psikolinguistik

29
PSIKOLINGUISTIK PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Upload: mat2489

Post on 10-Jun-2015

5.301 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Psikolinguistik

PSIKOLINGUISTIK

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Page 2: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Ilmu yang menggabungkan DUA disiplin sains - elemen psikologi dan linguistik

• Membicarakan hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia

Page 3: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak berdasarkan simbol-simbol linguistik.

• Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera tatabahasa dan leksikon (Miller 1973).

• Daripada kedua-dua pendapat ini, ahli-ahli psikolinguistik telah berusaha mengesan pertalian rapat antara psikologi dan linguistik. Mereka cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak terhingga banyaknya.

Page 4: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Pit Corder (1975), tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk mengetahui proses-proses psikologi yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh. Mengikut beliau lagi, yang pertama itu ialah tentang prestasi bahasa dan yang kedua adalah tentang pemerolehan bahasa.

Page 5: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Jamali Ismail ( 1980), membahagikan kajian-kajian ahli-ahli psikolinguistik kepada tiga aspek penting:

(a) Pemahaman percakapan (b) Penghasilan percakapan

(c) Pemerolehan bahasa

Page 6: Psikolinguistik

Psikolinguistik

(a) Pemahaman percakapan mengkaji proses-proses mental yang berlaku

apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya

Page 7: Psikolinguistik

Psikolinguistik

(b) Penghasilan percakapan

mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba menghasilkan percakapan, iaitu bertutur

Page 8: Psikolinguistik

Psikolinguistik

(c) Pemerolehan bahasa

mengkaji peringkat-peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak dalam proses memperoleh bahasa.

Page 9: Psikolinguistik

Tujuan Psikolinguistik

• Mengkaji struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa

Page 10: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Dalam kajian menggunakan pendekatan yang sama;

• Memulakan kajian dgn membentuk hipotesis• Mengakhiri kajian selepas menguji hipotesis

Page 11: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Contoh hipotesis;– Pertuturan org yg berpenyakit sistem saraf

adalah mengikut susunan tertentu

Page 12: Psikolinguistik

Psikolinguistik

• Andaian psikolinguis : pertuturan yg paling baru dipelajari pesakit adalah yg paling cepat lenyap daripada ingatannya.

• Uji hipotesis menggunakan data yg dikutip daripada pertuturan di pesakit.

Page 13: Psikolinguistik

Pakar psikologi Pakar linguis

Eksperimen terkawal Dijalankan berhati-

hati

Senarai semak beberapa ujian spontan yg dititirakn pesakit

Pendekatan

Page 14: Psikolinguistik

• Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang mempunyai tatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.

• Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak).

Psikolinguistik

Page 15: Psikolinguistik

Bidang kajian

• Psycholinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagai-bagai bidang, seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia.

• Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu.

• Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Page 16: Psikolinguistik

Bidang kajian

• Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat.

• Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar.

• Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna.

• Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik daripada pola-pola dalam teks tercetak.

Page 17: Psikolinguistik

Teori

• Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba menjelaskan, antara lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat) bahasa, dan bagaimana kita menggunakan sintaksis — iaitu, bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". Yang pertama antara perkara-perkara ini — mengaitkan bunyi dengan maksud — tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai sekurang-kurangnya sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi haiwan). Sebaliknya, sintaksis adalah penuh dengan perbalahan, dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut.

Page 18: Psikolinguistik

Teori

• Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat mencipta ayat-ayat sintaksis:

• Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat dengan berlalunya masa, dan faktor-faktor sosial yang menggalakan perkembangan bahasa pertuturan;

• Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat".

Page 19: Psikolinguistik

Teori

• Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk memperoleh sintaksis adalah "terbina" di dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh, ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial. (Rekursi, umpamanya, termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-bahagian ayat yang awal — "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan tatabahasa yang menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu, kanak-kanak yang membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa dengan teliti antara tatabahasa-tatabahasa manusia yang mungkin, dan secara logik memilih bahasa(-bahasa) yang dituturkan di dalam komuniti penuturnya. Sintaksis ini, menurut sudut pandangan kedua, adalah yang mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentuk-bentuk komunikasi haiwan yang paling canggih.

Page 20: Psikolinguistik

Teori

• Pandangan pertama adalah amat popular sehingga kira-kira tahun 1960, dan diwakili oleh teori-teori mentalisme Jean Piaget dan penyokong empirisisme, Rudolf Carnap. Aliran fikiran psikologi yang dikenali sebagai faham ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan (1957) oleh B.F. Skinner) mengemukakan pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah tingkah laku yang dibentuk oleh gerak belas terlazim. Sudut pandangan kedua — iaitu "yang semula jadi" — boleh dikatakan secara adil sebagai bermula dengan ulasan Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku Skinner pada tahun 1959 di dalam halaman-halaman jurnal Bahasa [1]. Ulasan itu memulakan apa yang telah diistilahkan sebagai "revolusi kognitif" dalam bidang psikologi.

Page 21: Psikolinguistik

Teori

• Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak-gerak balas terhadap Chomsky. Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis adalah berbeza secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang menggalakkan (terlalu tidak mungkin), atau (lebih mungkin) oleh penyesuaian kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Dengan kata yang lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok; ungkapan-ungkapan linguistik yang lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan, kerjasama, dan potensi untuk hidup, TETAPI sintaksis tepat hanya dapat berkembang daripada sintaksis asas — atau tiada sintaksis — yang tidak mempunyai sebarang nilai hidup dan oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu, seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. Dalam istilah biologi evolusi moden, kemahiran-kemahiran ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis (sila lihat "Eksaptasis"). Apakah kemahiran-kemahiran ini yang sebenarnya merupakan tumpuan penyelidikan terkini, atau sekurang-kurangnya, tekaan.

Page 22: Psikolinguistik

Teori

• Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi manusia selama berpuluh-puluh ribu tahun. Dari sudut pandangan ini, sintaksis dalam bahasa beransur-ansur meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup. Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain, ialah artifak kebudayaan. Pandangan ini mencabar pandangan "semula jadi" kerana kebenarannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta bahawa sesuatu struktur sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah suatu pencerapan yang memang menarik, tetapi ia bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-bentuk yang mungkin, ataupun bukti bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari.

• Ahli-ahli teori sezaman, selain daripada Chomsky, yang mengerjakan bidang teori-teori psikolinguistik termasuk George Lakoff, Steven Pinker, dan Michael Tomasello.

Page 23: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Kebanyakan perkaedahan dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk uji kaji tingkah laku.

• subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.

Page 24: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja; umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air" membayangkan "minum", dan sebagainya.

• Contoh Eksperimen - memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif (sebenarnya, ini telah dibuktikan benar). Lagi menarik, kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga terbukti benar), dan kita mungkin akan mengambil langkah-langkah sementara untuk memahami jenis-jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya dikumpulkan ke dalam istilah afasia yang umum).

Page 25: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan tak invasif, pembedahan otak merupakan cara yang lebih disukai oleh penyelidik-penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak. Umpamanya, pemotongan korpus kalosum (berkas saraf yang mengaitkan kedua-dua hemisfera otak) merupakan rawatan untuk sesetengah jenis epilepsi pada suatu ketika. Jadi penyelidik-penyelidik dapat mengkaji cara-cara bagaimana pemahaman dan penghasilan bahasa akan dijejaskan oleh pembedahan yang drastik. Sudah tentu, otak tidak dibedah hanya untuk mengkaji bahasa. Bagaimanapun, jika patologi memerlukan pembedahan otak, penyelidik-penyelidik bahasa akan mengambil kesempatan itu untuk mengejar penyelidikan mereka.

Page 26: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini termasuk pengimejan otak oleh tomografi pancaran positron (PET); pengimegan resonans magnet fungsian (fMRI); keupayaan berkait peristiwa (ERP), serta perangsangan magnet transkranial (TMS). Teknik-teknik pengimejan otak berbeza-beza dari segi peleraian ruang dan masaan (fMRI mempunyai peleraian sebanyak beberapa ribu neuron per piksel, manakala ERP mempunyai ketepatan pada peringkat milisaat). Setiap jenis perkaedahan memberikan kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan tersendiri untuk mengkaji sesuatu masalah dalam bidang psikolinguistik.

Page 27: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Pemodelan pengiraan merupakan lagi sejenis perkaedahan, dan merujuk kepada amalan membina model-model kognitif dalam bentuk atur cara boleh laku. Atur-atur cara ini amat berguna kerana ia mendorong ahli-ahli teori supaya mengemukakan hipotesis-hipotesis yang lebih jelas, dan kerana atur-atur cara ini boleh dipergunakan untuk menjanakan ramalan-ramalan yang lebih tepat bagi model-model teori yang amat rumit sehingga analisis diskursif tidak boleh dipercayai (umpamanya, model DRC untuk pembacaan dan pengecaman kata yang dicadangkan oleh Coltheart dan rakan-rakan sekerjanya). [2]

Page 28: Psikolinguistik

Perkaedahan

• Lebih terkini, penjejakan mata telah dipergunakan untuk mengkaji pemprosesan bahasa dalam talian. Bermula dengan Tanenhaus et al. [3], sebilangan kajian telah mula menggunakan gerakan mata sebagai alat untuk mengkaji proses-proses kognitif yang berkait dengan bahasa pertuturan. Oleh sebab gerakan-gerakan mata adalah amat berkait dengan fokus perhatian terkini, pemprosesan bahasa boleh dikaji melalui pengawasan gerakan-gerakan mata ketika seseorang subjek diberikan input linguistik.

Page 29: Psikolinguistik

Perkaedahan

RujukanChomsky, N. (1959) "A Review of B. F. Skinner's Verbal Behavior" dalam Language, 35, No. 1 (1959), 26-58. Coltheart, M., Rastle, K., Perry, C., Langdon, R., & Ziegler, J. (2001). DRC: "A dual route cascaded of visual word recognition and

reading aloud." Psychological Review, 108, 204-256. Tanenhaus, M. K., Spivey-Knowlton, M. J., Eberhard, K. M. & Sedivy, J. E. (l995). "Integration of visual and linguistic information

in spoken language comprehension." Science, 268, 1632-1634. Bibliografi/Bacaan tambahan• Sebuah senarai ringkas buku-buku yang berkenaan dengan ahli-ahli psikolinguistik dan yang ditulis dalam bahasa yang

mudah untuk orang biasa, termasuk:• Belyanin V.P. Foundations of Psycholinguistic Diagnostics (Models of the World). Moscow, 2000 (dalam bahasa Rusia) [1] • Chomsky, Noam. (2000) New Horizons in the Study of Language and Mind. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge. • Lakoff, George. (1987) Women, fire, and dangerous things: what categories reveal about the mind. Chicago: Percetakan

Universiti Chicago. • Piattelli-Palmarini, Massimo. (ed.) (1980) Language and learning: the debate between Jean Piaget and Noam Chomsky.

Cambridge, Mass.: Percetakan Universiti Harvard. • Pinker, Steven. (1994) The Language Instinct. New York: William Morrow. • Steinberg, Danny D., Hiroshi Nagata, dan David P. Aline, ed. (2001) Psycholinguistics: Language, Mind and World, edisi ke-

2. Longman [2] • Steinberg, Danny D. & Sciarini, Natalia. (2006) Introduction to Psycholinguistics, edisi ke-2. London: Longman. • Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Psikolinguistik"