refleksi.docx

2
REFLEKSI Tugasan projek yang diberikan memberi banyak pengalaman yang berharga kepada saya. Bermula dari tugasan pertama iaitu membanding beza pentaksiran formatif dan sumatif telah membantu saya dalam memahami persamaan dan perbezaan kedua-dua jenis pentaksiran ini. Sebelum saya mula mencari maklumat tentang perbezaan dan persamaan kedua-dua jenis pentaksiran ini, saya hanya tahu bahawa pentaksiran formatif adalah sepanjang masa dan pentaksiran sumatif adalah bagi hujung semester. Namun setelah membuat carian, rupanya terdapat banyak aspek lain yang saya masih belum teroka sebelum ini. Semasa membina pengurusan grafik saya juga belajar memahami kedua-dua pentaksiran ini.Seterusnya bagi tugasan mencari permasalahan, sebelum memulakan carian saya memang sedia tahu beberapa masalah pentaksiran bagi Pendidikan Moral di sekolah, hasil perbincangan bersama pensyarah ketika dalam kelas. Pensyarah banyak memberi pendedahan berkenaan permasalahan pentaksiran yang berlaku di sekolah dan setelah membuat kajian, penemuan baru saya tidak begitu banyak. Seterusnya, beralih kepada pembinaan JSU, di sinilah bermulanya perubahan tingkah laku dalam diri saya iaitu dari tidak tahu apa-apa sehingga mampu membuat soalan. Pada mulanya saya faham apa yang telah disampaikan oleh pensyarah semasa dalam taklimat tugasan projek, akan tetapi saya tidak dapat selaraskan apa yang telah disampaikan oleh penyarah dengan soalan yang diberi. Saya tidak pasti sama ada penetapan peratus setiap aras mengikut Taksonomi Bloom itu sudah tetap atau saya sendiri yang tetapkan. Kemudiannya saya mendapatkan tunjuk ajar dari beberapa orang rakan yang tahu dan faham tentang pembinaan JSU dan saya pun mampu membina satu JSU.

Upload: ping-lik-ling

Post on 16-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI.docx

REFLEKSI

Tugasan projek yang diberikan memberi banyak pengalaman yang berharga kepada

saya. Bermula dari tugasan pertama iaitu membanding beza pentaksiran formatif dan

sumatif telah membantu saya dalam memahami persamaan dan perbezaan kedua-dua jenis

pentaksiran ini. Sebelum saya mula mencari maklumat tentang perbezaan dan persamaan

kedua-dua jenis pentaksiran ini, saya hanya tahu bahawa pentaksiran formatif adalah

sepanjang masa dan pentaksiran sumatif adalah bagi hujung semester. Namun setelah

membuat carian, rupanya terdapat banyak aspek lain yang saya masih belum teroka

sebelum ini. Semasa membina pengurusan grafik saya juga belajar memahami kedua-dua

pentaksiran ini.Seterusnya bagi tugasan mencari permasalahan, sebelum memulakan carian

saya memang sedia tahu beberapa masalah pentaksiran bagi Pendidikan Moral di sekolah,

hasil perbincangan bersama pensyarah ketika dalam kelas. Pensyarah banyak memberi

pendedahan berkenaan permasalahan pentaksiran yang berlaku di sekolah dan setelah

membuat kajian, penemuan baru saya tidak begitu banyak.

Seterusnya, beralih kepada pembinaan JSU, di sinilah bermulanya perubahan

tingkah laku dalam diri saya iaitu dari tidak tahu apa-apa sehingga mampu membuat soalan.

Pada mulanya saya faham apa yang telah disampaikan oleh pensyarah semasa dalam

taklimat tugasan projek, akan tetapi saya tidak dapat selaraskan apa yang telah

disampaikan oleh penyarah dengan soalan yang diberi. Saya tidak pasti sama ada

penetapan peratus setiap aras mengikut Taksonomi Bloom itu sudah tetap atau saya sendiri

yang tetapkan. Kemudiannya saya mendapatkan tunjuk ajar dari beberapa orang rakan

yang tahu dan faham tentang pembinaan JSU dan saya pun mampu membina satu JSU.

Apabila mula membina soalan-soalan objektif, saya mengambil lebih masa untuk

menyediakannya berbanding soalan subjektif. Hal ini kerana selain dari membuat soalan

berdasarkan ars Taksonomi Bloom, saya juga harus menitikberatkan faktor umur dan

kognitif kanak-kanak yang berumur 8 tahun (Tahun 2) serta bagaimana bentuk soalan yang

sesuai dengan mereka kemudian perlu menyediakan beberapa jawapan palsu. Mencipta

jawapan palsu juga salah satu faktor yang melambatkan proses menyiapkan tugasan projek

ini. Namun setelah berjaya mencipta 20 soalan objektif, barulah saya berasa lega dan

bangga kerana ini adalah pertama kami dalam hidup saya menyediakan soalan

peperiksaan.

Kesemua pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari sepajang proses

menyiapkan tugasan projek ELM3103 ini akan saya aplikasikan apabila dihantarkan ke

sekolah kelak untuk menjadi guru yang berkualiti.