resep

3

Click here to load reader

Upload: tini

Post on 16-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

resep cekelat

TRANSCRIPT

Biskut coklat cip adalah resepi tradisi yang enak berasal dari Amerika Syarikat. Ianya telah dihasilkan pada 1938 oleh Ruth Graves Wakefield, seorang pemilik Toll House Inn di Whitman, Massachusetts. Adunan asas biskut coklat cip terdiri dari gabungan mentega, gula putih, gula perang, tepung, sedikit garam, telur, serbuk penaik, ekstrak vanilla, dan kepingan coklat. Menariknya biskut ini divariasikan resepinya bagi memberikan para peminat lebih banyak pilihan. Terdapat adunan biskut coklat cip yang ditambahkan coklat putih, kacang walnut dan juga susu.Keenakan dan kesedapan yang lahir dari biskut ini semakin tersebar ke merata dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Di hari lebaran biskut coklat cip mesti menjadi keutamaan setiap keluarga. Anak-anak di perantauan pasti membuat banyak tempahan biskut coklat cip untuk emak dan ayah di kampung. Sebelum ini lauk pauk dan kuih muih menjadi hidangan sinonim ketika musim perayaan tetapi kini seiring dengan peredaran zaman, biskut coklat cip pula menjadi budaya baru menjelang perayaan yang mana rasanya lebih menarik dan digemari ramai. Ianya merupakan hidangan wajib di samping hidangan tradisional yang lain.Dengan ini kami perkenalkan kepada anda Papa Bear Chocolate Chip Cookies! Papa Bear adalah biskut yang harum semerbak dari resepi turun temurun pasti berbaloi untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Rasanya yang sedap diadun dari bahan berkualiti tinggi pasti menawan hati anda. Warnanya yang keperangan pastinya membuatkan kita tidak sabar untuk merasai sendiri keenakan pahit-pahit manis si coklat cip. Rasanya yang tersangatlah sedap pasti membuatkan para tetamu tertanya-tanya resepi rahsia biskut ini. Resipi turun temurun Papa Bear dioptimumkan sebaiknya untuk menghasilkan biskut yang paling berkualiti dan enak. Ada juga resepi yang menjadikan biskut lebih keras dan rapuh. Tidak kiralah apapun jenis bahan yang digunakan, prosedur pembuatan biskut cip coklat agak konsisten di dalam semua resipi. Pertama sekali, gula dan lemak akan dikrimkan, selalunya menggunakan mesin pengadun elektrik. Kemudian telur dan ekstrak vanila akan ditambah diikuti dengan tepung dan agen penaik. Akhir sekali coklat cip iaitu bahan utama pasti menyusul mengakhiri keseluruhan proses itu. Bagi para penggemar biskut coklat cip, berikut adalah bagaimana caranya membuat biskut coklat cip.Antara bahan-bahan yang diperlukan:2 cawan tepung serbaguna sudu kecil baking soda1 cawan mentega tanpa garam (suhu bilik)1 cawan gula perang1 sudu teh garamSedikit esen vanilla2 biji telur bersaiz besar 2 cawan coklat cip

Cara membuatnya1.Panaskan oven 200 darjah celcius. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan tepung dan baking soda, ketepikan. Satukan kedua-dua gula perang dan gula pasir bersama mentega , pukul dengan kelajuan sederhana sehingga ringan dan kembang. Kurangkan kelajuan, tambahkan garam, esen vanilla dan telur. Pukul lagi sehingga sebati dalam 1 minit. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan dan jangan terlebih adun pula. Kemudian masukkan coklat cip ke dalam adunan.2.Sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar. Adunan mestilah dijarakkan sedikit bagi membolehkan biskut mengembang semasa dibakar. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..Bakar sehingga biskut keperangan disekeliling , tetapi masih lembut di tengah-tengahnya. Bakar selama 8 sehingga 10 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas dulang pembakar, kira-kira 1 sehingga 2 minit. Pindahkan ke atas rak dawai dan biarkan sejuk sepenuhnya. Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.Demikianlah resepi asas bagaimana menghasilkan biskut coklat cip. Bagi yang ingin merasai kenikmatan Papa Bear Chocolate Chip Cookies, sila hubungi kami untuk tempahan. Bagi yang tiada masa menyediakan sendiri biskut coklat cip ini, order sahaja dengan kami. Ibu dan ayah di kampung pasti menunggu juadah istimewa dari anaknya. Jadikan Papa Bear Chocolate Chip Cookies hadiah bermakna kepada yang tersayang. Pasti berbaloi di Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sekali rasa, anda pasti akan membeli lagi!