resepi book-cover-d(turquoise-e) - hospital kuala · pdf filemengakibatkan keperluan rawatan...

30
Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada: Hospital Kuala Lumpur Penerbitan oleh: I d e a u n t u k a nd a Resipi Pesakit Ginjal Kronik Hospital Kuala Lumpur Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Upload: lyliem

Post on 02-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:

Hospital Kuala Lumpur

Penerbitan oleh:

Idea untuk anda

Resipi Pesakit Ginjal Kronik

Hospital Kuala Lumpur

Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Page 2: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Kata-kata Aluan

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi–tinggi tahniah di atas kejayaan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan siri kedua buku resepi untuk Pesakit Ginjal Kronik (CKD). Siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini adalah khusus untuk pesakit CKD yang menjalani rawatan Dialisis.

Mengikut kajian prevalen kebangsaan pada tahun 2012, lebih dari 9% penduduk dewasa di Malaysia mengalami penyakit Ginjal Kronik dari tahap 1 hingga tahap 5. Beberapa faktor risiko telah dikenal pasti termasuk penyakit Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan peningkatan umur. Kawalan faktor-faktor risiko serta beberapa langkah lain termasuk penggunaan ubat-ubatan tertentu, berhenti merokok dan kawalan pemakanan telah dibuktikan penting dan berkesan untuk memperlahankan tahap kerosakan ginjal seterusnya. Usaha sedemikian mampu mengelakkan seseorang pesakit CKD yang berada di tahap kurang serius daripada mengalami kegagalan ginjal secara kekal yang akan mengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal.

Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di kalangan pesakit CKD adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan darah, tahap kolesterol, konsentrasi bahan kumuh di dalam darah dan kadar kebocoran protein di dalam air kencing. Malangnya, makanan tradisional dan popular di Malaysia mempunyai tahap kalori, garam dan protein yang tinggi yang boleh membebankan fungsi ginjal, seterusnya meningkatkan tahap kerosakan ke peringkat yang lebih teruk.

Buku resepi ini berperanan untuk memberi pilihan dan contoh-contoh yang dapat digunapakai oleh pesakit-pesakit CKD atau ahli keluarga dalam menyediakan masakan yang sesuai dan selamat untuk pesakit berkenaan. Adalah diharapkan, agar buku ini bukan saja dapat membantu dalam penyediaan atau pilihan makanan di kalangan pesakit CKD, tetapi ia juga dapat meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pesakit, ahli keluarga dan orang awam perihal pentingnya menjaga kesihatan dan merawat penyakit dengan berkesan melalui amalan pemakanan yang sihat dan sesuai.

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di atas usaha gigih dan murni sehingga terhasilnya buku resepi ini. Semoga ianya dapat menyumbang kepada tahap penjagaan kesihatan pesakit CKD yang lebih baik di Hospital Kuala Lumpur khususnya dan di seluruh negara amnya.

Datuk Dr Ghazali Bin Ahmad MBBCh Hons, MMed, FRCPIKetua dan Pakar Perunding KananJabatan NefrologiHospital Kuala Lumpur. SelakuKetua Perkhidmatan NefrologiKementerian Kesihatan Malaysia

Kata-kata Aluan

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAHBUDAYA KERJA KITA”

Dato’ Dr Zaininah Mohd ZainPengarahHospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Penjagaan pemakanan di kalangan pesakit perlu dalam melengkapkan kaedah rawatan komprehensif untuk mengawal kerosakan ginjal. Kawalan pemakanan merupakan salah satu kaedah penjagaan penyakit ginjal bagi mengawal komplikasi jangka panjang penyakit.

Sehubungan dengan itu, Buku Resipi Penyakit Ginjal Kronik (CKD) ini diterbitkan untuk individu yang mengalami CKD dengan tujuan memberi pendedahan serta idea yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan semasa individu di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan melalui penjagaan pemakanan.

Buku ini mengandungi 19 resipi yang diubahsuai khususnya dari segi jumlah protein dan sodium yang sesuai dan sejajar dengan keperluan individu yang mengalami penyakit ginjal. Selain itu, disertakan juga nasihat am penjagaan pemakanan dan panduan penggunaan buku ini supaya pengambilan protein dapat dihadkan kepada 40 – 50g sehari.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya dan seiring dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan setiap individu memperolehi maklumat pemakanan dengan mudah dan tepat.

Saya yakin buku ini dapat memberi panduan kepada individu yang mengalami kerosakan ginjal kronik dan juga anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kesihatan mereka.

Bagi pihak hospital khasnya dan kementerian amnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

Page 3: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merestui penghasilan buku ini yang boleh digunakan sebagai panduan kepada individu yang mengalami masalah fungsi ginjal.

Amalan pemakanan yang kurang seimbang boleh mengakibatkan kadar pengurangan fungsi ginjal yang lebih tinggi. Penjagaan pemakanan merupakan salah satu elemen pelengkap rawatan penyakit di samping pengambilan ubat- ubatan, senaman dan berhenti merokok. Melaluinya, pengambilan protein, lemak, karbohidrat, kalori dan sodium disesuaikan supaya seiring dengan keperluan individu.

Buku resepi ini disediakan sebagai panduan dengan tujuan:i. Memastikan kecukupan pengambilan kalori.ii. Menghadkan pengambilan protein bagi membantu melambatkan kadar kerosakan fungsi ginjal.iii. Memberi cadangan pengubahsuaian menu masakan bagi mengurangkan pengambilan gula dan garam.iv. Memberi maklumat kandungan nutrien terpilih selepas modifikasi menu dilakukan.

Susulan itu, penghasilan buku ini penting untuk memastikan satu panduan pemakanan disediakan bagi membolehkan individu ini membuat pemilihan makanan yang lebih baik. Adalah diharapkan dengan adanya buku resepi ini, individu ini mendapat manfaat sebaiknya dan menikmati makanan yang sesuai dengan tahap penyakit.

Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama erat anggota Jabatan Dietetik & Sajian, HKL, Jabatan Nefrologi HKL dan pesakit yang menjalani rawatan susulan di hospital ini. Dengan adanya kerjasama semua pihak, penghasilan buku ini telah menjadi realiti hasil usaha gigih semua pihak.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAHBUDAYA KERJA KITA”

Ridzoni SulaimanKetua Profesion Pegawai DietetikKementerian Kesihatan Malaysia

Kata-kata Aluan

Apabila anda disahkan mengalami penyakit ginjal kronik, penjagaan diet adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Saranan diet akan berubah mengikut masa bergantung kepada tahap kerosakan ginjal anda. Diharapkan dengan berpantang atau menjaga pengambilan makanan, anda akan lebih selesa dan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang anda dapat dilambatkan.

Buku resepi ini dihasilkan untuk memberikan idea kepada pesakit ginjal kronik tentang cara penyediaan makanan yang bersesuaian. Resepi-resepi yang terpilih, telah diubahsuaikan dari segi kandungan garam dan protein. Resepi yang terdapat di dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan. Apabila anda memahami cara ubahsuai diet ini, maka mudahlah untuk anda mencuba masakan lain menggunakan konsep yang sama.

Pengubahsuaian yang dilakukan ke atas setiap resepi adalah dari segi jumlah garam dan protein. Pesakit ginjal kronik disarankan mengecilkan saiz lauk-pauk yang dimakan. Ini adalah disebabkan lauk mengandungi zat protein, kawalan jumlah protein ini akan membantu mengurangkan beban ke atas ginjal. Pesakit ginjal kronik sememangnya digalakkan mengambil makanan yang kurang masin.

Bagi pesakit yang berpeluang dan mempunyai kemudahan untuk memasak makanan sendiri di rumah, ini adalah cara terbaik kerana anda dapat mengawal jenis dan cara masakan. Adalah digalakkan anda mengambil makanan yang segar berbanding dengan makanan terproses atau makanan segera.

Pihak kami cuba mempelbagaikan pilihan menu di dalam buku ini. Resepi ini telah pun diujirasa oleh sekumpulan doktor dan pesakit di klinik. Semoga buku ini dapat membantu pesakit yang masih keliru tentang pilihan makanan yang sesuai dengan penyakit ginjal.

Kami juga menggunakan program khas untuk menganalisakan setiap resepi. Anda akan dapat mengetahui jumlah kalori, protein, karbohidrat, lemak dan sodium bagi setiap hidangan.

Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan keluarga yang membantu anda menyediakan makanan seharian.

Selamat mencuba!

Datin Nor Sharita Mohd SaadPegawai DietetikZon Urologi & NefrologiHospital Kuala Lumpur

Pengenalan

Resepi Untuk Pesakit Ginjal Kronik

Page 4: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja

Pakar Perunding Nefrologi terlibat dalam menjayakan buku ini:

Dr Sunita Bavanandan

Pegawai Dietetik terlibat dalam menjayakan buku ini:

Duduk dari kiri:Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad & Pn Kamariah Nawawi.

Berdiri dari kiri:Cik Noor Adzha Yusoof, En Mohd Firdaus Nazri Shaharuddin,

En Md Hairil Muzammil Tokijan & Cik Low Phei Keow.

Pembantu Penyediaan Makanan yang terlibat:

Duduk:Pn Norfadilah bt Hassan

Berdiri dari kiri:Pn Fatimah bt Termizi, Pn Siti Fatimah bt Mat Zain, Pn Syafila bt Suhaini

Tiada dalam gambar:Pn Rudiya bt Suidi

Page 5: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Isi Kandungan 1 Isi Kandungan 2

Panduan Penggunaan Buku Ini

Penerangan Ringkas

Nasi Goreng Kerabu

Kueh Teow Kantonis

Pasta Goreng

Lasagna Ayam

Soo Hoon Goreng Ala Thai

Idli & Tomato Chutney

Menu Utama

Ayam Goreng Oat

Ayam Kung Pao

Lada Benggala Sumbat Ikan

Bebola Ikan Masak Masam Manis

Sambal Tempe & Kentang

9 -10

13 - 14

15 - 16

17 - 18

19 - 20

21 - 22

23 - 24

27 - 28

29 - 30

31 - 32

33 - 34

35 - 36

Lauk Pauk

8Resipi Pesakit Ginjal Kronik 20147 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Siew Pak Choy Goreng

Kerabu Betik Muda

Salad Campuran

Paceri Nenas

Sayuh & Buah

Pau Kari Vegetarian

Skon Tanpa Telur

Sago Gula Melaka

Pulut Mangga

39 - 40

41 - 42

43 - 44

45 - 46

49 - 50

51 - 52

53 - 54

55 - 56

Kuih & Pemanis Mulut

Page 6: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Panduan Penggunaan Buku Ini Panduan Penggunaan Buku Ini

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 20149 10Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Buku ini dihasilkan berdasarkan pengiraan keperluan kalori dan protein serta kawalan pengambilan sodium secara umum bagi individu berpenyakit kegagalan ginjal kronik.

Resipi-resipi ini dikategorikan berdasarkan waktu hidangan makanan, iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam serta minum petang. Jumlah kalori dan protein untuk makan tengahari dan makan malam adalah lebih banyak berbanding sarapan dan minum petang.

Kombinasi set makanan seharian adalah fleksibel. Pilihlah salah satu makanan daripada kategori sarapan, satu set untuk makan tengahari dan satu set untuk makan malam serta satu daripada minum petang.

Kategori makanan mengikut masa makan:

A. Sarapan

i. Nasi Goreng Kerabu ii. Kueh Teow Kantonis iii. Soo Hoon Goreng Ala Thai iv. Idli & Tomato Chutney

B. Makan Tengahari & Makan Malam

a) Set makanan barat i. Lasagna ii. Pasta Goreng

b) Set nasi campur i. Kumpulan lauk (protein) 1. Sambal Tempe & Kentang 2. Ayam Goreng Oat 3. Ayam Kung Pao 4. Lada Benggala Sumbat Ikan 5. Bebola Ikan Masak Masam Manis

ii. Kumpulan sayur & buah 1. Kerabu Betik Muda 2. Siew Pak Choy Goreng 3. Salad Buah 4. Pajeri Nenas

≠ Untuk makan tengahari dan malam, ianya dimakan bersama 1 ½ cawan nasi putih.# Buah-buahan juga perlu diambil untuk melengkapkan keperluan nutrien harian.

Contoh kombinasi menu adalah seperti berikut:

C. Minum Petang

i. Pau Kari Vegetarian ii. Skon Tanpa Telur iii. Sago Gula Melaka iv. Pulut Mangga

± Kombinasi ini akan menyumbangkan kalori makanan diantara 1500 hingga 1800 dan protein kira-kira 40 - 50 g sehari berdasarkan pemilihan makanan yang dibuat.

Masa Makan/Contoh Menu Sehari

Sarapan

Makan Tengahari

Minum Petang

Makan Malam

Set A

Nasi Goreng Kerabu

Lasagna

Epal

Skon Tanpa Telur

Nasi Putih

Ayam Kung Pao

Ulam Timun

Salad Buah

Set B

Kueh Teow Kantonis

Nasi Putih

Sambal Tempe & Kentang

Pajeri Nenas

Betik

Sago Gula Melaka

Nasi Putih

Bebola Ikan Masak Masam Manis

Siew Pak Choy Goreng

Tembikai Susu

Page 7: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201411 12Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Menu Utama

Page 8: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Nasi Goreng Kerabu

6 sudu makan minyak masak½ biji bawang besar2 ulas bawang putih2 biji cili padi½ kuntum bunga kantan1 batang serai2 helai limau purut1 cawan kacang buncis6 cawan nasi – dimasak dengan pewarna biru ½ sudu teh garam½ sudu teh lada putih½ biji timun – dipotong halus1 cawan kobis – dihiris nipis

(4 hidangan)

Menu Utama

Bahan-bahan:

1. Panaskan minyak.2. Tumis bawang & cili sehingga naik bau.3. Masukkan bunga kantan, serai & daun limau purut diikuti kacang buncis. Kacau sebentar.4. Masukkan nasi dan gaul rata.5. Perisakan dengan garam dan lada putih.6. Hidangkan dengan timun & kobis.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

343 47 5 15 217

Dihiris nipis

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201413 14Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 9: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Kueh Teow Kantonis

3 sudu makan minyak masak4 cawan kueh teow3 ulas bawang putih - dicincang1 ½ ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu2 pokok sawi hijau – dipotong kecil¾ cawan air

(4 hidangan)

Menu Utama

Bahan-bahan A:

1 biji telur½ sudu makan tepung jagung2 sudu makan air

Bahan-bahan C:

3 sudu makan kicap pekatBahan-bahan B:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan gorengkan kueh teow. Angkat dan ketepikan.2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu makan minyak, tumis bawang hingga naik bau.3. Masukkan ayam dan masak seketika.4. Tambahkan sawi.5. Masukkan air dan perisakan dengan kicap pekat. Biar mendidih seketika.6. Masukkan telur dan kacau rata.7. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat. Kacau rata.8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

285 37 11 10 258

Dibancuh bersama

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201415 16Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 10: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Pasta Goreng

1 ½ cawan pasta – direbus selama 10 minit1 ketul ayam – dicincang½ cawan air

(4 hidangan)

Menu Utama

Bahan-bahan A: Pasta

2 sudu teh minyak5 biji bawang putih5 biji bawang merah4 sudu teh cili kisar1 tin (250 g) tomato puri

½ sudu teh garam1 sudu makan gula2 biji bawang besar1 biji lada benggala hijau2 biji tomato2 sudu makan daun pasli

Bahan-bahan B: BahanTumis:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.2. Masukkan cili kisar, kacau selama 3 minit diikuti tomato puri. Kacau rata.3. Masukan ketulan ayam, biar hingga ayam agak masak. Tambahkan air.4. Perisakan dengan garam dan gula.5. Masukkan bawang besar, lada benggala, dan tomato, kacau sehingga rata. 6. Masukkan pasta, gaul sebati.7. Taburkan daun pasli.8. Angkat dan hidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

338 57 14 6 398

DicincangDipotongkiub

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201417 18Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 11: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Lasagna Ayam

2 biji tomato½ biji bawang besar2 ulas bawang putih¼ sudu teh minyak¼ sudu teh garam¼ sudu teh gula

(4 hidangan)

Menu Utama

Bahan-bahan A: Sos Tomato

150g lasagna kering – direndam selama 20 minitBahan C:

2 sudu teh minyak1 biji bawang besar – dipotong kiub1 ulas bawang putih – dimayang1 ketul dada ayam – dikisar¼ sudu teh garam¼ sudu teh serbuk kasar lada hitam

Bahan-bahan B: Bahan Inti

1. Panaskan ketuhar pada suhu180° Celsius.2. Bakar tomato dan bawang selama 20 minit.3. Keluarkan & kisar dengan sedikit air hingga lumat.4. Menggunakan kuali, panaskan minyak.5. Masukkan bahan yang dikisar, garam dan gula.6. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.

Cara Penyediaan Sos Tomato:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.2. Masukkan ayam & Sos Tomato (Bahan A). Kacau rata hingga masak.3. Perisakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan

Cara Penyediaan Inti:

1. Griskan dulang pembakar. Susun kepingan lasagna di dalam bekas. Masukkan 1/3 bahagian inti.2. Ulang proses 1 hingga habis dengan menyusun kepingan lasagna di bahagian paling atas.3. Tutup dulang dengan kepingan aluminum. Bakar selama 15 – 20 minit.4. Keluarkan untuk dihidang.

Cara Penyediaan Lasagna:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

305 39 12 11 287

Dipotongkiub

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201419 20Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 12: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Soo Hoon Goreng Ala Thai

2 cawan soo hoon kering – direndam selama 20 minit2 ketul ayam, bahagian dada – dipotong 41 batang lobak merah – dipotong memanjang2 pokok sawi pak choy – dipotong kecil1 sudu makan sos cili½ sudu makan sos tiram1 sudu makan kicap manis1 batang serai – diketuk2 helai daun limau purut – dihiris nipis½ cawan air

(4 hidangan)

Menu Utama

Bahan-bahan:

2 sudu makan minyak4 ulas bawang putih1 biji bawang besar¼ inci halia½ sudu makan cili kisar

Bahan Tumis:

1. Panaskan minyak.2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.4. Masukkan serai dan daun limau purut.5. Masukkan isi ayam. Biar seketika.6. Masukkan lobak merah dan sawi. Masak seketika.7. Masukkan soo hoon dan kacau rata.8. Tambahkan 1⁄2 cawan air. Masak hingga soo hoon lembut.9. Angkat dan bahagikan kepada 4 hidangan.10. Hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili potong dan timun.11. Perahkan 1 biji limau kasturi.12. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

280 46 6 8 198

Dihirisnipis

Sedikit daun bawangSedikit daun ketumbarSedikit daun sup3 biji cili merah – dihiris nipis½ biji timun – dibuang kulit & dihiris4 biji limau kasturi

Bahan Hiasan:

Dihiriskasar

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201421 22Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Page 13: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

1 ½ cawan beras½ cawan kacang ulunthu

¼ sudu teh yis¼ sudu teh garamSedikit air

Menu Utama

Bahan-bahan:

1. Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.2. Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.3. Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.4. Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.5. Kukus selama 20 minit.6. Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan ¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

79 10 3 3 166

Direndam berasinganselama 5 jam

6 biji tomato – dikisar¼ sudu teh garam

Bahan-bahan:

2 sudu teh minyak1 biji bawang besar - dicincang ½ sudu teh biji sawi3 tangkai daun kari2 tangkai biji cili kering

Bahan–bahan A: Bahan Tumis1. Panaskan minyak.2. Tumis Bahan A hingga naik bau.3. Masukkan tomato.4. Reneh dengan api kecil selama 20 minit hingga pekat.5. Perisakan dengan garam.6. Makan bersama idli.

Cara Penyediaan:

Dicincanghalus

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201423 24Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

153 33 5 <1 81

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Tomato Chutney(8 hidangan)

Idli (8 hidangan)

Page 14: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Lauk Pauk

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201425 26Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Page 15: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Ayam Goreng Oat

2 ketul ayam – dipotong 81 cawan minyak – untuk menggoreng

(4 hidangan)

Lauk Pauk

Bahan-bahan:

1 biji telur1 sudu makan tepung jagung 2 sudu makan oat

Bahan B: Bahan Salutan

½ sudu makan serbuk kari½ sudu teh serbuk kunyit¼ sudu teh lada sulah¼ sudu teh garam

Bahan A: Bahan Perap

1. Perapkan ayam dengan bahan A selama 30 minit.2. Tuangkan telur ke dalam ayam dan gaul rata. Taburkan tepung jagung dan gaul rata.3. Golekkan ketulan ayam dengan oat.4. Goreng sehingga garing.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 potong kecil)

Digaul sebati

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201427 28Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

167 8 10 10 177

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 16: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Ayam Kung Pao(4 hidangan)

Lauk Pauk

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 ketulan kecil)

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201429 30Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

½ cawan minyak2 ketul ayam – dipotong 81 sudu teh sos tiram2 sudu teh tepung jagung3 sudu makan gajus - dipanggang½ biji lada benggala merah½ biji lada benggala hijau

Bahan A: Bahan Perap1 sudu kecil tepung jagung1 sudu teh kicap manis1 sudu teh sos cili bawang putih2 sudu besar gula1 sudu kecil garam

Bahan C: Bahan Sos

1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.2. Menggunakan kuali lain, panaskan campuran minyak.3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.4. Masukkan cili kering, tumis hingga sedikit garing.5. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.6. Masukkan semua bahan sos lain. Masak hingga sedikit pekat dan naik bau.7. Masukkan isi ayam dan gaul rata selama 5 minit.8. Akhir sekali, masukkan gajus dan lada benggala. Kacau rata.9. Sedia untuk dihidang.

Cara Penyediaan:

Diperap bersamaselama 30 minit

Dihirismemanjang

2 sudu makan minyak2 sudu makan minyak bijan2 ulas bawang putih1 inci halia4 tangkai cili kering

Bahan A: Bahan Tumis

Dicincang

Dicampurbersama

265 13 9 20 286

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 17: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Lada Benggala Sumbat Ikan

2 keping ikan tenggiri – diambil isi & diramas2 biji lada benggala – dipotong dua & dibuang empulur

(4 hidangan)

Lauk Pauk

Bahan-bahan:

½ cawan santan cairBahan B: Bahan Kuah

3 ulas bawang putih4 biji bawang merah1 inci halia1 batang saderi2 sudu teh serbuk lada hitam¼ sudu teh garam

Bahan A: Bahan Salutan

1. Campur isi ikan dengan bahan A. Gaul sebati.3. Kaupkan isi ikan ke dalam lada benggala.4. Masukkan lada benggala ke dalam periuk dan tuang santan ke dalamnya. 5. Reneh selama 10 minit.6. Angkat dan hidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201431 32Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Dicincang

130 5 11 7 221

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 18: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

2 ketul isi ikan tenggiri6 sudu makan air sejuk1 sudu kecil garam½ sudu kecil serbuk lada sulah3 sudu besar tepung jagung1 sudu kecil tepung ubi¼ sudu kecil soda bikarbonat

Lauk Pauk

Bahan-bahan Bebola Ikan:1 sudu makan minyak masak1 senduk cili kering kisar1 biji bawang3 ulas bawang putih½ cawan air2 sudu makan gula perang½ sudu teh garam1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos tiram1 biji tomato – dipotong kiub

Bahan-bahan Sos:

1. Kisar isi ikan bersama air, garam dan lada sulah hingga lumat.2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan soda bikarbonat. Kisar hingga sebati dan kenyal.3. Basahkan tangan. Bulat-bulatkan sebatian tadi dalam saiz duit siling 20 sen.4. Didihkan air, masukkan bebola ikan. Angkat apabila bebola ikan timbul.

Cara Penyediaan Bebola Ikan:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.2. Apabila sudah garing, masukkan air. Biarkan mendidih.3. Tambahkan gula perang, garam dan sos. Kacau rata.4. Masukkan bebola ikan dan tomato. Biarkan ia mereneh seketika.5. Tutup api dan sedia dihidang.

Cara Penyediaan Sos:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 4 ketul bebola ikan)

Dikisarbersama

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201433 34Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

140 17 7 4.5 384

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Bebola Ikan Masak Masam Manis(4 hidangan)

Page 19: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Sambal Tempe &Kentang

1 cawan minyak masak – untuk menggoreng3 biji kentang – dipotong memanjang1 ½ peket tempe (3 inci panjang x 4 inci lebar) – dipotong kecil

(4 hidangan)

Lauk Pauk

Bahan-bahan A:

1 biji limau nipis – diperah jusnya1 sudu teh gula1 sudu teh garam

Bahan-bahan C: Bahan Perasa

2 sudu makan minyak masak – untuk menumis15 tangkai cili kering1 biji bawang besar2 ulas bawang putih

Bahan-bahan B: Bahan Tumis

1. Panaskan minyak.2. Goreng kentang dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan.3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.4. Tumis bahan B hingga naik bau.5. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam. Masak seketika.6. Apabila naik minyak, masukkan kentang dan tempe. Gaul rata.7. Angkat dan hidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dikisar halus

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201435 36Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

260 19 7 17 502

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 20: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Sayur Buah&

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201437 38Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Page 21: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Siew Pak Choy Goreng

4 batang Siew Pak Choy1 peket kecil cendawan tiram segar

(4 hidangan)

Sayur & Buah

Bahan-bahan:

1 sudu makan tepung jagung3 sudu makan air

Bahan B: Bahan Pemekat

1 sudu makan minyak masak4 ulas bawang putih1 sudu makan sos tiram4 sudu makan air

Bahan A: Bahan Tumis

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.2. Masukkan sos tiram dan air.3. Masukkan cendawan tiram. Masukkan sawi bila cendawan tiram agak lembut.4. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit, kacau sentiasa sehingga agak pekat dan sayur sedikit layu.5. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dibancuh bersama

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201439 40Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

93 8 3 5 310

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 22: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Kerabu Betik Muda

½ biji betik muda1 biji mangga muda2 batang kacang panjang - dihiris nipis1 biji tomato - dipotong kiub

(4 hidangan)

Sayur & Buah

Bahan-bahan A:

3 biji cili padi1 biji bawang besar1 tangkai daun ketumbar1 kuntum bunga kantan

Bahan-bahan B:

½ sudu makan sos ikan1 sudu makan gula3 biji limau kasturi

Bahan-bahan C: Bahan Sos

1. Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Gaul rata.2. Tambahkan Bahan Sos kepada Bahan-bahan A & B. Sebatikan.3. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dibuang kulit & dihiris memanjang

Dihiris nipis

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201441 42Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

72 15 2 0 182

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 23: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Salad Campuran

2 biji epal merah2 biji epal hijau4 sudu makan kismis hitam½ batang lobak merah - disagat½ cawan sago merah/ hijau/ kuning - dimasak1 tub kecil yogurt asli rendah lemak

(4 hidangan)

Sayur & Buah

Bahan-bahan:

1. Campurkan semua bahan.2. Gaul rata.3. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dibuang sebahagian kulit, dipotong kiub dandirendam seketika dalam air perahan limau nipis

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201443 44Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

139 24 1 4 161

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 24: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Paceri Nenas

½ sudu teh serbuk kunyit½ biji nenas (madu, Morris atau Sarawak) – Dibelah 4. Dibuang empulur & hiris setebal ½ inci1 sudu makan rempah kari ikan2 sudu teh minyak½ sudu makan cili kisar

1 sudu teh pes asam jawa½ cawan santan cair2 sudu makan kerisik2 biji cili merah2 biji cili hijau¼ sudu teh garam1 sudu teh gula1 sudu makan gula perang

(4 hidangan)

Sayur & Buah

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah2 ulas bawang putih½ inci halia1 sudu teh udang kering – direndam selama 15 minitdan ditoskan½ inci kunyit hidup2 biji buah keras – dihiris

Bahan-bahan A: Bahan Kisar

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dibelah dua tanpa putus.Direndamkan ke dalam air

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201445 46Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Dikisar halus dengan½ cawan air

1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga

Bahan-bahan B: Bahan Tumis

1. Didihkan air. Masukkan serbuk kunyit & rebus nenas selama 5 minit. Toskan.2. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.3. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar dan bahan tumis hingga naik bau4. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Tambahkan pes asam jawa, kacau rata.5. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.6. Masukkan nenas, cili merah dan hijau.7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.8. Perisakan dengan garam dan gula.9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Cara Penyediaan:

167 15 2 11 185

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 25: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Kuih &Pemanis Mulut

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201447 48Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Page 26: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Pau Kari Vegetarian

3 sudu makan minyak½ biji bawang besar2 ulas bawang putih1 sudu teh serbuk kari

(12 hidangan)

Kuih &Pemanis Mulut

Bahan-bahan IntiBahan-bahan A: Bahan tumis

1. Panaskan minyak.2. Tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.3. Masukkan air diikuti lobak merah.4. Masak hingga lobak merah lembut.5. Masukkan tomato, lada benggala dan timun jepun. Masak hingga empuk.6. Perisakan dengan garam. Ketepikan.

Cara Penyediaan Inti 1. Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung pau. Sebatikan.2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga kental.3. Rehatkan doh selama 40 minit.4. Masukkan campuran bahan D ke dalam doh sedikit demi sedikit.5. Uli sehingga sebati.6. Bahagikan adunan kepada 12 biji dan dibentukkan menjadi bulat.7. Gelekkan dengan penggelek.8. Masukkan 1/12 bahagian inti dan cantumkan kembali doh.9. Kukus selama 15 minit dengan api besar.

Cara Penyediaan Pau

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

145 24 4 4 121

Dicincang

1 cawan air1 batang lobak merah2 biji tomato½ biji lada benggala merah1 batang timun jepun – dipotong panjang½ sudu teh garam

Bahan-bahan B:

Dipotong kiub

1 sudu teh yis½ sudu teh gula1 ½ cawan tepung pau½ cawan air suam

Bahan-bahan PauBahan-bahan C:

Dibancuh dalam 4 sudumakan air suam

½ cawan tepung pau4 sudu makan gula1 sudu teh lemak sayur½ sudu teh double action baking powder

Bahan-bahan D:

Digaul bersama

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201449 50Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Page 27: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Skon Tanpa Telur

½ cawan marjerin rendah garam6 sudu makan gula½ cawan buah-buahan kering½ sudu teh rempah campuran¼ sudu teh serbuk buah pala¼ sudu teh soda bikarbonat1 ½ cawan tepung naik sendiri6 sudu makan air panas3 sudu makan kepingan badam1 sudu teh marjerin1 sudu teh tepung gandum

(8 hidangan)

Bahan-bahan :

1. Menggunakan kuali leper dan api kecil, cairkan marjerin bersama gula, buah-buahan kering, rempah campuran dan serbuk buah pala.2. Kacau perlahan selama 3 minit.3. Matikan api dan biar campuran menjadi suam.4. Tambahkan soda bikarbonat. Kacau rata dan ketepikan.5. Menggunakan mangkuk, masukkan tepung.6. Buang lubang di tengah. Memasukkan air suam.7. Masukkan campuran marjerin. Kacau rata.8. Masukkan ke dalam dulang pembakar.9. Tabur kepingan badam.10. Panaskan oven ke suhu 365° F (185°C).11. Bakar selama 1 jam 15 minit12. Biarkan kek menyejuk selama 5 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Griskan dulang pembakar denganmarjerin dan taburkan tepung

Kuih &Pemanis Mulut

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201451 52Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

270 31 4 14 63

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 28: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Sagu Gula Melaka

4 cawan air1 helai daun pandan - disimpul1 cawan biji sagu – direndam dalam air selama 30 minit & ditoskan.

(4 hidangan)

Sagu:

3 sudu makan gula merah3 sudu makan gula pasir1 cawan air1 helai daun pandan - disimpul

Bahan Manisan:

½ cawan susu cairBahan Kuah:

1. Keluarkan sagu dari acuan.2. Curahkan manisan dan 3 sudu makan susu cair.

Cara Menghidang:

1. Didihkan air bersama daun pandan. Tambahkan pewarna jika perlu.2. Masukkan biji sagu, kacau dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api.3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air mengalir untuk membuang kanji.4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Cara Penyediaan:

1. Masakkan gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan pekat. Tapiskan manisan, jika perlu.

Cara Penyediaan Manisan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dicampur bersama

Kuih &Pemanis Mulut

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201453 54Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

130 26 1.8 2 34

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 29: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

Pulut Mangga

1 cawan beras pulut5 helai daun pandan1 ½ cawan santan cair5 sudu makan gula½ sudu teh garam5 sudu makan tepung jagung2 sudu makan tepung beras1 biji mangga

(4 hidangan)

Bahan-bahan :

1. Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.Cara Menghidang:

1. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang. Tambah air separas pulut.2. Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.3. Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.4. Kacau hingga hampir naik minyak.5. Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.6. Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam. Kacau rata.7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas. Gaul rata.9. Panaskan baki santan dengan api sederhana.10. Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.11. Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.

Cara Penyediaan:

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Dicampur bersama

Kuih &Pemanis Mulut

Resipi Pesakit Ginjal Kronik 201455 56Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

400 50 5 19 250

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

Page 30: Resepi book-cover-D(Turquoise-E) - Hospital Kuala · PDF filemengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di

FKM

Y/K

ETO

/08

14 0

02

Find out more at www.diet-in-chronic-kidney-disease.com

Early intervention with Keto Acid Therapy

for Chronic Kidney Disease (CKD)