rahsia sulit rahsia - sabah. · pdf filedidapati tidak memadai dan usaha positif untuk...

1
Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU" JABATAN KETUA MENTERI (CHIEF MINISTER'S DEPARTMENT) KOTA KINABALU SABAH, MALAYSIA Bil. CMD..510/23/1 Pt.VIII/(300 ) 06 April, 1995 Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri Semua Ketua Jabatan Negeri Semua Ketua Badan Berkanun/Kuasa Tempatan/Agensi Kerajaan Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan, MENAIKKAN TARAF FAIL-FAIL SULIT KEPADA PERINGKAT RAHSIA BAGI SEMUA URUSAN KABINET Sepertimana Datuk/Tuan/Puan sedia maklum bahawa pada masa kini masih ada urusan Kabinet termasuk dokumen-dokumen yang ada hubungkait dengannya dikendalikan dalam fail bertaraf SULIT, walhal maklumat yang terkandung dalam dokumen-dokumen berkenaan amat penting dan hanya boleh dilihat oleh pegawai-pegawai yang dibenarkan saja. Pengawalan makIumat diperingkat fail SULIT didapati tidak memadai dan usaha positif untuk meningkatkan tarafnya kepada RAHSIA hendaklah diambil dengan serta-merta. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dokumen-dokumen berkenaan iaitu ke tangan orang yang tidak bertanggungiawab dan menggunakannya bagi maksud tertentu yang boleh menjejaskan Pentadbiran Kerajaan. 2. Dalam hubungan ini, semua urusan Kabinet yang masih dikendalikan dalam fail-fail SULIT dinaikkan tarafnya kepada fail RAHSIA dan disimpan dalam kabinet fail berpalang besi yang berkunci sekiranya tidak terdapat bilik kebal di Kementerian/Jabatan/Agensi Datuk/tuan/puan. Di samping itu, Ketua Jabatan hendaklah menentukan hanya pegawai-pegawai yang dibenarkan saja boleh melihat dokumen-dokumen dalam fail RAHSIA apabila ada maklumat yang perlu diperolehi dari masa ke masa. Sekian dan harap maklum. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP & AMANAH” (DATUK (DATU) KHALIL HAJI JAMALUL, J.P.) Setiausaha Kerajaan Negeri

Upload: nguyencong

Post on 08-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU"JABATAN KETUA MENTERI

(CHIEF MINISTER'S DEPARTMENT)KOTA KINABALU

SABAH, MALAYSIA

Bil. CMD..510/23/1 Pt.VIII/(300 )

06 April, 1995

Semua Setiausaha Tetap Kementerian NegeriSemua Ketua Jabatan NegeriSemua Ketua Badan Berkanun/Kuasa Tempatan/Agensi Kerajaan

Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan,

MENAIKKAN TARAF FAIL-FAIL SULIT KEPADAPERINGKAT RAHSIA BAGI SEMUA URUSAN KABINET

Sepertimana Datuk/Tuan/Puan sedia maklum bahawa pada masa kini masih ada urusan Kabinettermasuk dokumen-dokumen yang ada hubungkait dengannya dikendalikan dalam fail bertaraf SULIT,walhal maklumat yang terkandung dalam dokumen-dokumen berkenaan amat penting dan hanya bolehdilihat oleh pegawai-pegawai yang dibenarkan saja. Pengawalan makIumat diperingkat fail SULITdidapati tidak memadai dan usaha positif untuk meningkatkan tarafnya kepada RAHSIA hendaklahdiambil dengan serta-merta. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dokumen-dokumen berkenaan iaituke tangan orang yang tidak bertanggungiawab dan menggunakannya bagi maksud tertentu yang bolehmenjejaskan Pentadbiran Kerajaan.

2. Dalam hubungan ini, semua urusan Kabinet yang masih dikendalikan dalam fail-fail SULITdinaikkan tarafnya kepada fail RAHSIA dan disimpan dalam kabinet fail berpalang besi yang berkuncisekiranya tidak terdapat bilik kebal di Kementerian/Jabatan/Agensi Datuk/tuan/puan. Di samping itu,Ketua Jabatan hendaklah menentukan hanya pegawai-pegawai yang dibenarkan saja boleh melihatdokumen-dokumen dalam fail RAHSIA apabila ada maklumat yang perlu diperolehi dari masa ke masa.

Sekian dan harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP & AMANAH”

(DATUK (DATU) KHALIL HAJI JAMALUL, J.P.)Setiausaha Kerajaan Negeri