putrajaya

11
PUTRAJAYA Bincangkan sama ada berlaku pembangunan atau tidak di kawasan tersebut. 1

Upload: kapten-fadhli-rahim

Post on 25-Jun-2015

260 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Putrajaya

1

PUTRAJAYA

Bincangkan sama ada berlaku pembangunan atau tidak di kawasan tersebut.

Page 2: Putrajaya

2

Page 3: Putrajaya

3

Pengenalan• Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan

Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.

• Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 dibangunkan di Malaysia.

• Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Page 4: Putrajaya

4

…sambung

• Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

• Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandar raya, Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

• Lokasinya yang berada di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Page 5: Putrajaya

5

Perbincangan…Putrajaya dilihat sebagai lokasi yang menjana pertumbuhan ekonomi sekaligus memberi impak kepada arus pembangunan negara.• Asasnya dapat dilihat daripada beberapa sudut yang

dibangunkan antaranya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sistem Pengangkutan Sektor Pelancongan Kemudahan Perumahan Kemudahan Komersial Kemudahan Sosial Kemudahan Keagamaan.

Page 6: Putrajaya

6

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

• Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang khusus mengikut setiap kementerian yang termaktub dalam sistem kerajaan.

• Ini sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada kerajaan Malaysia dalam mentadbir negara.

• Dari sudut pembangunan yang berlaku, dengan wujudnya lokasi pentadbiran yang sistematik ianya dapat memudahkan segala urusan pentadbiran dijalankan, begitu juga dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam hal-hal tertentu. Dengan itu tempoh masa urusan juga dapat disingkatkan dan dirasai oleh sekalian rakyat.

Page 7: Putrajaya

7

Sistem PengangkutanElemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini ialah:• menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari

pencemaran bunyi dan udara.• memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk

menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.

• memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

• mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

Page 8: Putrajaya

8

…sambung

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :• Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan

utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.

• Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)

• Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Page 9: Putrajaya

9

Sektor PelanconganSelain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :

Perdana Putra Masjid Putra Jambatan Putra Masjid Besi Dataran Putrajaya Tugu Millennium Istana Kehakiman Seri Perdana Jambatan Seri Perdana Putrajaya Landmark Tasik Putrajaya Taman Wawasan Taman Botani

Taman Wetland Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC) Taman Selatan Yayasan Kepimpinan Perdana Istana Melawati Dataran Warisan Kementerian Kewangan Wisma Putra Istana Darul Ehsan

Page 10: Putrajaya

10

…sambung

• Memandangkan Putarajaya terkenal dengan rekaan seni bina yang cantik, kemas, dan moden maka tidak hairanlah begitu ramai pengunjung yang datang berkunjung ke Putrajaya baik dari dalam mahupun luar negara.

• Dengan demikian, ianya dapat meningkatkan aliran wang tunai ke dalam negara. Oleh itu, di sini dilihat berlakunya pembangunan yang positif serta dapat dirasai oleh sekalian rakyat.

• Namun impak negatifnya juga turut berkembang apabila pelancong-pelancong asing yang mengamalkan budaya Barat mereka di sini.

Page 11: Putrajaya

11

Sekian, terima kasih.