psv3105

82
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010 SEMESTER 4 PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: razak-hisamudin

Post on 19-Jun-2015

5.571 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

SEMESTER 4

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan September 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii

Falsafal Pendidikan Guru iii

Kata-Alu-aluan iv

Panduan Pembelajaran v-vii

Pengenalan viii

Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) ix

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan

mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis

1.2 Hasil Pembelajaran

1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini.

1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.

- mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan Jasmani, Emosi,

Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

- mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan JERISE

1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2

- untuk 5P KBSR

1 1 1

1 2

14

23

32

KANDUNGAN MUKA SURAT

ii

1.5 Latihan A

Tajuk 2 Meneroka Alat dan Bahan

2.1 Sinopsis

2.2 Hasil Pembelajaran

2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini.

2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi Pelbagai jenis alat dan bahan 2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian- perisian

2.5 Latihan B

Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

37

39

40

41

42

56

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

vi

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam

interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan

Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau

tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang

dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah

berhubung dengan modul ini.

Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran

anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali

semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran

arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan

corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang

pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran

anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran

kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat

melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan

hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia

bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka

masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan

sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap

tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari

atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua

latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman

dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.

PANDUAN PELAJAR

vi

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda

agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A

menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir

kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan

dan Penilaian.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai

untuk setiap kursus.

ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan

sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar

menghafal.

iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar

merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat,

memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat.

iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada

pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan

juga sumber internet.

v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan

pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu

tahun pengajian.

vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan

bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan

maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT dan Online

Learning(OLL).

vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada

pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar

untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di

bilik darjah.

Selamat maju jaya.

PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

v

PENGENALAN Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali

dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini

mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori

dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1

amali dalam proforma).

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan

pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi

setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan,

pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap,

minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap

bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak .

Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2.

Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid.

Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid.

Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio-

budaya .

Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik

yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-

persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil

kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah

secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman

setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan

dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk

mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang

dipelajari.

vi

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1 Teori Pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

12 0 12

2 Teori Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2

0 9 9

3 Teori Persediaan Mengajar

9 0 9

4 Amali Meneroka Alat dan Bahan

0 6 6

5 Amali Meneroka Tajuk dan Isi kandungan mengikut tema

6 0 6

6 Amali Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

9 0 9

7 Amali Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat binaan serta Kraf traditonal

9 0 9

Jumlah keseluruhan

30

15

45

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1

Perancangan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

Menggambar

Membuat Corak

dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf

Tradisional

TAJUK 1

Perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2

1.1 Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan

mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan

mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut.

1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu

Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat

Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta

mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2

1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR

Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat

bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,

Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

Rajah 2. Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

P e n g e n a la n S e n i V isu a l

K u ri k u lu m P S V S R

M e n g g a m b a r

M e m b u a t C o r a k d a n R e ka a n

M e m b e n tu k d a n M e m b u a t B in a a n

K r a f T r d is io n a l

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

3

1.4.1.1 Menggambar

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat

dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan

untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan

pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas

menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti

menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan

dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

a) Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di

atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan

imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih

jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu

kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

4

b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3.

Menggambar

Teknik Menggambar

Lukisan CatanKolaj

Montaj

Cetakan

ResisGosokanStensilan

Percikan

Gurisan

Capan

Mozek

Rajah 3 Teknik Catan Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah

caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat

poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat

improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu

permukaan.

Teknik Kolaj

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari

gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan

bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau

papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau

jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian

gambar.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

5

Teknik Cetakan

Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya

cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.

Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan

boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan

warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan

cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam

adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir

itu akan memberi kesan yang berlainan.

Teknik Resis

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.

Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan

teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan

untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti

kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di

peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Teknik Gosokan

Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di

atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang

berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda

boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat

gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa

bentuk yang dihasilkan.

Teknik Stensilan

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan

sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.

Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna

akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh

kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa

bentuk yang dihasilkan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

6

Teknik Percikan

Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik

dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang

berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan

kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya

kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

Teknik Gurisan

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan

sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari

sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara

berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang

keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris

pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras

dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang

dihasilkan.

Teknik Mozek

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah

bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas

sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun,

bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak

bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan

bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang

dihasilkan.

Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah.

Jenis Aktiviti Kenyataan sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai

kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang

di atas stensil dan diserap oleh kertas Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’

atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

7

cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi

warna air boleh dipercik dari berus

anda menggunakan warna air bersama warna lilin

Kepingan gambar-gambar disusun dan digam

1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan

http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpg

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah

keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati

dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan

ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan

corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti

yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu

yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh

diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:

alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting

geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;

abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan

rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

8

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:

Membuat Rekaan Dan Corak

Jenis susunan corak

Rajah 4

Membuat Rekaan Dan CorakTeknik Corak

Corak Tidak Terancang

Tarikan

Lipatan

PualamanTiupan

Ikatan dan Celup

Renjisan

Titisan

Rajah 5 Teknik menghasilkan corak tidak terancang

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

9

1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan

http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpg

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain

dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas.

Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari

sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini

akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada

pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,

stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat

bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang

persembahan hasil kerja.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap

aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas

bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan

bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

10

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9

aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul (f) Model (b) Arca asemblaj (g) Diorama (c) Arca mobail (h) Boneka (d) Arca stabail (i) Topeng (e) Origami

1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional

www.bestbatik.com/batik/images

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta

memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun

mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat

(b) Alat Permainan (f) Tembikar

(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman

(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

11

Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk

memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada

masyarakat tradisional pada ketika itu.

Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang

dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai

padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah,

Perlis, Pahang, Selangor dan Johor.

Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau

Bayan

Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan melayari internet.

Keris

Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.

Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka

hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak,

Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah

Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat

dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris

Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali,

Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada

masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis

persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

Batik

Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang

kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai

corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.

Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

12

yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk

menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah

diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.

Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik

semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan

mengikut peredaran zaman.

Seni Tekat

Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji,

tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat,

disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul

dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan

pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat

diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.

Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka

banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak,

Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri

yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

Tembikar

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan

penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai

Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.

Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.

Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar

yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan

kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk

tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif,

ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan

berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi

lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

13

Anyaman

Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan,

mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau

bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang

melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang

tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap

harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi

menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan

menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.

Kelarai ini diantaranya ialah:

(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan

(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat

(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai

(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah

(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau

Ukiran Kayu

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan

untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada

zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang

Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di

kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini

diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala

sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.

Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari

ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

14

1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu

diberi kepada perkara berikut:

pengetahuan sedia ada murid; benda yang konkrit; minat, kecenderongan dan latar belakang murid; bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan mencetus idea dan imaginasi.

Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan

manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan

persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan

bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan

dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

15

visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan

menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas.

1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan

aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

aktiviti kecil mudah ringkas;

cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;

mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;

bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman

penggunaan alat bahan dan teknik;

tatacara, langkah dan proses membuat;

amalan tertib kerja

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

16

keselamatan semasa bekerja; dan

penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

“Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh

berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda?

1.4.2.3 Pengalaman Langsung

Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih. Bekerjasamalah dengan rakan anda.

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang

tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan

membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk

memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai

asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras

dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi

sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,

manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di

sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan

kemahiran.

Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,

alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan

mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

17

tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses

pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan

maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran

yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan

teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,

berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,

menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara

tidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain

memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui

kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan

imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan

melalui kegiatan pemerhatian ini.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,

murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud

dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan

memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan

ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan

dengan semua keadaan.

Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami

pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang

digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan

menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan

pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea

baru dari benda konkrit.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

18

1.4.2.4 Apresiasi

Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau

pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang

mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih

tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka.

Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari

aspek-aspek kognitif.

Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria

pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara

arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan

penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang

difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta

perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama

aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti

mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti

mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,

jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

kandungan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

19

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari

segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan

menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan Secara Logik

Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan

pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian

dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

.

Secara Penerangan

Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.

.

Secara Pemerhatian

Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar

Secara Perbandingan

Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran.

Secara Penghasilan

Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

20

Pendekatan Secara Psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada

perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada

penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat

meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara

ini akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat

orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat

yang digunakan.

Kaedah Apresiasi Seni

Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik

(b) Kontekstualistik (d) Normistik Kaedah Hedonistik

Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan,

pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta

merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan.

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi

menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma

berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan

terdapat pelbagai citarasa.

Kaedah Konstekstualistik

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,

sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan

sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,

rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.

Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya,

kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

21

pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang

teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara

harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada

aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat

membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,

unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari

aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan

pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya

lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai

akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah

melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

Kaedah Elektik

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah

gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.

Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan

bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus

kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang

baik.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

22

Proses Apresiasi Seni

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai

proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti

aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat

tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation )

(d) Penilaian ( evaluation )

Menggambarkan

Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat

tampak/objek pada karya.Sebagai contoh :

Karya Latif Maulan

Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik

dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan

cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa

(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,

prinsip rekaan dan struktur.

(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.

(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

23

Tafsiran

(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu

juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,

simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)

untuk menjelaskan makna tersebut.

(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan

budaya masyarakat setempat.

Penilaian

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi

individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya

pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang

tajam.

Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.

(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.

(c) Sejarah seni.

(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.

(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

24

1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

1.4.3.1 Tema

Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara

berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

a. Alam semulajadi dan objek persekitaran

http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai

sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi

sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek

persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek

domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya.

Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya

akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan,

integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna,

jalinan, rupa dan bentu

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

25

b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda

yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri,

sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.

Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya

mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-

quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah

yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.

Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi

atau penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan tema sejagat

http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

26

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan

kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari

idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya

mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang

lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar

menjadi suatu keunikan ciptaan dan

mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art'

misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan

sanggup menerima rintangan.

d. Keperluan dan pengalaman hidup harian

http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain

merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,

basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang

mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang

dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan

mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat

memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif

seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan

dan lebih tinggi nilai estetikanya.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

27

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan

pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan

pembelajaran.

e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism

http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia

dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang

berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.

Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda

untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang

tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada

Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

28

1.4.3.2 Isi kandungan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat

bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3.

Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini

menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang

kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai

nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi

dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan

membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek

ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan,

Gurisan, Capan, Mozek dan Poster.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi

diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali

pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan

memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus.

Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid

dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan

kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami

dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan

sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai

cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan

perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian

kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara

pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang

bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-

kanak.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

29

Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya

menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan

kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan

sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui

kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan

dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau

Catan.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,

struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat

memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu

model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan

murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini

memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,

semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan

membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,

Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi

kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian

dan cerita.

Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja

seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh

masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan

dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri,

Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

30

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf

tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan

fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi

pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang

kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti

pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.4.3.2 Alat dan Bahan Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan

mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid

mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang

akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni

menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan

bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak

jika hendak disenaraikan.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni

menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna

dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah

seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas

pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat

tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah

semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari

itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam

aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang

digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil

kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

31

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan

dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan

media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:

Berbagai jenis pensil

Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil

Kapur berwarna

Oil pastel

Artline atau marker

Berbagai jenis pen

Gouche, akrilik, cat minyak

Stensil

Kolaj

Capan, cetakan

Lilin

Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah

Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,

sayur-sayuran, dan buah-buahan

Penyedut minuman

Gunting, pisau lipat, gam

Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.

Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,

krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.

Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media

basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon,

arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak

dan cat akrilik.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat

dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

32

Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan

penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada

pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan

memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan

ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,

nyanyian dan cerita.

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan

membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga

dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk

disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.

Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis

luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan

berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek

realiti.

Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti kepada bidang-bidang di bawah:

Bidang Aktiviti Alat dan bahan

1. Menggambar Catan Minyak

2. Membuat corak

dan rekaan

Capan

3. Membentuk

dan membuat binaan

Patung Puppert

4. Kraf Tradisional Anyaman

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

33

1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang

berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni

visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-

kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).

Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu

kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat

dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak

adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja

seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus

berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan

rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap

imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti

kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran

mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui

aspek berikut:

a. Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

b. Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada

otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

34

c. Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam

pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan

akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal

di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti

pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya

kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

d. Aspek Persepsi

Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual

menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi

sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek

yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali

objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling

mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek

melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya

persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak

selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses

pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu

dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya

satu bentuk hasil karya yang unik.

a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka

berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan

untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan

dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi

untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

35

b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan

semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman

mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi

selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu

menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan

penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep

kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang

memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga

menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai

karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk

bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran

dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan

peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif

kanak-kanak dengan cara yang positif.

Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak

Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan

perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh

soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut:

1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?

Bagaimana jika buaya boleh terbang?

2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu.

Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?

3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?

4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung,

Bagaimanakah keadaannya?

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

36

Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi

yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh

perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi

contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau

kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi

diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej

unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna

dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri

mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan

yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual

sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan

yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu

difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti

yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

Contoh soalan.

1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau

muda?

2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut?

Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.

Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang:

1. Apa yang kita suruh murid buat

2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan

3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri

4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi

5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan

6. kadar banding, saiz, susunan corak

7. penggunaan alat dan bahan

8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan

9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka

10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

37

Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi

yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti

serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan

seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya

imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-

kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti

kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang

baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan

imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna

mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta

mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-

kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat

membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh

diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan

bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan

daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana

objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil

seni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas

seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai

guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan

dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah

dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.

Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh

murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari

kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam

pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-

tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan

kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran

Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

38

Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak

dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

Pemulihan amat perlu untuk murid- murid yang menghadapi masalah atau

kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan

Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang

akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.

1.5 Rumusan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses

penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui

penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid

diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi

kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan

dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan

corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk

melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek

estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat

diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam

kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan

dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan

budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

39

Aktiviti 1.1

Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.

Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian pengajaran dan pembelajaran anda.

Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain.

Aktiviti 1.2

http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg

Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967)

Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

40

2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untuk

membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahan

pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan juga

diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang

kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk

meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan

karya bagi kesemua empat bidang tersebut. Anda hendaklah membuat

pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat dan

bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual.

2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk

meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan

pembelajaran setiap bidang kegiatan.

2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui

perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan

TAJUK 2

Amali Meneroka Alat dan Bahan

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

41

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

2.4 KANDUNGAN Meneroka Alat dan Bahan

Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh

anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

Meneroka Alat dan

Bahan

Meneroka / Membuat

eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan

Meneroka / Membuat eksperimentasi

perisian-perisian

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

42

Alat :

Bahan:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut.

http://images.ask.com/pictures

Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan

Menggambar seperti di atas?

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

43

2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan

Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan

bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang

optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian

dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan

tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak

disasarkan.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang

terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini

disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui

penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui

asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis

aktiviti menggambar.

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.

Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,

krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk

menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah.

Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin

dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat

akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Permukaan untuk catan adalah seperti

kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain

adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat

‘masking’.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

44

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah

caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat

poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat

improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu

permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai

kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.

(a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.

(b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan.

c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari

gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan

bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau

papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat

atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian

gambar.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

45

Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda.

Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan

bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej

pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas

permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino,

‘strawboard’ , papan lapis dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan lino,

papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas

permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir

itu akan memberi kesan yang berlainan.

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori

cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan

bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu

permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan

berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.

(a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang

panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah.

(b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai.

(c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

46

bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan

memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.

Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air

bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun

‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal.

Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan

permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di

kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu.

Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna

air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan.

Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau

kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang

kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu

contoh teknik resis.

Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan anda samada di internet, video, buku atau sebagainya.

Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman dengan cara berikut: (a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.

Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

47

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh

menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang

lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna

krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas

kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan

untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis

alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada

garisan yang dihasilkan.

Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas

warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti

kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.

Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada

mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi

jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

http://www.flickr.com/photos/ongkyw

Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan yang berikut:

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

48

(a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi.

(b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung wayang kulit itu?

(c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang menarik?

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat

dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus

dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran

mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya.

1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia

adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini

memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.

2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh

tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.

3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik

yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum

menggambar.

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda

akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun

berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam

sekeliling kita seperti:

1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;

3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;

4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan

5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

49

Corak tidak terancang

Corak terancang

Pualaman

Lukisan

Renjisan Catan

Lipatan warna dengan

kertas

Cetakan

Tiupan

Capan

Titisan

Lipatan dan guntingan

Ikatan dan celupan

Resis

Renjisan dan percikan

Kolaj

Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di

dalam rajah di bawah:

Corak tidak terancang Alat dan Bahan

Pualaman

Tiupan

Ikatandan celupan

Renjisan dan percikan

Cara membentuk dan membuat binaan

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

50

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan

membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga

dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk

disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.

Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis

luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

51

berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek

realiti.

Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?

Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan

objek;

3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang

mempunyai ilusi pergerakan;

6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses

membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; 10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling

sesuai dan menyatakan kesannya; 11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses

menghasil bentuk rekaan;

Penentuan Alat dan Bahan Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa

pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat

binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula; 2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah

kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,

gam dan sebagainya; dan

4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

52

yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada

pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan

memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.

Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh:

(a) Rujukan kepada Objek Sebenar

1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;

2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;

3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan

melalui deria pendengaran;

3. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk

kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa

sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa

kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:

1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan

alat dan bahan.

2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas

urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian

objek .

3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan

bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan

mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan

penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat

dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas

dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

53

disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering

kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,manik-

manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk.

Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan

yang anggun.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan

selamat.

. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri

kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.

Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk

membuat 'papier mache', mesin untuk menggaul 'papier mache', mesin perata

dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan

yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan

objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan

perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek

yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang

relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik. Proses Penghasilan Tembikar

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. 1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu

tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang

terdapat di dalam tanah.

2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga

hari. 3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. 4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk

proses penyambungan tanah liat yang digelungkan. 5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

54

6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah

dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.

Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian

badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam

keadaan separuh siap ('leather hard'). 9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.

10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

1. Daripada kenyataan di atas, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang perlu disediakan dalam menghasilkan satu binaan tembikar

2. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan

yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk

tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu

pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:

a. Alat dan bahan untuk penghasilan

Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:

Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..

Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….

Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar………

b. Alat dan

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

55

bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:

i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan

pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,

jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek

harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….

ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan

secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.

Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad

ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan

gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….

iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama

dengannya

Sila senaraikan di sini :

Minyak turpentine

kertas lukisan

kain linen batik

kertas warna berus lukisan

cecair tinner

Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir meja

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal berdasarkan item yang tersenarai di rajah di bawah. Jelaskan.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

56

2.4.2 Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian

Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk

mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik

menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris,

warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini

dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk

boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan

manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif.

Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan

berkualiti. Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga

menjadi jauh lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk

menyediakan bahan juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk

digital dan sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya.

Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada

sebarang rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan

perisian komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin komputer

atau melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai

bentuk, daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik

sehingga berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi.

Perisian Grafik dan Lukisan Digital

Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian

tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian

perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun

daripada internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian

yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal.

Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang

menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang

lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan

perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

57

sudah ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara

percuma (opensource) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh

menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah

tersedia di dalam Microsoft Windows.

Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa

kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah antara perisian-prisian yang

popular dan selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital;

a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej

Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti

poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia,

latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti

ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital,

pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai

dari segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga

perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar

hasilnya kelihatan lebih artistik.

Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian

penyuntingan imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan

tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh

kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia.

Walau bagaimanapun imej jenis bitmap yang dihasilkan, sekiranya

diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz atau imej gambar akan

menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk menghasilkan imej-imej yang

abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau sesuatu

rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

58

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk

mengedit foto:

o Adobe Photoshop

o Corel Painter

o Print Shop Pro

o Photo Impact

Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop

Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang

sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia.

Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk

menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan,

pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

59

Pelajari tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang

diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web

berikut;

http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html

http://www.photoshopstar.com/

http://www.adobephotoshoptutorials.com/

Contoh bahan-bahan grafik untuk pelbagai kegunaan yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop

Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber

terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal

ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

60

Laman web GIMP - http://www.gimp.org

Antaramuaka Perisian GIMP

GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program

Manipulasi Gambar GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai

Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti

mengedit gambar. GIMP juga memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia

dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah, mengabungkan pelbagai imej

dan teks, menambahkan kesan-kesan artistik, mengubah format gambar dan

banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

61

Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac

OSX.

Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-

kemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui

laman-laman web berikut;

http://www.gimp.org/tutorials/

http://gimp-tutorials.net/

http://www.gimp-tutorials.com/

Contoh kesan pengubahsuaian imej yang dihasilkan menggunakan perisian

GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular

dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komursial). Ia juga banyak digunakan

dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej

vector banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan

konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering

digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

62

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis

ilustrasi dan imej:

Adobe Illustrator

Macromedia Freehand

Corel Draw

Corel Designer

Antaramuaka Perisian Adobe Ilustrator

Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan

sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik

ilustrasi. Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk

membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan

bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah

diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

63

Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan

kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk

mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator;

http://www.adobe.com/support/illustrator/

http://www.ndesign-studio.com/tutorials

http://www.adobeillustratortutorials.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator

Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber

terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

64

ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat;

http://www.inkscape.org/

Laman web INKSCAPE - http://www.inkscape.org/

Antaramuaka Perisian INKSCAPE

Inkscape adalah sebuah perisian open source (sumber terbuka), berasaskan

program SVG imej vektor. Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang

sering digunakan untuk melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan Corel

Draw. Perisian ini sangat berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti;

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

65

iIlustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik

kartun, typografi, logo dan sebagainya.

Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows,

Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat

cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang

terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari laman-

laman web berikut;

http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html

http://www.inkscapetutorials.net/

http://inkscape.teekoo.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE

c. Perisian rekabentu 3D dan animasi Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga

demensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan

aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

66

Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan

objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian

3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan,

kenderaan, barangan, lankskap, kartun dan sebagainya.

Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek

dalam rupa bentuk tiga demensi ialah seperti;

Ulead Cool 3D Studio

Xara 3D

Ray Dream 3D.

3D Studio Max

Perisian Ulead Cool 3D Studio

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

67

Antaramuka Ulead Cool 3D Studio

Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering

digunakan kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D

animasi generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia

menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan

animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan

Macromedia Flash filem 3D. Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan

(library) objek pra-dibuat, gaya, sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk

memulakan atau diubah sesuai mengikut keperluan pengguna.

Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D yang ada dan diubahsuai

mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan mod edit kronologi,

yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta pemain animasi

untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D, lengkap dengan latar

belakang video, kesan khas dan banyak lagi.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

68

Untuk mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari

laman-laman web berikut;

http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm

http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/

http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/

Contoh karya 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Ulead Cool 3D Studio

Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka

(open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah

Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat;

http://sketchup.google.com/

Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat

bertenaga dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh

menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini

pengguna boleh membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan

sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh

menggunakan contoh-contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah

disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

69

Setelah gambar 3D dapat diselesaikan, pengguna boleh mengeksport ke Google

Earth, ke 3D Warehouse, menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak.

Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih

lanjut penggunaan perisian Google SketchUp;

http://www.googlesketchuptutorials.com/

http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm

http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html

. Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

70

Aktiviti 2.1 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai

membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah

membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan

menggunakan teknik kolaj dan capan dengan menggunakan tema geometrical.

Aktiviti 2.2

Sebagai guru Pendidikan Seni Visual anda perlu mempunyai kemahiran bagi

menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan bermutu. Anda dikehendaki

menghasilkan kerja seni menggambar dengan menggunakan teknik lukisan, catan,

kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, capan dan mozek.Pilih

satu tema sahaja sebagai hal benda kepada pengkaryaan anda. Umpamanya,

sekiranya anda memilih tema kehidupan laut maka kesemua kerja anda adalah

berkisar tema tersebut.

Aktiviti 2.3

Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto, hasilkan satu poster

yang bertajuk ” Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi” . Gabungkan pelbagai imej,

teks dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut.

Aktiviti 2.4

Dengan menggunakan perisian melukis ilustrasi dan imej, hasilkan rekaan

corak yang menggunakan gabungan motif organik, geometrik dan typografi.

PSV3104 Pengajian dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

29

RUJUKAN :

Albert, G, Wolf, R. (1991) Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light

Bates, J, (2000). Becoming Art Teacher. USA: Wadworth.

Caroll, D. (1994). The State Of Teory: History, Art and Critical Discourse. London: Cambridge University Press.

Hargreaves, David J. ( 1987 ) Children And The Arts. Philadelphia: Open

University Press Herr, (2001) Creative Learning Activities For Young Children. USA: Delmar

Learning Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik

Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah

menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah:

Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah:

Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni

Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni

Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

30

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

NAMA KELAYAKAN

En. Khairul Albar Bin Masror Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang [email protected] PANEL PENULIS MODUL PSV IPGM TB

Kelulusan: Sarjana Pendidikan (USM) B.A. Hons.Fine Art (USM) Sijil Guru Khas Pendidikan Seni (MPIK) Sijil Guru (MPSI) Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual ( 4 tahun ) Guru Sekolah Menengah (26 tahun)

Dr. Sajap Bin Maswan Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang [email protected]

Kelulusan: Ed.D (Teknologi Pendidikan & Multimedia) M.Ed (Teknologi Pendidikan) B.A. Hons.(Fine Art/Rekabentuk Grafik) Sijil Perguruan (IPSI) Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (11 tahun)

PSV 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

32

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat T