red riding

4
GADIS BERJUBAH MERAH Di sebuah kampung, tinggal seorang gadis bernama Nini yang tinggal bersama-sama ibu dan ayahnya di dalam sebuah rumah kecil. Tidak jauh daripada rumah tersebut, terdapat sebuah lagi rumah kecil yang didiami oleh neneknya. Nini selalu memakai jubah berhud berwarna merah pemberian neneknya. Oleh sebab itu, dia digelar Gadis Berjubah Merah. Pada suatu pagi, ibu Gadis Berjubah Merah menyuruhnya menghantar makanan ke rumah neneknya. Ibu : Anak, pakailah jubahmu dan pergilah berjumpa nenekmu. Dia sedang sakit. Nah, ambil sekali bakul ini. Ibu telah meletakkan makanan yang boleh membantu nenek kamu untuk sembuh. Gadis Berjubah Merah :Baiklah ibu. Gadis Berjubah Merah berjalan di dalam hutan sambil menyanyi menuju ke rumah neneknya. Sepanjang perjalanan, terdapat bunga ros yang cantik dan berkembang mekar di dalam hutan tersebut. Jadi dia berhenti untuk memetik beberapa kuntum bunga ros untuk dihadiahkan kepada neneknya. Sedang asyik Gadis Berjubah Merah memetik bunga, datang seekor serigala menegurnya, “Selamat Pagi Gadis Berjubah Merah.” Gadis Berjubah Merah berpusing ke belakang dan melihat seekor serigala yang besar. Namun begitu, dia tidak tahu serigala ialah

Upload: dyaz-d-hererra

Post on 28-Apr-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

read

TRANSCRIPT

Page 1: Red Riding

GADIS BERJUBAH MERAH

Di sebuah kampung, tinggal seorang gadis bernama Nini yang tinggal bersama-sama

ibu dan ayahnya di dalam sebuah rumah kecil. Tidak jauh daripada rumah tersebut,

terdapat sebuah lagi rumah kecil yang didiami oleh neneknya. Nini selalu memakai

jubah berhud berwarna merah pemberian neneknya. Oleh sebab itu, dia digelar Gadis

Berjubah Merah.

Pada suatu pagi, ibu Gadis Berjubah Merah menyuruhnya menghantar makanan ke

rumah neneknya.

Ibu : Anak, pakailah jubahmu dan pergilah berjumpa nenekmu. Dia sedang sakit.

Nah, ambil sekali bakul ini. Ibu telah meletakkan makanan yang boleh membantu

nenek kamu untuk sembuh.

Gadis Berjubah Merah :Baiklah ibu.

Gadis Berjubah Merah berjalan di dalam hutan sambil menyanyi menuju ke rumah

neneknya. Sepanjang perjalanan, terdapat bunga ros yang cantik dan berkembang

mekar di dalam hutan tersebut. Jadi dia berhenti untuk memetik beberapa kuntum

bunga ros untuk dihadiahkan kepada neneknya.

Sedang asyik Gadis Berjubah Merah memetik bunga, datang seekor serigala

menegurnya, “Selamat Pagi Gadis Berjubah Merah.”

Gadis Berjubah Merah berpusing ke belakang dan melihat seekor serigala yang besar.

Namun begitu, dia tidak tahu serigala ialah binatang jahat di dalam hutan tersebut. Oleh

sebab itu, dia tidak takut.

Serigala : Apa yang kamu bawa Gadis Berjubah Merah?

Gadis Berjubah Merah : Beberapa kuntum bunga ros dan makanan untuk

nenekku yang sakit.

Serigala : Kasihan nenek kamu. Di mana dia tinggal?

Gadis Berjubah Merah : Tidak jauh dari sini, hanya beberapa meter di hadapan.

Page 2: Red Riding

Serigala kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada Gadis Berjubah Merah

dan gadis itu kembali mencari bunga.

Akhirnya dia sampai di anjung rumah kecil nenek Gadis Berjubah Merah dan mengetuk

pintu rumah itu.

Nenek : Siapa itu?

Serigala : Cucumu, Gadis Berjubah Merah.

Nenek : Pintu tidak berkunci nakk. Masuk sahaja.

Serigala masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke katil dan ada seorang nenek

yang sedang berehat di situ.

Nenek berasa terkejut kerana melihat Serigala yang masuk ke dalam rumahnya, terus

melompat keluar dari katilnya dan bergegas menyorok ke dalam almari baju yang

terdekat. Tanpa disedari, topinya terjatuh. Serigala ternampak topi tersebut lalu

memakainya dan membaringkan dirinya di atas katil.

Tidak lama kemudian, Gadis Berjubah Merah mengetuk pintu lalu masuk ke dalam

rumah dan terus menuju ke katil di mana neneknya selalu berehat.

Gadis Berjubah Merah : Selamat pagi nenek. Saya ada bawa sedikit makanan dan

beberapa kuntum bunga yang saya petik di hutan tadi.

Gadis Berjubah Merah duduk di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan katil

neneknya.

Gadis Berjubah Merah : Besarnya telinga nenek!

Serigala : Supaya nenek dapat mendengarmu dengan jelas wahai cucuku.

Gadis Berjubah Merah : Besarnya mata nenek!

Serigala : Supaya nenek dapat lihat kamu dengan jelas wahai cucuku.

Gadis Berjubah Merah : Tapi hidung nenek pun……besar.

Page 3: Red Riding

Serigala : Supaya nenek dapat menghidu dengan baik wahai cucuku.

Gadis Berjubah Merah : Tapi nenek…..mulut nenek besar juga.

Serigala : Supaya nenek dapat memakanmu, hahaha…

Serigala berkata lalu terus ingin menerkam Gadis Berjubah Merah. Gadis itu terus

menjerit meminta pertolongan. Kebetulan pada waktu itu, bapanya sedang dalam

perjalanan ke rumah neneknya. Dia mendengar jeritan anaknya lalu terus berlari ke

dalam rumah dan menghalau serigala itu dengan menggunakan kapak yang ada di

tangannya.

Semua orang terselamat daripada dimakan serigala itu. Gadis Berjubah Merah

mendengar suara neneknya di dalam almari dan membuka almari tersebut. Neneknya

itu terus dipeluknya. Selepas hari itu, nenek Gadis Berjubah Merah dibawa ke rumah

dan dijaga dengan baik sehingga neneknya sembuh.

Tamat.