rancangan pelajaran harian kefahaman konseptual melalui kemahiran proses matematik

3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEFAHAMAN KONSEPTUAL MELALUI KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK. Kelas : 1 Harmoni Tajuk : Bab 5: Peratusan Topik : 5.1 : Peratusan Masa : 60 minit Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat memahami konsep peratusan dan hubungan antara peratus dengan pecahan atau perpuluhan. Hasil Pembelajaran : Murid dapat :- 1. Menyatakan peratusan sebagai bilangan bahagian daripada setiap 100 bahagian. 2. Menukarkan pecahan dan perpuluhan kepada peratusan dan begitu juga sebaliknya. Kerangka Aktiviti : FASA AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi 1. Guru melukiskan simbol % di papan putih. 2. Guru meminta pelajar mengaitkan % dengan kehidupan seharian. 3. Guru mengedarkan risalah dan meminta pelajar mencari simbol %. Kemahiran Kontekstual. Perkembangan 1 1. Guru menunjukkan rajah yang berkaitan dengan konsep % dan menerangkan kepada pelajar. 2. Guru menerangkan maksud peratusan. 3. Guru menggunakan

Upload: rafidah-ramli

Post on 06-Feb-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan pelajaran mengikut Pembelajaran Abad ke 21

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pelajaran Harian Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEFAHAMAN KONSEPTUAL MELALUI KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK.

Kelas : 1 HarmoniTajuk : Bab 5: PeratusanTopik : 5.1 : PeratusanMasa : 60 minitObjektif :

Di akhir pembelajaran, murid dapat memahami konsep peratusan dan hubungan antara peratus dengan pecahan atau perpuluhan.

Hasil Pembelajaran : Murid dapat :-1. Menyatakan peratusan sebagai bilangan bahagian

daripada setiap 100 bahagian.2. Menukarkan pecahan dan perpuluhan kepada

peratusan dan begitu juga sebaliknya.Kerangka Aktiviti :

FASA AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CATATANSet Induksi 1. Guru melukiskan simbol % di

papan putih.2. Guru meminta pelajar mengaitkan % dengan kehidupan seharian.3. Guru mengedarkan risalah dan meminta pelajar mencari simbol %.

Kemahiran Kontekstual.

Perkembangan 1

1. Guru menunjukkan rajah yang berkaitan dengan konsep % dan menerangkan kepada pelajar.2. Guru menerangkan maksud peratusan.3. Guru menggunakan rajah untuk menunjukkan hubungan peratusan dan pecahan.

Aktiviti 1 1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan duduk di dalam kumpulan.2. Pelajar diberikan batang aiskrim yang ada nombor.3. Pelajar bergerak mengikut nombor untuk membentuk kumpulan.4. Pelajar diberi gambar rajah dan diminta melorekkan mengikut % yang mereka hendaki.

Kertas majong diberikan kepada pelajar.Pelajar menggunakan kemahiran kolaboratif.Perbincangan bersama ahli kumpulan.

Page 2: Rancangan Pelajaran Harian Kefahaman Konseptual Melalui Kemahiran Proses Matematik

5. Ketua kumpulan akan menunjukkan hasil perbincangan kepada kumpulan lain.6. Kemudian, pelajar akan menukarkan peratusan kepada bentuk pecahan dan ditulis pada kertas majong.

Perkembangan 2

1. Guru menerangkan bagaimana untuk menukarkan peratusan kepada perpuluhan.2. Guru menunjukkan beberapa contoh kepada pelajar.

Aktiviti 2 1. Pelajar dikehendaki menukarkan peratusan kepada perpuluhan berdasarkan hasil perbincangan dalam kumpulan sebentar tadi.2. Pelajar mempamerkan hasil kerja kumpulan di dinding kelas.3. Pelajar membincangkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru dalam kumpulan.4. Guru membincangkan jawapan.

“Gallery Walk”Lembaran kerja.

Penutup Guru bertanyakan pelajar mengenai konsep peratusan.

Guru menunjukkan peta pemikiran (peta titi) untuk membuat rumusan.