refleksixcv xzcvzx

7
Refleksi Saya dan pasangan praktikum, Syazana telah berjaya menyiapkan Tugasan 1 ini dengan jayanya. Setelah dibahagikan tajuk, kami telah mendapat tajuk Berat untuk tugasan ini. Jadi kami mengambil masa untuk berbincang mengenai sub-tajuk yang ingin diajar, tahun yang ingin diajar serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan digunakan untuk pengajaran tugasan ini. Semasa berbincang, saya dan rakan cuba memahami kehendak tugasan. Tugasan ini memerlukan kami untuk merancang satu pengajaran bagi menyelesaikan masalah matematik berperkataan yang memerlukan kami menggunakan teknik visualisasi. Pada masa yang sama, kami perlu mengaplikasikan mana-mana model penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai untuk tajuk yang ingin kami ajar. Menurut beberapa kajian yang telah dibuat, teknik visualisasi merupakan satu teknik pengajaran yang menggunakan gambar rajah. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan murid menggambarkan soalan dan masalah yang diberikan. Murid akan mudah menjawab soalan yang diberikan dengan bantuan gambar rajah yang dibina dan ditunjukkan terutama bagi murid yang lemah dalam membuat gambaran. Terdapat beberapa model yang boleh digunakan untuk menjawab soalan penyelesaian masalah dalam Matematik. Antara model tersebut ialah Kaedah Pemprosesan Selari, Model Polya, dan

Upload: muhammad-izaan

Post on 27-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

xzdzf

TRANSCRIPT

Refleksi

Saya dan pasangan praktikum, Syazana telah berjaya menyiapkan Tugasan 1 ini dengan jayanya. Setelah dibahagikan tajuk, kami telah mendapat tajuk Berat untuk tugasan ini. Jadi kami mengambil masa untuk berbincang mengenai sub-tajuk yang ingin diajar, tahun yang ingin diajar serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan digunakan untuk pengajaran tugasan ini.Semasa berbincang, saya dan rakan cuba memahami kehendak tugasan. Tugasan ini memerlukan kami untuk merancang satu pengajaran bagi menyelesaikan masalah matematik berperkataan yang memerlukan kami menggunakan teknik visualisasi. Pada masa yang sama, kami perlu mengaplikasikan mana-mana model penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai untuk tajuk yang ingin kami ajar.Menurut beberapa kajian yang telah dibuat, teknik visualisasi merupakan satu teknik pengajaran yang menggunakan gambar rajah. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan murid menggambarkan soalan dan masalah yang diberikan. Murid akan mudah menjawab soalan yang diberikan dengan bantuan gambar rajah yang dibina dan ditunjukkan terutama bagi murid yang lemah dalam membuat gambaran.Terdapat beberapa model yang boleh digunakan untuk menjawab soalan penyelesaian masalah dalam Matematik. Antara model tersebut ialah Kaedah Pemprosesan Selari, Model Polya, dan sebagainya. Dalam proses pengajaran kami, kami telah memilih Model Polya. Kami telah mempelajari kaedah penyelesaian ini dalam semester yang lalu. Jadi kami ingin mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran kami.Saya dan pasangan membuat perbincangan untuk membina satu rancangan pengajaran harian yang perlu dijalankan secara berpasangan. Kami memberikan idea masing-masing dan akhirnya kami telah berjaya menyiapkan rancangan pengajaran harian tersebut di bawah tajuk Berat. Kami telah mengambil murid tahun 5 sebagai kumpulan sasaran kami.Kami telah mengagihkan bahagian pengajaran masing-masing. Saya perlu memulakan pengajaran dalam langkah Set Induksi, Langkah 1 iaitu penerangan konsep dan Langkah 2. Manakala pasangan saya meneruskan pengajaran sehingga akhir. Pengajaran berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Murid menunjukkan pemahaman yang baik dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat menggunakan model penyelesaian masalah yang kami dedahkan.Namun begitu terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa menjalankan pengajaran ini. Antara masalah tersebut ialah, bilangan murid yang terlibat dalam pengajaran kami adalah sedikit. Hal ini berikutan, sebilangan besar murid tahun 5 terlibat dengan latihan untuk persembahan sempena sambutan hari kemerdekaan. Murid yang tinggal hanyalah murid yang lemah. Namun begitu, saya dan rakan tetap meneruskan pengajaran dan merendahkan aras mengajaran kami untuk mereka. Akhirnya mereka mendapat input yang kami ingin sampaikan.Kelemahan lain yang wujud ialah dari aspek menarik perhatian murid. Murid yang lemah kebanyakannya suka berangan-angan dan menjalankan kerja lain. Memreka tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam pengajaran saya. Jadi penambahbaikan yang boleh saya lakukan dalam pengajaran akan datang ialah menggunakan bahan maujud atau melibatkan murid dalam penerangan konsep. Sebagai contoh, bagi tajuk berat ini, saya boleh membawa alat penimbang dan meminta murid menimbang berat masing-masing dan membaca berat pada alat penimbang tersebut.Selain itu, saya juga perlu menambahkan ilmu mengenai penerangan konsep yang betul kepada murid-murid. Saya perlu mendalami sesuatu tajuk dengan baik supaya saya dapat menyampaikan konsep yang betuk kepada murid dengan menggunakan kaedah, strategi dan pendekatan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila sesuatu konsep itu telah saya kuasai, saya akan lebih berkeyakinan dalam menyampaikan pengajaran saya di hadapan murid-murid yang saya ajar.Kami turut merakam pengajaran kami untuk membuat refleksi. Banyak yang telah saya perolehi sepanjang menyelesaikan tugasan 1 ini. Rakan praktikum saya turut membantu saya menambahbaikkan pengajaran saya. Beliau banyak memberi pandangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi pengajaran saya untuk masa akan datang.Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya dan pasangan dalam menyiapkan tugasan ini. Pihak sekolah telah banyak membantu kami melaksanakan tugasan ini. Saya akan menggunakan segala ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini untuk masa hadapan saya setelah menjejakkan kaki ke sekolah selaku seorang guru.

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya dan pasangan dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan.Setelah mendapat kerja kursus ini, saya dan pasangan, Nur Syazana telah membuat perbincangan ringkas mengenai tugasan yang terdapat dalam kerja kursus ini. Kerja kursus ini merangkumi dua bahagian tugasan. Untuk tugasan yang pertama, saya dan rakan praktikum perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kemudian kami perlu menjalankan pengajaran secara berpasangan menggunakan RPH yang dirancang.Saya dan rakan mengambil murid tahun 5 sebagai sasaran kami. Dalam tugasan ini, kami perlu nggunakan teknik visualisasi yang dikatakan mampu menarik minat dan memberi lebih kefahaman kepada murid termasuk murid yang lemah. Ternyata sememangnya teknik ini berjaya memberi kefahaman kepada murid. Pada masa yang sama, kami perlu menggunakan model penyelesaian masalah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik berayat dalam pengajaran kami.Kami telah menggunakan model Polya untuk membantu murid menyelesaikan masalah yang diberikan. Model ini memudahkan murid menyelesaikan masalah kerana ia mengandungi langkah-langkah yang jelas dan teratur. Murid dapat menjawab soalan dengan baik apabila menggunakan model tersebut. Pengajaran yang dijalankan berlaku dengan lancar dan teratur.Tugasan kedua pula memerlukan saya mencari maklumat mengenai pengajaran di era globalisasi. Tugasan ini agak mencabar. Saya berusaha mendapatkan maklumat dalam membuat esei berkenaan kehendak tugasan tersebut. Selain itu juga, saya dan pasangan juga perlu menyediakan satu RPH lain untuk pengajaran yang bersesuaian dengan era globalisasi. Kami telah memilih pendekatan dan kaedah konstruktivisme. Kaedah ini lebih berpusatkan murid. Semua langkah yang dibuat dilakukan oleh murid.Kami turut menggunakan murid tahun 5 sebagai sasaran. Kami berjaya menjalankan pengajaran tersebut dengan lancar dengan kerjasama murid-murid. Mereka kelihatan seronok menjalankan langkah sendiri. Pada masa yang sama, mereka mampu menerima pelajaran dengan baik.Banyak ilmu baru yang saya perolehi sepanjang tempoh menjalankan tugasan untuk kerja kursus ini. Antaranya ialah pengajaran yang baik perlulah menggunakan kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan. Pengajaran bukan sahaja perlu menarik, ia juga perlu memberi keseronokan kepada murid-murid agar murid tidak tertekan semasa belajar.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan praktukum saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dan telah memberi banyak ilmu baru kepada saya dalam mempertingkatkan prestasi saya dalam pengajaran. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama kepada kami untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini. Tanpa kerjasama pihak sekolah, kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya. Ilmu tersebut akan saya gunakan untuk masa hadapan. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini.Semua ilmu dan pengetahuan baru yang saya perolehi akan saya gunakan untuk bekalan mengajar di sekolah akan datang. Kaedah dan teknik yang sesuai akan menentukan kejayaan satu pengajaran tersebut. Jadi, saya akan memilih kaedah, strategi dan pendekatan yang paling sesuai untuk murid-murid saya kelak agar mereka dapat menerima pengajara saya dengan baik dan pada masa yang sama mereka terhibur dengan pengajaran saya.