rahsiabisneskerajaan

Upload: azaz1001

Post on 04-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    1/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Potensi Berbisnes

    Kecil-Kecilan Dengan

    Kerajaan Dan Buat5 Angka

    Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam

    Masa 18 bulan Dari Projek

    PembekalanKerajaan

    Haryzat Zulzahary

    i-Zat Network 2012http://kerja-kerajaan.com/bisnes

    1

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    2/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Diterbitkan oleh i-Zat Network

    i-Zat Network 2012

    Penulis: Haryzat Zulzahary

    Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary

    Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar

    2

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    3/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta

    semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa

    kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

    Haryzat Zulzahary, 2010

    Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka:

    Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek

    Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary.

    ISBN

    Edisi Pertama Jun 2012

    Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5

    Angka: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan DariProjek Pembekalan Kerajaan

    Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai

    bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi

    menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan

    adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin

    diperlukan.

    Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang

    terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara

    khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan

    risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat

    secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi

    daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini

    adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalamanpenulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu

    semasa.

    3

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    4/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    PrakataBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

    Al-hamdulillah dan terima kasih kerana anda mendapatkan laporan PotensiBerbisnes

    Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini. Laporan inibakal dedahkan

    bagaimana peluang dari modal yang kecil boleh menjanajualan ratusan ribu ringgit

    dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.

    Ramai yang salah anggap apabila berkata sahaja tentang berbisnes dengan kerajaan maka

    yang akan disebut selalu adalah tender dan nilai jutaan ringgit. Ramai yang tidak tahu

    bahawa pasaran kerajaan juga menawarkan peluangbisnes kecil-kecilan yang

    bernilaiRM50,000 ke bawah.

    Saya pada kali ini di dalam laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan

    Buat 5 Angka ini akan cuba membuka pandangan dan menukartanggapan yang salah

    termasuk isu-isu negatif yang sering digambarkan apabila ingin berniaga dengan kerajaan.

    Saya berharap anda seronok membaca danpaling penting membuat tindakan sekaligus

    berjaya!

    Yang benar,

    HaryzatZulzahary

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes

    4

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    5/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Apa Itu Bisnes Kerajaan?

    Baiklah. Secara mudahnya apabila kita berkata tentang Bisnes Kerajaan di

    dalam laporan saya ini adalah bermaksud kita berniaga dengan pihak

    kerajaan. Ini termasuklah kita membekalkan produk atau perkhidmatan

    kepada pihak kerajaan di mana kita adalah penjual dan pihak kerajaan

    adalah pihak yang membeli dari kita.

    Berita baiknya adalah kita boleh menjual hampir apa sahaja kepada pihak

    kerajaan. Baik dari segi barangan ataupun perkhidmatan. Saya secara

    peribadi dah menjual kepada pihak kerajaan dari barangan seperti kunci

    pintu, alas meja, komputer sehinggalah kepada perkhidmatan pakar dan

    bantuan latihan.

    Ramai di luar sana yang salah anggap apabila menjangkakan bisnes

    kerajaan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar

    walhal ianya boleh dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan enterprise

    perseorangan sahaja. Dan boleh bermula dan beroperasi dari rumah.

    Namun apa yang penting di sini adalah saya nak tekankan bahawa anda juga

    boleh berniaga dengan kerajaan. Anda boleh jual alat tulis dan kelengkapan

    pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik,makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital hingga ke

    kenderaan dan jentera berat, perniagaan servis dan perkhidmatan,

    penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik pulih barangan,

    percetakan, dobi, pembinaan, penulisan dan macam-macam

    lagi.Walapun anda tidak mempunyai produk sendiri pun anda masih boleh

    5

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    6/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    berniaga dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari supplier kemudian

    jual kepada kerajaan dan jana untung atas angin. Mudah sahaja!

    Keperluan Untuk

    Memulakan Bisnes

    Kerajaan?

    OK. Untuk membolehkan kita berniaga dengan kerajaan beberapa langkah

    dan syarat perlu kita penuhi. Pertama adalah mempunyai perniagaan yang

    didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun

    semasa syarikat dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

    bagi mendapatkan sijil Kementerian Kewangan dan kepala-kepala bidang

    yang dipilih. Beberapa kos pendaftaran yang rendah diperlukan bagi tujuan

    ini.

    Apa itu Sijil Kewangan,

    Kepala Bidang & e-

    Perolehan?

    Sijil Kewangan atau bahasa yang sering digunakan iaitu sijil MOF adalah

    satu sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada

    syarikat anda sebagai tanda syarat anda boleh mula menjalankan

    perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Di dalam sijil ini akan dinyatakan

    6

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    7/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    kepala-kepala bidang yang diberikan mengikut permohonan anda semasa

    mendaftarkan Sijil Kewangan ini tadi. Kepala bidang bermaksud kod yang

    mewakili jenis perniagaan yang dibenarkan untuk anda jalankan

    perniagaan dengan kerajaan.

    Seperti contoh anda ingin menjalankan perniagaan membekalkan alat tulis

    dengan kerajaan maka di dalam permohonan Sijil Kewangan anda perlu

    memohon kepala bidang alat tulis supaya anda layak menjual produk alat

    tulis kepada kerajaan Malaysia. Dan apabila permohonan anda untuk kepala

    bidang alat tulis diluluskan maka ianya akan dinyatakan di dalam Sijil

    Kewangan yang bakal dikeluarkan kepada syarikat anda. Untuk makluman

    anda dibenarkan mendaftarkan 10 jenis kepala bidang secara percuma

    semasa pendaftaran Sijil Kewangan dan RM50 bagi satu kepala bidang

    seterusnya.

    e-Perolehan pula adalah Sistem perolehan elektronik yang akan

    memudahkan aktiviti perolehan (pembelian) kerajaan dan meningkatkan

    kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan

    menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera

    kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

    ePerolehan membolehkan anda mempamerkan produk anda di dalam

    jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan

    pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan

    menerusi Internet.

    Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog

    elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktopmenggunakan perisian pelayar web.

    Anda juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen

    tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan

    membolehkan anda mendaftar atau memperbaharui pendaftaran dengan

    7

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    8/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Kementerian Kewangan menerusi Internet. Anda dapat menghantar

    permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran

    pendaftaran melalui ePerolehan.

    Empat Jenis Perolehan

    Kerajaan Yang Popular

    Untuk pihak kerajaan membeli sesuatu mereka perlu melakukan mengikutbeberapa prosedur dan jenis perolehan. Berikut adalah empat jenis cara

    perolehan yang sering dilakukan:

    Tender Sebut Harga Pembelian Terus Wang Panjar

    Yang Ramai Orang

    Tahu?

    Ramai yang diluar sana hanya tahu perolehan mengenai Tender dan Sebut

    Harga sahaja. Tender dan sebut harga adalah satu perolehan atau kaedah

    pembelian oleh kerajaan bagi pembelian bernilai RM100, 000 dan RM500,

    000 keatas setiap satunya bergantung kepada beberapa perkara lagi.

    8

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    9/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Perkara inilah yang sering orang fikirkan apabila menyebut tentang

    berbisnes dengan kerajaan. Figur yang besar dan urusniaga yang besar.

    Kebiasaanya tender dan sebutharga bakal diiklankan di laman web rasmi

    jabatan kerajaan, surat khabar dan media lain. Justeru banyak syarikat

    kebiasaanya syarikat besar yang menyertai pembidaan projek jenis ini.

    Yang Ramai Orang Tidak

    Tahu?

    Ini adalah lubuk sebenar buat duit dengan kerajaan bagi kita yang

    menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ramai yang tidak tahu mengenai

    pembelian terus dan wang panjar. Pembelian terus adalah kaedah

    pembelian oleh kerajaan yang dilakukan secara terus tanpa perlu

    mengiklankan kepada umum. Nilai pembelian pula adalah bernilai bawah

    RM50, 000 bagi satu-satu projek atau pembekalan manakala bagi wang

    panjar adalah RM500. Pembelian boleh dilakukan terus daripada anda

    tanpa perlu melalui proses yang sukar dan panjang.

    Misal kata pihak kerajaan hendak membeli 10 unit komputer. Maka mereka

    akan menjemput anda untuk memberikan sebut harga kepada mereka.

    Terbalik. Jika tender anda yang perlupropose untuk bida tetapi pembelian

    terus anda dijemput untuk bida. Jika sebut harga anda bersesuaian dan

    terendah antara tiga syarikat yang dijemput maka pihak kerajaan akan

    membeli dari anda. Tidak perlu melalui jawatankuasa yang seperti tender

    dan sebut harga. Dalam masa 14 hari waktu bekerja pihak kerajaan akan

    membuat bayaran kepada anda untuk pembekalan yang dilakukan. Danpeluang perolehan secara pembelian terus ini adalah mudah dan lebih

    kerap berbanding tender dan sebut harga.

    Antara kesempatan yang boleh diperolehi daripada pembelian terus dan

    wang panjar ini adalah ianya tidak diketahui umum. Maka saiangan pun

    adalah kurang. Jika kita selalu dan rajin buatmarketing maka peluang untuk

    9

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    10/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    sapu projek kerajaan kategori ini adalah tinggi. Walaupun ianya bernilai

    RM50,000 ke bawah namun jika kita dapat projek pembelian terus bernilai

    RM50,000 dalam 4 kali setahun kita sebenarnya dah sedut RM200,000 duit

    kerajaan ke dalam akuan syarikat kita dalam masa 12 bulan. Tak banyak

    ke? 30% keuntungan dari RM200,000 adalah bersamaan RM60,000.RM60,000 bersih dalam akaun. Amazing!

    Dan Ramai Yang Lebih

    Kaya Dengan Lubuk Ini!

    Ya benar! Walaupun nilai perolehan dan wang panjar adalah di bawah

    RM50, 000 namun ianya kerap dilakukan berbanding tender dan sebut

    harga yang mungkin hanya 2 ke 3 kali setahun. Perolehan secara pembelian

    terus dan wang panjar hampir dilakukan setiap hari! Maknanya peluang

    untuk anda grab projek pun setiap hari terhidang.

    Cuba bayangkan anda grab projek pembelian terus setiap bulan satu projek

    dengan purata projek bernilai RM10, 000 sebulan. Cukup 12 bulan anda

    sebenarnya dah sedut RM120, 000 duit kerajaan ke dalam akaun anda

    dengan mungkin untung bersih sekitar 30% bersamaan RM36, 000 setahun.

    RM36, 000 bersamaan dengan RM3, 000 sebulan atau bersamaan dengan

    gaji seorang Jurutera kerajaan atau hampir gaji Doktor baru masuk kerja.

    Itu jika sebulan satu projek berjaya digrab. Macam mana kalau anda jadi

    saya yang pernah merekodkan dalam sebulan mendapat 8-10 projek

    pembekalan? Anda tahu sendiri berapa nilainya.

    Dan bagi orang yang hanya mengetahui projek tender dan sebut harga pula

    mereka mungkin tidak mudah untuk menjana wang dari bisnes kerajaan ini

    kerana beberapa sebab. Antaranya saingan yang tinggi, kekerapan tawaran

    yang kurang dan juga pengaruh luar yang kuat.

    10

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    11/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Berbanding bagi anda yang main projek di dalam pembelian terus saya

    boleh katakan mereka tak mampu menjadi semudah anda meraih rezeki

    dari bisnes kerajaan. Serius!

    Case Study Buat 5 Angka

    BerBisnes Kecil-Kecilan

    Dengan Kerajaan

    Talk is cheap!Bercakap semua orang pun boleh bercakap. Kali ini saya

    bawakan beberapa bukti atau case studysebenar rakan-rakan saya yang

    pernah saya bimbing dalam berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan ini. Ini

    saya tunjukan kejayaan-kejayaan kecil milik rakan-rakan saya dahulu. Yang

    saya punya nanti saya tunjukan.

    Case Study #1: Bisnes Katering Kecil-Kecilan

    Bisnes katering ini dijalankan oleh seorang rakan saya yang bernama A.

    Sebenarnya beliau bukanlah pemilik kepada perniagaan ini tetapi dimiliki

    oleh bapanya. Pada awalnya mereka membuka sebuah restoran di

    Putrajaya yang menawarkan makanan western. Tetapi selepas 6 bulan

    beroperasi perniagaan restoran mereka hampir lingkup dan GAGAL sama

    sekali. Dengan sewa kedai sahaja menjangkau RM4,700.

    Saya yang kasihankan melihat kepada mereka mencadangkan mereka

    untuk membuat pembekalan makanan bermasak islam atau katering kecil-

    11

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    12/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    kecilan kepada pihak kerajaan. Saya menunjukan kepada mereka

    bagaimana mendaftarkan sijil Kewangan dan proses seterusnya.

    Dengan plan marketing yang saya siapkan mereka saya cadangkan untukmembekalkan sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang untuk

    kuantiti untuk 20 orang dalam satu-satu tempahan dahulu.

    Akhirnya dengan marketing plan yang tepat mereka mula mendapat projek

    membekalkan sarapan pagi seperti nasi lemak dahulu. Kemudian kepada

    makanan tengahari dan seterusnya kepada pembekalan minum petang yang

    sebenarnya mereka beli kuih di gerai tepi jalan dan kemudian bekalkan

    kepada pihak kerajaan.

    Dari satu agensi di Putrajaya ke satu agensi lain. Hampir menakluk banyak

    jabatan kerajaan di Putrajaya. Dengan hanya bermula membekalkan

    sarapan pagi untuk 20 orang pada satu-satu masa mereka akhirnya

    menjana jumlah jualan RM90, 000 dalam masa 6 bulan beroperasi dalam

    bisnes kerajaan. Bagaimana ini terjadi? OK. Satu mesyuarat pagi yang

    mereka bekalkan makanan sarapan pagi dah memberikan mereka jualan

    sebanyak RM120. Itu baru satu dan bagaimana mereka yang dah takluk

    market Putrajaya ini punya bekalan? Pasti satu hari untuk sarapan pagi

    sahaja dah melebihi 5 tempahan. Belum masuk lagi makan tengahari dan

    minum petang. Cuba fikirkan berapa banyak mesyuarat dan majlis yang di

    adakan oleh pihak kerajaan dalam sehari?

    Dan kemuncak kejayaan bisnes kerajaan rakan saya ini apabila terpilih

    membekalkan sarapan pagi kepada 2000 orang pada satu-satu masa yang

    ditempah kerajaan. RM4 x 2000 = RM8, 000 hanya pada satu pagi.Marvelous!

    Dan kejayaan rakan saya dan bapanya berterusan. Restoran yang asalnya

    hampir tutup kini masih beroperasi tetapi sebagai dapur sahaja dan kini

    menyewa rumah kedai 3 tingkat untuk kegunaan dapur tambahan dan juga

    12

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    13/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    asrama pekerjanya. Bisnes supplysarapan pagi, makan tengahari dan

    minum petang sahaja. Untuk makluman untung kasar bisnes katering ini

    adalah bersamaan hampir 60%. Banyak tu. Hanya denganberniaga bisnes

    simple ini dengan kerajaan rakan saya dan bapanya berjaya menyedut

    RM90, 000 dari kerajaan dalam masa 6 bulan. OK ke tidak?

    Case Study #2: Bisnes Printing Kecil-Kecilan

    Seorang sahabat saya iaitu M. Beliau merupakan seorang pereka grafik. Nak

    dijadikan cerita sedang mengumpul duit untuk kahwin. Saya syorkan kepada

    beliau agar buat perkhidmatanprinting kepada kerajaan. Beliau

    menggunakan syarikat saya dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sendiri.

    Al-hamdulillahjob pertamanya yang diperolehi beliau bernilai RM3,800

    dari K*S. Kerja beliau hanya perlu mempromosikan rekaan kad bisnes dan

    grafik korporat kepada agensi kerajaan dan kemudian ambil tempahan

    cetakan di lubukprinting.

    Makin lama makin berkembang. Dan kali terakhir saya melihat jumlah duityang masuk ke akaun syarikat saya dari bisnesprinting beliau adalah

    RM8,000 sebulan. Selepas itu beliau dah tubuhkan syarikat sendiri dan

    saya tak dapat lihatincome beliau lagi keranapaymentsudah masuk terus

    ke akaun syarikat beliau sendiri. Namun saya sering dapat tahu beliau

    masih konsisten dengan 4 angka income sebulan dari perkhidmatan reka

    grafik dan printingnya dengan kerajaan. Bolehlahkan daripada tiada

    langsung? RM8, 000 sebulan dengan untung bersih RM5,000 sebulan siapa

    nak beri? Tambahan lagi rakan saya itu buat secarapart time sahaja. Best

    tak?

    13

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    14/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Case Study #3: Bisnes Latihan Kecil-Kecilan

    Sahabat saya seorang pensyarah. Ingin menambahkan pendapatan beliau.

    Pada asalnya saya mengupah beliau untuk memberikan latihan kepada

    agensi kerajaan berkenaan satu subjek IT yang mana syarikat saya terpilihuntuk memberi perkhidmatan latihan.

    Setelah melihat model bisnes kerajaan di bidang latihan ini mudah, lantas

    beliau ingin mencuba sendiri pula. Dengan marketing yang tepat dan betul

    beliau mula masuk ke agensi-agensi kerajaan dan menawarkan latihan-

    latihan IT kepada agensi kerajaan.

    Berapakah bayaran yang beliau dapat? Memandangkan rakan saya En. F ini

    mempunyai Master di dalam bidangnya maka dengan mudah RM6,000 ke

    RM 8,000 boleh diperolehi untuk satu-satu kursus atau bengkel selama 4-5

    hari. Modalnya hanyaprint out tutorial, kepakaran, duit minyak dan air liur

    sahaja.

    Kini memandangkan beliau masih sayang dengan tugas sebagai pensyarah di

    sebuah IPTA terkemuka negara maka beliau terhadkan hanya memberi dua

    sesi latihan untuk kerajaan dalam sebulan. Dua sesi pun beliau dah boleh

    dapat sehingga paling sedikitpun RM12, 000 sebulan. Hanya daripada bisnes

    kerajaan membekalkan latihan IT kepada agensi kerajaan.

    Alhamdulillah.

    14

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    15/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Dan Saya Pula Menyedut

    Lebih RM0.5 Juta DariKerajaan Dalam Masa 18

    Bulan!

    Ya. Anda dengar dengan betul. Saya sedut RM0.5 juta dengan bisneskerajaan. Seperti yang saya katakan dan tunjukan di dalam case study

    sebelum ini yang bisnes kerajaan dalam peluang pembelian terus ini boleh

    memberi keuntungan dan paling best apabila ramai lagi yang masih tidak

    tahu tentang ini. Mereka hanya tahu 3 perkara tentang bisnes kerajaan iaitu

    Tender, Kabel dan Rasuah!

    Sedangkan berbisnes dengan kerajaan adalah lebih dari itu. Seperti tiga

    case studyyang saya bentangkan kepada anda sebentar tadi sebenarnya

    saya nak beritahu banyak lagi peluang dan bidang (niche) bisnes kecil-

    kecilan yang boleh buat income 5 angka sebulan dengan menjualnya

    kepada pihak kerajaan.

    Dan pastinya teknikmarketing yang betul juga bakal memainkan peranan

    penting untuk memastikan kejayaan berbisnes kecil-kecilan dengan

    kerajaan.

    15

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk
  • 7/30/2019 RahsiaBisnesKerajaan

    16/16

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes 2012

    Saya dah ceritakan cerita-cerita anak didik saya di dalam bisnes kerajaan

    ini. Jika tiada masalah saya akan kongsikan cerita RM0.5 juta saya pula

    kepada anda. Ini termasuklah:

    Bidang perniagaan yang menguntungkan untuk diniagakan bersamakerajaan.

    Cara-cara marketing terbaik dan bersih untuk rangkuljob darikerajaan.

    Perihal andai tiada modal nak bermula dan menguruskanpembekalan.

    Kaedah proposal yang terbaik dan berkesan. Cara mendaftar sijil Kementerian Kewangan jadi anda tak perlu kena

    tipu sehingga RM3, 000 hanya untuk selesaikan urusan pendaftaran.

    101 perihal berbisnes dengan kerajaan Dan seterusnya copy paste sistem RM500K kejayaan bisnes kerajaan

    saya sendiri.

    Berita baiknya saya dah bundlekan kesemua cerita, teknik dan trik saya

    dalam menyedut RM0.5 juta dari akaun kerajaan kepada akaun saya dengan

    berbisnes kecil-kecilan ini di dalam satu tempat. Sekiranya berminat silalayari alamat web di bawah untuk maklumat lanjut:

    http://kerja-kerajaan.com/bisnes

    Klik link di atas untuk maklumat lanjut!

    16

    http://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUkhttp://goo.gl/ULXUk