju kea rah autonomi dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT dan membudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli akademk supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lehih cemerlang di IPT. -

Page 11: Anda Ditanya

Menyeidakan mekanisme untuk menaik taraf IPT sedia ada kepada satu atau dua universiti Apex. Satu jawatankuasa dibentuk khas untuk menyelaras dan menyediakan kriteria, struktur dan garis panduan bagi merealisasikannya. - Memantapkan struktur tadbir urus IPT dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, berkualiti dan berintegriti. I memperjelaskan peranan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Senat menerusi pindaan AUKU untuk meningkatkan autonomi.

Teras Kelima: Mempergiatkan Pengantarabangsaan - Mempertingkatkan jaringan global pengajian tinggi dan kegiatan kolaboratif akademik diperingkat antarabangsa. Memperluas dan memantapkan jaringan global pengajian tinggi Negara di semua peringkat menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara universiti tempatan dan universiti terkemuka luar Negara. - Memperluaskan penawaran program pengajian yang sesuai dengan pelajar antarabangsa. Pelaksanaannya menerusi enrolmen pelajar berkenaan secara berperingkat menerusi program pemasaran ke luar negara dalam ekspo anjuran agensi tempatan dan antarabangsa. - Memperluas bilangan pelajar antarabangsa terutama di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerusi program promosi dan pemasaran Malaysia sebagai hab kecemerlagan pengajian tinggi antarabangsa.

Teras Keenam: Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) -

Page 12: Anda Ditanya

Memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat. - Menjadikan PSH pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di setiap organisasi. - Meningkatkan mekanisme dan prasarana bagi memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak masyarakat.

Teras Ketujuh: Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Memudah cara dan menyelaraskan pelaksanaan. - Memperteguhkan standard pengajian tinggi selaras piawaian antarabangsa. - Melaksanakan proses autonomi kepada IPTA secara berperingkat.

..

POLITEKNIK

Politeknik ialah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pengukhususan politeknik ialah dalam bidang tenologi dan pendidikan berteraskan vokasional. Istilah politeknik berasal dari perkataan yang bermaksud seni. Politeknik adalah institusi dimana pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Oleh itu pelajar politeknik mempunyai kelebihan apabila mereka hendak mencari kerja kerana telah mengetahui apa yang akan dilakukan semasa kerja. Kelayakan untuk memasuki politeknik ialah selepas pelajar mengambil peperiksaan SPM dan mempunyai pelepasan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik selalu dikaitkan dengan pelajar yang bersekolah di sekolah teknik dan vokasional ,akan tetapi pelajar sekolah dari sekolah harian biasa dan asrama penuh juga boleh memasuki politeknik. Kursus yang ditawarkan di politeknik adalah sijil dan diploma. Pelajar yang mengambil

Page 13: Anda Ditanya

kursus sijil boleh meyambung balik pengajian untuk mengambil diploma di politeknik. Motif utama politeknik adalah untuk melahirkan model insan yang berguna pada agama dan Negara. Jika di universiti pelajar hanya didedahkan kepada teori sahaja dan hanya sedikit praktikal , di politeknik pelajar didedahkan kepada teori dan praktikal secara seimbang. Ini adalah merupakan kelebihan pelajar politeknik , contohnya seorang pelajar politeknik yang mengambil jurusan diploma kejuruteraan mekanikal memohon untuk mencari kerja di kilang mudah dapat mendapat kerja kerana pihak kilang tahu bahawa pelajar politeknik mempunyai asas terhadap sesuatu kerja. 

POLITEKNIK DI MALAYSIA

Sehingga 2008 terdapat 27 buah politeknik di Malaysia. Ini bermaksud politeknik kini mendapat sambutan baik dari pelajar yang ingin menyambung pelajaran selepas peperiksaan SPM. Antara politeknik yang ternama dan selalu disebut ialah Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Ini adalah kerana politeknik ini telah lama dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kebanyakkan nama sesebuah politeknik diambil bersempena nama tokoh ataupun nama tempat.Politeknik merupakan institusi pengajian yang semakin menjadi pilihan pelajar kerana kelebihan yang ada.Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 )

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

VISI KOLEJ KOMUNITIMenjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat dengan iltizam untuk membina komuniti yang berpengetahuan, berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan falsafah pendidikan Negara

MISI KOLEJ KOMUNITIMewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi.

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITIMenyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan :

Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan

komuniti berpengetahuan (k-community) Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan

Page 14: Anda Ditanya

pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat

Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategic dan pakatan strategic dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)

Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan berkualiti

 

Page 15: Anda Ditanya

Politeknik

VISI

VISION

Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan

latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

global menjelang 2015

To be Malaysia`s number one provider of innovative human

capital through transformational education and training for the

global workforce by 2015

MISI

MISSION

Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran

transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin

inovasi

Breaking boundaries for the creation of transformative and

creative learning environment for an innovation-led economy

PIAGAM PELANGGAN

CLIENT CHARTER

JPP komited memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan

mesra pelanggan dalam perkara berikut:

The DPE is commited in providing quality, efficient, and customerfriendly

services in the following aspects:

• Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkatdiploma dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan

industri semasa.

Providing quality education at diploma and advanced

diploma level in accordance with the current needs of theindustry.

Page 16: Anda Ditanya

• Memastikan proses pengambilan pelajar ke politeknikmengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan sertamemaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh satubulan selepas tarikh tutup permohonan.Ensuring that the process of the students’ intake adhere tothe stipulated rules and criteria, and the results to be madeavailable within a month after the closing date of theapplication.• Membuat penempatan pensyarah-pensyarah ke politekniksekurang-kurangnya dua kali setahun.Placement of lecturers to polytechnics to take place at leasttwice a year.• Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberimaklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima haribekerja.Responding to every official complaint or enquiry byproviding appropriate feedback within five working days.• Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiaptahun dengan pihak industri dan agensi berkaitan untukmemastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasarelevan dengan keperluan sumber tenaga manusia yangdiperlukan.Organising dialogue sessions with related industries andagencies to ensure that the education and trainingprogrammes offered are relevant to the human resourceneeds.• Menyediakan maklumat tentang peluang pendidikan yangditawarkan dalam tempoh tiga hari bekerja.Providing information pertaining to education opportunitiesoffered within three working days.

LATAR BELAKANG JPPDPE`S BACKGROUNDPada 16 September 2009, Jabatan Pengajian Politeknik danKolej Komuniti telah distruktur semula menjadi dua jabatan yangbaharu iaitu Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan JabatanPengajian Kolej Komuniti (JPKK). Penstrukturan ini adalahbertujuan untuk menjenama semula dan mentranformasikankedua-dua institusi berkenaan ke arah melahirkan modal insanyang berinovasi serta mempunyai nilai kebolehpasaran yangtinggi.On 16th September, 2009, the Department of Polytechnic andCommunity College Education (DPCCE) went through arestructuring exercise resulting in the formation of two new

Page 17: Anda Ditanya

departments namely: the Department of Polytechnic Education(DPE) and the Department of Community College Education(DCCE). This exercise was meant to rebrand and transform thepolytechnic and community college system to enhance thedevelopment of innovative human capital with high employabilityskills.Hari Ini Dalam SejarahToday in HistoryTanggal 25 Februari 2010 telah menyaksikan majlis pelancaranHala Tuju Baharu Transformasi Politeknik yang telahdisempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan SriMuhyiddin bin Hj. Mohd Yassin di Pusat Konvensyen AntarabangsaPutrajaya. Tiga Politeknik telah diumumkan sebagai PoliteknikPremier iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.The launching of The Polytechnic Transformation Plan on 25thFebruary 2010 at Putrajaya International Convention Centre wasgraced by the Deputy Prime Minister Y.A.B Tan Sri Muhyiddinbin Hj. Mohd Yassin. On this auspicious occasion, threepolytechnics namely Politeknik Ungku Omar, Politeknik SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah and Politeknik Johor Bahru wereselected to be upgraded to Premier Polytechnics.

DIREKTORI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

BIL Direktori1 DATO’ HJ IMRAN BIN IDRISKETUA PENGARAHJabatan Pengajian PoliteknikKementerian Pengajian TinggiAras 12, Menara HeritageJalan SB Dagang43300 Seri KembanganNo Tel: 03-8939 4001No Faks : 03-8939 4045E-mel : [email protected]*PSP/SP : Pn Salama bt Senik2 DATUK HJ MOHLIS BIN JAAFARTIMBALAN KETUA PENGARAH(Operasi)No Tel: 03-8939 4050No Faks: 03-8939 4055E-mel : [email protected]*PSP/SP : Pn Rosiah bt Hanan

Page 18: Anda Ditanya

PENGENALAN

Pendidikan di politeknik mula diperkenal di Malaysia melaluipenubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar diIpoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969.Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan JawatankuasaKabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan IndukPerindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemuaperancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinetmengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebihbanyak politeknik serta menambah program pengajian bagimemenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidangkejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.Bagi mengukuhkan peranan politeknik dalam bidang pendidikandan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telahmenimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No.871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju TransformasiPoliteknik yang melibatkan empat teras berikut:• Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yangsetanding dengan universiti awam yang lain;• Membangunkan program pengajian dan penyelidikandalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan disetiap politeknik;• Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dankemahiran tinggi; dan• Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerjacemerlang.Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbangMemorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 198/2685/2010dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metrodalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 denganperuntukan sebanyak RM200 juta.

Pengenalan

Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada tiga jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian

Page 19: Anda Ditanya

Tinggi ialah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). JPT terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah MQA, PTPTN ,Yayasan TAR dan dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mengenai KPT > Misi & Visi

  Visi

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020

  Misi

Membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

  Objektif Memastikan supaya sekurang-kurangnyatiga (3) universiti negara disenaraikan

sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikan dikomersialkan.

Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafahatau setaraf dengannya dan30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafahatau setaraf denganya.

Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengansasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.

Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 50% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayatbagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggungoleh universiti komprehensif / berfokus, 40% bagi universiti penyelidikandan bakinya akan disediakan oleh kerajaan.

Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa

Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Page 20: Anda Ditanya

Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

  Tujuh Teras Utama Meluaskan akses & meningkatkan ekuiti Menambah baik kualiti pengajaran & pembelajaran Memperteguh penyelidikan & inovasi Memperkasa institusi pengajian tinggi Mempergiat pengantarabangsaan Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat Mengukuhkan sistem penyampaian KPT

  Nilai Korporat Berintegriti -Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan

saksama. Profesionalisme -Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam

melaksanakan tugas yang diamanahkan. SemangatKerja Berpasukan -Bekerjasama dalam melaksanakan tugas. Berorientasikan Pelanggan -Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada

pelnggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan. Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi -Prihatin kebajikan anggota

disamping mengutamakan kepentingan organisasi.

  Moto

"MENERAJU KEGEMILANGAN ILMU"

BAJET 2011 - SEMUA TERSENYUM LEBAQOctober 18, 2010 · Print This Article

Bajet 2011 yang PM bentang Jumaat lalu…memang tepat sangat kalau kita kata Bajet Rakyat…, pasai semua pihak merasa tempiasnya dari bajet tersebut….., dari kanak-kanak sampailah ke orang tua.

Cuba kalian perati bajet ni….PM bagi peruntukan paling besaq pada sektor pendidikan, paling mesra pula..bagi pada wanita dan keluarga…apa taknya cuti bersalin dah sampai 90 hari, siap dapat gaji penuh lagi. Elaun imam, pemimpin masyarakat dan guru KAFA pun dah naik…senyum lebaq depa tu. Kita pun tak pertikai sangat, dulu saya pernah tulis dalam blog ni yang guru KAFA masuk dalam

Page 21: Anda Ditanya

kategori miskin….Alhamdulillah, sekarang elaun depa semua dah naik. Kita ucapkan sama-sama…, Alhamdulillah. Moga-moga dengan rasa syukur tu, Allah akan tambah lagi pada masa akan datang.

Bagi saya macam-macam lagi nikmat yang rakyat akan dapat dengan Bajet 2011 ni…bagi wanita yang minat sangat bershopping, tentu lepas ni makin banyaklah depa punya koleksi Beg Tangan, Kasut, Cadar, Baju Tidoq dan berbagai-bagai lagi…sebab kerajaan nak mansuhkan cukai barangan tu….maknanya lepas ni tentu harganya makin murah.

Apa yang penting, kita boleh nampak sekarang, bagaimana PM bekerja untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Maknanya apa yang PM kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dalam Gagasan 1Malaysia, memang ditunaikan. Kita kena tanyalah diri kita balik, kerajaan macam mana lagi yang kita semua hendak. Semua nikmat yang mungkin sebelum ini kita tidak fikirkan…semakin hampir menjelma di depan mata. Terima kasih kerajaan Malaysia.

NAJIB : SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.April 8, 2009 · Print This Article

Page 22: Anda Ditanya

Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Saya tak kedip mata menyaksikan peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut. Lebih saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Malamnya saya tak sabaq betul nak dengaq PM baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib dok sebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Page 23: Anda Ditanya

Untuk makluman kalian semua, apa yang PM baru kita dok sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya dok harap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betuilah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.

Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Chip's Think Tanknew,young,motivating,searching the meaning of life

Kenapa nak jadi pensyarah?

with 5 comments

Salah satu perkara yang bila kukenang-kenang kembali sebelum tidur ialah kenapa daku memilih kerjaya pensyarah bukan ‘loyar’,majistret, pendakwa dan yang sewaktu dengannya. Bukan sedikit yang mengatakan padaku. Malahan ada juga rakan-rakan sekolahku bertanya kenapa tak mahu praktis dan mengamal? (Apa ingat jadi pensyarah undang-undang ni tak bergelumang dengan ‘law’ ke?Silly question).

Daku harus bersyukur dengan apa yang daku perolehi sebenarnya walaupun pada hakikatnya daku bukanlah orang yang layak sepenuhnya memikul tanggungjawab yang berat ini. Mungkin juga berkat doa kedua ibu bapaku yang memang tak nak anak sulung mereka ini jadi peguam, ikut jejak langkah mereka lebih sesuai. Dan daku percaya restu kedua orang tua penting juga dalam memilih kerjaya walaupun daku tahu ramai juga yang berperang gara-gara tidak mempunyai pandangan yang secocok dengan ibu bapa dalam pemilihan kerjaya.

Daku sediakan di sini ‘general guide’ sebab-sebab mengapa daku ingin jadi pensyarah.

1. Bergelumang dengan ilmu: Itu sudah pasti. Menyampaikan ilmu adalah sesuatu yang mengundang kepuasan pada mana-mana individu yang berminat menjadi pendidik. Tidak perlu kalut sekiranya tiada pengalaman dan sebagainya kerana daku percaya pengalaman boleh ditimba dengan pengalaman hidup dan bukan hanya pabila kita berpraktis sebagai peguam sahaja memunjukkan kita ‘cukup’ ilmu. ‘Continuous learning’ lebih diutamakan.

2.Dikelilingi oleh buku-buku: Tidak dinafikan daku adalah ‘hantu buku’ Mengumpul buku sahaja sudah menjadi tabiat. Singgah saja mana-mana Borders, MPH, Pekan Buku UM, Kinokuniya, Waterstone di UK mahupun amazon sudah menjadi kebiasaan. Itu belum lagi pesta buku setiap tahun yang bukan hanya disinggahi sekali malahan mau-mau 2 ke 3kali. Salah satu tugasan seorang pensyarah adalah memberi cadangan pada kutub khannah untuk senarai buku yang mahu dibeli untuk kegunaan pelajar. Maka amatlah moleh kalau daku dapat ‘menghabiskan’ bajet perpustakaan untuk membuat koleksi buku. Dahla buku ‘law’

Page 24: Anda Ditanya

mahal macam nak rak, tebal tak ingat (Baling kat anjing gerenti mati woo menunujukkan betapa beratnya buku law) Jadi seorang pensyarah haruslah biasa bergelumang dengan buku-buku bukan sahaja bidangnya tapi juga bidang-bidang lain.

3.Boleh buat penyelidikan dan konsultasi. Selain tugas hakiki mengajar seorang pensyarah mereka diwajibkan membuat penyelidikan sebelum disahkan jawatan dan daku adalah termasuk dalam senarai wajib. melakukannya Seronok apabila kita boleh belajar dan menganalisis sesuatu yang baru dan menyampaikannya dalam bentuk penulisan di dalam jurnal atau buku. Satu kepuasan terutamanya bagi mereka yang bercita-cita tinggi ingin berjaya dalam bidangnya. Malahan ini adalah perkara paling utama dalam peningkatan kerjaya seorang pensyarah pada pensyarah kanan, profesor madya dan kemuncaknya Profesor.

4.Masa kerja yang fleksibel. Haa ini adalah satu sebab kenapa daku begitu sayang hendak meninggalkan kerjaya ini sebab masa yang bebas. Tidak terikat dengan waktu pejabar 8 pagi – 5 petang asalkan penuh 40 jam seminggu tak kira siang atau malam. Jadi boleh masuk lewat dan punch lewat malam (ramai pensyarah buat kan bila cuti semester haha). Tapi harus diingat jangan pula ‘escape’ kelas dan batalkan tanpa sebab munasabah, kelak dikenakan amaran keras.

5.Interaksi dengan pelajar: Kita bukan sahaja menjadi ‘idola’ (ehem!) mereka tetapi juga memahami perangai dan menginspirasikan mereka untuk berjaya. Bukan sedikit pahala yang diberikan di kala kita menyampaikan ilmu dan sekiranya diamalkan berturut-turut pahalanya berpanjangan. Memberi teguran dan semangat adalah penting dan kalau pelajar masih tidak sedar, terpulang pada mereka untuk mementukan masa depan kelak. I‘ll fulfill my responsibilities here.

6.Jawatan bergilir. Salah satu ciri istimewa dunia akademik ialah kedudukan jawatan yang tidak selalunya lama. Memegang ketua program, dekan umpamanya tidak kekal selamanya dan hanya pada tempoh tertentu sahaja. Selepas itu mereka akan kembali dengan jawatan pensyarah atau profesor.Jadi sepatutnya tidak timbul isu bermain politik yang keterlaluan walaupun ada dan bagiku keistimewaan penggiliran jawatan ini haruslah dikekalkan demi menjaga integriti dunia akademia. Di UK dan US tidak semua pensyarah berebut memegang jawatan malahan mereka lebih berminat dengan dunia penyelidikan dan mendapat pengikirafan pakar dalam bidang mereka oleh rakan sejawat berbanding membodek tanpa tentu hala orang-orang tertentu untuk jawatan pentadbiran. Bayangkanlah kalau dunia akademia Malaysia sebegini…dan daku tiada jawapan untuk persoalan jawatan ini kerana daku telah ceritakan dalam posting sebelumnya.

Pensyarah juga haruslah bersedia mengkritik dan dikritik. Lumrah mana-mana kerjaya yang melibatkan ‘public relation’ menuntut kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai rencam kehidupan. Dan daku akan bercerita lagi tentang mitos-mitos persepsi kerjaya ini pada mereka di luar yang seolah-olah menganggap kerjaya pensyarah ini ibarat tau berteori semata dan macam ‘cikgu tadika.’ Daku ‘cilikan’ saja mulut-mulut longkang itu. Nantikan…

Page 25: Anda Ditanya

Istilah dalam fashion

Haute couture is made to order for a specific customer, and it is usually made from high-quality, expensive fabric and sewn with extreme attention to detail and finish by the most experienced and capable seamstresses, often using time-consuming, hand-executed techniques.

Adibusana (haute couture, alta moda, high fashion) merupakan teknik pembuatan pakaian tingkat tinggi yang dibuat khusus untuk pemesannya, menggunakan bahan-bahan berkualitas terbaik, biasanya dihiasi detail, dikerjakan dengan tangan, dan pembuatannya memakan waktu lama.