rekacipta(hbls2203_v2)

8
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBLS2203_V2 REKA CIPTA SEMESTER SEPTEMBER 2014 _____________________________________________________________ ___________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

Upload: alkubra313

Post on 26-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

Page 1: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

TUGASAN________________________________________________________________________

HBLS2203_V2REKA CIPTA

SEMESTER SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

SOALAN TUGASAN Reka bentuk tempat penyimpanan alat tulis merupakan asas reka cipta yang banyak

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka cipta di sekolah, samada di sekolah

rendah mahu pun menengah. Tempat simpanan alat tulis dapat memberikan gambaran yang

jelas kepada pelajar mahu pun guru kerana mereka mempunyai pengalaman mengguna,

melihat dan mengkaji pelbagai reka bentuk dan fungsi disekeliling mereka.

Tugasan anda adalah untuk mereka cipta atau mereka bentuk satu projek tempat

penyimpanan alat tulis, yang dapat menunjukkan kelainan dari segi reka bentuk atau

kefungsian berbanding dengan yang sedia ada. Inovasi atau pun invensi ciptaan anda

mestilah asli.

Spesifikasi tugasan anda mestilah memenuhi semua keperluan seperti berikut:

(a) Menyediakan dokumentasi projek reka cipta

(b) Menghasilkan model tempat penyimpanan alat tulis. (mengikut skala yang sesuai)

(a) Pendokumentasian - 60 markah

Format dan kandungan dokumentasi adalah seperti berikut:

1. Tajuk

2. Latar belakang projek

- Pengenalan umum projek yang dihasilkan

- Kajian tentang projek seumpamanya yang sedia ada

3. Lakaran (Gunakan buku lakaran idea yang sesuai)

- Lakaran idea (sekurang-kurangnya 3 lakaran idea)

- Lakaran perkembangan idea

- Lakaran projek pilihan

4. Lukisan kerja (Lukisan Berbantu komputer – CAD)

- Lukisan Ortografik lengkap berskala dan berdimensi

- Lukisan Isometri

5. Matlamat

Page 4: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

6. Objektif

7. Kefungsian dan kegunaan

- Bagaimana projek berfungsi

- Apa kegunaan utama projek

- Apa kelebihan berbanding yang sedia ada

8. Diskripsi projek

- Kaedah pembinaan projek

- Bahan dan alatan yang digunakan

- Kelebihan pemilihan rupa bentuk projek

9. Carta gantt/jadual kerja

10. Anggaran kos

11. Cadangan penambahbaikkan projek

12. Rumusan dan refleksi

13. Rujukan

14. Lampiran

(b) Model Ringkas Projek BBM - 40 markah

Spesifikasi model projek adalah seperti berikut:

1. Siap sepenuhnya sepertimana lukisan kerja2. Spesifikasi dan ukuran tepat3. Keaslian4. Kesesuaian bahan5. Mempunyai nilai-nilai estatik dan egronomik6. Rupa bentuk menarik

- Tekstur- Kefungsian- Keselesaan- Keselamatan

7. Nilai-nilai komersial8. Kekemasan akhir

- Pemilihan warna- tekstur- harmoni dan kontras- Kesesuaian

Page 5: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

***Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan contoh model projek reka bentuk tempat penyimpanan alat tulis.

Sumber: http://www.vanhomy.com/unique-rack-tableRajah 1

Sumber: http://www.planhangers.co.uk/stationery-item/bobby-trolley-4-tier-with-6-drawer/266Rajah 2

Page 6: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

Sumber:http://www.aliexpress.com/item/25-26-29cm-Multifunctional-home-storage-rackRajah 3

Sumber: http://kemahiran.wordpress.com/2011/01/31/reka-cipta-tingkatan-3-modul-4/Rajah 4: Contoh 3 lakaran akhir projek

[Jumlah: 100 markah]

*Jumlah markah akan ditukar kepada 40%

Page 7: REKACIPTA(HBLS2203_V2)

PANDUAN PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja. Anda perlu menjawab kedua-dua

bahagian soalan.

Soalan 1(a) – Pendokumentasian (60%)

Soalan 1(b) – Model Projek BBM (40%)

2. Bagi Soalan 1(a):

- Pastikan tugasan anda memenuhi kesemua format yang telah ditetapkan

- Sediakan buku lakaran idea dengan 3 lakaran idea, perkembangan idea dan

lakaran lengkap projek pilihan akhir berdimensi

- Dua Lukisan kerja iaitu Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri dilukis

menggunakan aplikasi CAD

- Dapatkan dua reka bentuk projek tempat penyimpanan alat tulis sedia ada

yang seumpamanya samada carian dari internet atau bahan bercetak lain.

- Nyatakan dengan jelas kefungsian projek dan rasional/kelebihan kenapa reka

bentuk tersebut dipilih

- Jelaskan proses reka bentuk projek anda

- Buat senarai bahan yang lengkap dengan menyatakan rasional/kelebihan

bahan tersebut

- Nyatakan senarai alatan yang digunakan.

- Buat cadangan penambahbaikkan dimasa hadapan. Membuat rumusan dan

refleksi pembinaan projek tersebut

3. Bagi Soalan 1(b)

- Projek mestilah disiapkan sepenuhnya menepati lukisan kerja dengan

mengikut spesifikasi dan ukuran.

- Gunakan bahan yang sesuai dan reka bentuk yang asli

- Mesti mempunyai nilai-nilai estatik, egronomik dan rupa bentuk yang menarik

dari segi kefungsian, keselamatan dan tekstur

- Reka bentuk yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi

- Gunakan kemasan akhir yang sesuai

- Dapat menunjukkan kefungsian projek dengan jelas

4. Kaedah penjilidan dan kandungan muka depan bagi pendokumentasian soalan

1(a) adalah sama seperti tugasan-tugasan lain.