pt3 sejarah 2015

11
PERMULAAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN Bab 2.1 DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU i. Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu menarik perhatian British -Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu -Pihak British ingin menguasai Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum jatuh ke tangan kuasa barat lain. ii. Revolusi perindustrian di Eropah - British ingin menguasai negeri-negeri tersebut utk mndptkn bekalan bijih timah yang berterusan. iii. Terusan Suez dan kapal wap merancakkan persaingan -Pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap dpt memendekkan dan mempercepat jarak perjalanan. iv. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah yg lain -Kemasukan kuasa Eropah seperti Belanda, Perancis dan Sepanyol ke Asia Tenggara membimbangkan pihak British. -British tidak mahu kepentingan perniagaannya diancam v. Pertukaran kerajaan mengubah dasar British -Parti Konservatif telah mengambil alih kepimpinan British drpd Parti Liberal. -Parti ini mengubah dasar kpd campur tgn di negeri-negeri Melayu

Upload: nur-farhana

Post on 14-Sep-2015

2.619 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penceritaan lengkap Bab 2 Tingkatan 2 untuk Pentaksiran Tingkatan3 yang bertajuk Persetiaan Persekutuan 1895

TRANSCRIPT

Slide 1

PERMULAAN PERSETIAAN PERSEKUTUANBab 2.1 DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYUSEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYUi. Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu menarik perhatian British -Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu -Pihak British ingin menguasai Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum jatuh ke tangan kuasa barat lain.ii. Revolusi perindustrian di Eropah - British ingin menguasai negeri-negeri tersebut utk mndptkn bekalan bijih timah yang berterusan.iii. Terusan Suez dan kapal wap merancakkan persaingan -Pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap dpt memendekkan dan mempercepat jarak perjalanan.iv. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah yg lain -Kemasukan kuasa Eropah seperti Belanda, Perancis dan Sepanyol ke Asia Tenggara membimbangkan pihak British. -British tidak mahu kepentingan perniagaannya diancam v. Pertukaran kerajaan mengubah dasar British -Parti Konservatif telah mengambil alih kepimpinan British drpd Parti Liberal. -Parti ini mengubah dasar kpd campur tgn di negeri-negeri Melayuvi. Desakan pedagang British -Pedagang British mndesak kerajaan campur tgn akibat pertelingkahan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap yg mnjejaskan perdagangan mereka

2.2 Keadaan Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British (a) Ketidakstabilan di Perak-Pergaduhan sesama kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kejadian ini telah mencetuskan Perang Larut menjejaskan perusahaan bijih timah. Ngah Ibrahim telah melantik Kapten Speedy utk membntu menamatkan kekacauan di Larut.-Keadaan mnjadi smkin buruk akibat perebutan pewarisan takhta Perak. Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sbgai Sultan Perak. Raja Abdullah tidak berpuas hati dan menganggap pelantikan itu tidak sah. Raja Abdullah menulis surat kpd Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat supaya mengiktiraf beliau sbgai sultan. Permohonan beliau memberi peluang kpd British utk campur tangan di Perak.-Andrew Clarke telah memanggil pembesar-pembesar Melayu dan Pemimpim kongsi gelap Cina berunding di pangkor utk menamatkan kekacauan di Perak. Hasil perundinganitu termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.-Syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874: i. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak yg sah ii. Raja Ismail dilantik sbgai Raja Muda. iii. Sultan msti menerima seorang Residen British yang akan menasihatibaginda dlm smua hal kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu. iv. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar Melayu akan dibayar gaji drpd pungutan hasil mahsul Perak. v. Ngah Ibrahim kekal sbgai Menteri Larut dan akan menerima seorang penolong Residen. vi. Menteri Larut bertnggungjwb membiayai kembali segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.(b) Perang Klang di Selangor-Pada tahun 1857, Sultan Abdul Samad ditabal mnjadi Sultan Selangor tetapi hanya berkuasa di Langat. Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kpd Raja Abdullah dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi, iaitu Putera Raja Sulaiman. Raja Abdullah telah memajukan perlombongan bijih timah dgn membawa masuk buruh-buruh Cina. Menjelang tahun 1860, daerah Klang telah berkembang menjadi pusat pengeluar bijih timah.-Pada tahun 1867, Raja Mahadi menyerang dan menguasai Klang. Sultan Abdul Samad melantik menantunya Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang. Tengku Kudin tidak diterima pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri Selangor. Tengku Kudin meminta bantuan British dan British mengambil kesempatan ini utk mendesak Sultan Abdul Samad mengambil Residen British tetapi gagal.-Pada tahun 1873, kapal dagang British dari Melaka diserang berhampiran Kuala Langat. Pada tahun 1874 pula, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang. Kedua-dua peristiwa ini telah memberi peluang kepada British untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British. J.G. Davidson dilantik sbgai Residen British yng pertama, manakala Frank Swettenham dilantik sbgai Penolong Residen.(c) Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan -Pada 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah di daerah Sungai Ujong. Persengketaan berlaku antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulop Tunggal kerana Dato Kelana Syed Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian dgn British pada April 1874 tanpa berunding dengan Dato Bandar. British kemudiannya mengiktiraf Dato Kelana sbgai pembesar Sungai Ujong.-Dato Bandar Kulop Tunggal enggan menerima perjanjian tersebut dan menyebabkan berlakunya pertempuran di antara kedua-dua belah pihak. Dato Kelana berjaya menewaskan Dato Bandar dan beliau kemudiannya di buang negeri ke Singapura.-Pada tahun 1895, semua daerah di Negeri Sembilan telah disatukan mnjadi Negeri Sembilan. Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah ditabalkan sbgai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yng pertama. Martin Lister menjadi Residen British yang Pertama.(d) Perluasan Kuasa British di Pahang -Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.-Pada tahun 1887, British meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Berikutan itu, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British. British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa yang terhad. -Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui dibunuh di kawasan istana di pekan. British menggunakan peristiwa pembunuhan ini untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang. -Sejak itu bermulalah campur tangan British secara langsung dalam pentadbiran negeri Pahang.2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan PembesarBidang Tugas Residen:i. Memaksa Sultan Menerima Nasihat-Residen menasihati sultan dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat Residen mesti dipatuhi.ii. Mencampuri adat-Tindakan British menghapuskan amalan perhambaan dianggap melampaui bidang kuasa mereka. Bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan adalah adat turun-temurun dalam masyarakat Melayu.iii. Menguasai Pentadbiran-Pelaksanaan sistem Residen menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana Residen yang kuasa kerana Residen yang bertanggungjawab menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.iv. Mengambil alih pungutan cukai-Residen mengambil alih hak memungut cukai yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Pungutan cukai dilakukan oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu-Setiap Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas. Ini menyebabkan Residen menjadi terlalu berkuasa.-Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura juga gagal mengawal kuasa Residen. -Pentadbiran di setiap negeri berResiden tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri.-Kelemahan sistem Residen menyebabkan negeri-negeri ini disatukan dibawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB) atau PERSEKUTUAN 1896.Faktor lain bagi Penubuhan Negeri-negeri Melayu BersekutuKrisis kewangan PahangPerkongsian perkhidmatan pakarFaktor keselamatanSistem perhubungan

Kepentingan Perjanjian Persekutuan

Pengenalan- Tujuan Persekutuan dibentuk ialah untuk mengawal kuasa residen di keempat-empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.- Selain itu penubuhan Persekutuan juga bertujuan menyeragamkan pentadbiran di kempatempat negeri berkenaan.-Memberi bantuan kewangan kepada Pahang.

IsiSyarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1896

-Sultan-sultan menerima nasihat daripada residen jeneral dalam semua hal kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.-Negeri-negeri Melayu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Jawatan residen jeneral dibentuk dan bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British.-Pembentukan jabatan jabatan pusat seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan, dan Jabatan Kehakiman. Antara ketua-ketua jabatan yang dilantik ialah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Polis, dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Kepentingan Persekutuan dari segi ekonomi-Kestabilan politik meyakinkan pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat untuk melabur di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.-Perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat. Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar terbesar getah dan bijih timah dunia.-Kemudahan infrastruktur dan sisteni perhubungan bertambah maju.-Pendapatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu meningkat.-Perkembangan ekonomi membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukan golongan imigran India dan China.-Munculnya bandar-bandar baru seperti seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, danAmpang. --Perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan kesihatan turut disediakan. Persekutuan dari segi politik-Pembentukan Persekuhian 1896 menyebabkan raja-raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran kerana kuasa dimiliki sepenuhnya oleh residen jeneral.-Persekutuan merintis kepada penyatuan negeri-negeri Melayu.-Ekoran rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu terhadap Persekutuan, Durbar atau --Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk.-Ketidakpuasan hati raja-raja Melayu juga membawa kepada pelaksanaan dasar pengagihan kuasa. Dasar ini bertujuan mengembalikan sesetengah kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

KesimpulanKemajuan dalam bidang ekonomi nampak ketara ekoran penubuhan Persekutuan 1896. Walau bagaimanapun pembangunan yang berlaku tidak menyeluruh di semua kawasan, tetapi hanya ditumpukan di kawasan-kawasan yang ada kepentingan dengan pihak penjajah British. Dari segi politik, Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu.