realism,marxism.mercantalism

7
SOALAN 1 Pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism adalah tiga pendekatan utama dalam kajian Hubungan Antarabangsa. Walau bagaimana pun sesetengah sarjana berpendapat bahawa tiga teori utama ini sudah tidak lagi memadai dalam menganalisis disiplin hubungan antarabangsa kini. Adakah anda bersetuju? Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, terdapat tiga teori atau perspektif utama yang digunakan iaitu Realisme, Liberalisme, Marxisme. Secara amnya, Realism adalah teori yang menekankan state atau negara sebagai aktor tunggal dan menolak aktor-aktor lain seperti individu dan institusi antarabangsa. Selain itu, Realism juga menekankan power atau kuasa. Hal ini kerana, segala pembuatan keputusan atau dasar adalah berkaitan dengan peningkatan kuasa terutamanya mengenai keselamatan dan pertahanan. Realist melihat negara yang kuat adalah negara yang memiliki sistem pertahanan yang baik. Bagi Liberalist pula, individu menjadi unit analisis terpenting dan aktor state hanya memainkan peranan yang minima. 1 Hal ini kerana, Liberalist berpendapat bahawa peranan individu penting dalam pembuatan keputusan mengenai dasar atau perundangan. Marxism pula adalah teori yang membincangkan mengenai pergelutan di antara kelas masyarakat (bourgeois, proletariat dan peasants) yang terbentuk akibat daripada perbezaan taraf hidup dan ekonomi. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa, ketiga-tiga pendekatan ini tidak lagi relevan dan memadai dalam menganalisis hubungan antarabangsa kini. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan beberapa teori lain seperti Neo- realisme, Neo-liberalisme, Neo-marxisme dan juga International Society yang dianggap mampu untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai situasi yang berlaku dalam dunia antarabangsa. Hal ini kerana, teori-teori ini lebih praktikal dan mampu menjelaskan dunia antarabangsa keseluruhannya manakala skop Realisme, Liberalisme dan Marxisme hanya tertumpu kepada 1 Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., International Relations Theory (5 th Edition), United States: Pearson Education, 2012, hlm. 132. 1 | Page

Upload: jackly-salimi

Post on 15-Feb-2015

178 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Realism,Marxism.mercantalism

SOALAN 1

Pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism adalah tiga pendekatan

utama dalam kajian Hubungan Antarabangsa. Walau bagaimana pun

sesetengah sarjana berpendapat bahawa tiga teori utama ini sudah

tidak lagi memadai dalam menganalisis disiplin hubungan

antarabangsa kini. Adakah anda bersetuju?

Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, terdapat tiga teori atau perspektif

utama yang digunakan iaitu Realisme, Liberalisme, Marxisme. Secara amnya, Realism

adalah teori yang menekankan state atau negara sebagai aktor tunggal dan menolak

aktor-aktor lain seperti individu dan institusi antarabangsa. Selain itu, Realism juga

menekankan power atau kuasa. Hal ini kerana, segala pembuatan keputusan atau

dasar adalah berkaitan dengan peningkatan kuasa terutamanya mengenai

keselamatan dan pertahanan. Realist melihat negara yang kuat adalah negara yang

memiliki sistem pertahanan yang baik. Bagi Liberalist pula, individu menjadi unit

analisis terpenting dan aktor state hanya memainkan peranan yang minima.1 Hal ini

kerana, Liberalist berpendapat bahawa peranan individu penting dalam pembuatan

keputusan mengenai dasar atau perundangan. Marxism pula adalah teori yang

membincangkan mengenai pergelutan di antara kelas masyarakat (bourgeois,

proletariat dan peasants) yang terbentuk akibat daripada perbezaan taraf hidup dan

ekonomi. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa, ketiga-tiga

pendekatan ini tidak lagi relevan dan memadai dalam menganalisis hubungan

antarabangsa kini. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan beberapa teori lain

seperti Neo-realisme, Neo-liberalisme, Neo-marxisme dan juga International Society

yang dianggap mampu untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai situasi yang

berlaku dalam dunia antarabangsa. Hal ini kerana, teori-teori ini lebih praktikal dan

mampu menjelaskan dunia antarabangsa keseluruhannya manakala skop Realisme,

Liberalisme dan Marxisme hanya tertumpu kepada state. Perkara ini dapat dibuktikan

dengan penjelasan mengenai Neo-realisme, Neo-liberalisme, Neo-marxisme dan juga

International Society.

Neo-realisme adalah teori yang dibangunkan menggunakan asas pendekatan

Realism. Teori ini dikatakan lebih praktikal kerana penekanan yang diberikan lebih

bersifat global. Neo-realisme juga dikenali sebagai structural realism oleh sesetengah

sarjana seperti Kenneth Waltz. Neo-realisme masih mengekalkan kepentingan kuasa,

namun istilah ini dilihat dari sudut yang berbeza. Menurut Baylis & Smith, kuasa bukan

1 Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., International Relations Theory (5th Edition), United States: Pearson Education, 2012, hlm. 132.

1 | P a g e

Page 2: Realism,Marxism.mercantalism

hanya berkaitan dengan meningkatkan pertahanan dan kemampuan untuk mengawal

atau menguasai negara dalam sistem antarabangsa.2 Kuasa yang dimiliki oleh

sesebuah negara tidak hanya tertumpu di dalam negara tetapi kuasa dilihat secara

lebih meluas dan melibatkan negara lain. Sesebuah negara itu tidak dilihat melalui

peranan yang dimainkannya dalam sistem antarabangsa tetapi dibezakan dengan

kuasa yang dimiliki oleh negara tersebut. Dari perspektif Neo-realisme, negara yang

kuat dari aspek ketenteraan dan memiliki senjata pertahanan yang canggih mampu

menguasai negara lain. Sesebuah negara melihat negara lain sebagai ancaman dan

secara tidak langsung mewujudkan satu keadaan yang disebut sebagai ‘security

dilemma’. Keadaan ini juga telah menyebabkan wujud rasa tidak percaya terhadap

negara lain. Oleh itu, negara Neo-realisme tidak akan bergantung pada negara lain

kerana khuatir negara lain akan cuba menguasai dan mencemar kedaulatan

negaranya. Berbeza dengan Realisme yang menolak hubungan antara negara, Neo-

realism beranggapan jalinan kerjasama merentasi negara boleh berlaku. Namun

begitu, hubungan tersebut hanyalah bertujuan untuk memaksimumkan kuasa dan

kerjasama ini tidak perlu berterusan serta berakhir apabila objektif jalinan tersebut

telah dicapai.

Pendekatan yang seterusnya ialah Neo-liberalisme terhasil daripada

perkembangan teori asas iaitu Liberalisme. Aliran pemikiran ini lebih bersifat moden

dan kontemporari jika dibandingkan dengan pendekatan Liberalisme. Hal ini kerana,

Neo-liberalisme lebih relevan dan praktikal dengan situasi semasa. Pendekatan Neo-

liberalisme tidak menolak asas pendekatan Liberalisme bahawa aktor state

memainkan peranan dalam sistem antarabangsa tetapi berpendapat bahawa aktor

non state turut memainkan peranannya tersendiri. Namun begitu, terdapat beberapa

komponen yang menjelaskan pendekatan utama Neo-liberalisme sekali gus

membezakannya dengan Liberalisme. Dalam analisis situasi atau peristiwa yang

berlaku dalam hubungan antarabangsa ini, pendekatan Neo-liberalisme mempunyai

hujah yang menepati konteks sistem antara negara.

Komponen pertama bagi menjelaskan pendekatan utama Neo-Liberalisme ialah

pemikiran sociological liberalism. Pemikiran ini lebih menekankan kepada aktiviti yang

dijalinkan bersama-sama merentasi sempadan negara demi mengekalkan keamanan

dan kerjasama yang lebih kukuh oleh individu daripada state terbabit. Perkara ini

menunjukkan hubungan antarabangsa tidak terhad kepada kajian antara negara

sahaja, malah ia juga turut melibatkan aktor non state seperti individu, kumpulan dan

2 Baylis, J., Smith, S., The Globalization Of World Politics : An Introduction to International Relation (3rd Edition), New York : Oxford University Press, 2001, hlm. 209.

2 | P a g e

Page 3: Realism,Marxism.mercantalism

institusi. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan transnational relations seperti

yang dinyatakan oleh Jackson & Sorenson (2003).3

Komponen seterusnya ialah interdependence liberalisme yang merupakan

lanjutan daripada sociological liberalisme. Komponen ini masih mengutamakan

peranan transnational actor namun lebih tertumpu pada aspek ekonomi – free trade

dibandingkan dengan ketenteraan di mana ia mampu memberikan manfaat kepada

state. Selain itu, melalui kerjasama ekonomi mampu membawa kepada keamanan

dan kestabilan setelah konsep high politic dapat dikurangkan oleh setiap state dalam

sistem antarabangsa ini kerana isu kebajikan lebih mendominasi. Perkara ini

digambarkan melalui konsep complex interdependence seperti yang diutarakan oleh

Robert Keohane and Nye (1977: 29-38).4

Komponen yang ketiga ialah institutional liberalisme yang boleh dilihat melalui

konsep global governance pada hari ini. Melalui penubuhan institusi atau organisasi

antarabangsa ini kita dapat melihat penyertaan state berada di bawahnya. Secara

tidak langsung, setiap state perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah

di gubal bersama-sama anggota seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, IMF, EU.

Hal ini memudahkan interaksi antara state – multilateral relations dan dapat

mengurangkan konflik daripada berlaku kerana setiap permasalahan yang timbul akan

diselesaikan secara kolektif. Hujah ini disokong oleh Viotti & Kauppi (2012) :

“With increasing interdependence in this partially globalized world, Keohane

sees greater institutionalization as the world becomes more like a polity with

governance essential to trade, finance, environment, security and other matters of

global import”.5

Komponen yang terakhir ialah republican liberalisme yang merupakan

kesinambungan daripada konsep asas Liberalisme. Konsep yang dimaksudkan ialah

demokrasi liberal adalah lebih aman kerana negara demokrasi tidak akan menyerang

negara demokrasi yang lain.6 Keamanan demokrasi adalah berlandaskan beberapa

prinsip iaitu, penyelesaian konflik secara aman antara negara demokratik, persamaan

nilai di antara satu sama lain dan jalinan kerjasama ekonomi.7 Republican liberalisme

optimis tentang kewujudan ‘Zone of Peace’ dalam kalangan negara demokratik.8

3 Jackson,R. & Sorensen,G., Introduction to International Relations : Theories and Approaches, (2nd

edition), New York : Oxford University Press, 2003, hlm. 109. 4 Ibid, hlm. 115-1165 Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 149.6 Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 50.7 Ibid.8 Ibid.

3 | P a g e

Page 4: Realism,Marxism.mercantalism

Bagi Neo-Marxisme pula, teori ini dikembangkan oleh Theotonio Dos Santos dan

Emmanuel Wallerstein. Neo-Marxisme menjelaskan mengenai pembangunan yang

tidak seimbang sehingga mewujudkan jurang perbezaan di antara negara. Hal ini

secara tidak langsung mewujudkan pembahagian di antara negara core (kaya) dan

periphery (miskin). Neo-Marxist melihat sistem antarabangsa sebagai sebuah sistem

kapitalis yang berkait rapat dengan isu sosial, ekonomi, dan politik serta membentuk

sebuah struktur. Dalam fahaman Neo-Marxist ini, terdapat dua teori yang wujud iaitu

teori kebergantungan (dependency theory) dan teori sistem dunia kapitalis (capitalist

world system). Teori kebergantungan menekankan tentang masalah ekonomi di Asia,

Afrika dan Amerika Latin.9 Negara-negara ini merupakan negara miskin yang perlu

bergantung dengan negara Eropah di Eropah Barat dan Amerika Utara untuk

membekalkan keperluan negara mereka. Namun begitu, negara-negara miskin ini

tidak semestinya tidak mempunyai sumber mentah sendiri tetapi mereka sebenarnya

tidak mampu untuk memproses dan memasarkan sumber terbabit. Oleh sebab itu,

negara core telah bertindak mengeksploitasi negara periphery untuk membekalkan

sumber buruh dan semula jadi. Teori yang kedua iaitu sistem dunia kapitalis (capitalist

world system) mempunyai perspektif yang berbeza dengan (dependency theory).

Perspektif sistem kapitalis dunia tidak terhad kepada pembangunan negara Dunia

Ketiga, tetapi meliputi pemahaman mengenai ekonomi, politik dan perkembangan

sosial antara negara dan dunia keseluruhannya.10 Menurut Viotti & Kauppi (2012) :

“…the goal is to understand the fate of various parts of the world at various

time in history within larger context of a developing world political economy…..Third

world underdevelopment and exploitation are central to maintaining the present

structure of dominance in the capitalist world system. The first priority, therefore, is to

understand this global system in historical perspective. Only then can the fates of

particular societies or regions of globe be understood”

Teori yang terakhir ialah ‘The English School’ dan merupakan satu teori baharu

yang dibangunkan semasa Perang Dingin. Namun begitu, nama ‘The English School’

kemudiannya dianggap tidak relevan lagi kerana ramai sarjana teori ini bukanlah

orang berbangsa Inggeris tetapi mereka berasal daripada Australia, Kanada, Amerika

Syarikat dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, nama teori ini telah ditukarkan kepada ‘The

International Society’. Secara amnya, ‘International Society’ ini adalah satu kumpulan

negara yang sedar tentang sesuatu kepentingan dan menubuhkan masyarakat yang

diikuti dengan satu set peraturan yang sama dalam hubungan antara satu sama lain

dan berkongsi dalam satu institusi untuk kegunaan bersama.11 Teori ini pada dasarnya

9 Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 199.10 Ibid. hlm. 203.11 Jackson,R. & Sorensen,G., op. cit., hlm. 143.

4 | P a g e

Page 5: Realism,Marxism.mercantalism

menolak dan menerima pandangan yang dikemukakan dalam teori Realisme dan

Liberalisme, dan menambah beberapa pandangan baru ke dalam teori ini.

‘International Society’ menolak pandangan Realis iaitu Negara hanya bergantung

pada diri sendiri dan satu-satunya jalan penyelesaian apabila berlaku krisis atau

masalah hanyalah melalui peperangan. ‘International Society’ ini juga menolak

pandangan Liberalis yang mengatakan hubungan antarabangsa hanya sebagai

perkembangan komuniti dunia yang sesuai untuk manusia mencapai keamanan yang

berterusan.12 Menurut Adam Watson(1914-2007) dan Hedley Bull (1932-1985),

‘international society’ adalah :

“..group of states (or, more generally, a group of independent political

communities) which not merely form a system, in the sense that the behavior of each

is a necessary factor in the calculations of the other, but also have established by

dialogue and consent common rules and institutions for the conduct of their relations,

and recognize their interest in maintaining these arrangements.”13

Bagi pakar teori ‘International Society’, hubungan antarabangsa adalah tentang

peperangan dan keamanan.14 Hal ini jelas menunjukkan bahawa pakar teori ini hanya

menerima pandangan Realis tentang Negara adalah penting dalam hubungan

antarabangsa dan turut bersetuju dengan Liberalis bahawa keamanan amat penting

untuk dicapai. Teori ini menilai politik sebagai dunia manusia. Hal ini demikian kerana

manusia berpotensi untuk mengubah keadaan hidup menjadi lebih baik termasuklah

perkembangan dan keamanan yang Liberalis mahukan. Sebaliknya, perkara itu tidak

terjamin dan ada banyak halangan seperti yang di kemukakan oleh Realis. Oleh itu,

‘International Society’ menolak untuk memilih antara sikap optimis Liberalisme dan

sikap pesimis Realisme kerana itulah kelebihan yang ada pada teori ini.15 Secara

umumnya, ‘International Society’ adalah satu teori yang diperbaharui daripada teori

realism dan Liberalisme. Teori ini tidak menolak realism dan Liberalisme secara

keseluruhan tetapi ada membuat penambahan supaya teori ini boleh diguna pakai

oleh sarjana-sarjana lain dan mewujudkan satu fenomena lain yang lebih berkesan

daripada teori-teori sebelumnya.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa, pendekatan Realisme,

Liberalisme dan Marxisme sememangnya tidak memadai untuk menganalisis

hubungan antarabangsa kini. Hal ini kerana, teori-teori hanya menumpukan skop yang

kecil dan sempit serta hanya memfokuskan perkaitan dalam negara berbanding Neo-

12 Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 141.13 Viotti,P.R. & Kauppi,M.V., , op.cit, hlm. 240.14 Jackson,R. & Sorensen, G., op. cit., hlm. 142.15 Ibid, hlm. 145.

5 | P a g e

Page 6: Realism,Marxism.mercantalism

Realisme, Neo-Liberalisme, Neo-Marxisme dan juga International Society yang mampu

menerangkan situasi antarabangsa dengan lebih jelas dan bersifat global.

6 | P a g e