rasional larangan penggunaan telefon bimbit

Upload: gan-tong-hock-aka-ganos

Post on 31-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Rasional larangan penggunaan telefon bimbit

    1/2

    KARYA PELAJAR

    Rasional Di Sebalik LaranganPenggunaanTelefon Bimbit

    Terhadap PelajarOleh : Loh Khang Sheng (Tingkatan 3 Randa )

    Kini, teknologi di dunia ini semakin canggih. Penggunaan teknologi yangcanggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan. Perkembanganteknologi yang pesat telah menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatanteknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi sepertikomputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasauntuk kemudahan kita.

    Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Hampir semua orang di dunia ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Denganadanya telefon bimbit ini, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana

    pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit jugamemperkenalkan perkhidmatan mesej pendek(sms). Oleh itu, kita dapat menghantar

    berita dengan telefon bimbit, dan bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yanglambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu,

    banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakincanggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G yangdapat menghubungi orang lain dengan menggunakan video dan dapat berjumpa walaupundi tempat yang jauh. Telefon bimbit juga semakin berfesyen dan bersaiz kecil. Telefon

    bimbit dapat dibawa ke mana-mana sahaja asalkan ada rangkaian kerana sangat kecilsusuk badannya.

    Dengan alat yang mempunyai fungsi yang banyak, kebanyakan ibu bapa mulaimembeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kitadapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-muridsekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apasahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit,mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Akibat daripada ini, banyak murid akanmembawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

    Langkah kerajaan baru-baru ini melarang penggunaan telefon bimbit dalamkalangan pelajar di sekolah memang mendatangkan kebaikannya. Apabila pelajar-pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak hal disiplin

    berlaku. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka.Mereka akan saling membandingkan sama ada telefon bimbit siapa yang tercanggih sertamahal. Akibatnya, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia mudaitu. Selain itu, pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisihkerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri

    ganos@smjk chung hwa, KB.

  • 8/14/2019 Rasional larangan penggunaan telefon bimbit

    2/2

    KARYA PELAJAR

    telefon bimbit orang lain ataupun merampas dan mengakibatkan kes-kes disiplin sekolah.Telefon bimbit yang mahal juga merupakan tumpuan pencuri untuk mencurinya.Akibatnya pelajar yang menjadi mangsa akan menganggap ini merupakan tanggungjawab

    pihak sekolah. Pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehinggamenyebabkan proses pembelajaran terganggu. Kita harus ingat guru-guru kita sudah

    terbeban oleh pelbagai masalah disiplin. Adakah patut kita membebankan mereka puladengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat masalah kecurian telefon bimbit?

    Selain itu, pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedangmengajar kerana mereka sedang bermain dengan telefon bimbit sendiri. Dengan telefon

    bimbit yang canggih atau smartphone, kita dapat bermain pelbagai jenis permainan.Pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan hanya bermain telefon bimbitnyasahaja. Selain itu, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan

    pengajaran akan mengalami gangguan. Pelajar-pelajar juga bersms dengan orang lainsemasa pembelajaran dalam kelas dan ini sekali lagi mengabaikan pengajaran guru.Semasa dalam ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar

    mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain.

    Dengan mempunyai telefon bimbit yang canggih, mereka dapat menangkapgambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Oleh itu, jika sesebuah sekolahmembenarkan pelajar-pelajarnya membawa telefon bimbit, kita dapat memerhatikanramai yang menggunakan telefon bimbit masing-masing menangkap gambar orang laindan mendengar lagu setiap masa. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuahsekolah kerana akan menyebabkan masalah disiplin. Selain itu, dengan menggunakantelefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip videoyang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut denganrakan. Akibatnya, pelajar-pelajar akan syok sendiri dan menyebabkan diri mereka mudahtepengaruh oleh gejala tidak sihat ini.

    Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyiyang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula kini para pelajar masih dalam prosestumbesaran. Menurut nasihat doktor lagi, telefon bimbit tidak sesuai digunakan olehmurid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat iniharuslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkanmereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

    Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangansaya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih initerhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara berikut berlaku, adalah lebih

    baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbitmemerlukan kos penggunaan yang tinggi. Akhir sekali, saya menyokong sepenuhnyalangkah mengharamkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar semasa berada disekolah.

    ganos@smjk chung hwa, KB.