reka bentuk pengajaran bilik darjah

13
8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 1/13 0  ISI KANDUNGAN Pengenalan Model ASSURE A ± Analyze Students (Analisis Pelajar) S ± Select Objective (Memilih Objektif) S ± Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan)             R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar)       4 E ± Evaluate (Menilai)  Aplikasi A ± Analyze Students (Analisis Pelajar)      6 S ± Select Objective (Memilih Objektif)      7 S ± Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan) 7 R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar)     8 E ± Evaluate (Menilai)        9 Kesimpulan Refleksi Bibliografi Lampiran   

Upload: izyanti88

Post on 08-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 1/13

0

 

ISI KANDUNGAN

Pengenalan                                        

Model ASSURE

A ± Analyze Students (Analisis Pelajar)                        

S ± Select Objective (Memilih Objektif)                        

S ± Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan)              

R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar)             4

E ± Evaluate (Menilai)                  

 

Aplikasi

A ± Analyze Students (Analisis Pelajar)           6

S ± Select Objective (Memilih Objektif)           7

S ± Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan)     7

R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar)         8

E ± Evaluate (Menilai)               9

Kesimpulan                    

Refleksi                                          

Bibliografi

Lampiran

 

 

Page 2: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 2/13

 

Pengenalan 

Bagi menjana pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah, penggunaan bahan media

yang sesuai dan efektif adalah penting. Justeru, beberapa model telah di bentuk bagi

memastikan media yang ingin diguanakan adalah sesuai dan membawa kesan yang

mendalam pada diri pelajar. Menurut Dr Ismail Zain (2002:33) sesuatu media

pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti.

Tujuannya adalah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi

pembelajaran untuk membantu guru dalam proses menyampaikan penyampaian

maklumat kepada pelajar-pelajar.

Pemilihan media berkaitan dengan reka bentuk pengajaran ini kerana menrut Noriati A

Rashid (2009) reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang,

memilih dan menilai media pengajaran.  Biasanya, reka bentuk pengajaran mempunyai

ciri-ciri yang sama berdasarkan teori dan penyelidikan. Richey (1896) telah

menggariskan elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu menentukan keperluan

pelajar, menetukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk

dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai

keseluruhan sistem.

Harus diingatkan disini bahawa media yang hebat dengan teknologi yang tinggi tidak

cukup untuk membatu seorang pelajar itu mendapat ilmu yang   berkesan. Justeru

beberapa orang paka telah membina suatu model yang dapat membantu guru memilih

media dan menggunakannya dengan baik dan teratur. Model yang menggariskan

pemilihan bahan multimedia serta cara dan strategik penggunaanya  yang dimaksudkan

adalah model ASSURE.

 

 

 

 

Page 3: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 3/13

 

1.0 Model ASSURE

ASSURE merupakan akronim kepada model yang memperlihatkan panduan memilih

dan perancangan strategik penggunaan media yang di pilih. Model ini dicipta oleh

Heinich, Molenda dan Russel (1993). Model ini mengalami pembaharuan pada tahun2002.

Menurut Heinich (2002), model Assure ini menekankan pemilihan media dan langkah-

langkah penggunaannya.

Seperti yang telah di sebutkan ASSURE merupakan satu akronim kepada proses

pemilihan media dan cara penggunaannya. A mewakili Analyze Leaner (Analisis

Pelajar), S pula mewakili State Objective (menyatakan Objektif/hasil pembelajaran), S

yang seterusnya pula mewakili Select methods, media and material (pilih kaedah,

media dan bahan), U pula mewakili proses Utilize media and material (penggunaan

media dan sumber, R- require leaner participant (libatkan pelajar dalam pembelajaran)

dan E pula adalah untuk Evaluate and Revise (Nilai dan semak).

1.1 A ± Analisis Pelajar 

Menurut Heinich dan rakan-rakan (2002) penggunaan dan pemilihan bahan media

haruslah sesuai dengan pelajar. Dalam proses analisis pelajar, apa yang ditekankan

adalah perwatakan umum pelajar, pengetahuan sedia ada (Specific entry

competencies) dan gaya pembelajaran.

Dalam menganalisis perwatakan pelajar, watak yang utama dikenalpasti adalah umur,

tahap, sosio ekonomi, jantina dan budaya harus dianalisis dan dikenalpasti.sebagai

contoh apabila menganalisis pelajar dari segi jantina, secara umumnya kanak-kanak

perempuan akan menggemari warna yang lembut seperti pink dan kanak-kanak lelaku

mungkin suka warna yang gelap seperti hitam, maka pemilihan bahan media

pengajaran harus sesuai berdasarkan ciri ini. Ilmu yang diperoleh dimiliki oleh pelajar 

juga dikenal pasti supaya media dan arahan yang digunakan dapat diterima dengan

mudah berdasarkan lavel minda mereka. Gaya pembelajaran adalah penting untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dalam menggunakan bahan media,

Page 4: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 4/13

 

1.2 S ± State Objective (menyatakan objektif)

Menurut Dr Ismail Zain (2002), objektif ialah penyataan yang spesifik tentang kebolehan

atau prestasi yang akan ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut.

Munurut Heinich dan rakan-rakan (2002) objektif penting kerana daripada objektif kita

dapat memilih media serta menggunakan bahan yang betul. Pembentukan objektif 

harus bergantung kepada kumpulan sesaran, apakah yang hendak dicapai,

bagaimanakah henhak dicapai. Objektif yang bagus selalunya menggunakan konsep

ABCD dimana A mewakii audien. Siapakah audien kita?. B pula mewakili Behaviour 

iaitu perlakuan. Dalam objektif, perlakuan yang ditekankan adalah perlakuan baru yang

hendak di capai. C pula mewakili Condition (syarat). Untuk mendapatkan kebolehan

baru, audien terpaksa mengikuti syarat yang disertakan sekali di dalam objektif. Akhir 

sekali objektif yang bagus ialah degree pencapaian iaitu kayu ukur kejayaan dalam

mencapai objektif. Darjah pencapaian ini harus dicapai oleh audien bagi membuktikan

keberkesanan objektif.

Contoh penulisan objektif adalah seperti berikut:

Pelajar pemulihan   (A-audien) boleh membunyikan suku kata (Behaviour)   secara

bersuara (condition)  dengan betul dan jelas tanpa mengeja (degree).

1.3 S- Select (Pemilihan Kaedah, format media dan bahan)

Dalam proses pemilihan media, kaedah dan bahan harus dibuat secara sistematik dan

terancang, seorang guru itu harus bijak memilih langkah. Sesetengah guru terpaksa

memilih langkah yang pelbagai kerana gaya belajar muridnya yang pelbagai.

Pemilihan seterusnya pula ialah pemilihan format media.   Pemilihan format media

adalah pemilihan bahan secara fizikal. Contoh pemilihan format media adalah flip chart,

audio, computer dan lain-lain. Memilih format media adalah susah kerana seorang guru

itu seharusnya menimbangkan pelbagai aspek seperti kebesaran alat komputer,

kemudahan teknologi yang disediakan, kepelbagaian audien dan objektif yang

mempunyai aspek yang pelbagai. Bagi mendapatkan media yang bahan yang sesuai

biasanya seorang guru itu terpaksa melakukan tiga perkara iaitu memilih bahan yang

Page 5: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 5/13

 

sedia ada, mengubah suainya dan mereka bentuk satu bahan yang baru.guru juga

digalakkan menggunakan bahan yang sedia ada sekiranya bahan itu sesuai dengan

objektif yang dipilih.

Menurut Dr Ismail Zain (2002) ketika proses pemilihan seorang guru harus tahu aras

perbendaharaan atau ayat pelajar, bahan bacaan yang sesuai, kesesuaian ilustrasi

kepada umur pelajar, kemahiran tertentu untuk memanipulasikan bahan, kesesuaian

maklumat dengan penelitian pelajar dan aspek teknikal yang menggangu pelajar.

1.4 U-utilize (penggunaan media dan bahan)

Dalam langkah ini, apa yang di pentingkan adalah bagaimanakah media dan bahan

pengajaran digunakan  Menurut Hainich (2002), dalam penggunaan media, seseorang

itu harus pratonton bahan media, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan

pelajar untuk mendapatkan manfaatdan menyediakan pengalman kepada pelajar.

Antara soalan yang boleh digunakan bagi melicinkan langkah ini menurut Dr Ismail

Zain (2002)   iaialah, adakah bahan ini memerlukan perisian tertentu?, bagaimanakah

kedududkan bilik darjah?, di manakah kedudukan anda?, bagaimanakah anda

mengawal bilik darjah?, adkah cahaya sesuai?, adakah perisian memerlukan teknikal

dan pekakas elektrik?, dan dimanakah tempat penggunaan media?

1.5 R ± Require Learner Participant (Memerlukan penyertaan pelajar)

Menurut Hainich (2002) para pendidik menyatakan bahawa penglibatan yang aktif 

daripada pelajar akan memberikan kesan. Apa yang dititikberatkan dalam langkah ini

adalah respon pelajar. Latihan latih tubi, latihan bertilis, permainan dan sebagainya

boleh merangsang penglibatan pelajar. Pemilihan media yang sesuai sebenarnya dapat

membantu pelajar menglibatkan diri secara langsung. Kejayaan dalam penglibatan

pelajar akan menyebabkan mereka puas dan ini akan meningkatkan motivasi mereka

untuk terus belajar. Aktiviti yang dirancang oleh guru harus bersesuaian dengan diri

pelajar supaya mereka mempunyai minat untuk belajar dan mengekalkan penglibatan

dalam pembelajaran.

 

Page 6: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 6/13

 

1.6 E± Evaluate ( Nilai dan Semak Semula.)

Penilaian boleh dibuat semasa dan selepas pembelajaran. Penilaian adalah bertujuan

untuk memastikan keberkesanan penganalisisan pelajar, pencapaian objektif,

pemilihan media, tahap penglibatan pelajar dan proses yang sesuai.penilaian boleh

dibuat secara lisan ataupun pemerhatian dan ia juga di jalankan secara formal atau

tidak formal. Berikut merupakan beberapa soalan yang boleh digunakan dalam proses

penilaian :

a. Apakah perasaan anda? Seronok? Puas hati?

b. Adakah objektif tercapai?

c. Apakah kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

d. Apakah punca kekuatan?

(Noriati A. Rashid et.al, 2009)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 7: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 7/13

 

2.0 Penggunaan Media mengikut model ASSURE

Seorang guru pemulihan harus memahami setiap langkah dalam model ASSURE

supaya dapat memilih dan menggunakan media yang sesuai supaya pembelajaran

yang berlaku adalah berkesan. Sebagai guru pelatih saya mengaplikasikan model

ASSURE ini untuk mengajar anak murid saya membaca perkataan KV KV dalam subjek

bahasa melayu.

2.1 A ± Analisis Pelajar.

Dalam menganalisis pelajar, perkara yang di pentingkan adalah umur, tahap

pengetahuan pelajar, dan tahap kemahiran pelajar.

Bagi menggunakan model ASSURE ini, saya telah menganalisis pelajar pemulihan di

sebuah sekolah yang terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur. Pelajar ini merupakan

pelajar di dalam sebuah kelas pemulihan yang di beri nama Pemulihan Gemilang.

Pelajar-pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar tahap satu yang kebanyakannya berada

pada tahun 2 dan tahun 3. Mereka mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran

melukis dan mewarna, tetapi kebanyakan mereka terlalu gemar untuk menyanyi dan

mendengar lagu. Tahap penguasaan setiap mata pelajaran mereka tidak selaras

dengan umur mereka ini bermakna tahap peguasaan mereka dalam setiap subjek jauh

tertinggal daripada rakan seusia mereka. Jumlah murid pemulihan di sekolah terbabit

ialah seramai 10 orang.

Setelah menjalankan ujian gaya pembelajaran yang berada di layar sawang

http://www.businessballs.com/freepdfmaterials/vak_learning_styles_questionnaire.pdf  

(seperti yang lampiran 1) di dapati kebanyakkan mereka mempunyai gaya

pembelajaran visual.

2.2 S ± Menyatakan Objektif.

Objktif pengajaran saya adalah seperti berikut:

  Pada akhir pengajaran, apabila guru mengedarkan bahan relia KV KV kepada

setiap kumpulan,setiap ahli kumpulan dapat mengeja dan menulis   perkataan

Page 8: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 8/13

 

bahan relia tersebut dengan membatangkan dan menggabungkan suku kata KV 

KV dengan tepat, betul dan jelas serta menulisnya dengan betul hasil daripada

pembelajaran melalui slaid yang disediakan

Saya memilih objektif ini adalah kerana saya ingin memastikan media yang saya

gunakan adalah tepat sehingga murid dapat mengeja dan menulis perkataan KVKV

dengan sendiri tanpa bantuan seorang guru.

2.3 S ± Memilih Keadaan, Media dan Bahan

Kaedah yang dipilih oleh guru pelatih adalah kaedah koperatif antara guru dan pelajar 

dan kaedah latih tubi serta kaedah pandang sebut yang menggunakan kaedah VAK

(Visual, auditori dan kinestatik) dalam pengajaran membaca. Guru pelatih memilih

kaedah ini keedah ini kerana setiap pelajar di kelas pemulihan sangat memerlukan guru

dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perhatian dan kerjasama antara guru dan murid

adalah penting supaya murid tidak tercicir di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan

Kaedah VAK digunakan adalah untuk merangsang deria penglihatan dan pendegaran

pelajar. Ini adalah sesuai kerana kebanyakkan gaya pembelajaran mereka adalah

secara visual dan pengajaran mengeja memerlukan pelajar mendiskriminasi bunyi.

Pembelajaran secara kinestatik di gunakan adalah supaya mereka dapat mengingat

ejaan perkataan tersebut. Jadi media yang digunakan ialah slaid dan bahan relia

(bahan 3D asli).  Bahan relia dan internet digunakan untuk aktiviti pelajar.

Slaid (lampiran 2) yang digunakan terdapat unsur still picture, audio dan video.

Semuanya program ini digabung bagi membentuk satu slaid pengajaran menggunakan

powerpoint. Selain itu, video yang dipilih adalah daripada laman sesawang you tube

dan ada juga video yang dirakan sendiri oleh guru. Tujuannya adalah untuk menarikperhatian visual pelajar. Setiap perkataan yang hendak di ajar ejannya pula dirakamkan

suara supaya murid jelas.Still Picture yang digunakan adalah Still Picture karton yang

dimuat turun daripada layar sesawang.  Warna harmoni digunakan dalam penyediaan

slaid bagi memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian tanpa rasa jemu.

Page 9: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 9/13

 

Internet diperlukan kerana pengajaran saya memerlukan murid melayari laman

sesawang http://www.uluskum.net/remedial untuk mengikuti pengajaran saya. (Rujuk

Lampiran 3 bagi melihat Print Screen laman web tersebut)

2.3.6 U ± Mengguna media dan bahan

Pada mulanya saya akan pr atonton slaid yang bakal saya gunakan kepada pelajar-

pelajar dan diri saya. Hal ini bagi memastikan salid yang dibina tiada sebarang

kecacatan yang membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dengan pelajar dan

segala yang berada di dalam slaid itu adalah jelas dan bebas dari sebarang gangguan.

Selain itu saya juga akan memastikan seluruh komputer di makmal komputer berada

dalam keadaan baik begitu juga dengan LCD dan internet di sekolah terbabit.

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran, pada mulanya saya akan mengajar 

menggunakan slaid terlebih dahulu dengan cara memperdengarkan audio yang

dimainkan di dalam slaid tersebut dan mengulanginya sambil diikuti oleh murid. Setelah

murid menguasai kemahiran yang ingin diajar dalam slaid, guru akan meminta murid

menghidupkan komputer kemudian guru akan mengarahkan murid untuk melayari

laman web yang disebut sebentar tadi sebagai latihan. Selepas itu, guru

membahagikan murid dalam kumpulan kemudian guru mengedarkan bahan-bahan relia

yang berpekataan KVKV   pada setiap kempulan dan setiap kumpulan diminta

berbincang untuk mengeja danmenulis ejaan tersebut di atas kertas majung yang di

sediakan (Rujuk Lampiran 4 untuk melihat carta alir pengajaran dan pembalajaraan)

Dalam slot pertama, segala aktiviti dijalankan secara individu di makmal komputer 

manakala pada slot ke dua iaitu mengeja bahan relia, murid diminta kembali kedalam

kelas untuk membentuk kumpulan.

2.3.7 R ± Memerlukan Penglibatan Pelajar 

Dalam aktiviti yang dirancang, penglibatan pelajar adalah secara individu dan

berkumpulan. Bentuk respon yang di berikan oleh pelajar adalah dalam bentuk lisan

dan tulisan. Penglibatan secara individu amat di pentingkan supaya ia dapat memberi

Page 10: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 10/13

 

pengalaman sebenar kepada murid. Respon secara lisan di berikan oleh guru apabila

guru mengajar menggunakan slaid   ini kerada dalam penggunaan slaid tersebut ada

beberapa soalan yang harus dijawab oleh murid secara lisan.   Respon bentuk lisan

digunakan apabila guru mengejar pelajar menggunakan kaedah pandang sebut dan

kaedah abjad. Kaedah ini memerlukan pelajar memberi respon dalam bentuk lisan

manakala, dalam slot berkumpulan pula murid harus memberi respon secara bertulis.

Kedua-dua kaedah ini adalah mudah, cepat dan senang dijalankan oleh guru dan

pelajar.

Dalam proses pengajaran menggunakan slaid, murid diharapkan dapat mendengar 

audio pada slaid dan dapat mengulangnya. Sekirannya guru bertanya akan gambar 

pada slaid, murid diharapkan dapat memberi jawapan yang betul.

Dalam penggunaan latihan di layar sawang internet, guru juga mengharapkan murid

dapat menjawab semua perkataan dengan betul kerana ia menguji keberkesanan slaid

2.3.8 E ± Menilai (Evaluate and Revise)

Dalam penilaian yang dijalankan slaid yang dibina adalah kurang menarik kerana saya

tidak meletakkan animation pada setiap gambar di atas slaid. Pergerakkan gambar 

dapat membantu menarik perhatian murid secara menyeluruh. Selain itu rakaman suara

juga adalah kurang jelas, justeru saya akan memastikan rakaman suara yang dibuat

adalah lebih jelas dengan kekuatan yang lebih.

Selain itu perkataan Kv Kv di dalam slaid perlu ditambah supaya murid mendapat lebih

banyak kosa kata. Begitu juga dengan latihan di dalam slaid yang memerlukan respon

secara lisan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap pelajar berpeluang untuk memberi

respon.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid harus bergerak daripada bilik

komputer ke kelas pemuihan. Aktiviti ini memakan masa yang agak lama jadi saya

bercadang untuk tidak melakukan aktiviti tersebut dalam pengajaran saya dan mungkin

ianya boleh dijadikan sebagai aktiviti ulangkaji pada suatu hari.

Page 11: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 11/13

10

 

Bahan relia 3D adalah susah dibawa kerana saiznya yang besar dan memerlukan

jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada setiap kumpulan jadi, saya bercadang

untuk mengubah bahan 3D asli kepada bahan 2D dimana still picture digunakan.

3.0 Kesimpulan. 

Pengajaran yang baik seharunsnya memberi kesan yang mendalam kepada pelajarnya.

Pengajaran yang baik juga seharusnya memastikan apa yang di pelajari diingati hingga

ke akhir hayat. Salah satu faktor yang memastikan ianya berlaku adalah dengan

memastikan keberkesanan dan kesesuaian media untuk pelajar hal ini kerana, setiap

pelajar mempunyai keunikan tersendiri dan meraka memiliki pelbagai kecerdasan.

Salah satu model yang direka bagi memastikan hal ini berlaku adalah model ASSURE.

Model ini melibatkan penentuan objektif dan lain-lain lagi. Apa yang penting dalam

penggunaan model ini adalah seorang guru dapat mengetahui kekuatan dan

kelemahan murid, justeru, mereka yang mengaplikasikan model ini dapat mengenali

dan memahami akan pelajar mereka. Setelah itu, seorang guru itu juga dapat

mengubah suai corak pengajaran yang bersesuaian dengan diri mereka. Hal ini penting

bagi seorang guru pemuliahn kerana di dalam kelas pemulihan murid telah di

bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cergas sederhana dan lemah.

Pengagihan dibuat dengan menjalankan ujian diagnostik yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Moel ASSURE ini membantu guru membantu guru dalam semua hai termasuk dlam

menganalisis singgalah penilaian. Setip guru harus mengetahui dan memahami

langkah0langkah di dalam model ASSURE supaya pengajaran mereka sangat berkesa.

 

 

 

 

 

Page 12: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 12/13

11 

 

Refleksi. 

Penggunaan teknologi amat penting pada hari ini di dalam bidang pendidikan.

Perkembangannya yang rancak mengharuskan guru memilih bahan yang susuai bagi

membina media pengajaran yang berkesan. Tanpa media pengajaran yang baik,

pengajaran guru di anggap gagal dan sia-sia. Justeru satu model di bina oleh pakar 

sebagai panduan kepada guru untuk memilih media pengajaran yang tepat.

Sebenarnya terdapat beberapa model yang membolehkan seorang guru itu

menggunakan atau memilih media yang tepat, tetapi salah satu model yang di titik

beratkan di dalam pemilihan bahan media.

Dalam tugasan ini, saya telah di beri tugasan untuk membayangkan satu situasi proses

pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan saya menggunakan model ASSURE

dalam proses memilih media pengajaran. Sebenarnya tugasan ini amat menarik kerana

ia menguji kefahaman saya dalam mengaplikasikan model tersebut untuk digunakan

pada hari kelak. Tugasan ini juga sebenarnya memberi peluang dan ruang kepada saya

untuk meneroka pelbagai sumber yang boleh dijadikan media pengajaran yang

berkesan.

Melalui tugasan ini pembacaan saya trerhadap model ASSURE yang di pelopori oleh

Heinich, Molenda dan Russel pada tahun 1993. Pembacaan yang luas terhadap model

ini menyebabkan kefahaman saya meningkat dan saya yakin untuk mengaplikasikan

model ini dengan sebaiknya.

Selain itu, dalam penghasilan media yang baik, pengaplikasian pengetahuan dalam

beberapa kemahiran adalah diperlukan. Contohnya kemahiran merakam menggunakan

Audacity, kemahiran menggunakan movie maker dan kemahiran memuat turun .

Tugasan ini juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menilai keberkesanan

media pengajaran yang saya hasilkan. Penilaian amat penting supaya apabila saya di

tugaskan untuk menghasilkan media saya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan

ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih lancar.

 

Page 13: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

8/7/2019 Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah

http://slidepdf.com/reader/full/reka-bentuk-pengajaran-bilik-darjah 13/13

12