pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan...

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR 3A Modul 5 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 26-May-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR3A

Modul 5

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 5

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

1 sakti

-ajaib

魔术/神奇

2 sesama sendiri

-antara mereka

互相/之间

3 mengalah

-tidak mahu melawan

认输

4 bertekak

-bertengkar

顶嘴/吵架

5 mengejutkan

-membangunkan daripada tidur

唤醒

6 berpura-pura

-berbuat seakan-akan

假装

7

terkial-kial

-membuat sesuatu dengan payah (penuh upaya)

kerana tidak biasa

挣扎

8 terbongkar

-terdedah

揭露

9 jerat

-perangkap binatang

陷阱

10 rayu

-memohon belas ihsan

哀求

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

11 tunaikan permintaan

-memenuhi permintaan

实现承诺/要求

12 syarat

-peraturan

条件

13 dialami

-dilalui, dihadapi

所经历地

14

malang tidak berbau

-perkara yang malang berlaku tanpa sebarang

tanda

很不幸的

15 disembunyikan

-disorokkan

被藏起来

16 berangan-angan

-berkhayal, berfikirkan sesuatu

幻想

17 menemui

-menjumpai

遇见

18

setahil

-ukuran yang sama berat dengan 1/16 kati atau

37.8 gram

16 分之 1

19 dikabulkan

-ditunaikan, dipenuhi

实现

20 mematuk

-memagut, mencatuk dengan paruh

啄/咬(蛇)

b. Latihan Perbendaharaan kata : Membina Ayat

1. sesama sendiri :

____________________________________________________

2. mengalah :

____________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

3. mengejutkan :

____________________________________________________

4. berpura-pura :

____________________________________________________

5. terkial-kial :

____________________________________________________

6. terbongkar :

____________________________________________________

7. berangan-angan :

____________________________________________________

8. menunaikan :

____________________________________________________

9. dialami :

____________________________________________________

10. disembunyikan :

____________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Tongkat Sakti

Tidak berapa jauh dari Negeri Beringin, tinggallah sebuah keluarga

yang miskin. Mereka terdiri daripada Mak Som dan dua orang anak

perempuannya. Seorang bernama Mawar dan adiknya bernama Cempaka.

Kedua-dua orang adik-beradik ini selalu bergaduh sesama sendiri.

Cempaka lebih banyak mengalah kerana menghormati kakaknya. Cempaka

juga lebih rajin daripada kakaknya.

“Kamu berdua asyik bergaduh sahaja. Pergilah cari kayu api di

hutan,” kerah Mak Som pada suatu hari.

Mendengar perintah Mak Som, mereka berdua pun pergilah ke hutan

untuk mencari kayu api. Mereka berjanji akan pulang sebelum senja.

“Cepatlah Kak Mawar, tolonglah saya kumpulkan kayu-kayu ini. Nanti

terlambat pula kita pulang. Mak tentu risau,” kata Cempaka setelah

melihat Mawar hanya duduk di bawah pokok.

“Aku penatlah, kau buatlah seorang,” balas Mawar. Dia sedikit pun

tidak menolong Cempaka mencari kayu api. Sebaliknya dia tidur sementara

menanti Cempaka mencari kayu-kayu tersebut. Cempaka yang malas

hendak bertekak dengan kakaknya membuat kerja itu seorang diri.

Setelah siap, dia pun mengajaknya pulang.

Sesampai di rumah, Mawar berpura-pura penat kerana takut

dimarahi ibunya.

“Kenapa sikit sangat kayu api ini, Mawar?” tanya Mak Som. Cempaka

hanya mendiamkan diri.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

“Tak mengapalah, esok kamu boleh pergi lagi mencari kayu api,”

putus Mak Som.

Pada keesokannya, setelah makan tengah hari, mereka berdua pun

masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Kali ini mereka berpecah. Mawar

sangat marah mengikutnya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat

apa-apa.

Mawar terkial-kial mencari kayu api kerana dia tidak biasa membuat

kerja-kerja itu. Selalunya dia hanya menunggu Cempaka mengumpul dan

mengikat kayu api itu untuk dibawa pulang. Dia berasa sangat letih. Dia

takut ibunya akan marah kalau dia pulang dengan tangan kosong. Pasti

semua rahsianya akan terbongkar.

Sementara itu, Cempaka yang telah biasa membuat kerja itu

melakukan kerja dengan pantas. Setelah siap dia membawa seikat kayu api

untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, Cempaka terdengar suara

meminta tolong. Dia mencari-cari suara tersebut. Akhirnya dia terpandang

seekor rusa yang terkena jerat. Cempaka pun mendekati rusa itu.

“Tolong lepaskan aku wahai gadis manis,” rayu rusa itu. “Mintalah apa

sahaja daripada aku. Aku akan tunaikan permintaanmu,” kata rusa itu lagi.

Cempaka kasihan melihat rusa itu. Dia pun melepaskan rusa tersebut.

“Terima kasih, gadis manis,” kata rusa itu. “Kau ambillah tongkat

yang tersembunyi di bawah pokok besar itu. Kau boleh minta apa sahaja

dengan menggosok tongkat itu. Hanya satu syarat yang mesti kaupatuhi,

jangan tamak dan jangan gunakan tongkat ini untuk tujuan yang tidak

baik,” sambung rusa itu lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

“Baiklah rusa, terima kasih kerana memberi tongkat sakti ini kepada

aku,” kata Cempaka.

Sesampainya di rumah, Cempaka menceritakan peristiwa yang

dialaminya. Dia menunjukkan tongkat sakti itu kepada ibunya. Ibunya

menasihatkan Cempaka supaya tidak menceritakan kepada orang lain

tentang tongkat sakti itu walaupun kepada kakaknya. Hal ini adalah kerana

Mak Som tahu sifat tamak Mawar.

Pada suatu hari, Cempaka mencuba tongkat sakti itu. Dia meminta

sepuluh keping wang perak sambil menggosok-gosok tongkat tersebut.

“Wang perak ini akan aku gunakan untuk membeli makanan dan

pakaian untuk emak dan kakak,” putusnya.

Sejak itu, Cempaka dan Mawar tidak lagi masuk ke hutan untuk

mencari kayu api. Mawar sangat hairan kerana Cempaka tidak lagi

mengajaknya mencari kayu api. Kehidupan mereka juga bertambah senang.

Cempaka menggunakan tongkat sakti itu dengan berhati-hati. Dia tidak

pernah meminta yang bukan-bukan. Mak Som juga sering menasihatinya

supaya menjaga tongkat sakti itu dengan baik. Cempaka tidak pernah

menceritakan hal tongkat sakti itu kepada orang lain. Rahsia tongkat sakti

itu hanya diketahui oleh Cempaka dan ibunya.

Malang tidak berbau, pada suatu hari, Mawar terdengar perbualan

Cempaka dengan ibunya tentang tongkat sakti itu. Dia pun berusaha

mencari tongkat sakti yang disembunyikan daripada pengetahuannya.

Mawar sangat marah kerana tidak diberitahu tentang tongkat sakti

tersebut. Dia berangan-angan untuk menjadi kaya dengan menggunakan

tongkat itu.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Mawar berasa sangat gembira setelah menemukan tongkat tersebut.

Dia menggosok-gosok tongkat itu dan meminta setahil wang emas. Dia

semakin seronok kerana permintaannya dikabulkan. Dia menjadi tamak,

pelbagai permintaan yang dibuatnya. Mawar tidak mengetahui syarat yang

telah diberitahu oleh rusa. Akibat sikap tamaknya, tongkat sakti itu telah

bertukar menjadi seekor ular tedung yang berbisa. Ular tedung itu telah

mematuk Mawar. Mawar meninggal dunia akibat bisa ular tersebut.

B. Pemahaman

1. Apakah sifat negatif yang ada pada Mawar ?

i. rajin

ii. baik hati

iii. malas

iv. berpura-pura

v. haloba

vi. suka bertengkar

vii. mudah mengalah

A. i, ii, vii B. iii, iv, v C. iii, iv, v, vi D. iv, v, vi, vii

2. Kenapakah Cempaka dan ibunya hendak merahsiakan hal tongkat

sakti daripada pengetahuan Mawar ?

A. kerana mereka tidak mahu Mawar menjadi kaya

B. kerana mereka khuatir bahawa Mawar akan marah

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

C. kerana ibu Mawar tahu yang Mawar tidak dapat mematuhi syarat

memiliki tongkat sakti

D. kerana tongkat sakti telah ditetapkan oleh si rusa hanya menjadi

milik Cempaka sahaja

3. Berikan nilai yang terlibat apabila Cempaka melepaskan rusa yang

terjerat. (KBAT)

___________________________________________________

4. Apakah syarat yang dikemukakan oleh rusa itu kepada Cempaka

setelah memberikan sebatang tongkat sakti kepadanya ?

___________________________________________________

___________________________________________________

5. Berikan satu pepatah yang berkaitan dengan cerita di atas. (KBAT)

___________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

1. Kata Hubung

1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata

dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

2. Berikut ialah jenis kata hubung, fungsi dan contoh penggunaan kata

hubung.

Bil Kata Hubung Digunakan untuk : Contoh

1 dan

menghubungkan

subjek atau prediket

Lishan dan

kakaknya belajar

di sekolah yang

sama.

2 atau menunjukkan pilihan

Kamu boleh makan

atau berehat di

sini.

Kamu mahu makan

atau berehat

dahulu ?

3 tetapi menunjukkan maksud

yang berlawanan

Perempuan itu

jelita tetapi

kelakuannya tidak

sopan.

4 lalu

menunjukkan

perbuatan yang

berturut-turut

Sita masuk ke

dalam bilik lalu

memasang lampu.

5 sambil/seraya

menunjukkan

perbuatan yang

dilakukan pada masa

yang sama

Adik gemar

membuat kerja

sekolah sambil

mendengar radio.

6 jika/kalau/jikalau/ menerangkan syarat Kuntum akan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

seandainya /

sekiranya

didenda oleh ibu

tirinya jika

kerjanya tidak

disiapkan dalam

masa yang

ditetapkan.

7 kerana menjelaskan sebab

Kishan muntah

kerana termakan

makanan yang

basi.

8 sejak/semenjak bermaksud “mulai

dari”

Ganesh kelihatan

sedih sejak

kucing

kesayangannya

mati.

9

apabila/ketika /

semasa/sewaktu /

tatkala

menunjukkan masa

sesuatu perkara

berlaku atau “pada

masa”

Seekor burung

terbang ke arah

pintu apabila

pintu bilik dibuka.

Pokok kelapa itu

meliuk-liuk

tatkala ditiup

angin kencang.

10 kecuali / melainkan menunjukkan

pengecualian

Semua murid

memakai pakaian

seragam sekolah

kecuali murid

Tahun Satu itu.

11 supaya / agar menunjukkan tujuan

sesuatu perbuatan

Kami berdoa agar

penyakit yang

dihidapi datuk

akan sembuh

dengan cepat.

12 bahawa menjelaskan sesuatu

perkara

Cikgu berkata

bahawa cuti

sekolah akan

bermula Sabtu

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

depan.

13 yang

menunjukkan kata

keterangan yang ada

pada sesuatu kata

nama

Kereta yang

mewah itu

kepunyaan

seorang jutawan

muda.

14 maka

menyatakan maksud

“setelah itu” atau

“oleh itu”

Negara kita

semakin maju,

maka kehidupan

rakyat juga

bertambah baik.

15 selepas / setelah /

sesudah

menunjukkan perkara

yang berlaku

menyusuri perkara

yang lain

Rina memakai

kasut setelah

memakai stoking.

16 sebelum

menunjukkan perkara

yang berlaku

mendahului perkara

yang lain

Rina memakai

stoking sebelum

memakai kasut.

17 sungguhpun/meskipun/

walaupun / kendatipun

menunjukkan makna

yang bertentangan

Dia tetap

berdegil walaupun

sudah dinasihati

banyak kali.

18 manakala

menunjukkan hal atau

makna untuk

pasangan perkara

yang lain

Kakak suka

menari manakala

abang suka

menyanyi.

19 sementara

menunjukkan perkara

yang berlaku

sementara menunggu

perkara lain untuk

berlaku

Aishah

mengemaskan

bilik sementara

menunggu

kepulangan ayah.

20 serta

menunjukkan erti

“dan” setelah “dan”

digunakan terlebih

dahulu

Ibu dan kakak

serta adik sedang

membeli-belah di

pasar raya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

21 padahal / walhal

Menunjukkan maksud

“sebenarnya tidak

patut begitu”

Cik Siti

berkereta mewah

ke pejabat

padahal dia

hanyalah seorang

kerani.

Latihan 1.1

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

sambil apabila dan

atau lalu jikalau

supaya tetapi

1. Adik Izzudin kelihatan bergaya apabila berbaju Melayu _________

bersongkok.

2. Laili ________________ Aida yang akan dipilih sebagai penolong

ketua pengawas di sekolah mereka?

3. Shamsul sudah menelan dua biji Panadol ______________ kepalanya

masih terasa sakit.

4. Puan Rohani mengumpul kain-kain yang kotor __________

merendamnya.

5. Encik Karim bersarapan ________________ membaca surat khabar.

6. Izani hendak memancing di sungai itu ________________ dibenarkan

oleh ibunya.

7. Biri-biri peliharaan Abang Zali akan dikurung di kandang ______ hari

menjelang senja.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

8. Kami sentiasa mengemas bilik tidur masing-masing _____________

tidak dimarahi oleh ibu.

( %)

Latihan 1.2

Gariskan kata hubung yang sesuai.

1. Kamal menjadi lumpuh (jika, setelah) terbabit dalam satu kemalangan.

2. Adik menangis ketakutan (untuk, apabila) terdengar ngauman seekor

harimau di Zoo Negara.

3. Semua murid hadir ke sekolah untuk bergotong-royong (kecuali, atau)

Borhan.

4. Murid-murid duduk di tempat masing-masing (tatkala, walhal) guru

besar masuk ke dalam kelas mereka.

5. Sebelum tidur adik menggosok gigi (agar, kecuali) giginya bersih dan

tidak mudah rosak.

6. Adik kehujanan semasa pulang dari sekolah, (maka, supaya) dia demam

selesema.

7. Ayah pergi juga ke laut (sebab, walaupun) cuaca tidak begitu baik.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Latihan 1.3

Betulkan penggunaan kata hubung dalam ayat-ayat di bawah. (KBAT)

1. Bahawa kaya, Tuan Samad tidak pernah bongkak dengan kelebihan yang

dimilikinya.

2. Azam suka bermain bola sepak atau adiknya suka bermain badminton.

3. Juriah hampir lemas kecuali mandi di sungai di kampung datuknya.

4. Kek itu bukan sahaja cantik setelah rasanya juga sedap.

5. Keluarga Suzi terpaksa berpindah ke Parit Buntar dan ayahnya

dinaikkan pangkat.

6. Nazirah suka memakai pakaian yang mahal-mahal kerana keluarganya

tidaklah kaya.

( %)

2. Kata Keterangan

1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja atau kata

adjektif.

2. Contoh:

a. jangan bersikap begitu terhadap orang tua.

(begitu menerangkan kata kerja , iaitu bersikap)

b. Kesihatan sangat penting kepada kita.

(sangat menerangkan kata adjektif, iaitu penting)

3. Jenis-jenis kata keterangan:

Bil Jenis Kata Keterangan Contoh

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

1 cara /

gaya

begini, begitu, demikian,

betapa, diam-diam, tiba-

tiba

Tidak baik awak

berbuat demikian.

Hujan lebat turun

dengan tiba-tiba.

2 masa /

waktu

kelak, kelmarin, tadi,

belum, masih, sedang,

sebentar, sekejap,

selama-lamanya

Dia sedang

membaca buku.

Kami berhenti

sekejap untuk

berehat.

3 darjah agak, amat, sangat, paling,

sungguh, sekali, terlalu,

terlampau, nian, lebih

Harga basikal itu

mahal sekali.

Masakan ibu sedap

sekali.

Soalan Matematik

ini sangat susah.

4 Tanya bagimana, bila, mengapa Bagaimanakah kamu

boleh

terlanggarnya ?

Mengapakah dia

muntah tadi ?

5 ragam /

penentu

agaknya, barangkali,

entah, harus, mesti,

memang, nescaya,

semoga, kerapkali,

acapkali, mungkin, moga-

moga, mudah-mudahan,

wajib

Kita mesti taat

kepada raja dan

negara.

Barangkali pelajar

itu tidak faham apa

yang diajar oleh

cikgu.

Latihan 2.1

Isi tempat kosong dengan kata keterangan yang terbaik . (KBAT)

1. Pelajar yang berkelakuan ______________ itu telah dimarahi cikgu.

2. Ayah dan pak cik berbual ______________ di ruang tetamu.

3. Pekerja yang menjalankan tugas dengan ___________ telah diberi

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

amaran.

4. Dia akan mengingati jasa ayahnya buat __________________.

5. Pelajar yang _____________ melukis itu anak seorang artis.

6. Para penonton ketawa _______________ apabila mendengar gurauan

juruacara.

7. Negara kita _______________ aman berbanding dengan beberapa

negara di Timur Tengah.

8. Kakak _____________ ingat apa yang dikatakan oleh kawan baiknya

tiga tahun yang lalu.

9. “ Ingat, pandu ____________ jiwa selamat,” kata polis trafik kepada

para pemandu.

10. Hanya mereka yang ______________ menanti dapat berjumpa

dengan bintang pujaan mereka.

( %)

Latihan 2.2

Pilih kata keterangan yang terbaik.

1. Ketua pasukan bola keranjang Australia ___________ mengatur

serangan.

A. cermat B. teliti C. bijak D. cerdas

2. Staf yang ____________ bekerja akan diberi bonus.

A. sabar B. tekun C. jujur D. ikhlas

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

3. Kakak melawan serangan perompak dengan _________ sekali.

A. berani B. indah C. bergaya D. jelita

4. Tukang kayu yang _____________ mengukir itu telah dikenal pasti

oleh pihak penggiat seni ukir.

A. bijak B. mahir C. cekap D. tangkas

5. “Jangan buat keputusan secara ______________.” kata penghulu.

A. terkejar-kejar C. cepat-cepat

B. lekas-lekas D. terburu-buru

6. Pemuda itu berjalan ____________ sejak ditimpa kemalangan jalan

raya tahun lepas.

A. termengah-mengah C. terbongkok-bongkok

B. terincut-incut D. terlompat-lompat

7. Lukisan artis terkenal itu cantik _____________

A. masih B. sangat C. lebih D. sungguh

8. Dia akan berehat ___________ sebelum meneruskan persembahannya.

A. ketika B. sebentar C. sewaktu D. semasa

9. Ibu ___________ menyiang ikan di dapur.

A. sedang B. mesti C. lebih D. sangat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

10. Belajarlah ________________ supaya berjaya dalam pelajaran.

A. bergegas-gegas C. bertekun-tekun

B. bersungguh-sungguh D. berlumba-lumba

( %)

D. Pertuturan

Situasi

Anda gagal dalam ujian Bahasa Melayu dalam Ujian Penggal Pertama.

Berikan penjelasan (masalah dan sebab) anda semasa disoal oleh guru

Bahasa Melayu anda. Beri

Soalan Guru Penjelasan Anda

1. Adakah anda berpuas hati

dengan keputusan ujian

anda ?

2. Berikan penjelasan anda

terhadap keputusan ujian kali

ini.

3. Apakah masalah yang anda

hadapi ?

4. Apakah jenis bantuan yang

anda perlukan ?

5. Apakah rancangan dan

tindakan yang akan anda

ambil untuk mengatasi

masalah ini ?

1.

2.

3.

4.

5.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

E. Penulisan

Karangan Jenis Fakta

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.

2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan

berdasarkan pendapat anda.

3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan. Ini

untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang,

4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu

fakta yang hendak ditulis.

5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang

bersesuaian.

6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda wacana

biasanya digunakan dalam karangan ini.

Karangan Contoh:

Soalan : Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk

memastikan kita berjaya dalam pelajaran ?

Rangka karangan :

Pendahuluan : Semua murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan

tinggi

Isi-isi 1. menelaah pelajaran, membuat rujukan, mengikuti

kelas tambahan

2. sediakan jadual peribadi yang lengkap

3. rajin bertanya kepada guru

4. sikap tidak berputus asa

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Penutup : Memeriksa diri sendiri

Murid dan kejayaan adalah dua perkataan yang tidak dapat

dipisahkan. Sejak kecil, kita telah diajar menanam cita-cita untuk menjadi

seorang yang berjaya; baik sebagai doktor, jurutera, peguam ataupun

seorang pemimpin. Kejayaan itu menuntut kita berjaya dalam pelajaran.

Akan tetapi, apakah langkah-langkah yang patut kita ambil bagi

memastikan kita berjaya dalam pelajaran ?

Salah satu cara adalah dengan rajin menelaah pelajaran. Segala yang

dipelajari di sekolah tidak akan kekal lama dalam ingatan jika kita tidak

diulang kaji. Malah, untuk memastikan pengetahun kita bertambah, kita

perlu membuat rujukan dan membaca bahan-bahan bacaan yang diyakini

mutunya, baik majalah mahupun surat khabar. Bagi mereka yang

berkemampuan, bolehlah menyertai kelas tambahan.

Walaupun seseorang murid itu rajin menelaah pelajaran, kegagalan

masih muncul jika tida menyedikan jadual pembelajaran yang lengkap. Oleh

itu, kita perlu menyediakan sebuah jadual waktu belajar, waktu bermain,

tidur dan rehat. Hal ini adalah kerana otak kita bukanlah robot yang boleh

diasak dengan pembelajaran berterusan.

Sikap malu bertanya hendaklah dikikis daripada jiwa kita. Jika ada

masalah atauu tidak faham sesuatu yang diajar, janganlah segan bertanya.

Jangalah sampai tahap di mana masalah menimbun dan ketidakfahaman

menguasai diri kita. Dengan bertanya kepada mereka yang lebih mahir dan

pandai, segala kemusykilan kita dapat dijelaskan.

Tiga ciri di atas akan menjadi lengkap jika tertanam sikap tidak

mudah putus asa. Hal ini adalah kerana walaupun kita belajar bersungguh-

sungguh, kita tidak dapat melawan takdir . Jadi, jika gagal, berusahalah

lagi. Gagal juga, usaha lagi. Ingatlah kepada kata pepatah, “Di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan”.

Bagi memastikan apa yang dilakukan itu berkesan, periksalah diri

kita sendiri. Cari kelemahan diri dan cuba atasinya. Selain itu, kita juga

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

perlu bersifat sabar kerana kejayan tidak akan dikecapi dalam masa

sehari dua.

Latihan 1 :

Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita.

Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita

sentiasa bahagian dan gembira ? (Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 :

Kebaikan Aktiviti Kokurikulum (Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

E. Rampaian Bahasa

A. Kata Ganda – Labelkan mengikut maksud 1. Jenis Kata Ganda a. Kata ganda seluruh b. kata ganda semu c. kata ganda separa d. kata ganda berirama e. kata ganda berimbuhan 2. Maksud Kata Ganda

a. banyak b. sejenis hidupan c. kata nama / sejenis benda d. pelbagai jenis e. perbuatan saling

f. perbuatan bersahaja g. perbuatan berulang h. seperti i. menegaskan kata sifat j. semuanya begitu

Bil Kata Ganda Membawa Maksud 1 Jejarum 2 Elok-elok 3 Carut-marut 4 Guna-guna 5 Cebar-cebur 6 Cerai-berai 7 Diam-diam 8 Jejari 9 Cerca-mencerca 10 Gara-gara 11 Contoh-mencontohi 12 Jejawi 13 Jemput-jemput 14 Curiga-mencurigai 15 Dekat-dekat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

16 Celam-celum 17 Jejentik 18 Celorong-celoreng 19 Jentik-jentik 20 Cengkung-cengking

B. Perkataan Banyak Makna

Perkataan Banyak Makna Perkataan Banyak

Makna Maksud Contoh

1. dahulu a. masa silam b. paling awal c. sebelum ini

a. Pada zaman dahulu, kawasan ini merupakan hutan paya bakau.

b. Arnidalah yang sering sampai ke kelas dahulu pagi ini.

c. Dahulu, dia tinggal di sini.

2. dalam a. jarak yang jauh ke dasar

b. tempat yang lawannya luar

c. bahagian sesuatu bidang (abstrak)

a. Sungai itu dalam. b. Buku ini di simpan

di dalam almari. c. Dia aktif dalam

bidang penulisan 3. dapat a. berupaya,

sanggup, mampu b. menerima,

beroleh

a. Ubat itu dapat menyembuhkan penyakit ganjil ini.

b. Saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

c. berjaya , berhasil

syarahan kali ini. c. Ronnie dapat

menyiapkan kerjanya dalam masa sejam.

4. dasar a. bahagian bawah sekali

b. asas, prinsip c. latar

a. Dasar laut itu beralun.

b. Mengekalkan

hubungan baik dengan negara lain ialah dasar luar negara kita.

c. Kain songket itu mempunyai dasar berwarna coklat.

5. diam a. senyap b. tinggal c. tidak bergerak

a. Acara pertunjukan hanya akan dimulakan setelah para hadirin diam.

b. Keluarga Ali diam di Kampung Hulu Langat sejak tahun 1960.

c. Murid-murid diam sahaja setelah dimarahi Guru Besar.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

C. Pepatah Melayu

Pepatah Melayu Pepatah Maksud Contoh Ayat

Ada udang di sebalik batu

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Dia mendermakan wang yang banyak kepada pihak sekolah kerana ada udang di sebalik batu.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Seseorang anak yang mempunyai tingkah laku yang sama seperti bapanya

Sikap panas baran yang ada pada Fashli, saling tak ubah seperti bapanya, bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan -membangunkan daripada tidur 6 berpura-pura -berbuat seakan-akan 假装 7 terkial-kial -membuat

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my