ragam ayat
DESCRIPTION
Ragam ini ayat mengandung ayat Aktif dan ayat PasifTRANSCRIPT
RAGAM AYAT
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
AYAT AKTIF
Ayat Aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, mem-, men-, meng- dan menge-
Contoh: Ah Seng mengecat dinding rumah
Subjek asal Kata kerja
Ah Seng mengecat
AYAT PASIF
Ayat Pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan menggunakan imbuhan di-
Contoh: Dinding dicat oleh Ah Seng.
Objek asal Kata kerja
dinding dicat
Contoh
Ayat Aktif Ayat Pasif
Hamidon menendang bola Bola ditendang oleh Hamidon
Pak Dol menggali lubang Lubang digali oleh Pak Dol
Encik Salleh menjual kereta terpakai
Kereta terpakai dijual oleh Encik Salleh
Puan Siti memarahi pekerja yang curi tulang
Pekerja yang Curi tulang dimarahi oleh Puan Siti
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Pasif terbahagi kepada 7 bahagian
1.Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif
di-
2.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif
ter-
3.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif
ke-
4.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif
ber-
5.Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri
Pertama.
6.Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri
Kedua
7.Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena
Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di-,di-...kan, di.... I, diper....kan, diper...i
Contoh ayat:
• Sampah-sarap itu di bakar oleh ayah.• Roti itu dibeli oleh Hasyim• Aktiviti itu dikelola oleh persatuan Matematik
• Pembunuh bersiri itu dikehendaki oleh pihak berkuasa
AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF TER-
Contoh ayat:
•Tembok itu terlanggar oleh motosikal.
•Susu itu terminum oleh adik.
AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF KE-
Contoh ayat:
• Penduduk kampung itu kegelapan
sepanjang malam
• Peserta kursus pertanian itu kepanasan
Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber-
Contoh ayat:
• Pinggan itu sudah bersusun
• lantai itu sudah bersapu
AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA.
Contoh ayat:
• Emak saya temani ke pasar
• Sampah-sampah itu telah kami
bakar.
AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Contoh ayat:
• Masalah itu perlu kalian selesaikan.
• kerja ini perlu anda siapkan .
AYAT PASIF DENGAN KATA BANTU PASIF KENA
Contoh ayat:
• Rambutan itu kena kait.
• Baju itu kena jahit
Ayat Jenis ayat
Fariza memotong kek hari jadinya
Ghazali membantu orang buta itu melintas jalan
Kereta Encik Mazlan dibaiki oleh Azmi
Seekor kucing memakan ikan goreng adik
Buku itu disusun oleh pengawas perpustakaan.
Nani menjual kuponnya kepada Sharifah
Buku kami diperiksa oleh Cikgu Maziah
Guru Disiplin memanggil murid-murid yang datang lambat.
Samsul mengetuai pasukan bola sepak sekolah
Pemidato terbaik sekolah dimenangi oleh Aziah
Doktor Zalina sedang merawat anak-anak Puan Siti
Pilihan Jenis Ayat
Disediakan Oleh :
Rashidah Idris