reka cipta

22
HBLS 2203 Reka Cipta Penghargaan Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana kerana diberi ruang dan kesempatan dalam menyiapkan tugasan pendokumentasian dan reka bentuk ringkas berkenaan penghasilan projek dalam membantu penyimpanan alat tulis agar lebih mudah untuk disimpan dan dikawal-selia serta turut membantu dalam menjimatkan masa dan kos dalam pada masa kita memerlukan alat tulis ini untuk diguna- pakai. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diberikan kepada Encik Zainol Sailan yang telah bertindak sebagai pensyarah dan tutor yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang telah banyak memberi perkembangan idea dan kerjasama sehingga terhasilnya dan siapnya tugasan yang diberi ini. Seperti mana kita tahu,alat tulis merupakan perkakasan yang penting dalam urusan seharian kita samada dalam urusan kerja di pejabat,di rumah malahan amat penting juga dalam urusan persekolahan anak-anak kita.Alat tulis yang tersusun rapi dan mudah dicari dapat melancarkan segala urusan kita seharian.Tinggilah harapan saya dengan terciptanya tempat atau bekas simpanan alat tulis ini dapat kiranya membantu kita untuk Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Upload: nbi5267

Post on 24-Dec-2015

181 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Penghargaan

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana kerana diberi ruang dan kesempatan dalam

menyiapkan tugasan pendokumentasian dan reka bentuk ringkas berkenaan penghasilan projek

dalam membantu penyimpanan alat tulis agar lebih mudah untuk disimpan dan dikawal-selia

serta turut membantu dalam menjimatkan masa dan kos dalam pada masa kita memerlukan alat

tulis ini untuk diguna-pakai.

Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diberikan kepada Encik Zainol Sailan yang

telah bertindak sebagai pensyarah dan tutor yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk

ajar dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

sekuliah yang telah banyak memberi perkembangan idea dan kerjasama sehingga terhasilnya dan

siapnya tugasan yang diberi ini.

Seperti mana kita tahu,alat tulis merupakan perkakasan yang penting dalam urusan

seharian kita samada dalam urusan kerja di pejabat,di rumah malahan amat penting juga dalam

urusan persekolahan anak-anak kita.Alat tulis yang tersusun rapi dan mudah dicari dapat

melancarkan segala urusan kita seharian.Tinggilah harapan saya dengan terciptanya tempat atau

bekas simpanan alat tulis ini dapat kiranya membantu kita untuk memperbaiki kelemahan-

kelemahan yang ada semasa kita menyimpan alat tulis kita supaya di masa akan dating akan

lebih menjimatkan masa kita untuk mencari serta menjimatkan wang kita untuk membeli ganti

alat tulis yang hilang.

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 2: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Pengenalan Dan Pernyataan Masalah.

Alat tulis boleh dikatakan sebagai peralatan yang wajib sering kita gunakan dalam

kehidupan seharian untuk kita menulis,mengira,melukis, membaca dan sebagainya.Dalam

seharian kita menggunakan alat tulis,kita sering mengalami masalah kesukaran mencari alat

tulis yang selalu kita tinggalkan atau kita letakkan di merata-rata tempat. Kita juga sering

menggunakan pelbagai alat tulis untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah atau urusan pejabat

tetapi tidak tahu hendak simpan di mana selepas digunakan. Kita akan meletak alat-alat tulis

yang kita gunakan merata-rata. Disebabkan itu,ia juga akan membazirkan masa untuk

mencarinya. Masalah ini juga berlaku dalam penyimpanan memo-memo penting. Masalah-

masalah ini dapat kita atasi sekiranya terdapat tempat atau peralatan yang khusus untuk kita

gunakan sebagai tempat simpanan alat tulis supaya di masa diperlukan kita mudah untuk mencari

alat tulis yang hendak kita gunakan . Ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan masa

untuk mencari alat tulis yang bersepah dan menjimatkan wang daripada membeli alat tulis yang

baru akibat alat tulis yang sering kali hilang.

Tajuk Projek

Produk Penghasilan : Tempat Atau Rak Simpanan Alat tulis

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 3: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Latar Belakang Projek

Tempat atau rak simpanan alat tulis di rangka atau dihasilankan bagi tujuan

menyelesaikan masalah alat tulis yang ditinggalkan dalam keadaan yang berselerak.Alat tulis

yang berselerak akan mengundangnya kehilangan alat tulis akibat kecuaian diri kita

sendiri.Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini tiada lagi masalah kehilangan alat tulis

pada masa kita memerlukan dan meja kerja kita serta alat tulis dapat disusun dengan kemas dan

rapi serta dapat menjimatkn kos pembelian alat tulis yang baru bagi menggantikan alat tulis yang

telah hilang.

Tempat simpanan alat tulis ini diperbuat daripada kayu dengan kemasan permukaan

menggunakan varnish pengilat.Struktur binaan menggunakan cantuman paku dan sambungan

gam yang kukuh.Setiap sambungan diperkemaskan dengan penampal sambungan kayu bagi

mengelakkan pernampakkan lurah sambung serta mencantikkan permukaan semasa proses

mengilat.

Tempat simpanan alat tulis ini dibuat bersesuaian dengan kemampuan dan kupayaan

fizikal,kemudahan dan peruntukan masa yang singkat.Bahan dan komponen yang digunakan

bersesuaian dari segi penggunaannya dan kos bahan serta komponennya mudah untuk

diperolehi.Pemilihan penghasilan produk ini telah mengambil kira kepentingannya dan telah

mengambil kira keberkesanan penyelesaian masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan

penggunanya.

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 4: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Lakaran Projek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 5: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Lukisan Kerja Projek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 6: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Matlamat Projek

Pengenalan Reka cipta dijadikan sebahagian daripada komponen mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun kini Reka Cipta

telah dijadikan satu mata pelajaran yang khusus sama seperti Kemahiran Hidup dan sekarang

cuba diperkenalkan hampir di semua sekolah menengah. Matlamat pelajaran ini adalah untuk

mewujudkan pelajar yang kreatif, inovatif, imaginatif dan produktif. Pelajar memperoleh

manfaat daripada topik ini melalui penyelesaian masalah selain dapat memenuhi keperluan

kehidupan seharian dengan menggunakan sumber, konsep, dan prinsip reka cipta yang dipelajari.

Dalam tugasan yang diberikan,penghasilan projek reka cipta tempat simpanan alat tulis

dilaksanakan bagi tujuan dan matlamat untuk mengcungkil kreativiti pelajar dalam

menyelesaikan masalah penyimpanan alat tulis.Dari penghasilan projek ini kita dapat

menzahirkan ketiviti kita untuk menghasilkan satu bekas atau tempat simpanan alat tulis yang

kreatif supaya alat tulis yang digunakan dapat disimpan dalam keadaan kemas dan tersusun

rapi.Dengan terhasilnya alat simpanan alat tulis ini juga,masalah kehilangan alat tulis juga dapat

di atasi seterusnya menjimatkan masa kita untuk mencari alat tulis yang diperlukan pada satu-

satu masa serta menjimatkan kos kewangan kita untuk membeli alat tulis yang baru bagi

menggantikan alat tulis yang telah hilang.

Selain itu juga,penghasilan tempat simpanan alat tulis ini juga dapat membentuk kita

menjadi seorang usahawan yang mana hasil dari kreativiti penghasilan produk ini dapat

dipasarkan menjadi satu produk jualan.Produk jualan yang dihasilkan akan mengambil kira

bahan penghasilan projek dan kos penghasilan yang mana menggalakkan kita untuk membuat

rangkaian kerja dan pengiraan yang terperinci dan sedikit sebanyak menggalakkan dan

mengkehendaki kita untuk berfikir cara penghasilan yang dinamik dalam sesuatu penghasilan

projek.Ini akan melahirkan buah fikiran yang kreatif dan inovatif.

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 7: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Objektif Projek

Rekaan dan penghasilan sesuatu produk adalah bagi memenuhi keperluan pengguna

dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Idea yang dihasilkan haruslah sesuatu yang unik dan

mempunyai nilai komersial yang tersendiri.Penghasilan produk ini juga merangkumi semua

bidang kerja termasuklah grafik,pertukangan,ukiran,kertas kerja dan sebagainya.Setiap

penghasilan produk haruslah memberi manfaat kepada pengguna itu sendiri.setiap penghasilan

produk juga mempunyai objektif dan tujuan yang tertentu kepada pengguna dalam

menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Dalam penghasilan tempat simpanan alat tulis ini,pelbagai tujuan dan objektif telah di

ambil kira bagi memudahkan para pengguna yang menggunakannya serta kepada individu yang

menghasilkannya.Di antara objektif dan tujuannya adalah seperti berikut :

1. Menggalakkan individu yang menghasilkannya berfikiran kreatif, inovatif dan inventif.

2. Menggalakkn kita peka terhadap masalah persekitaran.

3. Menggalakan kita berusaha untuk menghasilkan sesuatu barang bermanfaat.

4. Meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri-ciri keusahawanan

5. Bersikap sabar, tekun, berani, tabah, berdaya saing dan menyedari keagungan tuhan.

6. Dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah alat tulis yang berselerak.

7. Meja kerja kita akan lebih tersusun rapid an kemas.

8. Menjimatkan masa kita untuk mencari alat tulis pada satu-satu masa diperlukan.

9. Menjimatkan kos kewangan kita untuk membeli alat tulis yang baru bagi menggantikan

alat tulis yang telah hilang.

10. Memupuk kita untuk bersikap bersih dan kemas.

Kefungsian Dan Kegunaan Projek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 8: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Pengenal pastian masalah adalah proses yang dapat mencetus minda untuk berfikiran

secara kreatif,inventif,inovatif dan produktif.Ianya dapat membantu kita mencipta produk yang

lebih baik,berkualiti dan mesra pengguna.Menghubungkaitkan beberapa elemen yang berkaitan

dengan keperluan pengguna akan menghasilkan pelbagai ciptaan yang baru.Penciptaan

produkbermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud seterusnya membawa kepada

rekaan ciptaan produk itu sendiri sesuai mengikut fungsi dan kegunaannya.

Dalam penghasilan tempat atau bekas simpanan alat tulis adalah bertujuan bagi

menyelesaikan masalah alat tulis yang dibiarkan secara berselerak tanpa tersusun kemas dan

rapi.Meja kerja yang berselerak akan menyukarkan individu menjalankan antiviti atau urusan

kerja dengan lancar dan teratur.Dengan adanya tempat atau bekas simpanan alat tulis ini segala

individu dapat menguruskan kawasan meja kerja kemas dengan alat tulis diletakkan pada satu

tempat yang kemas dan tersusun.

Selain itu juga,tempat atau bekas simpanan alat tulis ini juga dapat menegelakkan dari

individu itu sendiri kehilangan alat tulis.Alat tulis yang berselerak akan mengundang kehilangan

dan sukar untuk sesuatu individu itu untuk mencari dalam masa yang singkat.Sekiranya hilang

individu itu sendiri terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli ganti alat tulis yang

baru.Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini,individu tidak perlu lagi mengambil masa

yang lama untuk mencari alat tulis yang diperlukan malah dapat menjimatkan wang untuk

membeli ganti alat tulis yang telah hilang.

Diskripsi Projek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 9: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Setiap projek reka cipta yang dibina haruslah mengambilkira kesesuaian

bahan,komponen atau bahan yang mudah diperolehi,kos binaan yang murah dan rekabentuk

yang menarik.Selain itu juga,kaedah pembinaan mestilah memudahkan kerja dan tidak

mengambil masa yang lama.

Dalam pembinaan tempat simpanan alat tulis ini,bahan asas yang digunakan adalah

menggunakan kepingan kayu atau papan dari jenis jelutung yang mana digunakan sebagai tapak

dan dinding asas penghasilan produk projek ini.Alat mengukur seperti pembaris dan sesikul L

digunakan untu menbuat ukuran projek mengikut lukisan dan ukuran yang telah ditetapkan dan

gergaji putting digunakan untuk memotong bahan projek.Bagi membentuk lurah pahat dan

gandin kayu digunakan dan sambungan setiap permukaan bahan projek menggunakan

sambungan paku.

Kemasan dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Projek

yang sudan siap terbina akan digosok dengan menggunakan kertas pasir untuk mendapatkan

permukaan yang licin dan kemas.Disebabkan bahan asas projek berunsur kayu,syelek digunakan

untuk mendapatkan kemasan yang cantik dan licin.

Senarai bahan yang digunakan dalam projek

        

Bahan Binaan & Kemasan

Bil.     Item Spesifikasi Kuantiti

1     Kayu /Papan Jelutong 100mm x 120mm x 10mm 2

2 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 120mm x 10mm 2

3 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 100mm x 10mm 1

4 Kayu/Papan Jelutong 80mm x 50mm x 5mm 4

5 Kayu/Papan Jelutong 50mm x 100mm x 5mm  1

6 MDF Board  80mm x 100mm x 2mm  2

 7 Tombol Kayu  -  2

8 Syelek - 1Botol

9 Kertas Pasir - 3Keping

               

Alatan Tangan Yang Digunakan.

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 10: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

1. Pembaris

2. Sesiku L

3. Tolok Penanda

4. Pensel Penanda

5. Tukul Kuku Kambing

6. Tukul Warrington

7. Gandin kayu

8. Gergaji putting

9. Pahat Tepi Serong

10. Gergaji Lengkung Halus

11. Berus Syelek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 11: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Pengenalpastian masalahMengenal pasti masalahCth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan         Dokumen penting selalu hilang kerana tiada tempat simpan khas

Mengumpul maklumat dan dataData : maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah.Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk.Cara dapatkan maklumat :

        Pengalaman sendiri,Pembacaan dan penyelidikan, Soal selidik,Pemerhatian.

Rekaan projekProses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan.

- Membuat lakaran idea- Lakaran perkembangan idea- Lakaran projek pilihan- Lukisan Kerja

   Pemilihan ideaMenilai dan memilih idea yang paling sesuaiAspek yang diambilkira :

            Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada            Pengetahuan dan kemahiran sedia ada            Bahan & komponen sesuai, mudah didapati, kos rendah & tidak membebankan            Cara pembuatan produk mudah            Kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna            Mesra alam

Carta Gantt Dan Jadual Kerja Projek

Page 12: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

   Pemilihan reka bentukMenilai dan memilih konsep reka bentukFaktor utama penilaian reka bentuk :

           Fungsi - berfungsi dengan berkesan           Rupa bentuk – sesuai & menarik           Kesesuaian bahan – sesuai & mudah diperolehi           Kaedah binaan – sesuai & mudah           Ketahanan – tahan lasak           Kos – tidak terlalu tinggi           Kemasan – sesuai & menarik           Keselamatan – selamat digunakan           Nilai komersial – berpotensi untuk dipasarkan

   Perancangan pembinaan projek*Dilakukan dengan sistematik.*Mengenal pasti bahan dan kesesuaiannya*Sesuai dengan ketahanan projek*Mengenal pasti dan memilih alatan

Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek Mengukur, menanda dan memotong           Gunakan alat yang sesuai

Membina dan mencantum bahagian projekPembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.Bahan & alatan mesti sesuai Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan          Memastikan projek kukuh & berfungsi

Menguji dan menilai projekMemastikan projek berfungsi sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini. Membuat kemasanBahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekatTujuan :

           Menghasilkan permukaan licin & cantik           Melindungi permukaan projek           Memudahkan kerja pembersihan           Selamat untuk digunakan

Page 13: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

1. PendokumentasianDalam bentuk folio Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibinaDokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.

1.      Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna2.      Latar belakang :

             Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai            Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad            Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna

3.      Objektif dan fungsi produk :Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat

4.      Deskripsi produk             Bahan dan komponen        Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat

          produk dari segi jenis, kuantiti dan kos            Jadual kerja        Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik            Lukisan kerja        Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan

          dengan pembinaan

           Pembinaan        Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek        Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan &

          penyambungan

Page 14: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Anggaran Kos Projek            

    Pengiraan Kos untuk 1 unit ( Bahan A )

Bil. Item Spesifikasi Kuantiti Harga seunit Jumlah

1 Kayu /Papan Jelutong 100mm x 120mm x 10mm 2 RM 1.60 RM 3.20

2 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 120mm x 10mm 2 RM 1.50 RM 3.00

3 Kayu/Papan Jelutong 200mm x 100mm x 10mm 1 RM 1.10 RM 2.10

4 Kayu/Papan Jelutong 80mm x 50mm x 5mm 4 RM 0.80 RM 1.60

5 Kayu/Papan Jelutong 50mm x 100mm x 5mm 4 RM 0.60 RM 2.40

6 MDF Board 80mm x 100mm x 2mm 2 RM 1.20 RM 2.40

7 Tombol Kayu - 2 RM 0.20 RM 0.40

Pengiraan Kos Bahan Kemasan Untuk 10 Unit ( Bahan B )

Bil Item Spesifikasi Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1 Syelek 500ml 1Botol RM 5.60 RM 5.00

2 Kertas Pasir - 15Keping RM 1.20 RM 18.00

Kos Bagi 1 Unit.

Jumlah Kos Bahan A ( RM 15.10 ) + Kos 1 unit Bahan B ( RM 5.00 + RM 18.00 / 10 = RM 2.30 )

1 unit = RM 15.10 + RM 2.30 + RM 2.10 ( Upah Kerja ) = RM 19.50

Harga Seunit = RM 19.50

Cadangan Penambahbaikkan Projek

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 15: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Projek atau produk rekacipta yang dibina haruslah dibentang di paparkan untuk menguji

ketahanan dan mendapatkan maklum balas berkenaan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk

itu sendiri.Melalui maklum balas yang diterima,invidu yang mencipta dapat melakukan

penambaikan bagi memastikan produk yang dibina betul-betul berguna dan memberi

manfaat.Setiap penambahbaikan yang dilakukan juga haruslah mengambil kira penggunaan

bahan yang kukuh dan menarik perhatian pengguna di samping maklum balas yang diterima

dijadikan tunjang penambahbaikan itu sendiri.

Dalam Pembentangan Produk rekaan tempat simpanan alat tulis ini,dicadangkan di masa

akan datang agar saiz binaan produk ini dibesarkan ukuran mengikut kesesuain

penggunaannya.Selain itu juga,ruang untuk meletak pen atau pensil diperbanyakkan berbaning

sekarang yang hanya terdapat satu ruang.Mungkin dapat disediakan bahagian-bahagian untuk

meletakkan pensil,pen,pen marker,pembaris atau sebagainya.

Selain itu,mungkin dari segi kemasan boleh dipelbagaikan variasi seperti penggunaan

pelbagai warna dan boleh diperkemaskan dengan betuk corak atau ukiran di setiap permukaan

dinding pemuka.Dari segi reka bentuk pula boleh dibina dengan tanpa bucuan dan tepian yang

tajan di samping tapak yang lagi lebar dan kukuh.Tempat simpan alat tulis ini juga boleh

digabungkan dengan pembinaan kombinasi rak susunan buku bersebelahan agar kelihatan lagi

menarik serta memperbanyakkan lagi fungsi dan kegunaannya.

Rumusan Dan Refleksi

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 16: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Tempat atau meja kerja yang tersusun kemas dan teratur rapi dapat mempengaruhi cara

kerja kita.Sekiranya tempat kerja yang berselerak dan bersepah sedikit sebanyak akan

mengganggu urusan kerja seterusnya akan mengundang kepada kesalahan-kesalahan kecil yang

sering berlaku dalam urusan kerja tanpa kita sedari.

Dengan adanya tempat simpanan alat tulis ini,pelbagai manfaat yang dapat kita

terima.Urusan kerja kita seharian akan bertambah mudah tampa memikirkan di mana letaknya

alat tulis yang kita perlukan.kita juga tidak perlu lagi membuang masa yang lama untuk mencari

alat tulis yang sering kali kita letakkan dalam keadaan berselerak dan bersepah.Kita juga tidak

perlu lagi keluarkan duit untuk membeli alat tulis yang baru bagi menggantikan alat tulis yang

hilang dan ini dapat membantu kita dalam proses berjimat cermat seterusnya dapat membentuk

dan membimbing diri kita untuk lebih berdisplin dan mementingkan kekemasan.

Rujukan

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001

Page 17: Reka Cipta

HBLS 2203 Reka Cipta

Kemahiran Hidup BersepaduElektif Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia,1992.

Kemahiran Hidup BersepaduElektif Tingkatan 3.Selangor:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia,1992.

Pusat Perkembangan Kurikulum,1996.Reka Cipta Dalam Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Rendah 1,2,3.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.

Roslyn Smith,2000.Creative Get Ideas.Australia: Craftwork Books.

Roslyn Smith,2000.Inspirational APPLIQUE.Australia: Craftwork Books.

Nor Bahrin Bin Ishak 840131075267001