pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah … · 2020. 6. 4. · corak anyaman...

48
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Ulang Kaji I SR 2B Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Ulang Kaji I

SR2B

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

A. Pemahaman

Pemahaman 1:

Seni anyaman ialah salah satu kraf tangan yang unik. Pandan dan

mengkuang merupakan bahan asas yang sering digunakan untuk

anyaman. Selain itu, penggunaan buluh, rotan, bertam, kercut dan

pohon bemban juga digunakan untuk anyaman.

Namun demikian, pandan dan mengkuang mempunyai beberapa

perbezaan daripada tumbuh-tumbuhan anyaman yang lain. Salah

satunya ialah pandan dan mengkuang mudah diperoleh. Hal ini

demikian, pandan tumbuh di kawasan berpaya manakala mengkuang

pula tumbuh di kawasan berbukit dan senang ditemui di kampong-

kampung.

Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah

motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan dan haiwan. Antaranya ialah

bunga cengkih, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga durian, bunga

kundur, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Hal ini demikian,

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat menghargai alam

semula jadi.

Dalam membuat kelarai, perkara utama yang harus

dititikberatkan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun

yang digunakan bagi menentukan saiz setiap corak yang dihasilkan.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, bilah daun yang berbeza

warna akan digunakan. Selain itu, bilah-bilah daun akan dianyam

berselang-seli antara satu dengan yang lain.

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyelesaikan seni

anyaman ini. Hal ini demikian, masa yang diambil untuk menyiapkan

satu-satu anyaman agak lama. Oleh itu, minat dan ketekunan amat

diperlukan untuk mempelajari seni anyaman ini.

Soalan :

1. Apakah bahan asas yang sering digunakan untuk anyaman?

A. Batu

B. Daun

C. Pandan dan mengkuang

D. Buah kelapa

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

2. Apakah tumbuhan lain yang digunakan untuk membuat anyaman

selain pandan dan mengkuang?

i. buluh

ii. rotan

iii. bertam

iv. kercut

v. pohon bemban

vi. daun nipah

A. i, ii, iii B. i, ii, iii, iv, v C. ii, iii, iv, v, vi D. iv, v, vi

3. Di manakah pandan dan mengkuang biasa dijumpai?

A. Pandan di kawasan berpaya manakala mengkuang di kawasan

sungai

B. Pandan di kawasan sungai manakala mengkuang di kawasan

bukit

C. Pandan di kawasan cerun manakala mengkuang di kawasan

hutan

D. Pandan di kawasan berpaya manakala mengkuang di kawasan

berbukit

4. Apakah motif yang biasa digunakan dalam anyaman kelarai?

(KBAT)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Apakah perkara utama yang harus dititikberatkan dalam

membuat anyaman kelarai? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Mengapakah kesabaran yang tinggi diperlukan dalam membuat

anyaman kelarai? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Pemahaman 2:

Muaz : Bagaimanakah keadaan Aizat sekarang? Saya diberitahu

oleh Adam pagi tadi bahawa dia diserang demam denggi.

Fahrin : Oh, ya! Hampir terlupa pula saya untuk memberitahu

awak. Saya mengetahui berita itu semalam. Saya

bercadang untuk melawatnya hari ini.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Muaz : Saya pun berhajat untuk melawat Aizat hari ini. Kalau

begitu, marilah kita ke hospital sekarang. Tambahan

pula, hari ini saya tidak perlu menjaga kedai runcit ayah.

Kalau hari lain pula, saya sentiasa sibuk.

Fahrin : Saya berharap Aizat cepat sembuh. Demam denggi ialah

penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut dalam

tempoh 24 jam.

Muaz : Denggi berpunca daripada gigitan nyamuk aedes. Oleh

itu, kita perlu memastikan tidak ada takungan air di

persekitaran tempat tinggal. Umpamanya tayar, botol, di

bahagian bawah peti sejuk, alas pasu bunga dan bekas

yang menakung air.

Fahrin : Benar, nyamuk aedes mudah membiak di tempat air

bertakung. Nyamuk aedes akan aktif pada waktu pagi dan

petang.

Muaz : Sekiranya kamu mengalami demam yang berpanjangan

segeralah berjumpa dengan doktor. Demam denggi

dapat dikesan melalui ujian darah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Fahrin : Demam denggi dapat diatasi dengan adanya kesedaran

dalam kalangan masyarakat tentang bahaya denggi.

Muaz : Eh, kita sudah sampai! Mudah-mudahan masa untuk

melawat pesakit belum tamat. Kalau tidak, kita kena

datang pada waktu petang.

Soalan :

1. Siapakah yang memberitahu Muaz bahawa Aizat dirawat di

hospital?

A. Alia

B. Aizat

C. Adam

D. Fahrin

2. Antara alat berikut, yang manakah paling berkesan untuk

menyampaikan maklumat tentang denggi?

A. Majalah

B. Telefon

C. Televisyen

D. Surat khabar

3. Perkataan membawa maut yang terdapat dalam petikan

bermaksud?

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

A. Hilang ingatan

B. Meninggal dunia

C. Lemah seluruh badan

D. Kegagalan otak berfungsi

4. Mengapakah Muaz mengajak Fahrin melawat Aizat pada hari

itu? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Apakah punca yang menyebabkan demam denggi berlaku?

(KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Bilakah nyamuk aedes akan aktif? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

7. Pada pandangan anda, apakah aktiviti yang paling sesuai

digunakan oleh masyarakat masa kini untuk memastikan demam

denggi dapat dihapuskan? (KBAT)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Pemahaman 3:

Mawar dan Melati merupakan adik-beradik tiri. Mawar

dibesarkan oleh ibu tirinya, iaitu Kasturi sejak berusia dua tahun.

Pak Mahmud, ialah ayah Mawar dan Melati seorang saudagar batu

permata. Sebagai saudagar yang terkenal, Pak Mahmud selalu sahaja

tidak ada di rumah. Melati dan Mawar memiliki rupa paras yang

cantik. Melati, anak kandung Kasturi terlalu sombong. Mereka hanya

akan melayan Mawar dengan baik di hadapan Pak Mahmud.

Mawar seorang yang penyabar. Dia tidak pernah mengadu

kepada Pak Mahmud walaupun sering dipukul dan dikurung oleh ibu

tirinya. Pada suatu hari, Pak Mahmud pulang daripada berdagang.

Dia membawa pulang sebentuk cincin delima dan sebentuk cincin

bermata batu. Melati berebut-rebut untuk mendapatkan cincin

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

permata delima. Mawar yang banyak mengalah, mendapat cincin

permata batu.

Pada suatu hari, Mawar dan Melati keluar bersiar-siar. Dengan

bangganya Melati mempamerkan cincin yang dipakainya. Dia juga

menyindir Mawar kerana memakai cincin yang murah. Tiba-tiba,

Mawar ternampak ada cahaya berkilau-kilau pada permata cincinnya.

Semakin lama semakin bersinar-sinar cahaya itu. Permata batu itu

bertambah cantik. Melati terkejut melihat kejadian itu lalu memaksa

Mawar menanggalkan cincin itu.

Sepantas kilat Melati cuba menanggalkan cincin pada jari

Mawar. Melati mencubanya dengan sekuat tenaga. Akibatnya tangan

Melati menjadi kaku. Melati meraung dengan sekuat hatinya apabila

melihat tangannya itu. Mawar hanya terpaku melihat keadaan Melati.

Mawar kasihan melihat keadaan Melati. Mawar menyentuh

kedua-dua belah tangan Melati. Tangan Melati boleh bergerak

semula. Dia menjerit kegirangan. Sejak kejadian itu, Melati telah

insaf dan tidak berbuat jahat kepada Mawar lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Soalan 3 :

1. Apakah keistimewaan yang ada pada Melati dan Mawar?

A. Mereka berdua ialah adik-beradik

B. Mereka mempunyai ibu yang cantik

C. Mereka mempunyai paras rupa yang cantik

D. Masing-masing mempunyai sebentuk cincin

2. Mengapakah Pak Mahmud selalu sahaja tiada di rumah?

A. kerana Pak Mahmud seorang saudagar

B. kerana Pak Mahmud keluar menuntut ilmu

C. kerana Pak Mahmud bersiar-siar dengan isterinya

D. kerana Pak Mahmud berjumpa dengan pelanggan

3. Mengapakah Mawar tidak pernah memberitahu Pak Mahmud

tentang layanan ibu tirinya?

A. Mawar seorang yang prihatin

B. Mawar seorang yang penyabar

C. Mawar seorang yang selamba

D. Mawar seorang yang suka bercakap benar

4. Mengapakah Melati menyindir Mawar? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

5. Mengapakah Melati menjerit kegirangan? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Pada pandangan anda, apakah nilai murni yang dapat diperolehi

dari cerita di atas? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Pemahaman 4:

Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan

pemandangan waktu pagi. Pagi yang kekuning-kuningan memukau

pemandangan. Di situlah ayah dan ibu memerah keringat mencari

rezeki. Aini kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya.

Keputusannya tidak seperti yang diharapkan. “Aku mesti buktikan

kepada ibu bahawa aku mampu memiliki segulung ijazah,” bisik hati

kecil Aini.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

“Kakak sudah siap?” terpacul soalan dari bibir adiknya.

“Sudah,” jawab Aini ringkas. Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk

bekerja. Yang pasti Aini berazam untuk mengikuti kelas malam.

Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki teksi yang

telah lama menunggu. “Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan

keluarga,” bisik Aini kepada ibunya.

Di Kuala Lumpur, Aini disambut oleh sepupunya. Kini,

bermulalah rutin hidup Aini sebagai pembantu kedai di sebuah kedai

buku. Aini beruntung kerana dapat membaca buku-buku untuk SPM.

Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan belajar

pada malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut.

Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup

bersedia untuk menjawab peperiksaan. Oleh itu, dia lebih yakin

apabila memasuki dewan peperiksaan untuk kali keduanya. Aini

berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini lebih cemerlang.

Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan. Aini gembira

kerana memperoleh keputusan yang cemerlang daripada keputusannya

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

tahun lepas. Air mata kegembiraan sudah tidak dapat ditahan lagi.

Aini menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya. “Hadiah untuk

ibu,” bisik Aini.

Soalan :

1. Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?

A. untuk bekerja

B. untuk mengisi masa lapang

C. untuk belajar

D. untuk bercuti

2. Apakah kenderaan yang dinaiki oleh Aini untuk ke Kuala

Lumpur?

A. Bas

B. Kereta

C. Kapal terbang

D. Teksi

3. Apakah pekerjaan Aini ketika berada di Kuala Lumpur?

A. Pembantu restoran

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

B. Pembantu kedai alat tulis

C. Pembantu perkhidmatan awam

D. Pembantu kedai buku

4. Apakah janji Aini sebelum meninggalkan rumahnya? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Mengapakah Aini berasa yakin menghadapi SPM untuk kali

kedua? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk membalas

jasa kedua-dua ibu bapa kita? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

B. Tatabahasa

1. Kata Ganti Nama Diri & Kata Ganti Nama Tunjuk

A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat yang diberikan.

1. “_____ berasa sungguh dukacita dengan berita tersebut,” titah

Sultan Ali.

A. Beta C. Baginda

B. Patik D. Tuan hamba

2. Azrai, Michael dan Ming Choo ialah pelajar di SK Bukit Kecil.

_____ belajar di dalam kelas yang sama.

A. Dia C. Engkau

B. Awak D. Mereka

3. “Sekolah _____ akan mengadakan hari terbuka pada bulan Jun

nanti,” kata Mamat kepada ibunya.

A. kita C. saya

B. aku D. dikau

4. Halaman rumah nenek cantik kerana _____ suka menanam

pokok bunga.

A. aku C. saya

B. kita D. dia

5. “Mengapakah _____ asyik termenung?” tanya Ikhwan kepada

Fong Leong.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

A. aku B. kamu C. kita D. kalian

6. “_____ perlu berusaha lebih gigih jika ingin berjaya,” nasihat

Cikgu Bahanda kepada murid-muridnya.

A. Saya C. Kalian

B. Awak D. Baginda

7. “Keluarga kami sudah menyewa rumah _____ sejak lapan bulan

yang lalu,” beritahu emak kepada Pak Sudin.

A. ini C. sana

B. situ D. begitu

8. “Rumah Doktor Radhi terletak di hujung simpang _____,” kata

Adlan sambil menunjukkan ke simpang jalan kira-kira 50 meter

dari tempatnya berdiri.

A. itu C. begini

B. situ D. begitu

9. Menemui Kakandaku Mardiana yang kini berada di Melbourne,

Australia. Adinda berharap kakanda sihat di _____ .

A. itu C. ini

B. sana D. sini

10. “Letaklah sayur-sayuran itu di _____,” kata emak kepada

kakak.

A. sini C. sana

B. itu D. situ

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

11. Jemputlah datang ke majlis hari jadi saya pada hari Ahad

_____ .

A. itu C. sini

B. sana D. ini

( %)

B. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri dan kata ganti nama

tunjuk.

1. Benar, tuanku. Nampaknya mereka bekerja dengan tekun.

__________ juga mengamalkan sikap bekerjasama.

2. Eh, Datuk Bendahara! __________ lihat ada orang terjatuh di

situ. Silalah Datuk Bendahara pergi menyiasatnya.

3. Patik menjunjung titah __________ .

4. Apakah yang berlaku di __________, Panglima Nira?

5. Ampun, tuanku. Patik telah menyiasat di __________ . Rupa-

rupanya orang __________ tidak sihat dan kepenatan.

6. “Pementasan __________ cukup menarik. __________

seronok menyaksikannya,” kata Kin Kiat dan Rahul kepada

Sunny.

sana beta situ ini itu

situ dia kami mereka

tuanku

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

7. Namanya ialah Jarit. __________ fasih berbahasa Melayu.

8. “Kalian semua harus berani semasa berada di kawasan hutan. Di

__________ terdapat pelbagai rintangan yang perlu kamu

lalui,” pesan Cikgu Nabil.

( %)

C. Betulkan penggunaan kata ganti nama diri di bawah kemudian salin

semula ayat.

1. Saya bertiga hendak pergi ke rumah Pak Mail.

_______________________________________________

2. Jika beliau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak patik

dengan segera.

_______________________________________________

3. Dia merupakan seorang raja yang adil dan saksama di negeri ini.

_______________________________________________

4. Ammar dan Meng Yi berumur 10 tahun. Kita berdua sahabat

baik.

_______________________________________________

5. Pravit dan kawan-kawan dia pergi ke kedai. Kalian menaiki

basikal.

_______________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

D. Betulkan kesalahan kata ganti nama tunjuk di bawah kemudian salin

semula ayat.

1. Saroja gembira mendapat keputusan cemerlang dalam ujian

baru-baru sini.

_______________________________________________

2. Raja Citra mempunyai seekor kuda. Baginda akan menunggang

kuda situ setiap hari.

_______________________________________________

3. Terdapat perpustakaan awam di rumah saya. Kami ke ini dengan

berjalan kaki.

_______________________________________________

4. Jam tangan berjenama Casio di kedai sini sungguh cantik sekali.

_______________________________________________

5. Saya masih ingat pokok itu. Di inilah tempat saya selalu bermain

semasa kecil.

_______________________________________________

6. Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah. Pulau situ menjadi

tarikan pelancong.

_______________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

E. Kelaskan kata ganti nama diri di bawah mengikut jenisnya.(i-Think)

Kata Ganti Nama

Diri Pertama

Kata Ganti Nama

Diri Kedua

Kata Ganti Nama

Diri Ketiga

( %)

F. Kelaskan kata ganti nama tunjuk di bawah berdasarkan maksudnya.

(i-Think)

-nya hamba kita tuanku mereka dia

kami encik kalian beliau anda ia

patik kamu baginda beta awak saya

begini sini itu sana ini situ begitu

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

( %)

2. Kata Kerja & Kata Hubung

A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1. Fuad suka _____ air kelapa muda kerana rasanya sedap.

A. minum C. telan

B. makan D. gigit

2. Arif _____ dari basikal ketika melalui selekoh itu.

A. tersepit C. terduduk

B. terjatuh D. terbaring

3. Mereka _____ jalan dengan berhati-hati kerana banyak

kenderaan di situ.

A. melintas C. mencari

B. menunggu D. membuat

Kata Ganti Nama Tunjuk

Penunjuk Kata Nama

Penunjuk Tempat/Arah Penunjuk

Cara/Hal/Keadaan

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

4. Zhi Wei membantu ibu _____ stor yang berisi peralatan

berkebun.

A. kemaskan C. pengemas

B. mengemas D. mengemaskan

5. Kami _____ di hentian bas sementara menunggu hujan reda.

A. berlindung C. berteduh

B. bernaung D. beratap

6. Jefri suka _____ air kopi dan makan nasi lemak pada waktu

pagi.

A. minum C. menelan

B. makan D. menyedut

7. Semua rakan sekelas datang ke majlis hari lahir Izlan _____

Ganesh.

A. akan C. kecuali

B. sambil D. maka

8. “Saya yakin _____ kamu akan berjaya,” kata Zubaidi kepada

rakannya.

A. agar C. kecuali

B. bahawa D. manakala

9. Danish anak orang kaya _____ dia tidak sombong.

A. apabila C. sambil

B. kerana D. tetapi

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

10. Ibu membeli ikan kembung lalu memasukkannya ke dalam

peti sejuk _____ tahan lama.

A. agar C. kerana

B. serta D. sungguhpun

11. Kakak membantu ibu memasak di dapur _____ abang menolong

bapa mencuci kereta di halaman rumah.

A. serta B. tetapi C. apabila D. manakala

12. Lee Meng tidak sedar _____ dia terbeli makanan dalam

tin yang sudah luput tarikh penggunaannya.

A. agar C. apabila

B. kerana D. bahawa

( %)

B. Gariskan kata kerja transitif yang betul dalam ayat-ayat di bawah.

1. Cikgu Lim ( menerangkan , menyatakan ) kepada murid-murid

tentang teknik dan strategi bermain bola keranjang.

2. Kamal ( menampar , memukul ) bulu tangkis itu dengan kuat

untuk mencari mata kemenangan.

3. Ketua kumpulan itu ( menjulang , memikul ) piala yang dimenangi

oleh pasukannya.

4. Amir telah memenangi acara (melontar , membaling ) lembing

itu.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

5. Penjaga gol itu berjaya ( mengelak , menepis ) sepakan penalti

daripada pihak lawan.

6. Program Kecerdasan Diri diadakan untuk ( memupuk ,

membentuk ) semangat rajin bersenam dalam kalangan warga

sekolah.

7. Penyakit mudah ( melanda , menyerang ) jika kita mengambil

makanan yang berlemak tanpa had.

8. Makanan yang seimbang serta vitamin yang mencukupi dapat (

menyihatkan , melegakan ) badan kita.

( %)

C. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata hubung

yang betul.

1. Suhana berjaya dalam pelajaran __________ dia belajar

bersungguh-sungguh.

2. Adik bersarapan pagi __________ pergi ke sekolah.

3. Kakak menjerit __________ disergah oleh rakannya.

4. Nenek menyapu sampah setiap hari __________ halaman

rumahnya bersih.

5. Anita tidak sombong __________ dia pelajar yang bijak.

6. Mereka berehat seketika __________ mengulang kaji

pelajaran.

selepas kerana apabila supaya walaupun sebelum

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

( %)

D. Salin semula ayat di bawah dengan membetulkan kata hubung yang

sesuai.

1. Ayah membaca surat khabar supaya menanti ibu memasak.

_______________________________________________

2. Raja suka bermain bola sepak kecuali Alif suka bermain

badminton.

_______________________________________________

3. Ikan itu dimasukkan ke dalam peti sejuk apabila tahan lama.

_______________________________________________

4. Pak Aji mengambil selipar yang terkena lumpur itu sambil

mencucinya.

_______________________________________________

5. Semua murid mengisi borang untuk menghadiri kem motivasi

sementara Rani.

_______________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

E. Baca petikan di bawah dan senaraikan kata kerja mengikut

kategori. (i-Think)

Pada pukul 5.00 pagi, Encik Yeoh dan isterinya sudah bangun.

Selepas bersiap-siap, mereka ke pasar untuk membeli barang-barang.

Kemudian, Encik Yeoh dan isterinya ke kantin Sekolah Jenis

Kebangsaan (C) Pei Yuan. Encik Yeoh merupakan pengusaha kantin

sekolah. Isteri Encik Yeoh memasak makanan. Sebelum memasak,

Encik Yeoh dan isterinya membersihkan alatan dapur. Mereka juga

mencuci bahan masakan sebelum dimasak. Makanan yang disediakan

juga ditutup agar tidak dihinggapi lalat. Encik Yeoh juga memastikan

pekerjanya berpakaian kemas dan memakai apron serta penutup

kepala. Encik Yeoh melayan murid-murid yang membeli makanan

dengan ramah dan mesra. Murid-murid beratur ketika hendak bayar

di kaunter makanan.

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 26

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 29: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

F. Betulkan kesalahan kata hubung yang bergaris dan tuliskan yang

betul. (i-Think)

Ayat Kata Hubung

1. Fatin menasihati adiknya bahawa berhati-hati

menggunakan pisau yang tajam itu.

2. Helmi membubuh baja pada tanaman itu kerana

subur.

3. Kemalangan akan berlaku supaya kita cuai di jalan

raya.

4. Janganlah kita meninggikan suara agar berbual-

bual dengan ibu bapa kita.

5. Guru kelas itu memaklumkan kerana kelas

tambahan pada hari Sabtu ini dibatalkan.

6. Bon Huat dan keluarganya sedang minum petang

agar kami sampai di rumahnya.

7. Kakak menyikat rambut adik dengan rapi kalau

lebih kemas.

8. Kelas Empat Melati akan mengadakan lawatan ke

Perak agar dibenarkan oleh guru besar.

9. Semua murid dibenarkan bermain di padang

manakala Afiq.

10. Ibu menyidai kain itu di luar rumah tetapi cepat

kering.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 27

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 30: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

3. Kata Adjektif & Kata Arah

A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Air kopi yang baru dibancuh itu sangat _____ .

A. masin C. lama

B. panas D. cepat

2. Wajah pelakon wanita yang terkenal itu sangat _____ .

A. cantik C. marah

B. kacak D. terang

3. Hujan pada malam itu turun dengan _____ sekali.

A. laju C. lebat

B. pantas D. nipis

4. Dia tidak dapat menjawab soalan yang _____ itu.

A. mudah C. meriah

B. ringan D. susah

5. Kakak suka makan sayur peria walaupun rasanya _____ .

A. pahit B. tawar C. sedih D. pedas

6. Budak _____ itu menangis teresak-esak apabila dimarahi

ayahnya.

A. hebat C. kecil

B. mudah D. tua

7. Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.

A. sudut C. depan

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 28

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 31: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

B. dalam D. bawah

8. Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke _____

telefon bimbit.

A. sisi C. penjuru

B. dalam D. puncak

9. Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.

A. atas C. pinggir

B. sudut D. belakang

10. Kawasan perkelahan itu terletak di _____ sungai.

A. hilir C. bawah

B. antara D. penjuru

11. Bapa berdiri di _____ kereta sambil berbual-bual dengan

kawannya.

A. tepi C. hujung

B. dalam D. pinggir

12. Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.

A. puncak C. atas

B. dalam D. seberang

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 29

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 32: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

B. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.

.

1. Cikgu Faridah berasa __________ akan pencapaian murid-

muridnya dalam peperiksaan itu.

2. Ladang nanas yang diusahakan oleh Encik Hamid itu sungguh

__________ .

3. Para pekerja begitu __________ mengusahakan ladang

ternakan itik itu.

4. Mak Cik Kalsom menggoreng kerepek pisang itu sehingga

__________ .

5. Suasana di pameran ekspo pertanian itu sungguh __________

dengan para pengunjung.

6. Orang ramai mendapat __________ pengetahuan tentang

pameran hasil tani itu.

7. Kita perlu menggunakan peralatan elektrik dengan __________

agar tidak membazir tenaga.

8. Udara yang __________ akan menyebabkan pelbagai jenis

penyakit kepada manusia.

( %)

banyak luas kotor rajin

bangga cermat sesak garing

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 30

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 33: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

C. Gariskan kata arah yang betul dalam ayat-ayat di bawah.

1. Rumah datuk Ahmad terletak di ( tepi , luar ) sungai.

2. Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke (

tengah , dalam ) rumah.

3. Negeri Perlis terletak di ( selatan , utara ) Semenanjung

Malaysia.

4. Ribut taufan yang bertiup kencang dari sebelah ( barat ,

penjuru ) telah menyebabkan kemusnahan beberapa buah rumah

di kampung itu.

5. Mereka dipilih dari ( segi , dalam ) kebolehan menguasai

kemahiran bahasa untuk pertandingan pidato.

6. Penyelam itu berjaya menyelam sehingga ke ( dalam , dasar )

tasik itu.

7. Pak Rahim mula mengusahakan tanah di ( belakang , tepi )

rumahnya dengan harapan tanamannya itu dapat membuahkan

hasil yang lumayan.

8. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke ( sudut ,

dalam ) sungai.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 31

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 34: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

D. Tuliskan kata adjektif di bawah mengikut kategori yang diberikan.

(i-Think)

1. Masa

1.

6.

Keadaan/Sifat

1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

2. Warna

1.

7. Cara

1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

3. Perasaan

1.

8. Ukuran

1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

4.

Pancaindera

1.

9. Jarak

1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. Bentuk

1.

2.

3.

4.

bulat biru hampir panjang laju manis

pendek jauh pantas sayang rapat

putih cerdik harum cepat lama nipis

bujur marah masam sebentar dekat

halus leper kerap hitam garang segi

empat lambat perlahan merah rajin

tinggi benci rindu sedih

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 32

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 35: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

( %)

E. Pilih kata arah yang terdapat dalam kotak di bawah kemudian

isikan pada peta minda yang disediakan. (i-Think)

( %)

Kata Arah

kaki manis sisi halus

dekat pinggir rapat samping

sudut cepat utara selatan

tinggi puncak pangkal penjuru nipis

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 33

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 36: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

C. Penulisan

1. Bina Ayat

Latihan 1 :

kosa kata

hobi

mengumpul setem

menyimpan..........album

setem

bertukar setem

berbincang tentang

is kandungan setem

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 34

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 37: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 2 :

kosa kata

rajin/tekun menelaah pelajaran

menumpukan perhatian menjawab ..........dengan yakin

memperoleh keputusan cemerlang

diberi hadiah pada ....

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 35

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 38: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 3 :

kosa kata

mengunjungi / melawat

membeli

kaunter tiket

meneliti

menerangkan

menumpukan perhatian

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 36

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 39: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 4 :

Kosa Kata

melancong / bercuti

bengkang-bengkok

curam

menginap

mendaftar masuk

kaunter pendaftaran

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 37

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 40: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Ulasan

Latihan 1:

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 38

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 41: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 2:

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 39

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

tbeysy
Sticky Note
Pengenalan : Amalan ziarah-menzarahi diamalkan oleh .... Isi tersurat : 1. Tuan rumah .....menyediakan ....melayan .. 2. Pembantu rumah.....menghidangkan.... 3. Biasanya,......bersembang mesra dengan .....di Isi tersirat : 1. Kita perlu saling berkunjung ke.....hidup berjiran 2. Dengan ini, ....mengenali jiran... 3. Selain itu, .......memahami masalah......membantu ....perlu 4. Amalan ni ....mengeratkan perhubungan antara ... Kesimpulan : Kesimpulannya, jiran....terpenting kepada....dalam masyarakt ..
Page 42: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 3:

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 40

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 43: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Latihan 4:

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 41

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 44: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

3. Karangan

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Soalan 1 : Melengkapkan Cerita

Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :

Aku berasa gembira kerana aku telah membantu Ramli.

Aku berharap Ramli akan berjaya dalam pelajarannya dan

menjadi seorang yang berjaya.

Soalan 2 : Autobiografi

Aku Sebuah Komputer

Soalan 3 : Fakta

Kegunaan Komputer

Soalan 4 : Keperihalan

Mengunjungi Pasar Malam

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2B 42

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 45: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan
Page 46: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan
Page 47: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan
Page 48: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2020. 6. 4. · Corak anyaman disebut kelarai. Motif yang biasa dianyam ialah motif alam semula jadi, iaitu tumbuhan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my