psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia fileiv penghargaan dengan nama allah yang maha...

27
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BAGI TAJUK DIET DAN DIABETIS, DIET DAN HIPERTENSI SESI PENGAJIAN : 2008/2009-II Saya ZURAILA BINTI KAMIS mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL LC 94 JLN ONG SIONG, 84900 TANGKAK, JOHOR. Tarikh: 24 APRIL 2009____ Tarikh: ____24 APRIL 2009____ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: phungkiet

Post on 25-Jun-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009-II

Saya ZURAILA BINTI KAMIS

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pen

sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara in

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dala AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan ol

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

CIK SARIMAH BINTI ISMAI LC 94 JLN ONG SIONG, 84900 TANGKAK, JOHOR.

Tarikh: 24 APRIL 2009____ Tarikh: ____24 APRIL 2009_

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis in dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan ProjeMuda (PSM)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BAGI TAJUK DIET DAN

DIABETIS, DIET DAN HIPERTENSI

versiti

gajian

stitusi

m

eh

L

___

i perlu

idikan k Sarjana

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

i

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BAGI TAJUK DIET DAN

DIABETES, DIET DAN HIPERTENSI

ZURAILA BINTI KAMIS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : ZURAILA BINTI KAMIS

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat:

Mak dan Abah

ASNAH BINTI MOHAMAD

KAMIS BIN SIMAN

Terimalah Kejayaan Anakmu Ini.

Berkat Doamu, Didikan & Pengorbananmu Serta Hasil Keringatmu,

Membuahkan Hasil Yang Tidak Ternilai Dunia & Akhirat.

Buat Keluarga tercinta ;

K.LONG, A.NGAH,UDA, B.TEH, A. MALIK, IDRIS, USOP, ATEH, MALA, INA

Semoga Kejayaan Adikmu Hari Ini

Menjadi Contoh & Dorongan Untuk Anak Buah Berjaya Sebagai Bekalan Di Kemudian Hari…..

Buat Anak Saudaraku :

30 ORANG KESEMUANYA

Semoga kalian Menjadi Insan Yang Berilmu, Berakhlak &

Ikuti Jejak Langkah Acu Ke Menara Gading.

Tidak Lupa Kepada Sahabat-Sahabatku :

Nor, Ana,Chah,Laa,Qilah,Nora dan Dina

Susah & Senang Diharungi Bersama…..

Kejayaan Kita Kejayaan Bersama….

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji

Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan

kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada CIK SARIMAH BINTI

ISMAIL selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat

yang dihulurkan kepada saya tanpa kenal erti jemu dalam melaksanakan projek ini.

Beliau adalah seorang yang profesional terhadap tugasnya.

Tidak lupa untuk keluarga tercinta yang sepanjang masa mengambil berat tentang

pengajian saya di sini. Walaupun berjauhan tetapi dorongan yang diberikan membuatkan

saya sentiasa bersemangat untuk berusaha dengan sebaik mungkin.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada remaja-remaja tulang belakang negara

kerana telah memberikan kerjasama dalam membantu menyempurnakan Modul

Pengajaran Kendiri bagi menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas

bantuan , dorongan dan tunjuk ajar , sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan

projek ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati olehNya.

Sekian, Terima kasih.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

v

ABSTRAK

Bahan pengajaran dan pembelajaran memenuhi keperluan kurikulum dan

menekankan kepada penglibatan pelajar bagi memastikan pembangunan sumber manusia

dalam bidang tertentu tidak terjejas. Oleh itu untuk memastikan pelajar dapat menguasai

pengetahuan dengan lebih mudah, maka penyelidik telah membuat penilaian formatif ke

atas Modul Pengajaran Kendiri Diet dan Diabetes dan Modul Pengajaran Kendiri Diet

dan Hipertensi bagi kursus Penyediaan Makanan untuk menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. MPK ini di bina dengan menggunakan

Model Teras – Cabang (Shaharom, 1994). Penilaian status kesesuaian MPK melalui tiga

peringkat iaitu kajian rintis oleh seorang pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan

Makanan, Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh seorang pensyarah yang

mengajar kursus Penyediaaan Makanan dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

yang dinilai oleh tiga pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan dengan lima

pembolehubah mengikut teks, gambar rajah, objektif pembelajaran, soalan dan aktiviti

pembelajaran. Alat kajian yang digunakan bagi PFSS dan PFKK terdiri daripada satu set

protokol temubual berstruktur dan soalan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan analisis deskriptif. Daripada dapatan kajian menunjukkan kedua-

dua MPK Diet dan Diabetes dan Diet dan Hipertensi sesuai digunakan sebagai bahan

P&P.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

vi

ABSTRACT

Teaching and learning materials that fulfill the curriculum needs and emphasize

on student involvement are very important to ensure the human resource development in

certain fields is unintervene. In order to ensure that the student could master the

knowledge easily, the researcher has conducted a formative evaluation on to Self

Instructional Module (SIM) Diet and Diabetes and Self Instructional Module (SIM) Diet

and Hypertension for Preparation Food Cause. The module was built using Model Teras

Cabang produced by Shaharom (1994). The first stages of the evaluation was the

reliability conducted by a lecturer. Second stage was One To-One Formative Evaluation

(OOFE) assessed by lecturer and Small Group Formative Evaluation (SGFE) assessed by

three lecturer’s. Aspects evaluated were texts, figure, learning outcomes, question and

activities. Interview protocol and questionnaire had been used a research instruments.

The data collected were analyzed using the descriptive statiscal analysis. Finding of the

study shows that both SIM’s are suitable to be used as teaching and learning material.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rangka Kerja Konsep 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.7.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) 11

1.7.2 Pensyarah 11

1.7.3 Universiti Teknologi Malaysia 12

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

viii

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Takrifan istilah 12

1.9.1 Modul Pengajaran Kendiri 13

1.9.2 Membina 13

1.9.3 Penerimaan 14

1.9.4 Kesesuaian 14

1.9.5 Kebolehan 14

1.9.6 Penilaian Formatif 15

1.10 Rumusan 15

BAB II SOROTAN PENULISAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul Pengajaran

Kendiri Dalam Bidang Pendidikan 18

2.3 Modul Pengajaran Kendiri 19

2.4 Pengajaran Bermodul 20

2.5 Model Teras-Cabang Shaharom 21

2.6 Model-model yang berkaitan dengan pembinaan MPK 26

2.6.1 Model Burns 26

2.6.2 Model Klingstedt 28

2.6.3 Model Eijil 30

2.6.4 Model Meyer 32

2.6.5 Model de Vito-Krockover 34

2.6.6 Model Cece-Djadja 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN 37 3.1 Pendahulan 37

3.2 Reka bentuk Kajian 37

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

ix

3.3 Kandungan Modul 38

3.4 Subjek kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 45

3.6 Tata Cara Kajian 48

3.6.1 Pembinaan MPK 48

3.6.2 Kajian Rintis 49

3.6.3 Penilaian Formatif 51

3.6.4 Analisis Data dan Maklumat 52

3.7 Andaian 55

3.8 Batasan Kajian 55

3.9 Rumusan 56

BAB IV ANALISIS DATA 57

4.1 Pendahuluan 57

4.2 Bahagian Pertama 58

4.2.1 MPK Diet Dan Diabetes 58

4.2.2 MPK Diet Dan Hipertensi 59

4.3 Bahagian Kedua 60

4.3.1 Kajian Rintis 61

4.3.2 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 62

4.3.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 66

4.4 Rumusan 78

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

x

BAB V RINGKASAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pendahuluan 80

5.2 Ringkasan Hasil Dapatan 81

5.2.1 Bahagian Pertama 81

5.2.2 Bahagian Kedua 81

5.3 Perbincangan 84

5.4 Cadangan 90

5.5 Kesimpulan 91

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN (A–D) 96–116

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Buku Rujukan bagi Diet dan Diabetes 4

1.2 Buku rujukan bagi Diet dan Hipertensi 5

1.3 Keputusan peperiksaan pelajar bagi kursus

Penyediaan Makanan mengikut sesi

akademik 6

3.1 Pemeringkatan Skala Likert 45

3.2 Nilai Penskoran Item 45

3.3 Nilai Penskoran Min 47

4.1 Dapatan kesesuaian MPK dari

segi Teks 62

4.2 Dapatan kesesuaian MPK dari

segi Gambar rajah

63

4.3 Dapatan kesesuaian MPK dari

segi Objektif Pembelajaran

64

4.4 Dapatan kesesuaian MPK dari

segi Aktiviti 64

4.5 Dapatan kesesuaian MPK

dari segi Soalan 65

4.6 Dapatan kesesuaian mengikut

Cadangan/ Komen Keseluruhan 66

4.7 Dapatan analisis data Min Responden

bagi kesesuaian MPK Diet dan Diabetes

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xii

dari segi Teks 67

4.8 Dapatan analisis data Min Responden

bagi kesesuaian MPK Diet dan Hipertensi

dari segi Teks 68

4.9 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet dan Diabetes dari

segi Gambar Rajah 69

4.10 Dapatan analisis data Min Responden

Bagi kesesuaian MPK Diet dan Hipertensi

dari segi Gambar Rajah 70

4.11 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet dan Diabetes dari

Objektif Pembelajaran 71

4.12 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet dan Hipertensi

dari segi Objektif Pembelajaran 72

4.13 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet Dan Diabetes dari segi

Aktiviti 73

4.14 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet Dan Hipertensi dari Segi

Aktiviti 74

4.15 Dapatan analisis Data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet Dan Diabetes dari

segi Soalan 75

4.16 Dapatan analisis data Min Responden bagi

kesesuaian MPK Diet dan Hipertensi dari

segi Soalan 76

4.17 Analisis MPK Diet dan Diabetes berdasarkan

lima pembolehubah 76

4.18 Analisis MPK Diet Dan Hipertensi

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xiii

berdasarkan lima pembolehubah 77

4.19 Analisis Keseluruhan MPK 78

5.1 Dapatan keseluruhan PFSS bagi MPK Diet

dan Diabetes 82

5.2 Dapatan keseluruhan PFSS bagi MPK Diet

dan Hipertensi 83

5.3 Dapatan keseluruhan PFKK bagi MPK

Diet dan Diabetes dan MPK Diet dan

Hipertensi 84

5.4 Perbandingan Model-Model MPK 87

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 10

2.1 Model Teras Cabang Shaharom 1994 21

3.1 Pelaksanaan Proses Pembelajaran MPK 39

3.2 Rangka Kerja Tahap Satu 49

3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis 50

3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 51

3.5 Rangka Kerja Keseluruhan 53

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xv

SENARAI SINGKATAN

MPK : Modul Pengajaran Kendiri

PB : Pengajaran Bermodul

PI : Pengajaran Individu

PFSS : Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PFKK : Penilaian Formatif Kelompok Kecil

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

PSZ : Perpustakaan Sultanah Zanariah

JPK : Jadual Pemeringkatan Kesesuaian

R1 : Responden 1

R2 : Responden 2

R3 : Responden 3

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Temubual (Pensyarah) 96

Lampiran B Borang Soal Selidik (Pensyarah) 103

Lampiran C Borang Pengesahan Pensyarah Modul 114

Pengajaran Kendiri

Lampiran D Jadual Pemeringkatan Status Kesesuaian 123

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

1

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Ramai pendidik percaya bahawa semua orang boleh menerima pelajaran

walaupun mereka dari kategori yang lemah (Atan, 1984). Oleh itu, dua aspek penting

yang perlu difokuskan ialah pendekatan pengajaran dan bahan pengajaran yang

digunakan oleh guru (Yusoff, 2000).

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) antara bahan yang digunakan dalam

pelbagai mata pelajaran di peringkat rendah, menengah dan di peringkat institusi

pengajian tinggi (Shaharom, 1994). Pelajar diberi kebebasan untuk mempelajari

proses pembelajaran mengikut kebolehan serta cara sendiri (Shaharom, 1990). MPK

juga dapat melatih pelajar untuk berdikari dan guru dapat memberi perhatian kepada

pelajar yang lebih memerlukan.

MPK ini direka untuk keperluan pelajar bagi memudahkan pembelajaran agar

lebih berkesan mengikut perbezaan setiap pelajar, menggalakkan pelajar mengambil

bahagian secara aktif dalam pembelajaran dan mementingkan pembelajaran secara

individu dengan mengambil kira perbezaan latar belakang, gaya belajar, motivasi dan

ruang masa belajar yang diperlukan dalam proses pembelajaran.

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

2

Pengajaran individu merupakan sesuatu yang membolehkan seorang pelajar

melakukan perkara yang berfaedah kepada dirinya sebagai seorang individu dengan

melakukan sesuatu pembelajaran atau satu perkara mengikut tahap kemampuan diri

sendiri (Sharifah Alwiah,1984). Pengajaran individu juga bukan sekadar kaedah

pengajaran, malah ia adalah satu falsafah pendidikan yang mengambil kira perbezaan

individu yang wujud di kalangan para pelajar dan berusaha menyesuaikan proses

pembelajaran seseorang pelajar mengikut keperluan masing-masing. Pengajaran ini

paling sesuai diikuti oleh pelajar kerana ia meletakkan tanggungjawab pembelajaran

ke atas pelajar sendiri dan seterusnya menghasilkan dorongan yang lebih baik untuk

pembelajaran dan perkembangan konsep kendiri serta nilai peribadi (Shaharom,

1997).

Pengajaran bermodul menggunakan MPK adalah bertujuan untuk

membolehkan para pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut

kebolehan dan kadar kendiri (Shaharom dan Yap, 1991). Konsep kadar kendiri ini

penting berdasarkan pada kesedaran bahawa kejayaan yang dicapai oleh para pelajar

yang sama dan ia juga tidak mempunyai tahap kesediaan untuk belajar pada masa

yang sama (Burns, 1971). Selain itu, pengajaran bermodul dalam MPK

membolehkan para pelajar memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri

mereka supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan produktif.

Pengajaran bermodul menggunakan MPK juga membolehkan para pelajar

mengenalpasti kelebihan serta kelemahan tahap belajar mereka dan boleh

mempelajari semula bahan pembelajaran berkenaan menerusi aktiviti-aktiviti

pemulihan yang terkandung dalam MPK tersebut (Shaharom, 1994). Para pelajar

tidak menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai bahan pembelajaran

yang terdapat dalam MPK sama ada hendak mengulang semula bahan pembelajaran

yang sama atau meneruskan pembelajaran ke MPK yang seterusnya.

MPK direka bentuk dengan terancang, teratur dan sistematik iaitu dengan

menggabungkan pendekatan sistem untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

3

digunakan pada hari ini (Rashid dan Abdul Razak, 1995). Oleh itu, dengan adanya

MPK membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan disamping

memperbanyakkan bahan pengajaran dan pembalajaran sedia ada.

Bertepatan dengan matlamat utama bagi pembinaan MPK adalah untuk

meningkatkan pencapaian kurikulum pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan

individu. Antaranya seperti perbezaan dari segi sikap, minat terhadap mata pelajaran,

latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lain-lain (Shahrom, 1993). Selain itu,

pembelajaran menggunakan MPK membolehkan pelajar tidak terikat dengan urutan

sukatan pelajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama seperti rakan-rakan lain.

Ini kerana proses pembelajaran yang dijalankan mengikut tahap kemampuan dan

kecekapan pelajar secara individu. Oleh Itu, MPK sesuai digunakan sebagai bahan

P&P.

1.2 Latar belakang masalah

Kecemerlangan akademik di kalangan pelajar merupakan salah satu aspek

yang perlu diambil kira bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwibawa. Bagi

mencapai kecemerlangan ini, perlu mengenal pasti masalah yang timbul dalam

proses P&P. Antaranya ialah kekurangan bahan pembelajaran bagi pelajar

terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran. Bahan pembelajaran adalah penting

bagi memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran dan memahami sesuatu topik.

Kebanyakkan buku-buku rujukan sedia ada tidak memenuhi kehendak dan

kesesuaian pelajar kerana tidak khusus kepada tajuk diet untuk penyakit diabetes

dan penyakit hipertensi bagi pelajar mengulangkaji pelajaran. Hal ini dikenalpasti

oleh penyelidik melalui buku diabetes dan hipertensi yang terdapat di Perpustakaan

Sultanah Zanariah (PSZ) di UTM. Jadual di bawah menunjukkan senarai buku

rujukan yang terdapat di PSZ seperti Jadual 1.2 dan Jadual 1.3.

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

4

Jadual 1.1 : Buku rujukan bagi Diet dan Diabetes

Bil Tajuk Buku Penulis Tahun Terbitan 1 5 Steps to Control High Blood Sugar Anjali Arora 1997 2 Tips Merawat Kencing Manis Amina Noor 2003 3 Exercise in the Clinical

Management of Diabetes Barbara N.

Campaigne and Richad M. Lampman

1994

4 Diabetes Nutritional Help Bruce Miller, D.D.S., C.N.S.

1999

5 Action Plan for Diabetes Darryl E. Barnes, MD

2004

6 Guide to Living with Diabetes Boyd E. Mtzger, M.D

2006

7 Exercise and Sport in Diabetes Dinesh Nagi 2005 8 Diabetes Mellitus and its Complication

Ernest Adeghate,

Hussein Saadi, Abdu Adem and Enyioma

Obineche

2006

9 Nutrition and Diabetes Emmanuel Opara 2006 10 Using Insulin Pumps in Diabetes. Jill Rodgers 2008 11 Diabetes. Rudy W. Bilous. 2002 12 Hidup dengan Diabetes Robert Buckman and

Chris Mc Laughlin 2000

13 Diabetes Type II Richard K. Bernstein, M.D

1990

14 Psychology in Diabetes Care Frank J Snock and T Chas Skinner

2005

15 Nutritional Management of DiabetesMellitus

Gary Frost, Anne Dornhorst, Robert

Moses

2003

16 Diabetes Chronic Complications Kenneth M. Shaw and Micheal H.

Cummings

2005

Sumber Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

5

Jadual 1.2 : Buku rujukan bagi Diet dan Hipertensi

Bil Tajuk Buku Penulis Tahun Terbitan 1 High Blood Pressure for Dummies Alan L. Rubin, MD 2007 2 5 Steps to Control High Blood Pressure Anjali Arora 1997 4 Action Plan for High Blood Pressure JonG. Divine, MD. 2006 5 Darah Tinggi dan anda Kamsiah Jaarin. 2001 6 Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet Marie V. Krause and

L. Kathleen Mahan 2002

7 The Complete Guide ti Living with Blood Pressure

Micheal K. Rees, M.D

2005

8 Heart Disease, Hypertension and Nutrition

S. Abdul Majeed & Co

1991

9 Isu-Isu Kesihatan Malaysia Masyarakat

Osman, Hashami Ali, Noor Hassim Ismail Bohari dan Hanafiah Mohd.

Salleh

1997

10 Rawatan dan Pencegahan Penyakit Jantung

Sidek Nontak 1992

Sumber Perpustakaan Sultanah Zanariah

Jadual 1.1 dan 1.2 menunjukkan senarai bahan rujukan bagi Diet, Diabetes

dan Hipertensi. Kebanyakkan kandungan bahan tersebut tidak khusus kepada tajuk

diet untuk penyakit diabetes dan diet untuk hipertensi terhadap pelajar kursus

Penyediaan Makanan. Melalui senarai buku - buku ini juga, tidak terdapat buku yang

berbentuk MPK. Oleh itu dengan adanya pembinaan MPK Diet dan Diabetes dan

MPK Diet dan Hipertensi dapat menambah bahan P&P serta dapat membantu pelajar

mengulang kaji pelajaran terutamanya ketika hendak menjawab peperiksaan akhir.

Kekurangan bahan tersebut telah menjejaskan prestasi keputusan pelajar

terhadap kursus Penyediaan Makanan. Jadual di bawah menunjukkan bukti bahawa

penguasaan pelajar terhadap kursus Penyediaan Makanan kurang cemerlang

berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar mengikut empat sesi akademik iaitu dari

tahun 2004/4005 hingga 2007/2008.

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

6

Jadual 1.3 : Keputusan peperiksaan pelajar bagi kursus Penyediaan Makanan mengikut sesi akademik

Sesi Gred 2004/05 2005/06 2006/07 2007/08

Bilangan Pelajar

A - - - - 0 A- 1 5 29 4 39 B+ 7 20 80 23 130 B 18 62 50 79 209 B- 1 13 11 73 98 C+ 2 4 1 15 22 C - 1 1 1 3 C- 1 1 1 - 3

Jumlah 30 106 173 195 504 Sumber Pejabat Fakulti Pendidikan

Jadual 1.3 menunjukkan gred pelajar kursus Penyediaan Makanan (SPL

2122) mengikut empat sesi iaitu sesi akademik 2004/05, 2005/06, 2006/07, 2007/08.

Secara keseluruhannya, seramai 504 pelajar yang telah mengambil kursus

Penyediaan Makanan untuk empat sesi akademik. Jadual di atas telah menunjukkan

tiada seorang pelajar yang mendapat gred A dalam kursus tersebut. Kebanyakkan

pelajar mendapat gred B sebanyak 42% iaitu seramai 209 orang dan diikuti dengan

gred B+ sebanyak 25.8% iaitu seramai 103 orang. Bilangan pelajar yang ketiga

tertinggi ialah mendapat gred B- sebanyak 19.4% iaitu seramai 98 orang pelajar.

Melalui keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Fakulti

Pendidikan didapati tiada seorang pelajar yang mendapat gred A manakala 39 orang

pelajar mendapat A- di dalam peperiksaan bagi bagi sesi 2004/2005 sehingga sesi

2007/2008. Pada empat sesi tersebut hanya 39 orang iaitu 7.7 peratus pelajar yang

mendapat gred A-. Hal ini menunjukkan pelajar kurang penguasaan dalam kursus ini.

Kekurangan buku rujukan yang khusus kepada silibus Penyediaan Makanan

telah memberi idea kepada penyelidik untuk membina bahan pembelajaran yang

berbentuk MPK kerana MPK direka bentuk dengan terancang, teratur dan sistematik

iaitu dengan mengabungkan pendekatan sistem untuk mempelbagaikan teknik

pengajaran yang digunakan pada hari ini (Rashid dan Abdul Razak, 1995).

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

7

Salah satu untuk menangani masalah ini dengan menambahkan bahan

pembelajaran seperti membina MPK untuk pelajar supaya dapat memilih cara

pembelajaran yang paling sesuai bagi seseorang indvidu supaya proses P&P dapat

dilakukan dengan berkesan. Dengan cara ini, para pelajar boleh memilih cara

pembelajaran yang paling berkesan kerana matlamat utama pembinaan MPK adalah

untuk meningkatkan pencapaian kurikulum pelajar yang mempunyai perbezaan

individu.

Oleh itu kaedah pembelajaran menggunakan MPK dapat membantu para

pelajar dalam proses P&P. Hal ini kerana, MPK mementingkan pembelajaran secara

individu dengan mengambil kira perbezaan latar belakang, gaya belajar, motivasi dan

ruang masa belajar yang diperlukan dalam proses pembelajaran. Di samping itu,

setiap pelajar tidak mempunyai tahap kesediaan untuk belajar pada masa yang sama

(Burns 1971). Oleh itu, menurut laporan kajian (Okey, 1978) salah satu nilai atau

perkara penting ialah mengorganisasi pengajaran dengan mengambil kira perbezaan

individu di kalangan pelajar (Yusoff, 2000)

1.3 Penyataan masalah

Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah MPK yang

dibina bagi tajuk Diet dan Diabetes, Diet dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P

dalam kursus Penyediaan Makanan. Sasaran penggunaan MPK adalah kepada pelajar

Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang

mengambil kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) dan pensyarah yang mengajar

kursus tersebut di UTM.

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

8

1.4 Objektif kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Membina MPK Diet dan Diabetes, MPK Diet dan Hipertensi

berasaskan Model Teras Cabang Shahrom 1994.

1.4.2 Menilai kesesuaian keseluruhan MPK Diet dan Diabetes dan MPK

Diet dan Hipertensi berdasarkan pembolehubah - pembolehubah

seperti :

a) teks

b) gambar rajah

c) objektif Pembelajaran

d) aktiviti pembelajaran

e) soalan

1.5 Persoalan kajian

Adakah terdapat kesesuaian keseluruhan MPK Diet dan Diabetes dan MPK

Diet dan Hipertensi berdasarkan pembolehubah seperti :

a) adakah tahap teks yang di bina dalam MPK Diet Dan Diabetes dan MPK

Diet dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P

b) adakah tahap gambar rajah yang dibina dalam MPK Diet Dan Diabetes

dan MPK Diet dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P

c) adakah tahap objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Diet dan

Diabetes dan MPK Diet dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P

Page 27: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileiv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad

9

d) adakah tahap aktiviti yang dijalankan dalam MPK Diet Dan Diabetes

dan MPK Diet Dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P?

e) adakah tahap soalan yang digunakan dalam MPK Diet dan Diabetes dan

MPK Diet Dan Hipertensi sesuai sebagai bahan P&P?