puisi.pptx

36
PENGENALAN KEPADA PUISI TRADISIONAL Untuk Perhatian: Encik Ramli bin Abu Disediakan oleh : PISMP Pemulihan 2 09

Upload: nurul-umairah-othman

Post on 24-Jul-2015

101 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: puisi.pptx

PENGENALAN KEPADA PUISI TRADISIONAL

Untuk Perhatian: Encik Ramli bin AbuDisediakan oleh : PISMP Pemulihan 2 09

Page 2: puisi.pptx

Pengenalan Kepada Puisi Tradisional

i. Menurut Zaba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

ii. Puisi merupakan karangan berangkap, terikat kepada bentuk yang khusus dan tetap, mempunyai jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima, irama dan jumlah suku kata.

Page 3: puisi.pptx

iii. Puisi tradisional ialah karangan berangkap yang mempunyai bentuk tertentu (Portal Pendidikan Utusan).

iv. Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa.

v. Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi tradisional Melayu masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya.

vi. Puisi tradisional turut dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat.

Page 4: puisi.pptx

Ciri-ciri Puisi Tradisional

i. Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan;

ii. mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar;

iii. ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, itonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi;

Page 5: puisi.pptx

iv. baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan;

v. wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai;

vi. bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.

Page 6: puisi.pptx

vii. binaanya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya;

viii. digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual, keagamaan dan sebagainya;

ix. bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

Page 7: puisi.pptx

Jenis-jenis Puisi Tradisional1. Pantun2. Gurindam3. Syair4. Endoi5. Rejang6. Nazam7. Dikir/zikir8. Rubai9. Masnawi

10.Ghazal11.Berzanji12.Qit’ah13.Seloka14.Teromba15.Talibun16.Peribahasa berangkap17.Mantera18.Teka-teki

Page 8: puisi.pptx

i. Pantun Pantun ialah puisi Melayu hasil pemikiran

masyarakat Melayu tanpa dipengaruhi karya asing.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap.

Antara bentuk pantun ialah: pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun lapan kerat.

Setiap baris pantun mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal.

Page 9: puisi.pptx

Pantun mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan.

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.

Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej.

Page 10: puisi.pptx

Contoh Pantun 2 Kerat:Sebab pulut santan terasa,

Sebab mulut badan binasa.

Contoh Pantun 4 Kerat:Sapu tangan berkaki merah,

Kakinya diletak dalam perahu,Luka di tangan berdarah merah,

Luka di hati tak dapat nak tahu.

Page 11: puisi.pptx

ii. Gurindam Gurindam sejenis puisi lama yang terdiri daripada

dua baris atau kalimat. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan

baris kedua berupa jawapannya. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam

dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas.

Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu

Gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran.

Page 12: puisi.pptx

GURINDAM MEMPERKASA BAHASABahasa ditutur semua peringkattandanya padu ikatan muafakat.

Bahasa diungkap seluhur haticerminan peribadi menyerlah pekerti.

Bahasa diucap sopan berhemahdi sungai ukhuwah mengalir hikmah.

Bahasa dipelihara cemar dihalangprihatin warga mengusir walang.

Bahasa diangkat tempatnya di atasgelora menguji ditentang pantas.Bahasa dinobat seteguh martabat

gusar ibunda pastikan terubat.Bahasa didaulat berkembang mantap

sederap perjuangan bermatlamat tetap.Bahasa diperkasa rakyat dan penguasategak pada mercu peradaban bangsa.

Page 13: puisi.pptx

iii. Syair Syair berasal daripada perkataan Arab “syir” yang

membawa maksud puisi. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan rima

akhirnya a-a-a-a. Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak

zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu, melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka.

Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai.

Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

Page 14: puisi.pptx

CONTOH SYAIR

Seri Negeri gelaran diberiSebuah pulau cantik berseri

Bernaung dibawah sebuah negeriRaja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indahMakam Mahsuri lagenda sejarah

Puteri Melayu tak mudah menyerahTujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpahTujuh keturunan tamatlah sudah

Kini makmur melimpah ruahSemua penghuni tersenyum megah

Page 15: puisi.pptx

iv. Endoi Gurindam Endoi berasal daripada kata “endul”

yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk

perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana.

Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya.

Page 16: puisi.pptx

Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran.

Endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari.

Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya.

Page 17: puisi.pptx

CONTOH ENDOI

Ucapan Mencukur Rambut Budak KecilBismillahirrahmaanirrahim

Lailahaillallah, Muhammadar RasullullahBismillah itu permulaan nama,

Keadaan zatnya bersama-sama,Zahirnya sifat menyatakan isma,

Kadim dan taat setia lama.Hai segala nur-ul-khatam,

Dipecahnya empat nazirnya Adam,Dipecahnya pula sekian alam.

Rahim bapamu turun ke ibumu,Empat puluh hari nutfah namamu,Delapan puluh hari alqah namamu,

Seratus dua puluh hari alamah namamu.

Page 18: puisi.pptx

v. Rejang

• Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985).

• Biasanya , masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan.

• Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan raksi (nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu).

Page 19: puisi.pptx

• Rejang hampir menyerupai bentuk pantun dan syair tetapi berbeza pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap.

• Rejang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Page 20: puisi.pptx

• Ciri-ciri rejang :i. terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. ii. dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang

berhubungan seperti syair. iii. biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran.

Page 21: puisi.pptx

Rejang Hari Bulan

Tujuh hari bulan rejangnya tikus,Tikus jantan masuk penjara,

Kalau terkenang sifat yang bagus,Hilanglah akal lenyap bicara.Tikus jantan masuk penjara,Penjara besar besi kursani,

Hilanglah akal lenyap bicara,Dendam oi apa selaku ini.

Penjara besar besar besi kursani,Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,

Dendaru oi apa selaku ini,Tidur berendam airnya mata.

Page 22: puisi.pptx

vi. Nazam

• Nazam berasal daripada istilah Arab yang bererti puisi.

• Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan pertimbangan puisi Arab.

• Temanya selalu berhubung dengan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan.

• Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12 suku kata.

Page 23: puisi.pptx

• Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar dengan perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyampaikan pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nasihat dan pendidikan.

Page 24: puisi.pptx

• Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu tidaklah seluas pantun dan syair.

• Pada umumnya nazam digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad S.A.W., pelajaran tauhid, fikah, dan rukun iman.

• Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah penyebaran nazam dan biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan seperti sambutan awal Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan sebagainya.

Page 25: puisi.pptx

Nazam AjalOleh Hj. Ahmad Mufti

Kalau sungguh kamu yakin,Jangan kamu lalai pada nafsu hati.Benar tidak bila ada amal kamu,Puas hati tidak sesalkan dirimu.Ingat-ingat hai saudara masa itu,

Nyawa sampai batang leher baru tentu.Kita ini akan matilah sudahnya,

Tidak tahu bila samaikan ajalnya.Pahit mati itu bukan macam jadam,

Bukan pula macam api boleh padam.Oleh itu mari kita sama-sama,

Buat amal jangan leka jangan lena.Pada Tuhan kita datanglah asalnya,

Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.

Page 26: puisi.pptx

vii. Dikir/Zikir

• Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah S.W.T. dan rasul-Nya Nabi Muhammad S.A.W. Dalam perkembangan puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya.

Page 27: puisi.pptx

• Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap.

• Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan-ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam.

Page 28: puisi.pptx

• Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan iaitu mengingatkan khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat.

• Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang baik kepada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya.

Page 29: puisi.pptx

• Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul.

• Dikir/zikir yang diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad S.AW.

• Selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Page 30: puisi.pptx

Dikir Dabus

Allah hee Allah huu ya Allah,Baddal hee ya maula,

Allah hee Allah huu ya Allah,Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Allah humma salli Allah,Allah he salli dona Allah,

Allah Muhammadun sahu ya Allah,Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Pada kasih penghulu kita Muhammad,Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna,

Hati rindu kepada Nabi Muhammad,Sentiasalah didapat daripada yang sempurna.

Allah hee Allah huu ya Allah,Baddal hee ya maula,

Allah hee Allah huu ya Allah,Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Page 31: puisi.pptx

viii. Rubai

• Rubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa tersebut. Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada puisi warisan Islam.

• Tokoh yang terkenal dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132). Rubai karya Omar Khayyam telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh tokoh bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji sulaiman (1868-1955) berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald.

• Rubai dalam bahasa Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin.

Page 32: puisi.pptx

• Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris.

• Ada sarjana mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris (a/a/a/a) yang selalunya bertujuan falsafah atau tasawuf.

• Jumlah barisnya terdiri daripada empat baris serangkap, manakala suku katanya ialah antara lapan hingga dua belas suku kata dan isinya dalam satu rangkap.

• Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan falsafah, persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan untuk panduan pendidikan.

Page 33: puisi.pptx

Rubai Kemuliaan Insan

Peri permulaan keadaan insan,Itulah ingatkan dirimu yang berirfan,Supaya mengetahui perinya ini,Dengan takdir lagi dengan ihsan.

Page 34: puisi.pptx

ix. Masnawi

Masnawi dikaitkan dengan penyair terkenal Parsi, Jalaluddin al-Rumi (1207-1273 M), terutama dalam karya agungnya Mathnawi Ma’nawi. Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab-Parsi, masnawi tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu, dan oleh sebab itu, genre ini tidak berkembang.

Page 35: puisi.pptx

• Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi karangannya Tajus Salatin. Puisi ini berbentuk bebas dari aspek baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris. Walaupun begitu, terdapat pengawalan pada rima akhirnya seperti a/a, b/b, c/c, dan seterusnya. Genre puisi ini bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, kekuatan, kepandaian, dan kemayhuran seseorang tokoh.

• Secara keseluruhannya, masnawi berfungsi sebagai panduan, pengajaran, dan nasihat kepada khalayaknya.

Page 36: puisi.pptx

Budi

Dengarlah olehmu, hai yang budiman,Budi itulah sungguh pohon ahsan,

Kerana ahsan itu puri budilah,Jika lain maka lain jadilah,

Orang yang berbudi itu kayalah,Yang bukan berbudi itu papalah,Jikalau kau dapat harta alam ini,Dan budi kurang padamu di sini,

Bahawa ke sini jua namamu,Dan segala ke sini pun adamu,Jika kamu mahu menjadi kaya,Mintalah budi bagimu cahayai,

Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa,Minta selamat budi sentiasa,Sudah taju’ssalatin fi’lawhir,

Dan Bukhari dengan taju itu fakir,Seribu syukur kepada Tuhannya.