rekacipta

22
TAJUK: REKA CIPTA Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3

Upload: abdul-aziz-yahaya

Post on 21-Jul-2015

53 views

Category:

Engineering


6 download

TRANSCRIPT

TAJUK:REKA CIPTA

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3

4.1 Pengenalpastian masalahi) Mengenal pasti masalah. Tema : Penyimpanan.1. Saya berkongsi bilik dengan adik saya. Setiap

hari saya sering menghadapi masalah untuk mencari alat tulis kerana ianya bersepah di atas meja selepas dipinjam oleh adik saya. Untuk mengatasi masalah ini saya bercadang mereka sebuah Kotak Alat Tulis Serbaguna.

2. Saya mempunyai banyak buku teks dan buku tulis. Apabila disusun di atas meja saya menghadapi masalah untuk mencari buku tersebut dan keadaan meja saya tidak kemas dan rapi hingga tiada ruang untuk membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Bagi mengatasi masalah ini saya bercadang membina sebuah Rak Buku .

Kesan positif pengenal pasti masalah• Merupakan faktor utama

wujudnya reka cipta.• Merupakan asas seseorang

menyelesaikan masalah itu menjadi kreatif dan inovatif.

• Akan menghasilkan sesuatu penyelesaian dalam bentuk idea atau produk.

Langkah awal penyelesaian masalah• Mengumpul maklumat• Menganalisis maklumat• Menyenaraikan pelbagai

idea penyelesaian masalah

Mengumpul maklumat dan data• Lawatan• Pemerhatian• Melayari internet• Bimbingan guru• Soal selidik• Pembacaan dan penyelidikan• Pengalaman sendiri

1. Lawatan

• Untuk meninjau hasil-hasil rekaan yang sedia ada untuk menjadi bahan contoh dalam mereka cipta rekaan sendiri

2. Pemerhatian

• Dapatkan maklumat hasil dari pemerhatian dengan membuat pengubahsuaian agar reka bentuk lain dari apa yang diperhatikan dan lebih menarik

3. Melayari internet

• Mencari reka bentuk terkini agar reka cipta yang dibuat akan menjadi cipta terbaru mengikut peredaran masa serta berteknologi

4. Bimbingan guru

• Mendapatkan nasihat reka bentuk supaya reka bentuk reka cipta yang dibuat bersesuaian dengan bahan yang digunakan dan ada dijual di pasaran

5. Soal selidik

• Hasil reka cipta akan mempunyai nilai komersial melalui soal selidik dari orang ramai atau pengguna

6. Pembacaan dan penyelidikan• Untuk mendapatkan maklumat

berkaitan bahan-bahan dan alatan yang sesuai digunakan dalam reka cipta supaya ianya dihasilkan dengan sempurna

7. Pengalaman sendiri

• Merupakan cara mendapatkan maklumat paling sesuai kerana dari pengalaman sendiri idea yang dihasilkan sesuai dengan cita rasa diri dan orang lain

• Kehendak diri sendiri biasanya akan menyamai dengan kehendak orang lain

Menganalisis maklumat. Membuat perbandingan antara

barang-barang yang sedia ada . Senaraikan perbandingan dari segi;. Kelebihan. Kekurangan. Kapasiti. Pilihan warna. Bahan digunakan. Ciri istimewa

Menyenaraikan pelbagai idea penyelesaian masalah

Buat lakaran sendiri dari segi;. Bentuk dalam lukisan isometrik. Bahan digunakan. Dimensi iaitu ukuran panjang,

lebar, dan tinggi. Nama projek

Sekurangnya 3 bahan

. Papan lapis

. Kayu kecil

. MDF

. Mounting board

. Perspek

. Kepingan logam

. PVC

. Lain-lain

Pemilihan Idea

• Proses memilih satu dari pelbagai pilihan

• Pilihan mampu dilaksanakan

• Mempunyai ciri yang menarik minat pengguna

Faktor Menilai dan memilih idea yang paling sesuai:

• Keupayaan diri segi fizikal dan kemudahan

• Ada pengetahuan dan kemahiran• Ada bahan dan komponen• Kos yang rendah• Mudah dan sesuai• Kepentingan produk menyelesaikan

masalah• Mesra alam

Perekaan projek

SENARAI BAHAN

JADUAL KERJA

DISAMPAIKAN OLEH :ABDUL AZIZ YAHAYAGURU CEMERLANGSMK USJ 23

SEKIAN SAHAJA