refleksikendiri

6
REFLEKSI KENDIRI

Upload: cva-raj

Post on 18-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rrr

TRANSCRIPT

REFLEKSIKENDIRI

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya teleh berjaya melaksanankan program Bina Insan Guru Fasa 4 bagi tahun 2015 yang telah dilaksanakan di SK Chegar perah,Kuala Lipis selama 2 hari 1 malam dan SK Wan Ibrahim Kuala Lipis selama sehari.. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu hasrat ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang selaras dengan FPK dan FPG. Guru ialah pembina generasi Malaysia, oleh itu pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul yang selaras dengan Wawasan 2020.Dari program Bina Insan Guru ini, saya telah mendapati kepentingan membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkankemantapan pelbagai aspek seperti segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan. Bukan ini sahaja, program ini juga boleh memupuk nilai-nilai individu yang unggul, khususnya kepada para pendidik sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik.

Dalam pelbagai aktiviti program Bina Insan Guru, saya dapat mempelajari cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain. Walaupun ahli kumpulan saya memiliki personaliti yang tersendiri, tetapi kami selalu saling hormat dan menghormati tidak kira bangsa dan agama.Sebelum ini, saya kurang bergaul dengan kawan bangsa dan opsyen lain, tetapi dalam program ini, saya berpeluang berkawan dengan rakan yang bangsa lain. Perkara ini secara tidak lansung telah mencapai hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu slogan Satu Malaysia . Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku.Saya juga mendapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah amat penting.Hal ini demikian untuk memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Program Bina Insan Guru juga mengajarkan saya perlu sentiasa berdaya tahan yang tinggi. Ketahanan fizikal seperti kecergasan, ketahanan diri; ketahanan mental seperti berfikiran positif, terbuka dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang; ketahanan emosi seperti memahami dan mengawal emosi; ketahanan spritual seperti kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah.Pelbagai ketahanan ini telah diterapkan ke jati diri saya. Paling susah kepada saya ialah ketahanan mental, kerana masa yang tidak cukup untuk merehat telah menjejaskan fikiran mental saya. Saya tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuh untuk sebahagian aktiviti.Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang terpendam dalam diri seseorang.Saya telah memperhatikan sebenarnya terdapat banyak orang yang mahir memasak dalam kumpulan kami.Makanan yang mereka sedia kepada semua guru pelatih dan jurulatih bukan sahaja sedap, ia juga mempaparkan kebijaksanaan ahli kumpulan saya untuk menyediakan makanan dengan bahan-bahan yang terhad.

Program Bina Insan Guru Berjaya melahirkan guru-guru pelatih yang berjiwa merdeka dan perkasa.Masa itulah emas, masa yang tidak cukup telah menambahkan baik pengurusan diri seperti pembina disiplin kendiri, berdikari, penampilan dan ketrampilan.Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-ahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu ketika proses penyiapan portfolio ini berlangsung. Segala komitmen mereka amat dihargai.Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada saya Kerjasama dari semua pihak menjadikan program BIG ini dapat berjalan dengan lancar.Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan saya untuk menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat dan dorongan yang amat bermakna untuk saya terus berusaha.Akhir sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung bagi menjayakan program ini.Sesungguhnya jasa kalian amat saya hargai.Sekian terima kasih.