pt azi

39
MENAMBAHBAIK PENGAJARAN BAHAGI NOMBOR DUA DIGIT DENGAN SATU DIGIT MENGGUNAKAN TEKNIK “BERANTAI” NOOR AZIRI BIN MOHMAD NOOR IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Upload: haizad-awal

Post on 27-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nnk

TRANSCRIPT

MENAMBAHBAIK PENGAJARAN BAHAGI NOMBOR DUA DIGIT DENGAN SATU DIGIT MENGGUNAKAN TEKNIK BERANTAI

NOOR AZIRI BIN MOHMAD NOORIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKTajuk: Menambahbaik Cara Saya Mengajar Kemahiran Menambah Nombor Dua Hingga Empat Digit Dengan Menggunakan Kaedah Berantai.1.0 Pendahuluan

Tanggal 01 Januari 2005, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah rendah yang terletak di negeri Pahang. Perasaan gembira dan takut menyelubungi saya kerana umum mengetahui sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di luar bandar. Sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 250 orang. Semua murid di sekolah ini merupakan kaum Melayu.

Murid-murid di sekolah ini mempunyai masalah dalam mata pelajaran Matematik. Bilangan murid pula hanya terdapat 240 orang sahaja dan 26 orang guru telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak peneroka ini. Majoriti murid dan guru adalah berbangsa Melayu. Persekitaran sekolah ini amat menarik kerana setiap bangunan terdapat lukisan dan ilmu yang telah dilukis dan ditampal oleh guru-guru bagi memastikan murid-murid di sekolah ini sentiasa mendapat manfaat yang secukupnya walaupun mereka berada di luar bilik darjah. Keluasan sekolah ini menjangkau lebih kurang 6 ekar dan terdapat 4 blok bangunan. Terdapat 10 bilik darjah dan 14 bilik-bilik khas bagi memenuhi keperluan murid-murid di sekolah ini.

Di sini, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar Matematik Tahun 3 dan 4. Kelas Tahun 3 hanya terdiri dari satu kelas sahaja. Bilangan murid di dalam kelas ini berjumlah 29 orang. Oleh itu terdapat pelbagai jenis murid yang perlu diberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Dari pemerhatian yang telah saya jalankan seperti soal jawab lisan, aktiviti berkumpulan, permainan dan ujian bulanan saya dapati murid-murid di dalam kelas saya kurang berminat dalam mata pelajaran Matematik. Menurut (Applin dan Saunders 1996) , di Malaysia Matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan kerana itu ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain seperti bahasa dan sastera. Masalah ini berpunca daripada cara pelajar melihat Matematik.

Program Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing murid menguasai kemahiran asas mengira empat operasiiaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk murid menangani masalah kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM, (Mohd Khairuddin Mohd Taib, 1992). Oleh itu, operasi tambah merupakan operasi asas yang paling penting dalam mempelajari Matematik. Ketidakmampuan murid menguasai kemahiran asas operasi tambah dalam Matematik memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu timbul perasaan tidak minat dengan Matematik.

Hal ini amat membimbangkan dan saya berasa teknik yang digunakan tidak sesuai untuk mereka. Menurut Mok Soon Sang, (1996) teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Menurut Leonard M.S (1996), guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru juga penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Apabila operasi tambah secara congak dilakukan, murid tidak mengangkat tangan untuk menjawab. Mereka juga begitu pasif untuk menjawab soalan yang senang.

Pada pendapat saya, latih tubi dan penerangan yang diberikan sudah mencukupi untuk mereka menjawab soalan tambah dengan tepat. Sangkaan saya ini sememangnya salah kerana terdapat beberapa orang murid tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi penambahan dengan tepat. Berdasarkan ini, saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengajar kemahiran tambah agar objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan tercapai.1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUGuru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengajaran yang berkesan dapat menarik minat murid belajar dalam suasana yang lebih kondusif. Berdasarkan pengalaman, saya dapat mengenal pasti bahawa murid mengalami masalah dalam penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2.

Saya telah diberikan amanah untuk mengajar topik penambahan bagi kelas 2 A dan saya dapat melihat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid kelas tersebut. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada dua kelas. Walaupun kelas tersebut merupakan kelas pertama, pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah pelbagai di mana ada murid yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Bagi topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula, murid lemah menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Jadual 1 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menambah tiga nombor dengan mengumpul semula.Jadual 1

Contoh kesilapan pengiraan murid

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran murid lemah dalam menyelesaikan masalah penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula menggunakan Teknik Berantai.

1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATURMenurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah dalam topik penambahan dengan mengumpul semula. Kanak-kana k kurang memahami masalah operasi nombor dengan mengumpul semula ( Van de Walle, 2004 ). Murid-murid yang berpencapaian rendah akan menghadapi masalah apabila melibatkan penambahan dengan mengumpul semula.

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Muhammad Sofwan (2010) yang menyatakan bahawa murid-murid berpencapaian rendah dalam matematik tidak mahir dalam penambahan dengan mengumpul semula. Terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Antara kesilapan umum murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik ialah tidak mengumpul semula, kiraan yang salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat, (Douglas, 2004).

2.0 FOKUS KAJIANPenambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek Matematik. Menurut Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas dalam Matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu sama lain.

Melalui tinjauan awal, saya dapati murid asyik tidak memberi perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya berasa sungguh kecewa melihat situasi ini terjadi. Oleh itu sekiranya saya biarkan sahaja, maka masalah ini akan menjadi lebih serius. Menurut Byers dan Erlwanger (1985), antara faktor penyebab dalam operasi penambahan ialah kanak-kanak yang sedang belajar operasi tambah tidak semestinya juga mempelajari cara menghitung. Banyak kesilapan dilakukan dalam operasi tambah berpunca daripada kanak-kanak menggunakan strategi berasaskan menghitung tetapi mereka menghitung dangan salah. Ini dapat dibuktikan melalui latihan dan ujian dalaman yang diadakan. Kebanyakan murid salah dalam soalan menambah. Saya juga telah berbincang dengan memanggil Ketua Panitia untuk melihat sesi pengajaran saya. Hasil dari pemerhatiannya, didapati saya perlu menggunakan kaedah lain bagi meningkatkan amalan pengajaran saya. Oleh itu saya telah menggunakan satu kaedah bagi menambah baik cara saya mengajar Kemahiran Tambah Nombor Dua Digit hingga Empat Digit dengan menggunakan teknik Berantai. Fokus ini dipilih sebagai kajian saya kerana ia mudah ditadbirkan dan saya merupakan guru Matematik kelas tersebut. Ia juga memudahkan saya menjalankan PdP menggunakan teknik Berantai. Selain dapat ditadbir dengan mudah, data kajian juga telah dapat dikutip dengan mudah. Saya juga telah berkolaborasi dengan guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, fokus ini dipilih kerana saya mudah mengawal kumpulan sasaran kerana mereka merupakan murid saya sendiri. Oleh itu, sebarang bentuk interaksi yang digunakan oleh saya, dapat diselia dengan begitu berkesan. Penggunaan teknik Berantai sememangnya penting dalam membantu murid saya memahami dan melakukan operasi tambah nombor dua hingga empat digit dengan mendapat jawapan yang tepat. Teknik yang telah saya gunakan ini diharapkan dapat membantu murid dalam meningkatkan pemahaman dalam operasi penambahan. Kajian ini sangat relevan dan dapat membantu pihak sekolah kerana sekiranya murid mahir dalam operasi tambah maka mereka tidak akan menghadapi masalah dalam algoritma yang lain. Keyakinan murid untuk belajar Matematik juga semakin memuncak kerana mereka telah menguasai operasi asas ini. Menurut Swetz dan Liew (1982), pengajaran matematik yang baik dan berkesan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu kandungan pelajaran, aras kebolehan dan minat murid, objektif pengajaran,kemudahan yang sedia ada dan juga bakat dan personaliti guru sendiri.3.0OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam mengajar kemahiran tambah operasi dua hingga empat digit dengan menggunakan teknik Berantai.

Kajian ini juga bertujuan untuk menjawab persoalan kajian, iaitu bagaimanakah menambahbaik amalan pengajaran saya sebagai guru Matematik dalam mengajar bagi kemahiran tambah nombor dua hingga empat digit menggunakan teknik Berantai.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar Tahun 3 di sebuah sekolah rendah dalam Daerah Kuantan. 5 orang pelajar dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk kajian ini berdasarkan kepada pemerhatian terhadap ketidakupayaan mereka dalam melakukan kemahiran tambah nombor dua hingga empat digit dalam latihan dan ujian yang dijalankan. Jadual 1 menunjukkan konklusi jenis masalah yang dilakukan oleh kumpulan sasaran dalam ujian yang dijalankan.

Jadual 1 : Rumusan Jenis Masalah Kumpulan Sasaran

NamaJenis Masalah

Tidak Menunjukkan Langkah KerjaCuaiTidak Menjawab Soalan

A

B

C

D

E

Murid A sememangnya agak pendiam dan pemalu. Beliau selalu menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan semasa berada di dalam kelas. Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, beliau hanya mengangguk tanda faham. Hal ini sememangnya amat merungsingkan saya kerana latihan yang diberi tidak pernah dijawab dengan betul dan tepat.Selain itu, murid B juga semangnya menunjukkan pemahaman yang tinggi di dalam kelas. Namun begitu, saya kecewa apabila melihat hasil yang ditunjukkan apabila latihan diberikan kepada murid ini. Hampir semua soalan dijawab dengan salah.Seterusnya ialah murid C, murid ini sememangnya berasal dari keluarga yang bermasalah. Namun begitu, minat yang ditunjukkan untuk belajar amat tinggi. Kesalahan yang dilakukan semasa menjawab merupakan sebahagian kesan dari masalah keluarga yang diahadapi.

Murid D,

Saya juga telah menjalankan kajian ini kepada lima orang murid ini dan hasilnya adalah seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 2

ItemSoalanRumusan

2.

5

6

7

8

10

Saya juga dapat mengenal pasti dua kelemahan setiap murid. Pertama, mereka tidak mendapat hasil tambah yang betul. Selain itu, murid juga keliru dalam menulis nilai kumpul semula. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak memahami nilai kumpul semula dengan baik. Hal ini merupakan masalah utama kepada kelemahan mereka dalam menyelesaikan item tambah tiga nombor dengan mengumpul semula. Sebagai contohnya, murid A dapat menjawab empat daripada sepuluh item dengan betul. Enam item yang salah adalah terdiri daripada dua jenis kesilapan iaitu tidak mendapat hasil tambah yang betul iaitu item 5 dan 6 dan keliru dalam menentukan nilai kumpul semula iaitu item 2, 5, 6, 7, 8 dan 10.5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN5.1 TINDAKAN

Setelah mengenal pasti masalah, saya telah mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Tambah Nombor Dua Digit hingga Empat Digit dengan menggunakan teknik Berantai.

Pelbagai model tindakan yang dikenalpasti untuk digunakan dalam menjayakan kajian ini. Mengikut (Tan dan Siti Hendon, 2012), terdapat pelbagai jenis model yang boleh digunakan, namun begitu model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) telah saya gunakan untuk menjalankan kajian tindakan ini. Model ini melibatkan lima peringkat iaitu mengenalpasti aspek amalan, perancangan, tindakan/implementasi, pengumpulan data dan refleksi. Proses dimulakan dengan pengumpulan data murid berdasarkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan yang lepas supaya masalah sebenar dapat dikenalpasti bagi memudahkan saya menjalankan kajian ini. Seterusnya, membuat perancangan yang diatur rapi melalui pelan tindakan yang dibina serta melaksanakannya mengikut langkah-langkah yang telah dirancang.

Rajah 1 : Proses Pelaksanaan Kajian Tindakan

5.1.2 Langkah Teknik Berantai

5.1.3 TindakanSaya telah mengadakan perjumpaan dengan 5 orang pelajar yang telah dikenalpasti untuk memperkenalkan teknik Berantai kepada mereka. Saya akan menerangkan terlebih dahulu tentang pengguanaan teknik Berantai. Justeru itu, saya telah menggunakan beberapa contoh soalan operasi tambah nombor dua hingga empat digit. Rajah 1 menunjukkan satu contoh soalan operasi tambah.

Rajah 1: Soalan

Langkah 1:

Murid telah membaca soalan dan menulis soalan pada kertas. Murid telah melukis petak segiempat sama seperti Rajah 2

Rajah 2 : Gambar rajah teknik BerantaiLangkah 2: Murid telah memasukkan nombor pertama ( satu petak, satu nombor ) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.

Rajah 3 : Proses menulis nomborLangkah 3:

Murid memasukkan nombor kedua dengan mewakilkan nombor tersebut dalam bentuk seperti rajah 4. ( mengikut petak dari kanan ke kiri )

Sekiranya terdapat penambahan dalam mengumpul semula, baki tersebut perlu ditulis dalam segiempat di bawah sebelah kiri..

Murid juga akan mewakilkan baki tersebut seperti Rajah 4 .

Rajah 4: Proses Berantai

Langkah 4 :

Murid mengambil jawapan dalam bulatan sahaja seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.

356 + 265 = 621

Rajah 5: Menulis Jawapan5.2 CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Kaedah itu ialah seperti pemerhatian, temu bual dan nota lapangan. Ianya bertujuan sebagai pembuktian ketepatan kajian tindakan ini serta data yang telah diperoleh mencukupi dan menyeluruh. Justeru, ia dapat membantu saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mereka menggunakan teknik Berantai. Saya juga dapat menambaik amalan cara mengajar.

5.2.1 PEMERHATIAN

Menurut Mohd Majid ( 1990 ) data yang dipungut melalui pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar. Saya bercadang untuk membuat pemerhatian secara berstruktur melalui senarai semak. Dalam senarai semak, saya akan memerhatikan tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1 menunjukkan contoh borang rekod pemerhatian yang saya akan dicatatkan semasa mengajar.

Jadual 1: Cotoh Senarai Semak

Tingkah Laku Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

BILPERKARAX

1.Perkara

2.Bercakap bersama-sama rakan

3.Memberi respons kepada guru semasa sesi soal jawab

4.Murid menumpukan perhatian semasa sesi PdP

Hasil Kerja MuridX

1.Tekun semasa membuat latihan

2.Murid berminat menggunakan teknik Berantai

3.Murid dapat menjawab semasa menggunakan teknik Berantai

4.Murid dapat memahami operasi tambah

5.2.2 Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. Menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.

Bagi mengumpul data untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menggunakan temu bual tidak berstruktur bersama Ketua panitia. Rajah 5 menunjukkan contoh format temu bual bersama Ketua Panitia.

5.2.3 NOTA LAPANGAN

Nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan apa yang difikirkan sertamenjadi imbasan ke atas data yang ada. Maklumat yang diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yang mempelbagaikan corak maklumat berkenaan. Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkanpemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkah laku pelajar dan perkara yang sedang berlaku. Kandungan nota lapangan juga merangkumi huraian latar, tindakan yang dilaksanakan, tingkah laku, refleksi kendiri dan perkara yang berlaku di luar jangkaan sekiranya ada. Saya juga akan menulis nota lapangan sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dilaksanakan. Ini penting kerana melalui nota lapangan, saya akan dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran, dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana di dalam bilik darjah. Rajah berikut menunjukkan contoh nota lapangan setelah pemerhatian dilakukan terhadap pelajar.

Rajah 5 : Contoh Nota Lapangan

5.3 CARA MENGANALISIS DATA5.3.1 Pemerhatian

Menurut Morisson (1993), kaedah pemerhatian tidak berstuktur ialah catatan nota lapangan yang dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk naratif atau cerita dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat dalam catatan nota lapangan dan pemerhatian serta menyebut perbualan guru dengan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membuat catatan terhadap setiap pencapaian yang ditunjukkan dalam lembaran kerja yang saya berikan dan kemudiannya membuat analisis terhadap perkara tersebut. Saya juga mengambil gambar foto sebagai sokongan kepada pemerhatian saya ini.

5.3.2 Temubual

Saya telah menjalankan temubual secara berstruktur terhadap Ketua Panitia dan rakan sekerja. Ketua Panitia dan rakan sekerja akan memberi komen ketika sesi refleksi setiap kali selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan pengkaji meminta beliau untuk turut memerhatikan sejauh mana keberkesanan pendekatan yang ingin diketengahkan ini. Saya juga menjalankan temubual secara tidak berstruktur kepada pelajar. Melalui temubual tersebut, saya telah bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan perasaan mereka ketika mereka mempelajari operasi tambah dengan menggunakan teknik Berantai dan kemudiannya dicatat dan dirumuskan untuk mendapatkan kesimpulan.

5.3.3 Nota Lapangan

Teknik analisis data yang telah saya gunakan adalah analisis kandungan dan

analisis pola. Saya menganalisis nota lapangan saya melalui analisis kandungan. Semasa menganalisis, saya menandakan perkara-perkara yang dianggap penting dan berhubung dengan soalan-soalan penyelidikan tindakan saya. Setelah menganalisis kesemua nota lapangan, saya merujuk semula perkara-perkara yang ditandakan dan tentukan kategori.

Di samping itu, analisis pola turut dilakukan yang mana analisis pola persamaan dan pola perbezaan digunakan bagi membanding beza tahap pencapaian pelajar kajian disamping melihat kekerapan betul dan salah kerja murid. 5.3.4 Teknik Menyemak Data

Dalam penyemakan data, saya menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi sumber untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data yang saya kumpulkan dan analisis.Saya memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk mengumpul data daripada peserta penyelidikan tindakan saya yang sama. Kaedah berbeza yang digunakan adalah kaedah pemerhatian, temubual dan nota lapangan seperti yang dinyatakan dalam teknik mengumpul data.

Triangulasi sumber pula melibatkan semakan lembaran kerja oleh saya dan Ketua Panitia. Hal ini untuk memastikan semakan adalah sama demi mendapat kesahan data saya iaitu kesan penggunaan teknik Berantai dalam membantu murid menambah nombor dua digit hingga empat digi5.4 PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Saya menggunakan Carta Gantt bagi melancarkan segala perjalanan Kajian Tindakan ini. Jadual 3 menunjukkan Carta Gantt perlaksaan Kajian Tindakan ini.

BILAKTIVITITAHUN 2014

JUNJULAIOGOSSEPT

1.Menerima kerja kursus daripada Pensyarah.

2.Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal.

3.Menentukan objektif / soalan kajian.

4.Menulis kertas cadangan kajian.

5.Merancang Tindakan

6.Pelaksanaan Tindakan

7.Pelaksanaan Ulasan Literatur.

8.Mengumpul Data

9.Menganalisis Data

10.Membuat refleksi.

5.4.2 Kos Kajian

Kos yang terlibat sepanjang merancang Penyelidikan Tindakan ini ditunjukkan melalui jadual di bawah:BILBAHANKUANTITI X KOS SEUNITJUMLAH

1.Kertas A42 ream x RM 9.00RM 18.00

2.Fotostat BahanRM 25.00

3.Buku Catatan1 x RM 4.00RM 4.00

4.Dakwat Printer2 x RM 70.00RM 140.00

6.0 RUJUKANCarol Ann Tomlinson Mapping a Route toward Differentiated Instruction.Artikel 1999Kamarudin Hj Husin. (2002). Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrutors Sdn.Bhd.Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2008 ), Buku Manual Kajian Tindakan,

Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.Mohd. Majid Konting(1990).Kaedah Penyelidikan Pendidikan(Methods in Educational Research). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 599p, 7th. Printing (2004).Swetz J. F dan Liew S. T (1982). Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Tan & Siti Hendon ( 2012 ), Penyelidikan Tindakan Sains Pendidikan

Rendah ( Kaedah ). Malaysia : Institut Pendidikan Guru MalaysiaMurid tidak mencari nilai tambah yang betul.

Murid keliru dengan nilai mengumpul semula.

Murid tidak menguasai proses mengmpul semula.

Langkah 1

murid membaca soalan.

murid menulis soalan.

murid membina petak segiempat sama mengikut bilangan angka pertama.

Langkah 2

murid memasukkan nombor kedua mengikut nilai tempat.

murid melukis rantai mengikut angka.

Langkah 3

murid memasukkan nombor ketiga.

murid melukiskan rantai mengikut angka.

Langkah 4

murid menulis jawapan yang betul berdasarkan nombor yang terdapat dalam segiempat sama.

356 + 268

356 + 268

356 + 268

5

6

3

356 + 265

5

6

3

1

6

1

1

1

2

356 + 265

1

1

1

2

6

1

5

6

3