psikologi sosial pengenalan bidang psikologi sosial
TRANSCRIPT
PENGENALAN BIDANG PSIKOLOGI SOSIAL
Psikologi Sosial:
memahami perlakuan individu dalam konteks sosial
Definisi:
Bidang saintifik yang menjurus kepada pemahaman tentang keadaan dan sebab bagi perlakuan individu dalam konteks social
(Baron, Byrne & Branscombe, 2007)
Psikologis sosial:
cuba memahami faktor yang menyebabkan kita bertindak atau berperilaku sedemikian dengan
kehadiran individu lain di sekeliling kita,
melihat dan menilai sebab perlakuan/sikap dan emosi tersebut berlaku,
memahami perasaan, pemikiran, kepercayaan, niat dan keinginan serta matlamat mempengaruhi interaksi dengan individu lain
Pendekatan saintifik psikologi sosial:
1. Ketepatan - dalam mengumpul dan menilai maklumat
2. Objektif – penilaian tanpa bias
3. Skeptism – menilai dan mengesahkan dapatan berulang kali
4. Berfikiran terbuka – komitmen untuk mengubah pandangan dan pendirian dengan kehadiran bukti dan dapatan yang kukuh
Psikologi sosial berusaha untuk memahami sebab perlakuan dan pemikiran sosial individu berdasarkan:
a. Tindakan dan perilaku individu lain
b. Proses kognitif
c. Angkubah persekitaran – suhu, kebisingan, kesibukan
d. Pengaruh budaya – nilai, kepercayaan, norma
e. Faktor biologi – variasi, warisan, pilihan
Mencari jawapan dalam konteks psikologi sosial:
Memahami kaedah penyelidikan:
a. Pemerhatian sistematik – naturalistic observation, survey
b. Melihat perkaitan/korelasi
c. Kaedah eksperimental
Memahami perlakuan dan pemikiran sosial