remaja perihatin tonggak kemajuan bangsa

Upload: amirul-azha-sharuddin

Post on 08-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Remaja perihatin tonggak kemajuan bangsa

    1/3

    REMAJA PERIHATIN TONGGAK KEMAJUAN BANGSA

    Salam asprisiasi buat saudara pengerusi majlis, kombinasi kehakiman, dif-dif kehormatdan seterusnya, hadirin hadirat warga dewan sekalian.

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

    dan salam sejahtera.

    Hadirin sekalian,

    Y.A.B Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan, remaja haruslah

    berkembang, bersifat terbuka dan memperkayakan diri dengan nilai-nilai yang baik sejajar

    dengan kejayaan bangsa masa kini. Maka, berpaksikan kata-kata inilah,selaku remaja

    Malaysia yang prihatin terhadap survival bangsa dan Negara saya tampil untuk mengajak

    anda semua sama-sama kita singkap pegertian di sebalik kalimah, REMAJA PERIHATIN

    TONGGAK KEMAJUAN BANGSA.

    Proffesor Dr Sidek Baba menyatakan:

    Minda remaja adalah minda yang bijaksana. Berhadapan dengan zaman yang berubah, ia

    faham untuk mengimbangi antara faktor tradisi dan faktor modenisasi . Tetapi sejauh manakah remaja

    perihatin terhadap kemajuan bangsa??

    Hadirin

    hadirat warga dewan sekalian,

    Maksud Remaja menurut kamus dewan pada umumnya merujuk kepada golongan

    manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal

    daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa

    mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.

    Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan

    manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Remaja

    boleh diibaratkan sebagai batu-batan yang berfungsi mendirikan sebuah bangunan yang agam,

    manakala bangunan yang terdiri daripada batu-batan itulah bangsanya.

    Jika remaja mempunyai keperibadian yang rapuh, maka bangsanya juga mudah untuk

    dijatuhkan oleh musuh.

  • 8/7/2019 Remaja perihatin tonggak kemajuan bangsa

    2/3

    Sidang penonton penuh santun.

    Remaja seharusnya sedar dan mestilah menyokong rancangan kerajaan untuk

    membangunkan bangsa. Sekiranya kita tidak memberikan sokongan yang padu kepada pihak

    kerajaan, maka semua usaha tersebut adalah sia-sia kerana bertepuk sebelah tangan tidakakan berbunyi . Penyertaan remaja Malaysia dalam semua kempen yang dilaksanakan

    mampu menjadikan impian kerajaan terlaksana, buktinya, Rancangan Malaysia Keempat

    membuahkan hasil apabila pendapatan negara meningkat akibat daripada penyertaan remaja

    dalam pelbagai kempen yang dianjurkan.

    Hadirin yang dikasihi,

    Sebagai remaja Malaysia, kita sangat bertuah kerana dapat hidup dengan harmoni

    walaupun negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Olehitu, kita mesti mengekalkan keharmonian hidup ini dengan bersatu padu tanpa mengira

    agama atau keturunan kerana kita merupakan bangsa Malaysia yang mempunyai persamaan

    dari segi latar belakang sejarah. Menyentuh mengenai perpaduan, kerajaan juga perlu

    sentiasa mengingatkan remaja supaya mengutamakan aspek tersebut agar mereka tidak lalai

    dikemudian hari, manakala remaja pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu

    malah sentiasa berfikiran proaktif.

    Sidang ahli dewan yang budiman,

    Seperti yang kita dapat lihat, kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan

    Malaysia sebagai negara contoh dunia yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi

    beragama dan konsep perpaduan nasional. Dengan ini, ia akan lebih mengeratkan

    perhubungan tanpa ada sebarang perselisihan sesama kaum dan seterusnya kemajuan negara

    akan dapat dicapai tidak kira dari aspek ekonomi dan politik. Remaja juga haruslah peka

    terhadap perkembangan bangsa Malaysia dan bukan hanya memekakkan telinga yakni

    dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program rumah terbuka,

    kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain agar bangsa kita terus

    maju dan dipandang masyarakat dunia.

  • 8/7/2019 Remaja perihatin tonggak kemajuan bangsa

    3/3

    Secara tuntasnya,

    Remaja merupakan bakal pemimpin masa depan yang memikul amanah dan

    tanggungjawab, meneruskan kelangsungan pembangunan dan kemajuan bangsa negara. Kita

    memerlukan golongan remaja yang cemerlang bagi membawa hala tuju negara menjadi

    sebuah negara yang lebih maju dan berjaya.

    Antara ciri remaja cemerlang adalah :

    Yang pertama, memiliki ilmu pengetahuan dan ilmu agama serta mengamalkannya

    Kedua, mempunyai tahap disiplin yang kukuh

    Ketiga, menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup

    Keempat, memiliki sahsiah dan ketrampilan diri yang mapan

    Kelima, merupakan remaja yang memiliki nilai tambah dan modal insan kelas pertama

    Keenam, sihat fizikal dan mental

    Dan yang terakhir adalah mengamalkan toleransi.

    Konklusinya, terdapat pelbagai peranan remaja Malaysia untuk menjamin kesejahteraan

    bangsa. Perkara yang paling penting ialah remaja perlu berganding bahu sesama sendiri dan

    bersikap bagai aur dengan tebing, serta memegang prinsip bukit sama didaki, lurah sama

    dituruni untuk memastikan kemerdekaan dan kesejahteraan yang kita nikmati pada hari ini

    dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. Oleh itu, ayuh remaja Malaysia, bangkitlah

    dari lena dan marilah kita berganding bahu, berpimpin tangan dalam merealisasikan wawasan

    2020 yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1990. Marilah kita

    memastikan mimpi menjadi realiti, janganlah patah kemudi, walaupun keringat telah

    tumpah di kaki, teruslah mengayuh ke pangkalan untukbergelar negara maju di duniaini.

    Akhirnya,saya tinggalkan saudara dan saudari sekalian dengan kata-kata, JANGAN ASYIK

    MENGEJAR BINTANG DILANGIT KITA LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI,

    Sekian.

    Wabillahitaufiq wal hidayah,wassalamualaikum

    warahmatullahiwabarakatuh