puteri santubong

8
PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu. Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang. Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

Upload: nor-azirah-abdul-latif

Post on 20-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kisah

TRANSCRIPT

Page 1: Puteri Santubong

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa

kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok

bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan

terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama

menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan

ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara

mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang

terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali.

Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan

sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada

keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan

yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main,

mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik

menumbuk padi.

“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita

petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”

Page 2: Puteri Santubong

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di

taman sana.”

Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing

hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun

kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri

Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang

kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri

sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk

menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku

pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan

mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya

Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku

sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku,

sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan

berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka

temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”

Page 3: Puteri Santubong

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan

cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya

sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang

paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri

Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi

begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher

juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini

serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah

nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar

aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan

mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu

dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri

Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal

perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil

mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi

bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu,

Page 4: Puteri Santubong

kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,”

kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri

Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di

tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu

terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain.

Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam

diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada

dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang

dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-

kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah

persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang

terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah

terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga

dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai

tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah

bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya

menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari

ini.

Oh……Puteri Santubong,

Page 5: Puteri Santubong

Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,

Penjaga gunung Negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……

Santubong puteri bertenun kain malam,

Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,

Beranuk anuk sik renti-renti,

Seorang madah dirik bagus agik,

Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,

Lalu bertukuk nya duak puteri,

Sejinjang mengayun aluk ke pipi,

Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,

Lalu ditikam batang belidak,

Sampei terkena Sejinjang kepala,

Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,

Asal berkawan jadi musuhan,

Kinik tuk tinggal jadi kenangan,

Pakei ingatan sepanjang zaman.

Page 6: Puteri Santubong

Pengajaran :

1. Iri hati membawa mati.

2. Jangan sombong.