rerleksi sjh3073

5
NAMA: RABIATULADAWI BINTI AB.AZIZ NO.I/C: 830201-03-5158 ANGKA GILIRAN : 2013092360006 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kerja kursus Pembelajaran Berasaskan Projek ( SJH 3073 ) pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Hajah Anisah Binti Harun telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu beliau juga telah banyak memberikan saya tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Bimbingan yang diberikan oleh beliau sangat berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tugasan yang diberikan kali ini mungkin kelihatan mudah namun jujur saya akui, secara peribadi tugasan ini amat mencabar dalam membuat projek untuk menghasilkan sebuah majalah.. Sepanjang menyiapakan tugasan ini, pelbagai rintangan dan liku-liku yang dilalui namun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk tetap menyelesaikan tugasan ini agar dapat dihantar pada masa yang ditetapkan. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya hanya berpendapat bahawa masalah ini hanyalah sekadar masalah biasa sahaja tetapi agak sukar juga untuk saya memahami masalah dalam pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, jaringan internet di kawasan maktab ini tidaklah begitu memuaskan. Hal ini menyebabkan proses pencarían dan pegumpulan maklumat agak sukar dilaksanakan. Saya mempunyai kekangan untuk bersama-sama rakan-rakan kerana 1

Upload: rubieybiey

Post on 26-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

NAMA: RABIATULADAWI BINTI AB.AZIZNO.I/C: 830201-03-5158ANGKA GILIRAN : 2013092360006

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kerja kursus Pembelajaran Berasaskan Projek ( SJH 3073 ) pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Hajah Anisah Binti Harun telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu beliau juga telah banyak memberikan saya tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Bimbingan yang diberikan oleh beliau sangat berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tugasan yang diberikan kali ini mungkin kelihatan mudah namun jujur saya akui, secara peribadi tugasan ini amat mencabar dalam membuat projek untuk menghasilkan sebuah majalah..

Sepanjang menyiapakan tugasan ini, pelbagai rintangan dan liku-liku yang dilalui namun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk tetap menyelesaikan tugasan ini agar dapat dihantar pada masa yang ditetapkan. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya hanya berpendapat bahawa masalah ini hanyalah sekadar masalah biasa sahaja tetapi agak sukar juga untuk saya memahami masalah dalam pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, jaringan internet di kawasan maktab ini tidaklah begitu memuaskan. Hal ini menyebabkan proses pencaran dan pegumpulan maklumat agak sukar dilaksanakan. Saya mempunyai kekangan untuk bersama-sama rakan-rakan kerana sibuk dengan program yang dijalankan. Dengan kesibukan perjalanan program pada masa itu saya atasi dengan membuat perbincangan bagi memudahkan topik tugasan ini dapat disempurnakan dengan tepat mengikut objektif.

Sebelum saya memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat sama ada di internet atau di pusat sumber institut pendidikan guru saya. Selain itu, saya juga merancang bagaimana cara untuk menghasilkan satu projek yang baik. Semasa waktu kuliah, pensyarah akan menerangkan cara-cara dan teknik-teknik perlaksanaan yang penting untuk menghasilkan satu projek dan saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat pelbagai idea yang baik dalam penghasilan projek yang akan kami laksanakan. Sebelum mula membuat kerja, saya akan merancang isi-isi yang saya hendak tanya semasa membuat projek. Saya juga melayari internet untuk merujuk cara pembelajaran berasaskan projek yang dibuat oleh golongan professional. Ilmu dan teknik digunakan oleh mereka membuat projek patutlah saya pelajari. Sebagai bakal guru, saya hendaklah memenuhi diri saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan akademik. Selain itu, saya dapat pengalaman untuk membuat sesuatu projek dengan menggunakan Perisian Adobe Photoshop.

Pada mulanya saya merancang maklumat apa yang hendak dimasukkan dalam Perisian Adode Photoshop dalam projek saya. Saya akan memasukkan elemen-elemen yang berkaitan dengan projek yamg saya laksanakan iaitu perusahaan atap nipah dalam perisian itu. Akhirnya, saya print untuk menghasilkan sebuah majalah. Seterusnya, saya mempelajari teknik-teknik penggunaan Perisian Adobe photoshop yang biasa tidak dapat dipelajari dalam kelas. Saya dapat mengetahui cara-cara menyerapkan unsur-unsur multimedia ke dalam Perisian Adobe Photoshop itu supaya ia boleh menjadi lebih menarik dalam menghasilkan sebuah majalah. Saya juga merujuk kepada laman web yang ada pada internet sebagai garis panduan saya semasa membuat projek ini. Selain itu, saya juga mencari buku rujukan yang berkaitan dengan menghasilkan projek dalam perpustakaan. Dengan itu, saya berbincang dengan kawan saya yang mempunyai pengalaman dalam penghasilan projek selepas saya membaca buku rujukan itu.

Ketika proses menyiapkan tugasan projek ini, saya telah belajar untuk menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan projek menggunakan Perisian Adope Photoshop di mana perisian tersebut agak rumit untuk digunakan. Tambahan pula, dengan mencuba beberapa perisian berlainan jenis, saya dapat membandingkan baik buruknya sesuatu perisian yang dihasilkan dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Walaupun sebelum ini saya pernah menggunakan Perisian Adobe Photoshop tersebut tetapi ini adalah kali pertama saya menggunakannya bagi menghasilkan majalah berdasarkan pembelajaran berasaskan projek yang saya laksanakan. Saya berasa syukur kerana dengan tugasan projek ini saya dapat menimba pengalaman dalam menghasilkan satu majalah yang dapat dibaca oleh semua orang .

Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah menghadapi pelbagai masalah dan dugaan antaranya adalah kekangan masa disebabkan beberapa program maktab yang berterusan dan bertindih. Masa untuk membuat projek perusahaan desa ini tidak sama dengan subjek lain. Contohnya, kami perlu menghadiri program Pengalaman Berasaskan Sekolah, Program Bina Insan Guru, dan Perkhemahan Unit Beruniform yang mana jarak di antara ketiga-tiga program ini amat dekat dengan purata selang hari selama 1-4 hari sahaja. Namun begitu, atas sikap bertimbang rasa pensyarah membuatkan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jaya, berkesan dan tepat pada masanya. Kekangan lain pula adalah disebabkan pertindihan aktiviti di atas membuatkan terdapat banyak tugasan lain yang perlu dihantar pada masa yang sama.

Oleh sebab itu, bagi mengatasi masalah ini, saya telah membahagikan masa dengan menyediakan jadual mengikut keutamaan tarikh hantar untuk setiap tugasan. Oleh sebab itu, saya hendaklah merancang dan membuat satu jadual untuk membahagikan masa membuat tugasan antara subjek ini dengan subjek lain. Dengan adanya jadual ini, saya dapat mendidik diri untuk patuh pada masa dan tidak menangguhkan kerja supaya semua tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, saya juga dapat mengelakkan diri daripada membazir masa dan dapat mengisi masa yang terluang dengan menyiapkan semua tugasan. Seterusnya, saya juga menghadapi masalah kewangan semasa membuat tugasan yang diamanahkan ini. Di mana saya terpaksa berurusan dengan pihak lain bagi penjimatan kos memandangkan ianya memerlukan kos yang tinggi untuk penghasilan majalah. Dengan bantuan daripada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan lancar.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini di mana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan dengan rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada Allah S.w.t. dan segala kelemahan adalah berpunca daripada kekurangan yang ada pada diri insan yang lemah ini.

Kesimpulannya, saya mendapati bahawa tugasan ini bukan sahaja berguna kepada saya malah kepada semua guru pelatih semester 4. Saya juga berharap dengan ilmu yang ada saya dapat menggunakannya dalam menghasilkan beberapa laman web pendidikan yang berguna kepada sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, saya juga menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya kelak satu P&P yang menarik dan ditunggu-tunggu oleh anak-anak murid saya. Oleh itu, saya berazam untuk menjadikan tugasan ini sebagai panduan dan rujukan demi menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya juga berharap dengan pengalaman yang ada akan membuatkan saya bersedia menghadapi cabaran daripada anak-anak murid saya akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:...................................(30 MAC 2015)4