psz 19:16 (pind. 1/97) untversiti teknologi malaysia · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk...

21
BORANGPENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PENGAJARAN KIMIA DI BAWAII TAJUK JADUAL BERKALA UNSUR SESI PENGAIAN : 2005/2006 Sryr ! MIJHAMAD HAFIZ BIN RAMLI ( HIJRUF BESAR ) men$ku m€mbenarkan tesis(Psl\tsarjana,/Doktor Falsafah)* ini disimpn di PeQustskaan Universiti Malaysia dengan syarat-syarat keguaar s€p€ni berikut: Tesis adalah hqkmilik UniversitiTeknologi Mala)sia. Perpustakaan Univeniti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan pengajian sahaja. Perpslrkarn dibenar&an membuat salinan tesisini s€bagai bahan pertukannantara imtitusi pengajian tinggi. +* Sila tandakan ( { ) l 2. 3. 4. ! r*.. ( Mengandungi maklunat yang berdadd keselanaran atau kepentingan Mala)ria sepeni yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumar TERHAD yangt€lahdilcntukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TERHAD TIDAK TERHAD I{N9,R KAMPIJNG TOK KAYA. 2OO5O KUAh TER.ENCGANU. Tf, Rf, NCGANU DARIJL IMAN. au1y1, . 2 U'.a j@t PROF. DR SIJI-AIMAN B YAMIN NamaPenyelia raatr, . 2tv^' reg6' ( TANDA AN PENULIS ) PSZ19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan, .. Jika tesisini SULIT atar TERIIAD, sila lampirkan sur&t daripada pihak berkuairorgarisasib€*enaln dengan rnen'"t8l(an sekali sebab dan tempoh tesis ini pedudikelaskan SUIJT atau TERHAD. . Tesis dimaksudkan s€bagai resis bagiljazahDoktorFalsafah d.n Sarjana s€can penyelidikan, arau disert.asi bagi penSsjien secrra kerjakursus drn penyelidikan, aLu LaporarPrcjek S€rjana Muda(PSM).

Upload: dotram

Post on 15-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM PROSESPENGAJARAN DAN PENGAJARAN KIMIA DI BAWAII TAJUKJADUAL BERKALA UNSUR

SESI PENGAIAN : 2005/2006

Sryr ! MIJHAMAD HAFIZ BIN RAMLI( HIJRUF BESAR )

men$ku m€mbenarkan tesis (Psl\tsarjana,/Doktor Falsafah)* ini disimpn di PeQustskaanUniversiti Malaysia dengan syarat-syarat keguaar s€p€ni berikut:

Tesis adalah hqkmilik Universiti Teknologi Mala)sia.Perpustakaan Univeniti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpslrkarn dibenar&an membuat salinan tesis ini s€bagai bahan pertukann antaraimtitusi pengajian tinggi.+* Sila tandakan ( { )

l2.

3.

4.

! r*.. ( Mengandungi maklunat yang berdadd keselanaran ataukepentingan Mala)ria sepeni yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )

( Mengandungi maklumar TERHAD yang t€lah dilcntukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TERHAD

TIDAK TERHAD

I{N9,R KAMPIJNG TOK KAYA.2OO5O KUAh TER.ENCGANU.Tf, Rf, NCGANU DARIJL IMAN.

au1y1, . 2 U'.a j@t

PROF. DR SIJI-AIMAN B YAMINNama Penyelia

raatr, . 2tv^' reg6'

( TANDA AN PENULIS )

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan,.. Jika tesis ini SULIT atar TERIIAD, sila lampirkan sur&t daripada pihak

berkuairorgarisasi b€*enaln dengan rnen'"t8l(an sekali sebab dantempoh tesis ini pedu dikelaskan SUIJT atau TERHAD.

. Tesis dimaksudkan s€bagai resis bagi ljazah Doktor Falsafah d.n Sarjana s€canpenyelidikan, arau disert.asi bagi penSsjien secrra kerja kursus drn penyelidikan, aLuLaporar Prcjek S€rjana Muda (PSM).

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

"Saya akui bahawa saya telah membaca keya ini dan pada pandaogao saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti unnrk tujuan penganugeralun ljazsh

Ssrjan Muda Ssins Serta Pendfulikan (Kfuniaf'.

Tmdatangan

Nama Penyelia

Tadkh

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KIMIA DI BAWAH TAJUK JADUAL BERKALA UNSUR

MUHAMAD HAFIZ BIN RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

u

'Scrn&ti k 4,r ini ',lrtrh h.ril kcda r.y. sdirt hrdt n*iln rha rialrmyrot tirF{hp rdnF dd raya jder !Edb.r!yE".

Taodamgm :Nmr P€ouli! :Trilt i

MI,HAMAD HAFIZ BIN RAMLI, tr4r' tLAte

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

iii

DEDIKASI

Khas buat mama, Munah Binti Muda

dan papa, Ramli Bin Mohd Amin

yang dikasihi..

Terima kasih atas sokongan dan doamu..

Semoga Allah memberkati kalian..

Buat adik-adikku sekalian....

Eri, Imi, Ja dan Man..

Terus berusaha di masa akan datang

Jadikan kejayaanku ini sebagai...

Pembakar semangat kejayaan kalian.

Buat penyeliaku yang dikasihi...

Prof. Dr. Sulaiman Bin Yamin,

Jutaan terima kasih diucapkan..

Di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar..

Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan..

Ku mohon maaf jika terdapat kesilapan...

Dalam usaha menyiapkan tesis ini

Buat sahabat seperjuangan yang diingati...

Terima kasih di atas segala sokongan...

dan bantuan yang telah disumbangkan.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala

puji-pujian bagiNya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat baginda Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarganya.

Pertama-tamanya, jutaan terima kasih buat penyeliaku, Prof. Dr. Sulaiman

Bin Yamin di atas segala tunjuk ajar dan bimbingannya dalam usaha untuk

menyiapkan karya agung ini. Segala nasihat dan teguranmu akan ku kenang seumur

hidupku. Juga tidak lupa buat semua warga kakitangan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak membantuku.

Tidak lupa juga buat semua keluarga kakitangan pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kerana telah

meluluskan proposalku sekali gus membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah-

sekolah. Tidak lupa juga buat kakitangan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor

khususnya kepada En. Mohd. Hassim Bin Sudiman yang telah bersusah payah

menyiapkan surat kebenaran untuk ke sekolah.

Buat kawan-kawan, segala jasa baik kamu semua membantuku terutamanya

semasa proses menganalisis data sangat-sangat ku hargai. Hanya Allah s.w.t

sahajalah yang dapat membalas budi baik kamu semua. Akhir sekali, segala

pertolongan para individu yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak

akan senantisa segar dalam ingatan ku.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengamalan teori

konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia di kalangan guru

dan pelajar tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur. Metodologi yang

digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik

digunakan untuk meninjau aspek-aspek dalam pengamalan teori konstruktivisme di

kalangan guru dan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar, Kimia

KBSM, Tingkatan Empat, di lima buah sekolah di Daerah Johor Bahru, Johor.

Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan komputer melalui

program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Analisis data

dibuat dengan cara mendapatkan peratusan dan min bagi item-item dalam set soal

selidik. Dapatan kajian mendapati guru-guru Kimia KBSM mempunyai tahap

pengamalan konstruktivisme yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kimia, dengan catatan nilai min 3.71. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati

pelajar Kimia KBSM mempunyai tahap pengamalan yang sederhana dalam proses

pembelajaran kimia, dengan catatan nilai min sebanyak 3.61. Beberapa cadangan

telah disertakan dalam kajian ini seperti pelajar berusaha untuk mencari buku rujukan

tambahan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam mata pelajaran Kimia.

Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan turut disertakan. Penyelidik berharap agar

kajian lanjutan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the degree of practice of

constructivist theory in the teaching and learning process of chemistry among KBSM

Chemistry teachers and students in the topic of Periodic Table of Elements. The

research used questionnair as the instrument to gather aspects related to the practice

of constructivist theory among teachers and students. The sample of this research

consists of 150 Form Four KBSM Chemistry students from five secondary schools in

Johor Bahru, Johor. The data collected were analyzed using Statistical Package for

Social Science (SPSS) version 13.0 to obtain the percentage usage of constructivism

in the teaching process among the teachers. It was found that percentage of usage

among teachers are high with a mean of 3.71. The study also showed that the practice

of constructivism in learning process among the students is moderate with a mean of

3.61. Suggestions like students must find another references book to increase their

knowlege in chemistry were also given. Hence, few suggestions are given including

proposals for follow-up researches. The researcher hopes that more researchers on

constructivisme will follow up in the near future.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

i

AKUAN PENYELIDIK

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xiii

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

2

1.3 Pernyataan Masalah

4

1.4 Objektif Kajian

5

1.5 Persoalan Kajian

5

1.6 Kepentingan Kajian

5

1.7 Batasan Kajian

6

1.8 Definisi Istilah

6

1.8.1 Amalan

7

1.8.2 Proses Pengajaran

7

1

1.8.3 Proses Pembelajaran

7

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

viii

1.8.4 Mata Pelajaran Kimia

7

1.8.5 Jadual Berkala Unsur

7

1.8.6 Kumpulan

8

1.8.7 Kala

8

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

9

2.2 Teori Konstruktivisme

10

2.2.1 Perbandingan Pembelajaran Secara Objektivisme dan Konstruktivisme

12

2.2.2 Fasa Pengajaran Berasaskan Pendekatan Konstruktivisme

15

2.3 Pembelajaran dan Konstruktivisme

17

2.4 Pengalaman dan Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

18

2.5 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

21

2.6 Pembelajaran Penyiasatan dan Inkuiri Penemuan

23

2

2.7 Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif

24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

26

3.2 Reka Bentuk Kajian

26

3.3 Populasi dan Sampel

27

3.4 Instrumen Kajian

27

3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat

29

3.6 Kajian Rintis

30

3.7 Analisis Data

30

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

ix

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

31

4.2 Analisis Bahagian A

32

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

32

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah

33

4.3 Analisis Bahagian B

34

4.3.1 Persoalan 1

34

4.3.1.1 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Orientasi

35

4.3.1.2 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh

Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Pencetusan Idea

37

4.3.1.3 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Penstrukturan Semula Idea

38

4.3.1.4 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Penggunaan Idea

40

4.3.1.5 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Renungan Kembali

42

4.3.2 Persoalan 2

44

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

x

4.3.2.1 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Orientasi

45

4.3.2.2 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Pencetusan Idea

47

4.3.2.3 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Penstrukturan Semula Idea

49

4.3.2.4 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Penggunaan Idea

52

4.3.2.5 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Renungan Kembali

53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

55

5.2 Ringkasan Kajian

55

5.3 Perbincangan

56

5.4 Rumusan

59

5.5 Cadangan

59

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

61

RUJUKAN

62

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

xi

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik

66

LAMPIRAN B Surat Pengesahan Penyeliaan UTM

Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM

Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor

73

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA

MUKA SURAT

2.1 Perbandingan antara pendekatan objektivisme dan konstruktivisme

12

2.2 Perbandingan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang melibatkan pendekatan objektivisme dan konstruktivisme

14

2.3 Fasa pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme

15

3.1 Jadual jenis respon dan skor

28

3.2 Jenis skor min dan tahap persetujuannya

28

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

32

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut sekolah

33

4.3 Tahap penerapan teori konstruktivisme ke dalam diri pelajar dalam proses pembelajaran kimia tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur (N=150)

34

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa orientasi (N=150)

36

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa pencetusan idea (N=150)

37

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa penstrukturan semula idea (N=150)

38

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses

40

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

xii

pembelajaran kimia dalam fasa penggunaan idea (N=150)

4.8

Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa renungan kembali (N=150)

42

4.9 Tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur (N=150)

44

4.10 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran kimia dalam fasa orientasi (N= 150)

45

4.11 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dan proses pengajaran kimia dalam fasa pencetusan idea (N=150)

47

4.12 Taburan kekerapan peratusan dan peratusan serta purata min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa penstrukturan semula idea (N=150)

50

4.13 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa penggunaan idea (N=150)

52

4.14 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa renungan kembali (N=150)

53

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

xiii

SENARAI RAJAH RAJAH PERKARA

MUKA SURAT

4.1 Kekerapan responden mengikut jantina

32

4.2 Kekerapan responden mengikut sekolah

33

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cita-cita dan matlamat Negara Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di

dalam Wawasan 2020. Selain itu, hasrat ini juga telah diungkapkan di dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan ini beberapa usaha telah dilakukan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Kementerian

Pelajaran Malaysia) bagi mencapai matlamat tersebut.

Kurikulum Kimia di sekolah juga turut mengalami perubahan ke arah ini.

Perubahan mula dijalankan apabila Kurikulum Kimia Tradisi berubah kepada

Kurikulum Kimia Moden (1972). Pengubahsuaian ini terus dijalankan dan pada

tahun 1989, Kurikulum Kimia Moden telah diubah kepada Kimia KBSM dan yang

terkini, Kimia KBSM baru (yang disemak semula pada 2002) telah digunakan.

Penyemakan ini bertujuan bagi menyambut cabaran terkini dan akan datang seperti

perkembangan sains dan teknologi yang canggih, ledakan maklumat tanpa sempadan

serta ke arah pencapaian Wawasan 2020. Selain itu, perubahan ini juga diharapkan

dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, mahir dan berpotensi dari semua

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia, strategi pengajaran dan

pembelajaran Sains KBSM hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan

antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan

nilai murni yang perlu dilakukan secara terancang dan sistematik. Dengan ini,

strategi pengajaran dan pembelajaran ini haruslah berteraskan kepada pembelajaran

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

2

menerusi pengalaman yang memfokuskan pendekatan inkuiri dan penemuan. Melalui

pendekatan ini, pelajar seharusnya diberi peluang untuk mengenal pasti masalah,

merancang, dan seterusnya menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri. Ini

bermakna segala aktiviti pengajaran yang dirancang haruslah melibatkan penyertaan

pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis

dan kreatif. Pendekatan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi

penguasaan dan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya bagi

mata pelajaran Kimia.

Sehubungan dengan ini, satu teori pembelajaran yang sesuai iaitu secara

konstruktif boleh dijadikan sebagai amalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara umumnya, teori konstruktivisme ini memberi penekanan

kepada aktiviti pelajar di mana fokus utama teori ini adalah menjurus kepada aktiviti

mental pelajar, dan bukan hanya kepada tingkah laku.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, ada menyatakan matlamat

utama sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar

terhadap konsep asas, di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk

mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Pembentukan diri pelajar

adalah dibantu oleh guru yang bertindak sebagai pendidik kepada pelajar (Abu

Hassan dan Meor Ibrahim, 2000).

Masalah para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Kimia sebenarnya

bukanlah suatu perkara yang baru didengari. Ini kerana, mata pelajaran ini bukanlah

seperti mata pelajaran Sejarah yang mana perlu dibaca dan dihafal. Dalam mata

pelajaran Kimia, pemahaman konsep dan sebarang pembuktian tentang sesuatu

tindak balas mestilah diperkukuhkan dengan melakukan eksperimen. Jika pelajar

hanya sekadar membaca dan menghafal semata-mata, maka ini akan menyebabkan

mereka gagal untuk menguasai mana-mana topik atau konsep dengan baik.

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

3

Konstruktivisme merupakan satu proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme

telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah, maktab dan universiti tetapi penekanannya tidak begitu ketara. Ini dapat

dilihat di sekolah-sekolah pada masa kini di mana pelajar sekarang didapati kurang

berminat kepada pembelajaran Kimia. Bagi mereka, apabila bercakap tentang kimia

sudah tergambar dalam minda mereka tentang penggunaan asid yang boleh

mengkakis serta letupan yang menakutkan. Dengan timbulnya persepsi yang negatif

ini akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari Kimia.

Selain itu, sikap sesetengah pelajar yang gemar membaca dan menghafal

sesuatu topik dan konsep dalam kimia menyebabkan mereka gagal untuk

menguasainya dengan baik. Cara ini sebenarnya tidak sesuai kerana menurut

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kimia, pelajar hanya memperoleh pengetahuan

melalui aktiviti yang dijalankan. Dengan kata lain, hands on, minds on. Para guru

juga seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti seperti eksperimen agar pelajar dapat

melihat sendiri perubahan yang berlaku secara langsung. Corak atau pendekatan

yang diamalkan oleh para pendidik sekarang boleh dikatakan masih lagi seperti

kaedah pengajaran secara tradisional iaitu pengajaran secara satu hala daripada guru

terus kepada pelajar. Proses ini boleh dibandingkan dengan kerja menyalurkan air

atau minyak dari satu tangki ke dalam sebuah botol atau tin kosong.

Menurut Abu Hassan, (2003), kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan

kehidupan manusia. Dari penerokaan di dasar laut dan bumi (sumber dan kandungan

perut bumi) sehinggalah kepada penerokaan ke angkasa lepas (bahan kapal, bahan

bakar, gas dan sebagainya); dari yang memberi manfaat (seperti ubat-ubatan,

makanan, vitamin, baja, bahan pencuci, pakaian, dan sebagainya) sehinggalah

kepada bahan yang boleh membawa mudarat atau kemusnahan (racun, senjata

perang- bom, nukelar, gas beracun, dan sebagainya). Ringkasnya, penghasilan dan

penggunaan kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan baik dan

buruk, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat dan

persekitaran. Sebelum memasuki kelas, pelajar seharunya telah mempunyai idea-idea

yang berkaitan dengan sekeliling mereka. Adalah menjadi tugas guru terbabit untuk

mengambil kira idea mereka dan seterusnya mengaitkannya sepanjang proses

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

4

pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menambahkan lagi minat pelajar untuk

mengikuti kelas selain dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan pemahaman

mereka terhadap konsep yang dibincangkan.

Menurut Aziz, (1989), kaedah pengajaran mata pelajaran Sains, seseorang

guru itu perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi (competent), kaedah pengajaran

yang efektif serta dapat menyesuaikan penyampaian dengan tajuk dan situasi yang

berubah-ubah. Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan

pelajar semasa mempelajari kimia, maka pengajaran dengan menggunakan teori

konstruktivisme telah diutarakan dalam pengajaran mata pelajaran Kimia di semua

sekolah sekarang. Penyelidik berkeyakinan bahawa dengan amalan teori

konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tentunya akan dapat

mendatangkan manfaat dalam penjelajahan ilmu kimia.

1.3 Pernyataan Masalah

Kita sedia maklum bahawa amalan konstruktivisme dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sememangnya perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Namun,

adakah guru itu sendiri dapat mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses

pengajaran yang dilaksanakan itu? Tambahan pula, adakah para pelajar sentiasa

diberi penekanan dalam mengamalkan teori konstruktivisme sepanjang proses

pembelajaran mata pelajaran Kimia mereka?

Dengan ini, tujuan penyelidik melakukan kajian ini adalah untuk meninjau

pengamalan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidik ingin meninjau sejauh mana amalan teori konstruktivisme ini dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Kimia tingkatan empat di bawah tajuk Jadual

Berkala Unsur.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk meninjau aspek-aspek

5

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah amalan teori

konstruktivisme diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Kimia tingkatan empat.

Secara khususnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara

berikut:

i. Amalan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran

Kimia di bawah tajuk Jadual Berkala Unsur.

ii. Penerapan pembelajaran secara konstruktivisme dalam diri pelajar.

iii. Pelaksanaan pengajaran secara konstruktivisme di kalangan guru

mata pelajaran Kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, dua perkara berikut telah dipertimbangkan:

i. Sejauh manakah teori konstruktivisme diterapkan ke dalam

diri pelajar dalam proses pembelajaran kimia di bawah tajuk

Jadual Berkala Unsur?

ii. Sejauh manakah guru mata pelajaran Kimia menggunakan

pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran kimia di

bawah tajuk Jadual Berkala Unsur?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berpendapat bahawa kajian ini sangat penting. Antaranya ialah: