pusat rehabilitasi perkeso · di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan...

32
PERKESO PUSAT REHABILITASI

Upload: others

Post on 02-Aug-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

PERKESOPUSAT REHABILITASI

Page 2: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional
Page 3: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

PENGENALAN1.1 TENTANG KAMI

1.2 KAKITANGAN KAMI

PENJAGAAN PERUBATAN & PENGURUSANHILANG UPAYA

2.1 PENJAGAAN PERUBATAN

2.2 PENGURUSAN HILANG UPAYA

FISIOTERAPI3.1 TERAPI ROBOTIK

3.2 HIDROTERAPI

3.3 KEMUDAHAN GIMNASIUM

TERAPI CARA KERJA4.1 WORK HARDENING

4.2 AKTIVITI KEHIDUPAN SEHARIAN

REHABILITASI VOKASIONAL5.1 REKA BENTUK GRAFIK

5.2 MENJAHIT

5.3 HOSPITALITI

5.4 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PUSAT SENSORI6.1 OPTOMETRI

6.2 AUDIOLOGI

6.3 BILIK MULTISENSORI

6.4 DIETETIK

6.5 TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU

6.6 TERAPI PERTUTURAN

KEMUDAHAN PENGINAPAN7.1 KEMUDAHAN PENGINAPAN

PENCAPAIAN KAMI8.1 KEJAYAAN MEREKA,

PENCAPAIAN KAMI

JENIS KECEDERAAN SOKONGAN9.1 MASALAH MUSKULOSKELETAL

9.2 AMPUTASI

9.3 KECEDERAAN OTOT DAN LIGAMEN

9.4 NEUROLOGI

9.5 TRAUMATIC BRAIN INJURY (TBI)

9.6 KECEDERAAN SARAF TUNJANG

KAN

DU

NG

AN HUBUNGI KAMI10.1 HUBUNGI KAMI

Page 4: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

PENGENALANBerbekalkan motif dan niat yang murni, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah dibina dengan objektif untuk memulihkan pekerja yang mengalami kecederaan atau hilang upaya agar dapat kembali ke alam pekerjaan dan lebih berdikari.

Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai takungan air hujanyang digunakan untuk pengairan dan penggunaan tenaga solar untuk nyalaan lampu jalan.

Page 5: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

1.1 TENTANG KAMI

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, program rehabilitasi disediakansecara intensif dan komprehensif. Antara perkhidmatan yangberperanan dalam proses pemulihan pesakit adalah RehabilitasiPerubatan, Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Optometri, Audiologi,Terapi Pertuturan, Work Hardening dan Rehabilitasi Vokasional.

1.2 KAKITANGAN KAMI Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai tenaga kerja profesional yang terdiri daripada pelbagai disiplin seperti Pegawai Perubatan, Jururawat, Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja, Pelatih Kemahiran Vokasional dan Pengurus Kes yang bertanggungjawab dalam menjayakan perancangan rehabilitasi pesakit agar dapat kembali bekerja dan menjadi lebih berdikari.

Sebuah Pusat Rehabilitasiyang dibina dengan motifyang murni.

Page 6: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

PENJAGAAN PERUBATAN& PENGURUSAN HILANG UPAYADi Pusat Rehabilitasi PERKESO, kami menawarkan program rehabilitasi yang terbaik melalui sistem pengurusan hilang upaya dan penjagaan perubatan kepada pesakit dengan bantuan Pengurus Kes dan ahli profesional yang terdiri daripada pelbagai disiplin.

Page 7: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

2.1 PENJAGAAN PERUBATAN Pusat Rehabilitasi PERKESO tidak hanya menawarkan program rehabilitasi yang intensif, malah ianya menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan penjagaan perubatan yang efisien kepada setiap pesakit. Penjagaan perubatan memainkan peranan dalam merealisasikan niat murni agar setiap pesakit mendapat perkhidmatan terapi dan pembelajaran vokasional yang efektif.

Pengurusan Hilang Upaya di Pusat Rehabilitasi PERKESO memfokuskan kepada penyediaanperancangan rehabilitasi yang komprehensif kepada pesakit. Setiap perancangan

rehabilitasi pesakit akan diuruskan oleh pengurus kes dan dibantu oleh anggota klinikalyang perkhidmatan daripada pelbagai disiplin.

Pengurus Kes akan menguruskan perancangan rehabilitasi mengikut tahapkeupayaan pesakit dan membantu mereka mencapai matlamat untuk kembali

bekerja dan lebih berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, penjagaan perubatan memainkan peranan dalamsistem pengurusan hilang upaya. Kami menawarkan konsep penjagaan perubatan yang

komprehensif dengan bantuan Jururawat terlatih, Anggota Klinikal dan Jurupulih.

2.2 PENGURUSAN HILANG UPAYA

Page 8: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional
Page 9: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

FISIOTERAPIPasukan Jurupulih Anggota atau Fisioterapi menyediakan kaedah fisioterapi yang komprehensif untuk membantu pesakit mencapai tahap mobilisasi dan keupayaan untuk berdikari yang maksimum.

Objektif terapi fizikal yang disediakan adalah untuk:- Meningkatkan kekuatan dan pergerakan bahagian atas dan bawah anggota.- Meningkatkan kawalan motor.- Memperbaiki koordinasi dan keseimbangan badan.- Memperbaiki kekuatan, julat pergerakan dan daya ketahanan.

Page 10: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

3.1 TERAPI ROBOTIKPusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan terapi robotik yang berteknologi tinggi dan digunakan sebagai suatumodaliti dalam rawatan rehabilitasi.

Objektif utama penggunaan terapi robotik adalah untukmembantu pesakit berjalan, bergerak dan mencapaitahap pemulihan yang maksima.

3.2 HIDROTERAPIHidroterapi merupakan suatu teknik rawatan teraputik yang menggunakan air sebagai medium utama. Teknik rawatan ini bertujuan untuk merawat ketidakupayaan fizikal dan mengurangkan kesakitan.

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Pusat Akuatik dilengkapi dengan peralatan yang direka khas untuk individu kurang upaya melalui penggunaan kolam renang dan jakuzi yang menggunakan air suam atau panas seperti di sauna.

Page 11: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

3.3 KEMUDAHAN GIMNASIUMRawatan fisioterapi melibatkan senaman di gimnasium dan setiap sesi rawatan adalah dibawah penjagaan jurupulih anggota. Di gimnasium, setiap peralatan adalah bersesuaiandengan keadaan pesakit yang mengalami hilang upaya dan modul rawatanmemfokuskan pada kekuatan anggota dan ketahanan fizikal.

Page 12: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

TERAPI CARA KERJAPasukan Jurupulih Cara Kerja bekerjasama dengan pesakit melalui perancangan rehabilitasi yang bersesuaian dengan keperluan pesakit. Setiap perancangan meliputi keperluan rawatan cara kerja, latihan untuk menguruskan kehidupan seharian, dan kemahiran bekerja agar setiap pesakit menjadi lebih berdikari, produktif dan mampu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Program terapi cara kerja di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah untuk:- Mencegah kadar hilang upaya daripada berlanjutan.- Mampu hidup berdikari dengan melakukan kehidupan seharian.- Menguruskan diri sendiri dan memaksimumkan keupayaan untuk berdikari.- Mempersiapkan diri untuk kembali bekerja (return to work).

Page 13: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

4.1 WORK HARDENINGPesakit yang menjalani program rehabilitasi di work hardening akan

didedahkan dengan situasi pekerjaan sebenar atau simulasi aktivitikerja yang bertujuan untuk memulihkan fungsi fizikal, tingkah laku dan

vokasional sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Work hardening jugaberperanan untuk memastikan pesakit menjadi lebih berdaya saing di

samping meningkatkan tahap produktiviti, keselamatan dan keupayaan fizikal.

4.2 AKTIVITI KEHIDUPAN SEHARIANDi Pusat Rehabilitasi PERKESO, setiap pesakit akan dilatih dengan pelbagai kemahiran yang meliputi aktiviti seharian seperti kebersihan diri, cucian pakaian (dobi), asas pengurusan kewangan dan penjagaan diri. Peranan utama bagi modul ini adalah untuk memastikan pesakit mendapat pendidikan asas dalam pengurusan diri sendiri dan seterusnya dapat menjalani rutin harian secara normal.

Page 14: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional
Page 15: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

REHABILITASI VOKASIONALProgram rehabilitasi vokasional yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keadaan dan keperluan pesakit yang masih menjalani rawatan agar boleh terus berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.

Page 16: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

5.1 REKA BENTUK GRAFIKDengan adanya tenaga kerja yang profesional, peralatan komputerdan perisian yang bersesuaian, setiap pesakit berpeluang untukmenjalani latihan kemahiran komputer secara asas dan seni rekabentuk yang sesuai dengan keupayaan fizikal.

Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akandikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosipemasaran.

5.2 MENJAHITLatihan vokasional menjahit disediakan

dengan beberapa modul pembelajaranseperti mereka bentuk pakaian, pengubahsuaian

pada jahitan pakaian, teknik jahitan yang pelbagai dan teknik penjagaan tekstil.

Page 17: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

5.3 HOSPITALITIDi Pusat Rehabilitasi PERKESO, hospitaliti adalah bidang yang membuka peluang kedua kepada pesakit untuk menceburi bidang perkhidmatan dan pelancongan.

5.4 ELEKTRIK & ELEKTRONIKMenawarkan pembelajaran asas untuk penambahbaikankemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Page 18: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional
Page 19: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

PUSAT SENSORIDi Pusat Rehabilitasi PERKESO, kami menawarkan pelbagai perkhidmatanrawatan rehabilitasi yang komprehensif dan bersesuaian dengan keperluanpesakit. Antara rawatan yang dijalankan adalah Terapi Pertuturan, Optometri,Audiologi, Psikologi Klinikal dan Dietetik.

Page 20: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

6.1 OPTOMETRIOptometri memfokuskan pada rawatan rehabilitasi penglihatan yang membantu pesakit untuk pulih dan berdikari. Sesi rawatan merangkumi sesi konsultasi bersama pegawai optometri yang berpengalaman dalam mengatasi permasalahan berkaitan penglihatan dan sebagai persiapan untuk lebih berdikari atau kembali bekerja. Rehabilitasi Penglihatan (Visual Rehabilitation) juga dikendalikan dengan kerjasama antara Pegawai Optometri, Jurupulih Kerja dan Pelatih Kemahiran Vokasional.

6.2 AUDIOLOGIBahagian Audiologi Pusat Rehabilitasi PERKESO berperanan untuk membantupesakit yang mempunyai permasalahan berkaitan pendengaran. Rehabilitasidi bahagian audiologi merangkumi permasalahan berkaitan kehilanganpendengaran, pemeriksaan, pemilihan alat bantuan pendengaran dan prosesadaptasi serta penambahbaikan proses komunikasi di tempat kerja. PegawaiAudiologi akan membuat penilaian di tempat kerja seperti menilai proseskomunikasi pekerja yang menggunakan alat pendengaran di tempat kerja.

6.3 BILIK MULTISENSORIPusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan bilik multisensoriuntuk mewujudkan suasana tenang melalui rangsangan lima deriautama; sentuhan, rasa, penglihatan, bau dan pendengaran.Konsep persekitaran dalam bilik ini menggalakkan perubahanuntuk berfikir dan membolehkan pesakit untuk memberi tindakbalas secara normal melalui komunikasi yang efektif danmerangsang aktiviti untuk berfikir.

Page 21: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

6.4 DIETETIKSetiap pesakit yang menjalani rawatan rehabilitasi akan menjalani sesi kaunseling diet, pengambilan nutrien dan aktiviti pemakanan. Pegawai dietetik akan merangka perancangan diet yang khusus dan sesuai mengikut situasi dan keperluan perubatan pesakit yang sedang menjalani rawatan.

6.5 TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKUMenawarkan aktiviti terapi kognitif dan tingkah laku secara berstruktur kepada pesakit.Setiap proses terapi akan dijalankan oleh Pegawai Psikologi Klinikal yang profesional danbertujuan untuk menggalakkan integrasi sosial dan menambah baik tingkah laku pesakit.

6.6 TERAPI PERTUTURANDi Pusat Rehabilitasi PERKESO, Bahagian Terapi Pertuturan berperanan membantu pesakityang mempunyai masalah berkaitan pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. Terapipertuturan bermula dengan sesi penilaian dan sesi terapi yang bersesuaian dengan masalahyang dihadapi pesakit. Antara contoh masalah yang memerlukan terapi pertuturan ialahaphasia, apraxia, dysarthria, dysphagia, voice disorder, resonance disorder dan lain-lain.Pegawai Terapi Pertuturan akan bekerjasama dengan penjaga pesakit dan pelbagaiprofesional yang lain untuk memastikan pesakit mendapat rawatan rehabilitasi yangmenyeluruh untuk setiap permasalahan sekaligus dapat memastikan pesakit melaluiproses adaptasi terhadap perubahan berkaitan pertuturan dan bahasa.

Page 22: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Page 23: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

7.1 KEMUDAHAN PENGINAPAN

KEJURURAWATAN PENJAGAAN PERUBATAN & DISPENSARI KETENANGAN

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, setiap pesakit akan disediakan dengan kemudahan penginapan yang selesa seperti Wad dan Asrama. Kemudahan penginapan ini dilengkapi dengan elemen persekitaran yang bersesuaian dengan keadaan pesakit dan dikelilingi dengan suasana hijau yang tenang dan harmoni.

Kemudahan penginapan di asrama mempunyai 150 buah bilik dan mampu mencapai kapasiti penuh seramai 300 orang pesakit pada satu-satu masa. Pesakit yang memerlukan penjagaan rapi akan ditempatkan di wad pemulihan dan berada di bawah penjagaan jururawat dan pegawai perubatan.

Page 24: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

KETENANGAN

PENCAPAIAN KAMIAdalah menjadi tanggungjawab kami di Pusat Rehabilitasi PERKESO untuk mengutamakan pesakit dan memastikan yang terbaik dalam setiap perancangan dan program rehabilitasi yang dijalankan. Di sini, pegawai profesional kami akan memfokuskan pada program rehabilitasi yang intensif, memberikan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan pesakit, membuat penilaian yang tepat dan penjagaan yang berkualiti kepada pesakit.

Page 25: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

8.1 KEJAYAAN MEREKA, PENCAPAIAN KAMI

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepadasemua warga Pusat Rehabilitasi PERKESO yang tidakberhenti memberi harapan dan membantu sayauntuk kembali berdiri dan berjalan setelah hampir 7bulan menjalani kehidupan dengan menggunakankerusi roda di sini”.

Ding Leong Chai, 27

Mengalami kecederaan saraf tunjang dan menggunakerusi roda. Kini bekerja sebagai pengawai khidmatpelanggan.

Mengalami kecederaan fizikal yang seriusdisebabkan kemalangan jalan raya. Kini bekerjasebagai juruteknik penghawa dingin.

Page 26: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional
Page 27: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

JENIS KECEDERAAN SOKONGANPusat Rehabilitasi PERKESO menawarkan perkhidmatan rehabilitasi yang meluasdan dipadankan dengan kepakaran pengurusan hilang upaya yang memfokuskanpada permasalahan muskuloskeletal, amputasi (kehilangan anggota), kecederaanotot dan ligamen, permasalahan neurologi, Traumatic Brain Injury - TBI, dankecederaan saraf tunjang.

Page 28: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

9.1 MASALAH MUSKULOSKELETALPermasalahan berkaitan muskuloskeletal merangkumikecederaan hilang upaya yang berkaitan dengan otot, tulang dansendi. Pusat Rehabilitasi PERKESO menawarkan rawatanrehabilitasi yang intensif dan mampu mengurangkan kesakitanserta akan memastikan kecederaan berada pada tahap yangminimum dan terkawal.

9.2 AMPUTASIAmputasi merupakan pemotongan sebahagian anggota badan seperti kaki atau tangan disebabkan masalah kesihatan atau pembedahan. Bagi setiap kes amputasi, suatu program rehabilitasi dan pengurusan yang spesifik akan disediakan bagi memastikan proses pemulihan dan penggunaan peralatan anggota palsu berjalan lancar dan pesakit memperoleh hasil yang optimum di bawah latihan intensif bersama jurupulih yang profesional.

9.3 KECEDERAAN OTOT DAN LIGAMENKecederaan otot dan ligamen akan menyebabkan terseliuh.Setiap pesakit akan dirawat melalui program rehabilitasiyang akan dipantau dengan terperinci oleh jurupulih yang terlatih.

Page 29: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

9.4 NEUROLOGI Permasalahan neurologi adalah satu kondisi yang melibatkan

sistem saraf dan boleh menyebabkan individu hilang koordinasi dankeseimbangan badan serta keupayaan bertutur dengan jelas.

9.5 TRAUMATIC BRAIN INJURY (TBI)Merupakan kecederaan yang berpunca daripada hentakan pada kepala atau badan, jatuh atau kecederaan lain pada kepala. Kecederaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian dalaman, lebam atau bengkak. Tahap kecederaan boleh dibezakan kepada kecederaan ringan sehingga tahap yang parah. Pesakit yang mengalami kecederaan ini akan diberi rawatan rehabilitasi yang intensif oleh jurupulih untuk memulihkan fungsi fizikal, kognitif dan tahap mobilisasi.

9.6 KECEDERAAN SARAF TUNJANGRawatan untuk kecederaan saraf tunjang dibahagikan kepada

dua peringkat, iaitu penjagaan akut dan rehabilitasi. Peringkatakut bermula pada saat berlakunya kecederaan dan berakhir

sehingga pesakit distabilkan. Individu yang mengalami kecederaansaraf tunjang akan mengalami limitasi dalam pergerakan untuk

melakukan aktiviti seharian. Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, pesakityang mengalami kecederaan saraf tunjang akan diberi rawatan intensif

oleh kumpulan profesional agar mereka dapat menambahbaik tahapkesihatan dan menjadi lebih berdikari.

Page 30: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

10HUBUNGI KAMI

Page 31: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional

HUBUNGI KAMI

10

Page 32: PUSAT REHABILITASI PERKESO · Di bahagian reka bentuk grafik, modul pembelajaran akan dikhususkan pada seni kreatif, penjenamaan dan promosi pemasaran. 5.2 MENJAHIT Latihan vokasional