-
RADIOTERAPI
PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN
Mazanah Muhamad
Othman Omar
-
Radioterapi: Penjagaan Selepas Rawatan Versi online 2014 © Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis da-ripada Cornell University-Universiti Putra Malaysia, d/a Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Mazanah Muhamad Radioterapi : penjagaan selepas rawatan / Mazanah Muhamad, Othman Omar. ISBN 978-983-44361-0-0 1. Radiotherapy. 2. Cancer-Radiotherapy. I. Othman Omar. III. Judul. 615.842
-
Penerbitan ini ialah usaha sama Cancer Education
and Research (CaEd) Laboratory, Institut Pengajian
Sains Sosial (IPSAS), UPM; Cornell University; dan
Persatuan Penterjemah Malaysia di bawah
Cancer Education and Research (CaEd) Project.
Penulis
Mazanah Muhamad
Othman Omar
Penyemak
Dr. Ahmad Kamal Mohamed
Pakar Runding Onkologi Klinikal dan Pakar
Radioterapi, Pusat Rawatan Subang Jaya
Pembantu Penyelidik
Norsidawati Abdul Gani
Siti Rohani Mohamed
Khateejah Mohd Yadzid
Editor
Ramlah Muhamad
III
-
Buku kecil ini adalah adaptasi dan terjemahan dari
penerbitan American Cancer Society. Ia menjelaskan
tentang radioterapi dan bagaimana untuk menangani
kesan-kesan sampingan selepas rawatan radioterapi
diberikan. Ia juga mengandungi panduan tentang
bagaimana memberi penjagaan susulan selepas
rawatan. Kami juga menyediakan beberapa
pertanyaan lazim yang boleh anda tanyakan kepada
doktor dan jururawat anda.
Maklumat Tambahan daripada Siri Penerbitan ini:
Kemoterapi: Penjagaan Selepas Rawatan
Lumpektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
Mastektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
IV
-
Di bawah Dana:
Bahan Pendidikan Kanser Peringkat Mudah
V
-
KANDUNGAN
Apakah radioterapi? 1
Bagaimana radioterapi diberikan? Radioterapi luaran 2 Radioterapi dalaman 3 Kesan semasa rawatan terapi implan 4 Kesan selepas implan sementara dikeluarkan 4
Kesan sampingan 5 Bagaimana untuk menjaga diri semasa 6 menjalani terapi? Kesan sampingan lazim 7 Menangani kelesuan 7 Menangani masalah kulit 9 Menangani masalah selera makan 10
PENGENALAN
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
VII
-
Kesan sampingan lain Masalah rambut gugur 11 Menangani masalah darah 11 Kesan radioterapi pada kepala & leher 12 Menangani masalah mulut 12 Kesan radioterapi pada perut 13 dan abdomen Kesan radioterapi pada payudara 14 & dada Menangani loya 15 Menangani cirit-birit 15 Kesan radioterapi pada pelvis 16 Kesan radioterapi pada kesuburan 17 wanita dan hubungan seks Adakah kesan sampingan radioterapi 17 akan menghadkan aktiviti saya?
Penjagaan susulan Penjagaan selepas radioterapi 18 Soalan untuk ditanya pada doktor & jururawat 19
Sumber 20
BAHAGIAN 3
BAHAGIAN 4
VIII
-
Radioterapi atau terapi
x-ray adalah rawatan
lazim untuk kanser. Ia
digunakan selepas
lumpektomi
untuk memusnahkan
sel kanser.
● Ramai pesakit pulih dari kanser selepas
menerima rawatan radioterapi semata-mata atau
digabungkan dengan pembedahan, kemoterapi
atau imunoterapi.
● Radioterapi menggunakan alat khas untuk
menyalurkan sinaran yang banyak kepada tumor
berkanser lalu membunuh atau merosakkannya
supaya ia tidak dapat tumbuh, membiak atau
merebak.
APAKAH RADIOTERAPI?
P E N G E N A L A N
1
-
● Rawatan sinaran luaran tidaklah menyakitkan
dan hanya seperti menjalani x-ray biasa.
● Dos sinaran dan bilangan rawatan
bergantung kepada saiz, lokasi kanser,
jenisnya dan kesihatan anda.
● Setiap sesi akan berlangsung selama 25-30 minit
dan dilakukan lima hari
seminggu selama 5-8
minggu.
BAGAIMANA
RADIOTERAPI DIBERIKAN?
1) RADIOTERAPI LUARAN
B A H A G I A N
1
2
-
2) RADIOTERAPI DALAMAN
● Radioterapi dalaman merupakan salah satu cara
terbaik untuk merawat kanser anda menerusi
jumlah dos sinaran yang lebih tinggi dalam masa
yang singkat.
● Antara kaedah menggunakan sinaran dalaman
ialah:
1) Implan dimasukkan ke dalam rongga tubuh.
2) Implan dimasukkan ke dalam / berhampiran
kanser tapi tidak dalam rongga tubuh.
3) Sinaran menerusi suntikan larutan radioaktif ke
dalam saluran darah atau rongga tubuh.
● Semasa menjalani terapi implan, anda mungkin
tidak berasa sakit atau akan jatuh sakit.
● Walau bagaimanapun, jika implan berada di
tempatnya dengan bantuan suatu alat, anda
mungkin berasa tidak selesa sedikit.
3
-
● Nyeri atau sensitif selama
beberapa ketika selepas
terapi.
● Perlu tidur lebih lama atau
berehat selama beberapa
hari selepas rawatan bagi
membantu pemulihan
tubuh.
KESAN SEMASA RAWATAN TERAPI
IMPLAN
● Kurang selesa
● Mengantuk
● Lemah atau loya dalam tempoh
sekejap sahaja.
KESAN SELEPAS IMPLAN
SEMENTARA DIKELUARKAN?
4
-
● Amat penting untuk anda berbincang dengan
doktor tentang kesan sampingan yang anda
alami kerana mereka boleh memberi nasihat
yang betul tentang kebimbangan anda.
● Kesan sampingan yang dialami mungkin
berbeza bergantung kepada dos sinaran
dan bahagian tubuh yang dirawat.
● Radioterapi boleh
meninggalkan kesan
sampingan awal atau lewat
yang mangambil masa
berbulan atau bertahun untuk muncul.
KESAN SAMPINGAN
BAHAG I AN 2
5
-
Bagaimana untuk menjaga diri
saya semasa menjalani terapi?
● Pastikan berehat secukupnya.
● Makan makanan seimbang dan
berzat.
● Jaga kulit dan kawasan yang
dirawat.
● Lindungi kulit daripada cahaya matahari.
● Elakkan memakai pakaian ketat.
● Jangan gosok, berus atau guna pita pelekat pada
kulit yang dirawat.
● Tidak mengenakan benda panas atau sejuk
(penuam panas atau sejuk).
● Tidak mengggunakan losen sebelum atau selepas
bercukur.
● Pastikan doktor tahu tentang
ubat yang sedang diambil
sebelum rawatan dimulakan.
6
-
Kesan sampingan lazim:
1) Masalah lesu
2) Masalah kulit
3) Masalah hilang selera makan
1) MENANGANI KELESUAN
● Senaraikan aktiviti mengikut
kepentingan ketika anda
bertenaga.
● Letak barang ditempat yang mudah
dicapai untuk menjimatkan tenaga.
● Wujudkan rutin harian yang tersusun.
7
-
● Amalkan kaedah mengurangkan tekanan seperti
bernafas panjang, bertafakur, bersolat, berdoa,
melukis atau aktiviti lain yang menggembirakan
anda.
● Membuat catatan dalam buku
harian.
● Imbangi waktu rehat dan waktu aktiviti.
● Berbincanglah dengan doktor tentang cara untuk
mengawal kesakitan, loya dan kemurungan.
● Berbincanglah dengan doktor
tentang latihan jasmani sebelum
anda mula melakukannya. Seboleh-
bolehnya, sedut udara yang segar
dan bersih.
● Makan
makanan yang seimbang
termasuklah protein (daging,
susu, telur dan kekacang) dan
minum lebih kurang dua liter
(lapan hingga sepuluh gelas)
air sehari.
8
-
● Gunakan sabun yang lembut
dan air suam untuk menjirus.
● Jangan pakai pakaian ketat.
● Jangan gosok, berus atau
garu mana-mana tempat yang sensitif.
● Jangan meletak bahan yang panas/sejuk seperti
penuam/pek ais pada kulit yang mendapat
rawatan kecuali mendapat nasihat doktor.
● Jangan pakai bedak, krim, minyak wangi,
deodoran, minyak untuk badan dan losen di
kawasan yang dirawat.
● Lindungi kulit daripada cahaya
matahari semasa menjalani
rawatan dan setahun selepas
rawatan berakhir.
2) MENANGANI MASALAH KULIT
9
-
● Banyakkan makanan
berprotein dan berkalori tinggi.
● Makan apabila berasa lapar.
● Makan sedikit-sedikit beberapa kali pada waktu
siang.
● Pelbagaikan diet dan cuba resepi
baru.
● Jika tinggal bersendirian, anda
boleh minta keluarga terdekat
atau orang lain menghantar
makanan kepada anda.
● Jika anda meminum alkohol, sila tanya kepada
doktor sama ada anda perlu menghindarnya.
3) MENANGANI MASALAH SELERA MAKAN
● Jika berasa sakit untuk
mengunyah dan menelan,
doktor mungkin menasihati
untuk mengambil suplemen diet dalam bentuk
serbuk atau cecair.
10
-
Kesan sampingan lain:
● Radioterapi boleh menyebabkan rambut dan bulu
badan gugur.
● Anda boleh memilih alternatif untuk
memakai topi, tudung atau rambut
palsu.
● Kesan sampingan ini kemungkinan lebih besar
dihadapi jika anda juga menjalani rawatan
kemoterapi.
1) MASALAH RAMBUT GUGUR
2) MENANGANI MASALAH DARAH
● Jarang sekali radioterapi mengakibatkan kiraan
sel-sel darah putih rendah atau aras platlet
rendah.
11
-
● Elakkan makanan berempah dan yang kasar
seperti sayuran segar dan biskut kraker.
● Jangan makan atau minum minuman atau
makanan yang terlalu panas atau sejuk.
● Jangan makan snek yang manis.
3) MENANGANI MASALAH MULUT
Apakah kesan sampingan
radioterapi yang diberikan pada
kepala dan leher?
● Sesetengah orang yang menerima rawatan
sinaran pada kepala atau leher mengalami tanda
kemerah-merahan di dalam mulut dan sakit mulut,
mulut kering, sukar menelan, berubah rasa atau
loya.
● Kesan sampingan lain yang mungkin dialami
termasuklah hilang rasa, sakit telinga dan
bengkak-bengkak.
12
-
● Minum minuman yang sejuk selalu
sepanjang hari.
● Jangan merokok, mengunyah tembakau
atau minum alkohol.
● Makan atau kunyah gula-gula atau
gula-gula getah (kurang gula) supaya
mulut anda sentiasa lembab.
● Basahkan makanan dengan kuah dan sos supaya
mudah dimakan.
Apakah kesan sampingan radioter-
api yang diberikan pada perut
dan abdomen?
● Anda mungkin mengalami muntah-muntah, loya
atau cirit-birit.
● Doktor akan memberi ubat untuk melegakan
masalah ini.
● Jangan ambil apa-apa ubat lain semasa menjalani
rawatan melainkan anda merujuk kepada doktor
13
-
Apakah kesan sampingan
radioterapi yang diberikan pada
payudara dan dada?
● Sukar menelan, batuk dan sesak nafas.
● Sakit atau bengkak payudara akibat pengumpulan
cecair di tempat yang dirawat.
● Warna kulit berubah menjadi merah atau perang
dan kemungkinan hilang 1-2 bulan selepas
menjalani rawatan.
● Kulit akan sedikit gelap, liang roma lebih besar,
kulit pada payudara lebih atau kurang sensitif dan
terasa lebih tebal (sekiranya anda menjalani
radioterapi selepas lumpektomi).
● Payudara mungkin lebih besar kerana
pengumpulan cecair atau lebih kecil kerana
terbentuk tisu berserat.
14
-
● Jangan makan selama beberapa
jam sebelum rawatan.
● Selepas rawatan, anda perlu
menunggu satu atau dua jam lagi sebelum
makan .
● Jika masalah ini berlarutan, minta
doktor berikan ubat (antiemetic) untuk
mencegah dan mengubati loya.
● Cuba diet cair yang jernih (air, teh cair, jus epal,
sup jernih) sebaik sahaja cirit-birit
mula dialami atau apabila anda
berasa ia akan mula.
4) MENANGANI LOYA
5) MENANGANI CIRIT-BIRIT
15
-
● Elakkan makanan yang banyak serat atau boleh
menyebabkan angin atau kejang seperti buah-
buahan dan sayuran yang dimakan mentah, kopi,
kacang, kubis, roti gandum tulen dan bijirin,
makanan manis dan berempah.
● Makan sedikit tetapi kerap. ● Elakkan susu dan barangan yang diperbuat
daripada susu jika ia mengganggu perut.
Apakah kesan sampingan
radioterapi yang diberikan pada
pelvis?
● Anda mungkin mengalami kerengsaan pundi
kencing menyebabkan rasa tidak selesa atau
kerap buang air kecil.
16
-
Kesan terhadap kesuburan wanita
dan hubungan seks
● Anda tidak digalakkan hamil semasa menjalani
radioterapi kerana sinaran boleh membahayakan
janin. Jika anda hamil, beritahu doktor sebelum
rawatan dimulakan.
Adakah kesan sampingan akan
menghadkan aktiviti saya?
● Sesetengah pesakit boleh bekerja atau menikmati
aktiviti santai semasa menerima radioterapi.
● Doktor mungkin menyarankan supaya anda
menghadkan aktiviti yang boleh menyakitkan
kawasan yang dirawat.
17
-
Penjagaan selepas radioterapi
● Jika anda mengalami masalah kulit selepas
rawatan berakhir, jagalah kulit di kawasan
yang dirawat itu dengan lembut sehingga
tiada lagi tanda-tanda kerengsaan.
● Tidurlah sekerap mungkin dan jangan
tergesa-gesa untuk menjalankan semula
jadual aktiviti.
Kesakitan selepas terapi
● Jangan guna pelapik panas atau penuam hangat
untuk melegakan kesakitan di mana-mana
kawasan yang dirawat dengan sinaran.
● Sebaliknya, berbincanglah dengan doktor anda
dan terangkan kepadanya tempat dan jenis
kesakitan (kejang, sakit-sakit dan lain-lain).
● Cuba lakukan senaman yang
menenangkan untuk mengurangkan
rasa takut dan teruja kerana perasaan
negatif boleh menyumbang kepada
ketidakselesaan yang anda alami.
PENJAGAAN SUSULAN
BAHAGI AN 3
18
-
1. Bilakah saya boleh menjalankan
semula aktiviti biasa? 2. Berapa kerap temu janji susulan
saya? 3. Apakah ujian yang hendak
dilakukan dan mengapa? 4. Bilakah saya boleh menggunakan
prostesis (payudara palsu) dan menjalani pembedahan pembentukan semula?
5. Adakah saya harus meneruskan
perubahan diet saya? 6. Bilakah saya boleh memulakan
semula aktiviti seks saya atau hamil?
SOALAN UNTUK DITANYA KEPADA DOKTOR & JURURAWAT
19
-
SUMBER
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) Tingkat 7, Blok Makmal A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel/Faks : 03 8947 2787 / 1800 22 2233 Emel : [email protected] Laman web : www.care.upm.edu.my www.cancereducation.org.my Pusat Sumber Kanser (CrC) Hospital Putrajaya Presint 7 62250 Putrajaya Tel : +603 8312 4200 sambungan 1105 Laman web : http://www.hpj.gov.my/hpj/index.php/ cancer-resource-centre Pusat Sumber Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Lembah Pantai 59100 Kuala Lumpur Tel : +603 7949 2639 Faks : +603 7949 4606 Emel : [email protected] Laman web : http://www.ummc.edu.my/index.php? frontpage/content/97/405
BAHAGI AN 4
20
-
21
Pusat Sumber Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel : +603 9145 7580 Pusat Payudara IIUM Universiti Islam Antarabangsa Jalan Hospital 25150 Kuantan, Pahang Tel : +609 5163 799 Faks : +609 5178 548 Laman web : www.iiu.edu.my/breastcentre/ Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Jalan Raja Perempuan Zainab II 16150 Kubang Kerian, Kelantan Tel : +609 7674056 Emel : [email protected] Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Megan Ambassy, 225 Jalan Ampang, KL. Cancer Helpline : 1-800-88-62562 Emel : [email protected] Pusat Sumber dan Kesihatan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel : +603 2698 7300 Faks : +603 2698 4300 Emel : [email protected] Laman web : www.cancer.org.my
-
22
Kolej Radiologi Akademi Perubatan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel : +603 4025 2808 Faks : +603 4025 1808 Emel : [email protected] Laman web : www.radiologymalaysia.org American Cancer Society (ACS) Laman web: www.cancer.org National Cancer Institute (NCI) Laman web: www.cancer.gov Cancer Council Victoria (CCV) Laman web: www.cancervic.org.au Breastcancer.org Laman web: www.breastcancer.org The Cancer Nutrition Center Laman web: www.cancernutrition.com
-
23