rekaan dan corak

6
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 4 Damai Tarikh : 8 April 2013 Bilangan Murid : 37 orang Masa :10.30 pagi 11.30 pagi ( 1jam) Bidang : Rekaan dan corak Tajuk : Penanda buku Kemahiran : Guntingan dan lilitan Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; Menghasilkan penanda buku dengan menggunakan teknik guntingan dan lilitan. Menggunakan motif geometri sebagai corak untuk menghasilkan penanda buku. Pengalaman sedia ada: Murid pernah melihat penanda buku dan membuatnya sebelum ini tetapi menggunakan teknik yang berbeza. KBKK : Mengenalpasti, membanding beza, menjana idea dan menghubungkait. Penerapan nilai : Berusaha, kreatif, tekun, sabar dan patuh pada arahan guru. Penggabung jalinan : Matematik dan Bahasa Malaysia Alat bantu mengajar : Hasil kerja guru dan contoh penanda buku Alat dan bahan-bahan : Kertas keras (seperti kad hari raya atau kad jemputan perkahwinan) Benang bulu kambing dalam pelbagai warna Pensil 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Upload: rafidah-che-saad

Post on 23-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rekaan Dan Corak

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 Damai

Tarikh : 8 April 2013

Bilangan Murid : 37 orang

Masa :10.30 pagi – 11.30 pagi ( 1jam)

Bidang : Rekaan dan corak

Tajuk : Penanda buku

Kemahiran : Guntingan dan lilitan

Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

Menghasilkan penanda buku dengan menggunakan teknik guntingan dan lilitan.

Menggunakan motif geometri sebagai corak untuk menghasilkan penanda buku.

Pengalaman sedia ada: Murid pernah melihat penanda buku dan membuatnya sebelum ini

tetapi menggunakan teknik yang berbeza.

KBKK : Mengenalpasti, membanding beza, menjana idea dan menghubungkait.

Penerapan nilai : Berusaha, kreatif, tekun, sabar dan patuh pada arahan guru.

Penggabung jalinan : Matematik dan Bahasa Malaysia

Alat bantu mengajar: Hasil kerja guru dan contoh penanda buku

Alat dan bahan-bahan :

Kertas keras (seperti kad hari raya atau kad jemputan perkahwinan)

Benang bulu kambing dalam pelbagai warna

Pensil

Gunting

Jangka lukis

Penebuk lubang

Gam

1

RANCANGAN PENGAJARAN

HARIAN

Page 2: Rekaan Dan Corak

LANGKAH/MASA

ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ALATAN/ CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

Guru menunjukkan beberapa penanda buku di hadapan kelas.

1. Murid melihat, memerhati, menyentuh dan merasa penanda buku yang diberikan oleh guru.

2. Guru bersoal jawab kepada murid tentang objek yang telah disentuh oleh murid.

i. Nama objek tersebutii. Di mana pernah murid-

murid lihat.iii. Di mana roset dipakai.

Jawapani. Penanda buku

ii. Kedai bukuiii. Diselit dicelah-celah buku

KBKK : berfikir secara kreatif dan kritis

AlatPenanda buku yang telah siap dihasilkan

Langkah 1

Pemerhatian

(10 minit)

Penerangan tajuk, alat dan bahan.

Bahan

1. Guru menerangkan tajuk pelajaran.2. Guru menerangkan alat dan bahan

yang digunakan untuk membuat roset.

3. Guru turut menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan alat dan bahan tersebut.

.

Bahan :Kertas keras, benang bulu kambing, pensil, jangka lukis, gunting, penebuk lubang, gam

Langkah 2

Penerokaan

(10 minit)

Penerangan dan demontrasi

Cara penghasilanLangkah 1

Lukis bentuk bulat dari kertas keras menggunakan jangka lukis. Setelah itu, lukis bulatan kecil sedikit daripada bentuk tadi.

1. Guru menunjukkan semula beberapa penanda buku yang telah dihasilkan.

2. Guru juga menerangkan bahawa penanda buku juga boleh dihasilkan menggunakan kaedah lain seperti lipatan dan guntingan.

3. Guru menerangkan cara membuat penanda buku menggunakan teknik guntingan dan lilitan.

4. Guru membuat demontrasi dahulu di depan kelas dengan diperhatikan oleh murid.

5. Murid diberikan alat dan dan bahan dan menjalankan aktiviti dalam kumpulan sambil di pantau oleh guru.

KBKK : Mengenal pasti, membanding beza

Nilai :Bekerjasama, sabar, berhati-hati dan patuh pada arahan

Bahan :Kertas keras, benang bulu kambing, pensil, jangka lukis, gunting, penebuk lubang, gam

2

Page 3: Rekaan Dan Corak

Langkah 2

Lukis garisan bercorak siku keluang atau berbentuk segi tiga di tepi bulatan. Garisan bulatan kecil akan menjadi panduan.

Langkah 3

Gunting tepi bulatan mengikut garisan bergerigi seperti gambar di atas.

Langkah 4

Selepas itu tebuk lubang lebih kurang 1cm dari tepi untuk dijadikan penyangkut.

3

Page 4: Rekaan Dan Corak

Langkah 5

Ambil benang bulu kambing dan selitkan di celah bentuk V. Kamu hendaklah memegang hujung benang ke belakang, kemudian rentangkan dan selitkan ke bentuk V yang lain lebih kurang 3cm daripadanya.

Langkah 6

Lakukan proses ini berulangkali sehinggalah kamu mendapat corak yang kamu ingini.

Langkah 7

Untuk mematikan lilitan benang, selitkan hujung benang di belakang kertas keras. Sapukan sedikit gam supaya lilitannya menjadi lebih kukuh.

4

Page 5: Rekaan Dan Corak

Hasil akhir

Langkah 3

Penghasilan

(25 minit)

Aktiviti murid 1. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.

2. Guru memantau setiap pergerakan murid dan cara mereka mengendalikan peralatan dari aspek keselamatan.

3. Guru membimbing murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran yang diajar.

4. Murid melakukan aktiviti menggunting dan menghias penanda buku mereka menggunakan warna benang yang mereka gemari.

Nilai :Bekerjasama, sabar, berhati-hati dan patuh pada arahan

Langkah 4

(5 minit)

Apresiasi, kritikan seni dan nilai estetika

1. Guru memilih seorang dari setiap kumpulan untuk menerangkan karya masing-masing.

2. Murid menyatakan perasaan mereka semasa melakukan aktiviti seni.

KBKK : Menilai

Nilai : Menghargai nilai estetika, peka

Penutup

(5 minit)

Pengukuhan 1. Guru menjelaskan selain penanda buku, karya mereka juga boleh digunakkan sebagai penghias kotak hadiah dan bingkai gambar.

KBKK : Menilai, mengenalpasti, berfikir secara kritis

5