rejam lembing

Upload: muhamad-hisyamudin-jusoh

Post on 09-Jul-2015

383 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Pengenalan

Merejam atau membaling lembing

merupakan acara balingan yang tertua dan

dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan lembing untuk memburu serta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sukan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadi acara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang penting di dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh seseorang peserta.

Kelengkapan

Kasut

Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

Gelanggang

Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai. Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut. 1. Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan berjarak 8m dari penanda arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta-peserta. 2. Penanda arc yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan rejaman, dan tidak boleh dipijak oleh peserta. 3. Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.

Lembing

Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33cm. Bahagian grip berukuran antara 15-16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur 18 tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat graviti lembing. Berat minimun lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.

Pita pengukur

Pemenang ditentukan menerusi ukuran, oleh itu alat pengukur amatlah diperlukan iaitu pita pengukur. Setiap rejaman hendaklah diukur kecuali rejaman yang dibatalkan. Pada masa kini alat pengukur elektronik banyak digunakan terutama semasa kejohanan antarabangsa. Contohnya Sukan SEA dan Sukan Asia. Pengukuran dengan cara ini lebih cepat dan tepat. . pakaian

Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam a in hendaklah mematuhi etika tentang pakaian. Pakaian hendaklah sesuai dengan acara yang dipertandingkan. Kasut yang sesuai, iaitu spikes adalah diperlukan. Jika menggunakan kasut getah, peserta hendaklah memastikan kasut itu berada dalam keadaan baik. Pastikan bahagian tapak sesuai dan memberikan keselesaan kepada pemakai.

Garisan

Garisan atau penanda merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan rejaman atau pendaratan lembing. Garisan arc dibentuk pada bahagian hadapan kawasan larian. Garisan ini sebagai pemisah antara pergerakan larian dan rejaman peserta dalam acara ini. Peserta boleh memijakkan kaki ke dalam kawasan arc tetapi tidak boleh menyentuhnya dengan kaki atau tangan. Jika perkara ini berlaku, maka rejaman yang bakal dilakukan oleh peserta dikira batal.

FASA MEMBUAT REJAMAN

Memegang Lembing

Sebelum mempelajari cara merejam lembing, seseorang perejam lembing hendaklah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga cara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada mereka yang baru menceburkan diri. 1. Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang disebut cara ladam kuda. 2. Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. 3. Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain.

Peringkat-peringkat Merejam Lembing

Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat transisi, peringkat berlari, peringkat mengundurkan diri dan peringkat. Melepas

Peringkat Transisi

a. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan. b. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang. c. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah. d. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.

Peringkat Berlari

a. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing. b. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah membengkok ke hadapan. c. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 12 langkah pada kelajuan sederhana atau perlahan.

Peringkat Berundur a. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing mendarat. b. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang daripada penanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda arc. c. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.

Peringkat Melepas a. Peserta membuka langkah seluas mungkin. b. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat. c. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan. d. Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.

Undang-undang Dan Peraturan

a. Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu bergantung pada keselesaan peserta. b. Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan kepada setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman lagi. c. Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang diberikan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu. d. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar dari

bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna. e. Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan rejamannya sempurna. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan, dan sebarang jarak yang melebihi peserta lain dikira pemenang. f. Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil 1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2 memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4 akan mengenal pasti pendaratan lembing. g. Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.

KESALAHAN YANG BIASA DALAM REJAMAN LEMBING

a.

Kedudukan lembing jauh dari telinga, ini akan mempengaruhi daya yang dikenakan oleh bahu kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya pada lembing.

b.

Terlalu menumpukan perhatian pada larian landas sehingga koordinasi badan untuk melakukan rejaman tidak diperolehi.

c.

Tidak menanamkan tumit dengan kukuh dan baik dan ini menyebabkan tiada daya tindakbalas antara tumit dan bumi.

d.

Kedudukan torso terlalu menegak hinga menyebabkan tapak rejaman terlalu kecil untuk mewujudkan kelajuan perejam.

e.

Kedudukan torso terlalu jauh kebelakang dan kaki terlalu luas dikangkangkan, ini menyebabkan halaju pusat graviti berkurangan dan bahagian pinggang tidak melintasi melebihi kaki hadapan maka ini akan mempengaruhi jarak dan kelajuan lembing

f.

Tidak dapat mengawal badan semasa membuat rejaman kerana larian landas yang terlalu laju.

g.

Tidak ada pergerakan yang menyentap giroskopik kepada rejaman.

( flik ) yand dapat memberi kesan

h.

Tidak mengikut lajak selepas melakukan rejaman ( hayunan badan dan kaki )

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN a. Saiz kumpulan jangan terlalu ramai untuk memudahkan kawalan. b. Lembing hendaklah dibawa dengan cara menegak dengan kedudukan muncung ke bawah. c. Elakkan diri daripada berlari semasa membawa lembing kecuali ketika membuat rejaman. d. Semua perejam hendaklah berdiri dibelakang garisan yang telah disediakan dan bergerak ke hadapan apabila mendapat arahan daripada guru. e. Jurulatih mesti memastikan tidak ada seorang pun berada dalam kawasan pendaratan dan sekitarnya.