johor.uitm.edu.my · web viewapabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan...

5
Info Polis Bantuan JENAYAH PECAH RUMAH PELAJAR IPT HIDUP dalam zaman serba moden ini banyak mempengaruhi trend seseorang individu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka dilihat bukan sahaja lebih terbuka dari segi aspek pemakaian, malah penggunaan gajet terkini juga menjadi satu keperluan bagi menonjolkan diri masing-masing. Namun dari satu sudut, sikap yang terlalu up-to-date ini memakan diri kerana ramai yang mula memerhati dan menjadikan mereka ini sebagai sasaran. Tinjauan menunjukkan pelajar IPT hari ini cukup mewah, paling tidak seorang pelajar mempunyai satu telefon bimbit berjenama dengan keluaran edisi terbaru, iPad, kamera serta komputer riba. Perkara sebegini memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka dengan lebih mudah. Suspek akan

Upload: vudieu

Post on 07-Jun-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: johor.uitm.edu.my · Web viewApabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah

Info Polis BantuanJENAYAH PECAH RUMAH

PELAJAR IPT

HIDUP dalam zaman serba moden ini banyak mempengaruhi trend seseorang individu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka dilihat bukan sahaja lebih terbuka dari segi aspek pemakaian, malah penggunaan gajet terkini juga menjadi satu keperluan bagi menonjolkan diri masing-masing. Namun dari satu sudut, sikap yang terlalu up-to-date ini memakan diri kerana ramai yang mula memerhati dan menjadikan mereka ini sebagai sasaran. Tinjauan menunjukkan pelajar IPT hari ini cukup mewah, paling tidak seorang pelajar mempunyai satu telefon bimbit berjenama dengan keluaran edisi terbaru, iPad, kamera serta komputer riba. Perkara sebegini memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka dengan lebih mudah. Suspek akan mula memerhati tempat tinggal serta aktiviti mangsa. Apabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah sewa yang dihuni mangsa. Suspek kemudiannya akan memecah masuk dan mencuri barangan berharga bukan sahaja milik mangsa malah teman serumah. Dalam kebanyakan kes, mangsa biasanya gagal memperoleh kembali barangan berharga mereka kerana suspek sangat licik. Sekiranya suspek ditangkap, barangan mangsa yang

Page 2: johor.uitm.edu.my · Web viewApabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah

dicuri pula sudah dijual kepada pihak ketiga atau rosak. Oleh itu, modus operandi kali ini akan mengupas secara terperinci berhubung kes curi serta pecah rumah melibatkan rumah sewa pelajar IPT.

1.0 BIODATA SUSPEK/PENJENAYAH

1.1 Orang tempatan.1.2 Sebahagian daripada suspek dikesan adalah pelajar IPT.1.3 Segelintir suspek memiliki rekod jenayah lampau dan melakukan curi secara

berulang kali di kawasan sama.

2.0 SASARAN SUSPEK/PENJENAYAH

2.1 Rumah sewa pelajar IPT seperti rumah teres, rumah kedai, pangsapuri.2.2 Mangsa tidak mengira jantina tetapi pelajar wanita lebih berpotensi jadi

sasaran.2.3 Rumah sewa yang mempunyai penghuni ramai atau kerap dikunjungi rakan-

rakan untuk sesi perbincangan atau belajar berkumpulan :2.3.1 Memudahkan penyamaran kerana ramai yang keluar masuk.2.3.2 Lebih banyak barangan berharga boleh dicuri.

2.4 Rumah sewa yang terletak di kawasan sunyi atau kedudukan tersorok.

3.0 MODUS OPERANDI

3.1 Suspek beroperasi biasanya pada jam 0300 hingga 0600 pagi atau jam 0800 hingga 1100 pagi. Biasanya pada waktu tersebut pelajar sedang

nyenyak tidur atau keluar untuk ke kuliah.3.2 Bergerak secara individu dan biasanya menaiki motosikal.3.3 Suspek buat pemantauan secara rambang seperti berpura-pura datang ke

rumah untuk mencari seseorang tetapi sebenarnya ingin memastikan bilangan penyewa serta keadaan rumah.

3.4 Terdapat juga suspek yang terus menyamar sebagai rakan penghuni rumah dan kononnya datang untuk mengambil barangan yang tertinggal.

3.5 Peralatan digunakan untuk memecah masuk sangat mudah iaitu pemutar skru atau besi yang diubahsuai.

3.6 Suspek akan ambil wang tunai serta barangan berharga antaranya komputer riba, telefon bimbit, kamera, pencetak, jam tangan termasuk barangan kemas.

3.7 Semua barangan yang dicuri akan ditolak atau dijual terus ke mana-mana kedai komputer atau sesiapa sahaja bagai mendapatkan wang segera.

3.8 Melakukan jenayah di luar kawasan tempat tinggal bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Page 3: johor.uitm.edu.my · Web viewApabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah

4.0 FAKTOR   KEJADIAN

4.1 Kecuaian Pelajar4.1.1 Sikap suka mempamerkan barangan berharga akan menarik minat

suspek.4.1.2 Tidak mengunci rumah atau bilik dengan baik.

4.2 Peluang

4.2.1 Meletakkan barangan peribadi secara terbuka tanpa pengawasan.4.2.2 Jeriji atau tingkap rumah yang rosak tidak dibaiki memudahkan

suspek untuk memecah masuk ke dalam rumah.

4.3 Terdesak

4.3.1 Suspek mencuri kerana memerlukan wang segera. Barang-barang dicuri akan dijual ke kedai-kedai tertentu bagi mendapatkan wang

tunai.

4.4 Dendam4.4.1 Akibat rasa tidak puas hati antara suspek (bekas penyewa) dengan

rakan-rakannya (yang masih menyewa).

5.0 TIPS MENGELAKKAN KEJADIAN / MENJADI MANGSA :

5.1 Penuntut IPT / Penyewa

5.1.1 Mengutamakan keselamatan dengan mengunci rumah dengan baik ketika meninggalkan kediaman.

5.1.2 Jangan ambil ringan jika jeriji, pintu dan tingkap rosak. Segera baiki!5.1.3 Simpan barangan peribadi yang berharga di tempat selamat selepas

menggunakannya dan jangan letakkan di tempat terbuka seperti di ruang tamu rumah.

5.1.4 Catat nombor siri yang tertera di belakang komputer riba kerana ia dapat membantu mengesan semula barangan tersebut.

5.1.5 Ambil tahu atau kenal pasti rakan-rakan kepada teman serumah yang datang kerana mereka tidak terkecuali untuk mencuri.

5.1.6 Jika pulang ke kampung atau keluar rumah pastikan semua barangan berharga dibawa bersama.

5.1.7 Segera buat laporan polis. Jangan lambat kerana laporan polis sangat penting untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Page 4: johor.uitm.edu.my · Web viewApabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah

6.0 TINDAKAN PIHAK POLIS

6.1 Berdasarkan laporan diterima, pihak polis akan beri tumpuan kepada kawasan yang kerap berlaku jenayah.

6.2 Memperbanyak rondaan, pengedaran risalah peringatan kepada orang awam atau perjumpaan dengan penduduk atau individu sekitar di kawasan

terbabit.6.3 Adakan ceramah berhubung jenayah pecah rumah atau kecurian di semua

IPT bagi berkongsi maklumat dengan pelajar.6.4 Beri respons yang cepat terhadap laporan diterima.

7.0 TINDAKAN ORANG AWAM

7.1 Jika mempunyai maklumat berhubung kejadian, segera maklumkan kepada pihak polis.

7.2 Jangan bertindak sendiri kerana ianya boleh membahayakan keselamatan.

8.0 TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP SUSPEK/PENJENAYAH:

1. Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

2. Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan.3. Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun tanpa senjata api/samun

berkawan tanpa senjata api.4. Pemilik kedai komputer yang membeli barangan curi daripda suspek boleh disiasat

di bawah Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan tolong jual.

Sumber : Polis Diraja Malaysia (PDRM), www.rmp.gov.my, www.google.com